Friday, January 30, 2015

44 Sinki Berapa Bowl Yang Efektif?

Assalamualaikum wbt,

Sebelum meneruskan cerita hari ini, saya nak share sesuatu dengan korang. Saya baru je buat satu facebook page untuk blog ni (saja tetiba ngada nak buat page pulak...^_*). Entah sempat nak update ke tak tu taktahulah...tapi basically saya akan sharelah kat situ kalau ada entri baru, senang kawan-kawan yang non-blogger nak tengok. Kalau ada masa dan terlebih rajin, saya sharelah apa-apa yang patut pasal susunatur. Nak terjah, terjahlah tapi apapun takde lagi tu. Baru upload gambar sikit-sikit.

Berbalik kepada tajuk.

Taktahulah ada ke tak yang kronik macam saya ni, sinki berapa bowl pun nak masuk fikiran jugak. hadeh


Saya pernah cerita yang sebelum ni saya gunakan sinki tiga bowl. Lepas tu, bila table top saya ada problem dan kena tukar, saya ambil peluang tu untuk tukar sinki sekali, di mana saya merasakan sinki tiga bowl tak efektif lalu memilih sinki dua bowl.

Tapi sekarang ni, setelah beberapa cadangan projek naiktaraf kitchen cabinet diusulkan, maka tercetus sekali lagi permasalahan sinki ni di dalam benak fikiran saya. Nak guna yang dua bowl atau satu bowl?


Kebanyakan rumah yang ada sinki dua bowl yang saya perhatikan akan jadikan satu bowl tu untuk tapisan pingan mangkuk yang dah dibasuh. Samalah dengan saya, tapi sekarang saya rasa macam tak efektif pulak sebab fungsinya hanya untuk tapis pinggan je. Tak efektif sebab dapur saya kecil je. Maksudnya, bila guna sinki dua bowl, ruang kerja pun akan jadi terhad. Kerja-kerja preparation and cooking pun jadi susah. Kalau guna satu bowl bolehlah ada ruang table top yang lebih luas.

Cuma tulah, dok fikir juga macamana nak tapis pinggan mangkuk nanti. Kalau guna ruang atas table top jugak maknanya sama jelah jalan ceritanya, menyempitkan ruang kerja. Tapi mungkin lebih baik sikitlah sebab bila dah clearkan pinggan mangkuk, ruang tu tetap boleh guna untuk buat kerja.

Saya ada baca perbincangan mengenai perkara ni kat forum omputeh, ramai yang kata sinki satu bowl yang besar lebih efektif sebab senang nak basuh periuk kuali yang besar-besar. Kalau dua bowl susah sikit sebab ada divider kat tengah tu.

Kalau ikutkan hati ni, memang nak sinki satu bowl.

Tapi nak minta pendapat korang jugak ni, ada tak yang berpengalaman menggunakan sinki satu bowl? Efektif ke tak efektif sinki satu bowl ni sebenarnya? Yang guna sinki dua bowl atau tiga bowl, boleh share tak cara penggunaan sinki korang. Ada tetiba rasa nak tukar jadi satu bowl tak?

Please advice accordingly.

;)

#nakmasukfikiranjugak
#remehtemehtapipenting

>>> JAWAPAN DI SINI :))

 photo footer.png

44 comments:

Anum said...

cantiknya

Nurizzah Majif Biz said...

sis, macam Iza prefer guna 2 bowl sebab apa?

1. jika sedang cuci pinggan kalau ada tetamu ke ahli keluarga dalam rumah nak cuci tangan boleh cuci di bowl sebelah.

2. Boleh guna dua hose kepala paip. Tak delah nak tunggu lama nak tunggu selesai cuci pinggan.

3. Dan yang paling Iza suka bile cuci pinggan leh asingkan yang dah bersabun sebelah bowl semua yang masih kotor sebelah bowl satu lagi. Sama jugak macam nak siang ikan ke apa ke, leh letak tapis di sebelah bowl untuk ikan yang dah siap siang dan x semak dalam satu bowl semua kat situ. kalau nak buat kat table top kotor dan nak kena bersihkan pulak dgn bau hanyir...

hehe..tu pendapat Iza lah.. lain orang lain kot.

Aziela said...

Salam perkenalan. Saya baru follow blog ni. Saya sangaaaat perlukan bantuan sebab saya memang langsung tak ada bakat susun atur dan sangaaaaat tidak berminat. But by hook or by crook, things must be done. kenalah menempel disini. Mohon halal perkongsian yer...

Anyway, saya guna yang 2 bowl so far. Memang satu tu guna untuk menapis..hahahaha. Tapiiii, bila ada kenduri kendara, atau ada makan2, ianya sangatlah berguna. Satu bowl untuk basuh2 dan satu bowl lagi untuk preparation buah la..salad la...dan sebagainya. Cuma saya punya paip ada satu jer, so main pusing2. Tak efektif. Kalau nak dua bowl, kena ada dua kepala paip.

Unknown said...

salam, saya suka ada dua bowl, bowl sebelah digunakan untuk letak pinggan mangkuk kotor, bowl kedua digunakan untuk membersihkan bahan-bahan mentah untuk memasak, bila selesai memasak, sabun pinggan mangkuk dalam bowl pertama dan letakkan dalam bowl kedua yang kosong untuk dibilas, waktu ini boleh dua orang kerja serentak basuh dan bilas pinggan magkuk, setelah bilas, letak dalam raga atau besen yang disediakan di bahagian tepi, setelah pinggan mangkuk kering simpan dalam almari.

Ujie Othman said...

selama ni mmg biasa satu bowl. Tapi rmh baru saya ni guna 2 bowl.

Saya rasa lebih selesa 2 bowl. Satu mmg sentiasa kosong utk basuh2.
Satu lagi saya letak sabun basuh pinggan & basuh tgn (taklah semak atas table top). Kat situ jugak saya letak alat dari ikea yg berfungsi sbg penapis (benda ni makan half ruang bowl, tapi boleh adjust). Atas benda tulah saya letak periuk kuali yg dah basuh (pinggan mangkuk letak kat rak penapis sebelah sink bowl). biasanya jadi penapis bhn mentah yg nak masak.Pendek kata ia jadi bowl serbaguna.
Tapi kalau mmg makan ruang, cukuplah 1 bowl.

Miss N said...

as salam. kalau saya suka dua bowl. kalau nak buat preparation satu bowl tu saya letakkan alas pemotong. boleh tengok contoh kat ikea. bowl yang satu lagi boleh guna untuk mencuci sayur dll

Kaseh Kamila said...

Rumah dkt kg guna sinki 2 bowl..dan sy rasa sy mmg lg prefer guna 2 bowl..mungkin sbb blngan ahli keluarga yg ramai, maka jumlah pnggan mangkuk selepas mkn pun byk..

Jd sy dah biasa guna satu bowl guna utk basuh pinggan guna sabun manakala satu bowl lg utk bilas..jd pinggan yg dah basuh guna sabun tak bercampur satu bowl dengan barang lain yg kotor..

Jadi sy lebih selesa guna 2 bowl..kalau pegi rumah org lain yg 1 bowl sy kurang prefer la..Mungkin sebab dah selesa dgn 2 bowl..Pape pun ikut keselesaan masing-masing..:)

Nur Arifa said...

salam fizah...sejak lahir sy nampak sinki 2 bowl huhu sinki 1 bowl yang besar jarang orang guna. Tapi untuk sy rasanya sinkin 2 bowl ni memudahkan jugak sebab banyak pinggan mangkuk kuali periuk boleh letak dalam tu..sebab 1 daripada bowl tu sy tak guna untuk tapis pinggan sy tapis pinggan guna rack lain...tp kalo 1 bowl besar pun rasanye efektif jugak mcm awk kata senang nk basuh periuk kuali besar2 kan...

yang penting kerja di dapur lbh mudah dan cepat hehe..

jemput singgah blog saya //http:dsupermama.blogspot.com

Miss N said...

Kalo ikutkan logic, mestila 2 bowl rasa efective kan. Lg bnyk bowl, lagi la kita suka kan. Hihihi. Tp memandangkan dapur sy kecik, last minit suami dan sy tukar fikiran, amik 1 bowl yg super besar. Mmg langsung tak menyesal, sbb muat segala periuk belanga, periuk kukus, even baldi pon muat saya masukkn dlm sinki tu. Ruang peti ais yg bhgian sayur pun muat sy basuh dlm sinki tu. Sangat selesa dan effectif. Masa masak lebih jimat, sbb sinki x serabut, x pyh nk cpt2 basuh clearkn sinki. Pendek kata, guna satu bowl yg sgt besar sgt best dan selesa. Sy tiarap pinggang mangkuk atas built-in dish rack atas sinki. Kalo x de dish rack built in tu, mungkin sy amik 2 bowl jugak.

Huzaimah Basar said...

saya rasa 2 bowl lagi mudah untuk proses ketika membasuh pinggan. Saya keringkan pinggan guna product ikea yg perlu attach ke dinding. Semasa design dapur sepatutnya sinki di hadapan tingkap. saya ubah sbb nk letak drying rack yg perlu attach ke dinding. Cuma tak beberapa cantik sebab dari ruang tamu boleh nampak sinki dan drying rack. Kewangan pula tak mengiizinkan utk menambat kabinet dapur diruang drying rack agar tertutup sedikit.

MommyArsyad said...

Assalamualaikum. hai saya new reader blog ni. Memang saya dapati blog awak sangat berinformatif dan ramai komen sharing pengalaman masing-masing mengenai susun atur dalam rumah. Sangat berguna bagi saya yang nak mulakan kehidupan di rumah baru. Saya baru sahaja membeli rumah dan membuat renovation.

Pasal sinki ni saya rasa 2 bowl dengan 2 kepala paip yang terbaik sebab kebanyakan kita akan membasuh pinggan kotor dan bersabun mesti nak bahagikan pinggan ni dan ruang diperlukan, lagi satu ruang sebelah boleh letak tempat untuk keringkan pinggan.

MamaDaniel said...

Saya suka 2 bowls.. tapi 1 besar n 1 kecik sikit. Sbb apa nak yang besar sbb senang nak basuh periuk kuali yg besar.. esp bila ada tetamu n nak masak byk.. tapi taknak single bowl.. haha.. setakat hari ini saya suka sinki tu.. cuma better fikir sekali bab paip.. better 2 kepala.. xyah pusing2.. ;)

Lama tak ke sini.. hope cik fizah sekeluarga sihat ceria selalu.. :)

Nadiah Hanum said...

Saya selesa 2 bowl...dapur saya pon kecik jugak...tapi rasa cam "tak reti nak buat kerja" kalau guna sinki 1 bowl.

Asma said...

Akak ada pengalaman guna ketiga2 jenis bowl. Umah mak n in laws memang guna jenis 3 bowl. memang tak best sbb yg tgh tu kecik je buat tmpt buang sisa2 atau tmpt letak sabun je. bg akak tak perlu pun, susah nak cuci. kalau tersumbat lagi susah nak handle. Kat umah melaka memang guna 1 bowl je. standard yang pemaju buat tak ubah apa pun. kalau jenis family besar n masak banyak guna periuk belanga tak bape sesuai. sebab semua pun sumbat dalam tu. leceh sbb satu bowl je. situla sabun, situla bilas. Akak suka yg kat UAE ni, 2 bowl je. satu tempat lambuk semua pinggang mangkuk. dah siap2 sabun letak kat bowl sebelah. setttle sabun baru bilas semua, terus letak kat tempat sejat. rasanya efektif bg akak. kena tgk cara kita cuci macam manala ye. ada orang sabun satu, bilas. mcm akak sabun semua dulu pastu terus bilas semua..panjang dah mcm buat entri tapi blog tak update pun..huhu. Kesimpulannya pilihla ikut cara kita..kita je yg tau. Thanks buat entri ni. Akak dah decide renovate dapur nanti nak 2 bowl, hehe

Miss N said...

Ramai betul yg vote 2bowl. Hihi.. btw nak tambah sket lagi...walaupon sinki saya 1bowl je, tp sebab size dia besar mcm 2bowl, sy tetap bley sabun semua pinggan,then baru bilas semua. Letak sebelah2 je, sbb mmg luas sgt ruang sinki dlm tu.

Hidayah said...

Assalamualaikum.. baru sempat nak singgah sini. Rumah (sewa) saya sekarang memang ada cuma satu bowl dan agak kecil (saiz antara kedua2 bowl sink rumah fizah tu). Jadi kurang efektif waktu membasuh pinggan nak letak pinggan2 yang dah disabun sementara tunggu utk dibilas, kalau banyak pinggan kena letak atas worktop kabinet menyebabkan basah sikit. Yang lain2 saya okay je, boleh nak adapt. Kalau satu bowl lebih mudah nak maintain, dari segi kebersihan especially. Kalau dapat yang besar, mungkin problem saya tadi takde, insyaAllah. Tapi ada teringin juga nak ada yang dua bowl, sebab bercita-cita nak jadi lebih 'green', satu bowl siap takungan air bersih utk bilas pinggan bersabun (jimat air ;) )

ameris said...

lg prefer 2 bowl. sbb satu utk pinggan kotor. satu lagi buat basuh tangan. kdg2 org berkumur masa basuh tangan, takkan nak kuarkan kumur tu atas pinggan kan...
*famly ramai mcm2 karenah dan pesen masing2...

Sha Nazri said...

Salam rindu di angin lalu fizah..hhihi.kali ini cabaran utk sinki lah pulak yer..
Walaupun rumah sy sinki satu bowl, tp sy sgt suke klu ada sinki 2 bowl..byk faedahnyer...brngan nk sinki 2 bowl klu dh ada rumah sendiri..

Hamiza said...

sy prefer 2 bowl sebab sy jenis yg asingkan pinggan & cawan.. 1 bowl guna utk pinggan, 1 utk cawan.. tak nak bercampur nanti cawan berminyak2.. pastu kalau time nak memasak, 1 sinki utk basuh2 bahan mentah, 1 lg utk campak alatan2 memasak yg dh siap guna..hehehe.. tp bln dpn nk pindah umah baru, sinki 1 bowl je.. huhu x tau la ok ke x sbb dh biasa ada 1 bowl..

washura10 said...

Masa sy decide nak bli sinki dlu, sy compare kan sinki kt uma mak( 1 bowl tapi besar) dgn umah kakak ipar(2 bowl standard size kot)...saya sgt puas bila membasuh kt uma mak..besar,percikan air kt baju jd kurang..yg dua bowl tu,cm sempit2 jek rasa..so sy decide bli 1 bowl yg bsr..stakat br setahun ni,sy sgt puas ati dgn 1 bowl..tak tau la kenapa,mata ni pun,lagi selesa tgk 1 bowl..bila tgk 2 bowl tu rasa sakit mata..haha..itu saya la dan utk umah sendiri dan kegunaan sendiri..klo kt umah org,xdela prasaan tu..

sumysya said...

wah..menarik blog ni susun atur,,leh ikut...follow u,,,feel free to follow back.. http://sumysya.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Nasihat akak sekiranya kita tak tahu nak pilih mana satu, solat istikhorah adalah jalan penyelesaian yang paling tepat. Kita tak tahu pada masa hadapan apa yang akan terjadi. Samada 1 bowl atau 2 bowl mencukupi. Akal manusia memang tak cukup, tapi Allah memberi jalan penyelesaian melalui istikhorah. Keputusan Allah adalah tepat. Akak selalu mengamalkan istikhorah tak kira samada ianya penting atau tidak. Keputusannya memang tepat dan kita berlapang dada. Tak semesti ilham melalui mimpi. Ianya terjadi juga dipermudahkan dan melalui gerak hati. Laksanakanlah dia insyallah ianya tepat. Wallahualam.

Anonymous said...

personally saya lebih suke gune sinki satu bowl yg besar, boleh digunakan dengan senang utk basuh barang2 bersaiz besar, contoh periuk / kuali besar / dulang. kebanyakan rumah (hampir 85% saya jumpe) yg mempunyai dua bowl mmg satu bowl tu confirm akan digunakan utk tapis barang2 yg dibasuh..tapi 2 bowl juga berguna dalam kes kenduri/makan besar, yang mane satu bowl guna utk membasuh dgn sabun, satu lg digunakan utk membilas..sangat praktikal..tanya hati dan fikir ikut keperluan..selamat membuat pilihan.

Unknown said...

sukanya persoalan ni.. saya baru pindah.. so banyak nak kena consider.. saya mcm suka sink 1 bowl yang besar.. tapi mcm best jugak kalau ada sink 2 bowl..sbb senang nak keringkan pinggan..

Lyn said...

Mula2 sy fikir kalau nak renovate dapur rumah nanti nak pakai sinki satu bowl. Tp bila baca entry ni dan jugak komen2 yang lain sy rs nak pakai satu bowl besar.

Anonymous said...

Rmh sy guna 1 bowl besar. Utk kerja2 di dpr basuh kuali pn besar pun muat. nk cuci sinki sng satuje. Pinggan mangkuk sy keringkn atas rak.

adianiez AIDA said...

Aida prefer 2 bowl

shidasanmil said...

topic best...hehehe saya suka 2 bowl..tapi oleh kerana rumah comel sangat terpaksa pakai 1 bowl yg agak besar..suka jugak quite best sbb luas xde yg menahan tgh2...tp bahaya utk yg malas basuh (bahaya kt dri sendiri sbnrnye ni..hehhe)..sbb mmt berlonggok semua dalam tu...huuu

MumMe said...

sy masih guna sinki 3 bowl mcm previous sinki sioca,dan rasa 2 bowl is enough juga...sbb satu tu sy buat letak pinggan basah lepas cuci.tp ada terfikir juga sinki 1 bowl pun comel juga...jika ada dryer yg boleh sembunyikan smua pinggan mangkuk...

jj said...

Sy pun guna 1 bowl yg besar. Beli kat ikea. Pinggan mangkuk keringkan guna rak yg dipasang kat bahagian atas sinki (lekat kat dinding).,rak ni pun beli kat ikea. Mmg rak tu kecik.. Bila penuh kena la merajinkan diri lap pinggan mangkuk terus simpan dlm kabinet.

Sy pilih 1 bowl besar sbb blh guna utk pelbagai tujuan. Basuh periuk belanga.. Siang ikan sayur. Dan kalau dlm pantang.. Mandikan bayi pun boleh. Hehehe

Unknown said...

Lame menyepi. Sibuk ke.. Rindu nak tgk susun atur

xeea said...

Personally, sy suka 2 bowls with 2 tap. Lebih effective waktu mencuci & memasak. Pilih bowl yg jenis deep & square utk mudahkan basuh periuk belanga bagai. So far, sy sgt puas hati dgn 2 bowls sink.

Anonymous said...

setuju dengan izzah

Aniey Yusoff said...

sy suka 2 bowl. Walau satu tu guna utk tapis pinggan tp rasa lebih selesa la. dan paip pun 2 hose

Unknown said...

Saya guna sinki 1 bowl besar..boleh bagi baby mandi dlm tu. Mmg senang nak basuh kuali besar. Saya letak tapis pinggan stainless steel yang boleh alihkan bila nak guna ruang sinki sepenuhnya.

Unknown said...

salam..tuan rumah..saya pun dalam dilema yang sama..sekarang guna yg 3 bowl..1 g yg kecik kat tgh tu..dah lama pikir..besar sgt sink ni..dapur sempit..so memang plan nak tukar 1 sink bowl sahaja..bnyk betul idea kat sini...moga saya pun panduan n keputusan yang terbaik...ruang yang kosong boleh tmptkan rak keringkan pinggan. sbb kat rumah saya sink sentiasa penuh dgn mangkuk n cawan kecik yang anak2 suka sgt tukar2..bila 2 bowl ni yang bagusnya lepas cuci sabun ble le letak kat sebelah sink lagi utk basuh..tapi bila bnyk ruang bowl ni plak..bnyk sngt plak kebarangkalian anak2x suka penuhkan sink...huhu...

Nazqim Bookstore said...

Dulu, saya tak suka dua bowl, tapi bila suami insist nak dua bowl, saya mengalah. Ternyata, dua bowl lebih selesa dari satu. Berdua lebih baik gituu.

Siti Norasikin Muhyaddin said...

Miss Ann, nk tgk gambar sink n dish rack built in boleh?

Siti Norasikin Muhyaddin said...

Miss N, nk tgk gmbr sink n dish rack built in bole?

Siti Norasikin Muhyaddin said...

Saya pun pikir mcm ni

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Mrs Kamilah said...

Saya pun vote 2 bowl. Dengan 2 batang paip.

Haziratul Haida bt Abd Razak said...

Sy dapur kecik, teres kos rendah, better 1 bowl. Sbb 1 ruang lg sy sediakan skit unt letak dulang penyejat. Make sure ia rendah dr table top asal spy air xkeluar/melimpah. Lps basuh pggan, blh lap pinggan2 yg disejat dan masuk dlm kabinet cantik2. Xpyh sepah2 kat luar. Semak mata memandang.hehe.. dulang penyejat blh ltk bwh sinki diam2...untuk kerja2 potong2 n siang2 ikan ayam, sy clearkan ruang tu,blh potong sekuat hati sbb ia konkrit kan, kukuh la...seposen from me...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...