Monday, September 30, 2013

59 {Sticky Post} Cabaran Bulan September :: Bilik Utama

Assalamualaikum wbt semua.

Raya sakan kan...harus cuti susunatur pun sakan...ngee

Sebenaqnya, idok raya sakan mana pun...cuma bila beraya ni, balik kampung segala, pergi jalan raya sana sini pulak, ada tetamu tak henti-henti lagi...semua tu menidakkan tuan tanah untuk berdudukan di meja yang comel dan mengupdate cerita susunatur dengan tenang...

La ni, agak surut sikit kesibukan yang melanda tapi minggu depan kalau takde aral melintang akan ada progress presentation pulak dengan group projek PhD.

Jadi, dalam semput-semput masa yang ada, haruslah bergagah diri jugak nak up cerita kat sini kannn...

Saya ada satu rancangan ni...ada satu idea dalam kepala...nak ajak korang semua join.

Saya plan nak up cerita secara berkronologi. Contohnya, bulan ni nak fokus cerita pasal bilik 1, bulan depan bilik 2, bulan depan dapur...dan seterusnya. Jadi, dalam setiap bulan tu, saya akan up cerita saya khusus untuk kawasan yang dicadangkan dan korang akan up cerita korang. Kira macam, semua dalam mood penceritaan yang sama.

Contoh: Saya cerita pasal susunatur tudung, so korang pun akan up cerita pasal susunatur tudung...gittewww...idokle saya keseorangan bercerita kannn...Alaa...ni saja suka-suka je...nak join, boleh...taknak pun boleh...;)

Kalau anda berminat, macam biasa nanti saya buh widget yang berkenaan supaya entri korang tu ada kat blog saya ni. Macam giveaway-giveaway yang saya lancarkan bulan-bulan lepas - widget yang lebih kurang gitulah. Cuma kali ni, hadiah kalau ada sponsorlah... (zaman kemelesetan ekonomi kekdahnya)


Bulan ni insyaaAllah nak kongsi beberapa cerita Bilik Utama. Sesapa yang nak join, boleh copy banner kat sidebar atau entri blog anda dan linkback ke entri ni ok.

Bila sebut bilik utama, saya maksudkan tentang susunatur almari, laci, dan yang berkenaannya sahaja ya. Antara masalah yang sedang dipertimbangkan untuk penyelesaian dan cuba dikongsikan berkenaan bilik utama adalah:

1. Susunatur almari solek {drop zone area}.
2. Susunatur almari solek {idea penggantung penjimat ruang}.
3. Iron board yang dah uzur.
4. Kotak ubat sapu yang lebih efektif.
5. Ruang untuk stok toiletries.
6. Ruang untuk koleksi beg.
7. Susunatur almari pakaian hers.
8. Susunatur almari pakaian his.
9. Perbaiki sistem ruang storan pakaian mini his.
10. Idea gantung baju yang nak dipakai semula.

Dan beberapa lagi yang nak diselesaikan. Sebelum masalah-masalah tu nak disenaraikan, kita kena tahu fungsi ruang setiap kawasan rumah kita ni. Baru kita dapat tempatkan barang-barang berkenaan di ruang yang kita mahukan.


Contohnya, fungsi ruang Bilik Utama saya selain untuk tidur, juga merupakan bilik bersiap dan bilik iron. Jadi, iron akan diletakkan di bilik ni dan satu ruang khas perlu diwujudkan untuk fungsi ini. Tak seronok rasanya setiap kali nak iron baju perlu amek iron dalam almari, bentang kain atau bukak iron board baru boleh iron. Sekarang zaman semua nak cepat. Jadi, selagi dapat jimatkan masa, kita jimatkan.

Selain tu, bagi yang ada almari besar...macam bilik saya ni almari 8x8 kaki rasanya...ruang atas dalam almari tu memerlukan saya untuk perah idea, barang apalah yang sesuai letak kat situ. Nak letak barang yang selalu digunakan, macam tak sesuai sebab takkan nak memanjat setiap kali nak guna barang tu. Tinggi sangat. Nak letak yang jarang digunakan macam baju-bajan lama pun macam tak muat sebab ruang atas tu agak limited.

Berhari-hari saya menung depan almari ni, dengan sekeping kertas dan sebatang pensel...carik idea...how to use this space practically to the max. Suami saya asyik tanya "bila nak sudah kemas?" Huhu. Biniknya ni asyik pikir, pikir dan pikir... Nasib baik membuahkan hasil. Rasa berbaloi jugak masa yang diambil untuk perah otak tu.

Di entri-entri berikut ni, kita akan pergi ke setiap topik tu ok (wah, dah macam sesi kuliah pulak bunyiknya ;p)

Cerita satu-satu...pelan-pelan.

Bulan-bulan berikut baru ada cerita dapur, ruang keluarga merangkap ruang kerja, ruang main anak-anak dan lain-lain. Terlalu banyak nak cerita rasanya. Selalu gitulah...bila takde idea, memang kering kontang, bila ada idea sampai banjir rasa otak ni...hehe

Jadi, sudi-sudikanlah diri menyertai saya berkongsi cerita susunatur ok! Bagi mereka yang nak join, boleh guna templat kat atas tadi dan di bawah ni untuk mudah kerja.

Macam biasa, nak download atau better preview pergi ke 'Koleksi Boleh Cetak' yek =)

Kepada bakal peserta:

1. Mohon tak dimuatnaikkan bahagian privasi bilik anda kerana kita hanya berkongsi cerita berkaitan susunatur sahaja ok =)
2. Di bahagian 'Name' tuliskan tajuk entri, bukan nama anda.

Senarai peserta Cabaran Bulan September ---> klik SINI.

 photo footer.png

59 comments:

zarith said...

teruja nak join.. Tapi bilik utama saya agak kosong...
ironing board kat dining area, almari baju kat bilik lain...
hanya drawer, kabinet solek dan katil je kat bilik utama....
maklumlah baru pindah.. banyak tak lengkap lagi..
apa-apa pun, insyaAllah if berkelapangan will join..

fazianbatrisyia said...

sy tumpang baca jek kot...setakat ni lom sesuai nak join..tak layak. bilik serabut..tak de yg menarik. boleh tumpang cari ilham...tak salah kan..

Nadt said...

hehehe..bilik utama xble nak join sebab maluuuu katil tadak. da bukak sebab takut anak jatuh katil. sedey wooo bila hubby bukak katil tu. da tak rupa bilik rasanya.

Unknown said...

menarik cabaran ni fizah!
walaupun masih serba serbi kekurangan, insyallah ada idea utk dikongsikan...
cuma nk tgk fizah on dulu...then i will follow u...insyallah jika berkesampatan...

Fizah said...

takpe je dear..cerita apa yg ada..yg simple tu kadangyg seronok nk dgr! =)

Fizah said...

ahaks..dpt ilham terus buat tau..pastu share..hee =)

Fizah said...

ehh jgn sedey2..tu tido stail jepun namanya tu..best tau..;)

mmg tak galakkan show gambar katil semua nadt, tp cerita susunatur almari solek mcm gitu je...=)

Fizah said...

oriteesss...semangat ni yg kita mahukan!! =D

isnin nti klu takde aral nk up satu citer..tungguuuu =)

MamaRizqin said...

wah sangat menarik...harus sertai ni...
sibuk beraya...mood susun atur lama hilang...

Fizah said...

ah-ha! jom kembali bersemangat mamarizqin!! =D

aYda said...

Akak fizah....nk join!!hehe walaupun tak tau ape yg nk distorykan..hihi

aYda said...
This comment has been removed by the author.
Fizah said...

hantam saja dikk...mmg ramai nk baca...hihi =)

aYda said...
This comment has been removed by the author.
me.ronazil.ab said...

wow PhD, dgree pun dah gulik gelantang....

Fizah said...

gulik gelantang doh ni...kuasa tiga..uhuks

me.ronazil.ab said...

Amek PhD kat ne? respect ler....hua hua hua jeles nye.....sob sob sob......ce citer sikit rahsia perjuangan mu

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Owh ini adalah seronok. Bestlah k.fizah always come up wif new idea. Bestnye lah kalau dpt join, tapi kita duduk umah sewa je kak...furniture semua pun owner punye...tersegan lah pulok nak join...huhu...

Fizah said...

ukm..tadop rahsia mende pun dik..kita redahhhh jeee....;)

Fizah said...

ah-ha..su wajib join! hee =D

Diana said...

Akan Joint nanti....insya Allah..joint kawan2..

Asma said...

Menarik idea ni, akak semua2 pon sumbat dalam master bedroom, baik ironing board, maupun workstation. Meja solek mmg takde gantung cermin je.

Fizah said...

ayuh diana! =)

Fizah said...

ihiks..asalkan kemas kan kak..sendiri nk guna pun senang =)

Nanie said...

nk join. nk join.. suke bab2 kemas bilik tido ni :)

Fizah said...

ah-haa...jom kita!! =D

Aty Fared said...

Aty giler kose letak 3 terus...tu pon rase nak letak lagi...hahaha

Fizah said...

muehehe..tak kose taww..

ehh..tambah le lagi aty..byk yg nk dirujuk ni.. =D

nurin khairi said...

dah letak entry..tp sgt basic punya susun atur..malu jer..

cikgunurulizza said...

nak join la jugak..best nie

Fizah said...

moh kite =)

lipstikmerahyana said...

nak join cam ner

Fizah said...

1. Buat entri pasal bedroom organizing.
2. Linkkan entri awak tu ke entri ni guna 'Add your link' tool yg ada kat hujung entri ni.
3. Cara nak link, tekan butang 'Add your link', masukkan maklumat yg diminta, pilih gambar thumbnail yg mahu didisplaykn di entri ni
4. Siap.

#jgn lupa follow penaja kita ya

Selamat mencuba! ;}

lipstikmerahyana said...

Done..hehhe cuba nasib..thanks fizah

Fizah said...

okes dear...tenkiu for supporting! xoxo ;)

#nti jawab survey produk miles2urdoor kat sidebar tau

ANAK MAMA SAYANG said...

Rasa nk join tp segan....kalau kongsi stori atas meja solek je boleh ke fizah...dlm laci masih mencari idea..hehe..

Fizah said...

blh jek dear..asalkan ttg susunatur ;)

Han Hanni said...

cik hani boleh join ke?
ke dah tarikh tutup??

Han Hanni said...

cik hani dah try..

http://puapoo.blogspot.com/2013/09/home-organizing-kemas-meja-solek-yang.html

hihik..malu..malu

Fizah said...

boleh je join cik hani...everyone can join ..hihi tutup end of sept...jauh lg...;)

ANAK MAMA SAYANG said...

Dah join...hehe

Fizah said...

yeah!!! ;D

Mila@Rimbun said...

tengah buat susun atur bilik jugak ni... dah bertahun baju2 lama bergantung tak pakai, dah berabuk dah hahahaha.. hubby punyer ler tuh, kita nak susun dia x bagi, nak wat sendiri...

Fizah said...

nanti share tau..hee...seboks je sy ni kan..;}

MamaDaniel said...

alamak cik fizah..mcm tak sempat je nak kemas meja solek mak tu.. hahaha.. ;)

Fizah said...

takpe mamadaniel...next time insyaaAllah ada rezeki join k :)

SUHAIDA said...

nak join..kang su update..hehhee..hrp2 sempat

surihati said...

nk join jugak,, tp nyer cam tak pandai la nk tulis n3.. huhuhu

Fizah said...

jom sue!! :))

Fizah said...

hehe...tepek gambar pastu describe je dear :))

Huzaimah Basar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Huzaimah Basar said...

Hehe sukenye tgk... Xsempat nk organize, melayan si kenit jerrr

Fizah said...

sy pun makan bulan nk siapkn ni..hehe..;p

Huzaimah Basar said...

Very good contest.. Mengalakkan kekemasan rumah. Blog fiza menjadi rujukan saya, tp x sempat nk kemas pun..hohoho

Fizah said...

ummu shaima...sikit2 lama2 jadi bukit ;)

-: Fara_Lan :- said...
This comment has been removed by a blog administrator.
-: Fara_Lan :- said...

da berkurun2 x edit blog.. asyik tgk org deco2 rumah je terutama si Aty_Fared :).. tiba2 terjumpa http://susunatursioca.blogspot.com yg mengumpulkan bloger2 n mewujudkan pelbagai idea... terus bersemangat nak join cabaran nie ;)

Huzaimah Basar said...

skrg nie pakai baju menyusu jerk..tgh pilih2 baju utk dimasukan ke box charity..huhuhu
dan apply cara system hanger labeling kak fiza

Fizah said...

marilerr join fara..the more the merrier :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...