Monday, August 26, 2013

15 Drop Zone Area

Assalamualaikum wbt,

Saya sungguh teruja untuk memulakan 'Cabaran Bulan September' seperti yang dijanjikan. Kita akan pergi ke sub-topik 'Bilik Utama' iaitu susunatur almari solek ok!

Bersedia semuaaa....;D

Semua orang kebiasaannya ada almari ni kan. Nama je almari solek, tapi pada saya tak berfungsi sebagai almari solek pun sebab saya prefer 'natural beauty'. Ahaks...

Bukan tak pernah cuba menyolek-nyolek muka, tapi really cannot go dengan all the blushers, lipstick, lip gloss, lip balm, maskara atau apa saja (you name it!) berkaitan menempekkan sesuatu di muka. Seingat-ingat saya, waktu konvo dan waktu walimah je yang saya bersolek. Most of the time in my life, tak ada mekap-mekap.

Agaknya kulit saya jenis sensitif dan kadangkala ada waktu-waktu dalam sebulan tu akan quite oily, maka rasanya lebih teruk jika tambah lagi perasa kat kulit wajah saya yang comey ni...;)

So, kita go green saja sudah ekk...bahaha...muka pun nak go green! Layankan...

Berbalik kepada cerita susunatur (melalut manjang), almari saya ni ada tiga compartment utama:

1. Laci
2. Para belakang sliding mirror, dan
3. Mini tall unit.


Masing-masing telah saya tugaskan dengan peranan masing-masing iaitu laci sebagai ruang simpanan stok jarang digunakan dan one drop center, para belakang sliding mirror untuk ruang simpanan stok selalu digunakan dan item-item kecil dan mini tall unit untuk ruang simpanan stok toiletries.

Dulu, semuanya ok, masih kemas dan tersusun tapi kurang efektif sebab banyak ruang dirugikan mengikut kekerapan penggunaan. Spring cleaning hari tu saya gunakan templat kat bawah ni untuk rombak balik sistem lama yang kurang praktikal tu.


KLIK SINI untuk cetak.

Kita pergi ke bahagian laci je hari ni ok. Rak belakang sliding door dan mini tall unit bakal menyusul kemudian.

Untuk bahagian laci...seperti biasa, saya keluarkan laci, bersihkan habuk dulu, hiaskan dengan kertas cantik dan kemudian baru mula menyusun.



Saya ada dua laci. Laci yang bawah saya letakkan barang-barang berikut.

Ada stok minyak wangi, losyen-losyen, stok tisu, stok cotton bud di mana kesemuanya bukanlah digunakan setiap hari. Kiranya not daily use item.

Kotak putih tu kotak minyak wangi j'adore sebenarnya, 6 tahun lepas beli untuk hantaran, dah naik kuning kotaknya tapi minyak wanginya masih belum jugak habis dipakai...;p

Dalam kotak tu, saya letakkan losyen-losyen dan yang seangkatan dengannya. Minyak wanginya saya keluarkan dan display dalam laci tu. 

Beralih ke laci kedua pulak.

Laci kedua ni simple je.

Saya letakkan dua ketul bakul {ada niat nak spraykan putih} yang berfungsi sebagai one drop center peralatan penting seperti kunci rumah, kunci kereta, cermin mata, charger telefon dan lain-lain yang berkaitan.

Mudah nak carik dan paling penting, keserabutan barang-barang ni tersorok dalam laci. I LIKE!~

Belah kanan for hers, belah kiri for his.

Selain idea penggunaan laci, ada jugak idea lain untuk one drop center atau drop zone ni.

Kat bawah ni saya letakkan mana yang saya teringat yek.

{1, 2, 3, 4}

Teruja nak susun macam Jen kat nombor 4 tu sebab pendekatan yang sama dengan saya iaitu guna laci, tapi biasalah masalah bekas comey-comey tu entah mana nak carik kat Mesia ni. Selalu buntu tang tu. Lagipun saiz lacinya lebar...saya pulak sekangkang kera. Hihi.

Apapun, apa yang ada sekarang ni dah cukup syukur dah. Dah cukup kemas, tersusun dan efektif dah bagi saya.

Laci bawah.

Laci atas.

Barang-barang yang kat gambar sebelum tu semua dah ada rumah masing-masing...yang lebih sesuai dengan kekerapan penggunaanya. Ada masa, kita cerita lagi ok. Kang penuh gambar dalam satu entri, pening pulak membacanya...;)

Cerita korang pulak cemana? Mesti ada almari solek jugak kan...dan kaedah drop zone yang mana korang paling suka gunakan? Jom cerita!

 photo footer.png

15 comments:

fazianbatrisyia said...

kemas dah tu...sebelum & selepas elok jek dipandang mata. kalau sy punya sebelum...mau menanges 4 hr 4 mlm...

zarith said...

wah... meja solek lebih kurang saya punya. Tapi saya punya 1 laci sahaja..... masalah dengan meja solek gini, is tall unit yang berpintu kaca itu. Kalau tak susun betul betul.. nampak serabut.. Lepas macam-macam cara susun. akhirnya saya berpuas hati dengan cara susunan sekarang. walaupun takde lah perfect...

and then lagi satu, mana Fizah cari wrapping paper yang cantik cantik itu? Selalu jumpa yang tak cantik..

Fizah said...

hehe..projek hjg minggu ok ni..very simple! =)

Fizah said...

ah-ha..harus share tu zarith! =)

p/s wrapping paper yg corak damask ni kat kedai hinode shop yg biasanya ada kat dalam jusco dan tesco. selain tu, kat area alat tulis tesco pun biasanya byk boleh dpt wrapping paper cun2..mr diy pun ado...=)

Nadt said...

rajinnya kak fizah ni. kalau share pasal meja solek je boleh la kot tapi keseluruhan bilik utama tu idak la kot. nnt kalau da update nadt inform ye.

Nanie said...

alamak, macam da buat da ni.. okla, nanti nak buat sekali lagi n snap photo.. boleh nampak before and after. ngee~

just azura! said...

lamanya tak up entry kat sini..rindu le..hehe..

saya bila dah kemas tu nampak lah comeinya tapi bila nak maintain, humanghaaaaai... jenuh.. haha

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Before and after pics same je... Sama cantek sama kemas. Saya sysk akak mmg pengemas ni...mst tiap2 hari mengemas ni...ater study nye bile pulok? Terbaek la akak...

Fizah said...

oritesss..mmg nk tgk citer susunatur je nadt..jom kita! =)

Fizah said...

hee...jom nani!

(err...rasa mcm byk kali sebut jom dah ni....;p)

Fizah said...

eheh..sama la kiter..kgkadang part nk menten tu hazabb...;p

jom zura..anda wajib! =)

Fizah said...

haha..speechless plak ambe nk mnjawabnya...redahh je kot su...;)

MamaDaniel said...

Assalam cik fizah..alas laci tu kertas ek? cantik la.. saya tak terbuat lagi projek mengemas laci... memang susah nak cari divider untuk laci.. haritu dapat beli ikea punya..tapi masih belum memuaskan hatiku.. hihih.. selamat hari raya ek.. maaf zahir batin.. (harap belum terlambat nak buat ucapan raya lagi... ihihihi)

Fizah said...

salam aidilfitri jugak mamadaniel..hihi..seru mood dulu tu gamaknya...;)

alas laci tu...yep kertas..wrapping paper ;)

SUHAIDA said...

su belum praktik lg drop zone ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...