Thursday, December 31, 2015

20 Malaysia Planner 2016 - Lebih Efektif, Lebih Gaya dan Lebih Pilihan..!!

**STICKY POST**

Assalamualaikum wbt kepada semua followers dan readers,

(maafkan tajuk yang berbau kepoyoan di situ...kekok pula rasa nak mengayat huhu)

Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang masih terus setia follow blog dan page SusunAturSioca.

Kedua, saya nak minta maaf sangat-sangat kepada semua pembaca sebab dah lama tak berkongsi cerita susunatur kat sini. Ramai sangat yang tanya "kenapa...kenapa....dan kenapa...". Tak tahu saya nak spesifikkan sebabnya tapi urusan studylah antara faktor utama saya tak dapat nak update blog sekarang ni. Sebab tu, bila ada yang bertanya, saya akan terus minta tolong diorang do'akan agar urusan study saya ni dipermudahkan dan cepat-cepat selesai.

Walau macamanapun, projek susunatur rumah masih juga berjalan sebab tu salah satu terapi diri walaupun taklah rancak sangat. Cuma masa perlu diatur untuk kongsikan di sini. InsyaAllah, akan dikongsikan juga dengan semua satu hari nanti. Last perkongsian susunatur hari tu berbentuk soalan dilema tu kan...ingat tak, yang saya tanya pasal sinki berapa bowl yang efektif tu? Saya dah buat keputusan untuk guna sinki satu bowl dan dah siap ubahsuai pun sinki tu. Berkesan ke tak ke, yang tu nanti saya cerita ya, insyaAllah.

Ketiga, saya sempatkan diri untuk update juga hari ni memandangkan tak berapa lama lagi tahun 2016 akan menjelma, dan dah ramai mula hubungi saya bertanyakan tentang Home Binder 2016 (kali ni kita panggil Planner 2016 je, harap-harap lebih mudah orang nak faham). Ada yang tak sempat grab tahun 2015 punya, jadi awal-awal dah message suruh inform kalau keluarkan yang tahun 2016 punya. Walaupun masa untuk design tak berapa nak ada, tapi saya usahakan juga sebab kalau sorang dua je bertanya saya boleh tolak lagi, tapi kalau dah ramai sangat, saya rasa saya perlu buat juga. Dan dah jadi trademark blog ni juga untuk keluarkan homemade planner supaya dapat sama-sama usaha untuk urus masa dengan baik.

Tapi, mohon maaf sangat-sangat, front page saya gunakan tahun lepas punya je sebab yang tu memang tak dan nak fikir baru dah.

Dan yang menariknya kali ni, saya dah perbaiki kelemahan yang ada pada sistem yang lepas di mana kali ni, saya tak gunakan 'Daily Planner' lagi sebab banyak feedback kata prefer blank pages. Kadang-kadang ada hari-hari dalam daily planner kita tu kosong tak berisi sampai rasa membazir ruang pula. Jadi, kali ni saya tukar kepada sistem 'Free Planner' yang hanya ada garisan-garisan bebas untuk catatan yang lebih efektif.

Dan beberapa penambahan ciri yang lebih menarik dan efektif seperti kalendar siap dengan cuti Malaysia, bill payment, home organizing, ruang ideas dan meal planner.

Ramai juga yang minta saiz planner yang lebih kecil, pun saya telah tukar kepada saiz A5, iaitu separuh A4. Harapnya lebih mudah dibawa ke mana-manalah lepas ni ya.

Selain itu, ada 7 pakej (updated) disediakan untuk pembelian Planner 2016 iaitu:

Pakej 1 - RM 25
SOFTCOPY BASIC (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)

Pakej 2 - RM 45
SOFTCOPY FULL SET (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)
7. Home Organizing Planner
8. Meal Planner

Pakej 3 - RM 55 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. No binder

Pakej 4 - RM 90 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. No binder

Pakej 5 - RM 125 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. With binder

Pakej 6 - RM 160 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. With binder

Pakej 7 - RM 100 (incl. postage)
BINDER ONLY

1. No inserts

PERHATIAN

**Inserts bermaksud bahagian dalam planner.

**Semua harga hardcopy telah termasuk kos untuk ink printer, kertas, melubangkan kertas dan postage {Pakej 3 dan Pakej 4 kertas tidak dilubangkan kerana jarak lubang berbeza bagi penggunaan binder yang berbeza}.

**Saya sangat berharap para pembeli membuat pembelian melalui emel sebab kalau melalui whatsapp atau sms sahaja akan menyukarkan saya untuk keep on track senarai pembeli. Mohon maaf atas kesulitan, harap sudi follow cara pembelian di bawah ya. :*)

CARA PEMBELIAN:

E-melkan maklumat berikut kepada [susunatursioca@gmail.com]:

1. Nama untuk Front Page.
2. Bank pilihan untuk pembayaran (CIMB/Maybank/Bank Islam).
3. Pakej berapa.
4. Alamat e-mel yang aktif.
5. Alamat rumah untuk pengeposan (Pakej 3-7).

Berikut adalah preview inserts.

Gambar binder akan diupload kemudian insyaAllah.


Sekian pengumuman daripada saya. Sape-sape yang nak beli ikut je kaedah yang saya dah nyatakan di atas ya. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Sekali lagi, mohon do'akan urusan study saya dipermudahkan ya...tak sabar nak kongsi-kongsi kat blog ni dan baca perkongsian dari anda semua. ;')

 photo footer.png

Thursday, December 3, 2015

4 Shopping Barang UK Dari Malaysia

-Iklan-

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, draf tesis sudah dihantar. Walaupun ada beberapa perkara lagi yang perlu ditambah pada bab-bab akhir tetapi secara keseluruhannya sudah boleh dikatakan siap 95%. Jenuh la haiii nak nyiapkan seketul tesis itu...berendam ayaq mata..!

Apapun, terima kasih kepada yang sudi mendo'akan...semoga Allah kembalikan do'a yang baik-baik itu untuk kalian kembali.

Sambil tu nak bagitau juga ni, hardcopy Planner 2016 berbaki 3pcs sahaja lagi - warna baby blue 2pcs, baby pink 1pc. Siapa-siapa nak join batch kali ni silalah emel saya segera ok...kalau lambat kenalah tunggu next batch {susunatursioca@gmail.com}. Tapi, jualan softcopy sentiasa terbuka, boleh emel bila-bila masa.

Sebenarnya, tujuan utama entri ni sebab nak kongsikan satu tempat shopping menarik ni. Yang paling menariknya, owner dia adalah rakan saya sendiri. Dia memang duduk sana ikut suami sambung belajar, beli barang kat sana dan pos pada wakil-wakil kat Malaysia. Jadi, kalau ada sale macam black friday ke macam tu, memang depa front liner yang boleh terjah dan belikan untuk kita yang jauh di sini...seronok kan??

Memang saya syorkan sangat-sangatlah sesiapa yang suka membeli-belah barangan UK tu, boleh cuci-cuci mata kat sini...harga pun reasonable bahkan banyak yang murah 


RM 330 include postage





RM 155 include postage

RM 500 include postage


RM 85 include postage
RM 520
RM 169

RM 175 include postage

RM 130 include postage

RM 205 include postage

Ya ampunnn...memang mencongkam mata tengok semua ni kan...apa tunggu lagi kawan-kawan...moh ler kita cuci mata dan poket ke Shoppe.UK...!!

NAME : HAJAR HASAN
TEL : +44 7405586563/ +6019 6489473
FB/IG : Shoppe.UK 

Price rate for kitchen appliance : 80 - RM 1500
Price rate for clothes : RM 25 - RM 150
Price rate for handbag/shoes/backpack : RM 100 - RM 500
Price rate for baby feeding/weaning : RM 40 - RM 750

Brand for kitchen appliance : TEFAL, PHILIPS
Brand for clothes : PRIMARK, NEXT, MARK & SPENCER
Brand for handbag/shoes/backpack : CLARKS, DUNE LONDON, KARRIMOR, ADIDAS
Brand for baby feeding/weaning : TOMMEE TIPPEE, AVENT, BAEBA BABYCOOK

Macam-macam hadooo...baru sikit ni...cuba terjah Shoppe.UK mesti lagi berpinau mata nak shopping... ;D

 photo footer.png

Monday, November 9, 2015

15 Planner 2016 - Hardcopy Version

Assalamualaikum wbt,

Rancangan awal nak beli binder (cover planner) dari Indonesia tapi selepas ditambah tolak kosnya agak tinggi juga, jadi saya beralih kepada pengeluar lain. Untuk saya sendiri saya dah beli yang berwarna merah jambu lembut. Stok datang dalam sekotak yang dah disiap-siap campur warna binder, jadi agak susah nak pilih warna kegemaran sendiri...huhu.

Saya memang suka merah jambu tapi saya sebenarnya nak cuba buat kelainan dengan pilihan warna yang lain tapi stok amat terhad dan tinggal satu ni je merah jambu jadi nak taknak kena ambil juga. Bila sampai ke rumah, saya suka sangat-sangat dengan warna ni sebab lembut dan tidak garang. Ada pilihan warna yang lain seperti biru dan coklat pastel yang juga sangat tenang hati melihatnya.

Saya meraikan para pembeli Planner 2016 dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mantan pembeli Home Binder 2014 dan Home Binder 2015 yang comel-comel semuanya. 

Ramai juga return customer yang nak beli Planner 2016, anda...comel kuasa dua..!! ;)

Planner kali ini adalah daripada material faux leather, berbeza dengan konsep binder tahun 2015 yang menggunakan ring coil. Pemilihan dibuat kerana inginkan penjimatan masa berganda dan seterusnya memberikan rupa yang lebih eksklusif kepada planner. Guna ring coil tu tetap kegemaran saya sebab lebih murah tapi kerjanya jauh lebih banyak dan renyah serta memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Ciri Planner 2016 hardcopy versionbersaiz A5, terdiri daripada dua slot untuk letak pen, enam slot untuk kad, satu slot untuk kertas atau penanda (bahagian hadapan) dan dua slot melintang dan menegak untuk kertas atau penanda (bahagian belakang).

Tanpa membuang masa, marilah kita tengok Planner 2016 versi saya.

Ini bahagian dalam planner, dimulai dengan muka surat hadapan yang look familiar kan? ...tiru tahun lepas punya daa...

Suka sangat dengan jahitan planner ni...kemas..!! Paling seronok dia pakai enam ring yang kita boleh buka dan refill kertas bila-bila masa pun kita nak. Itulah satu kelebihan paling UTAMA jika dibandingkan dengan planner tahun lepas.

Lebih menawan hati bila ada butang ni untuk tutup planner...sudah tentu planner kita akan kelihatan lebih kemas dan rapi kan?

Muka surat berikutnya ada kalendar tahun 2016 siap bertanda senarai cuti negara Malaysia (amboi negara Malaysia gituuu)...bukan apa, sebab kadangkala orang suka beli planner dari negara luar jadi cuti tu tak sama dengan cuti kita...tak berapa nak seronok la gitu kan...{added value kononnya tu, huhu ^^} 

Cuti umum saya letakkan perkataan (National) kat hujung, cuti ikut negeri saya biarkan kosong jadi senang kawan-kawan nak refer ni cuti umum atau cuti ikut negeri.

Seterusnya, kita ada bahagian utama planner iaitu Monthly Planner...

...yang juga saya tandakan bulatan merah untuk cuti. Selain tu, ada kotak dengan border warna warni yang memenuhi ruang kosong bahagian ni, yang boleh dibuat catatan tambahan atau ruang untuk kata-kata motivasi/inspirasi.

Selepas tu, kita ada mukasurat bebas catatan ni...yang menggantikan Daily Planner tahun lepas. Ramai prefer macam ni katanya, jadi saya yang menurut perintah...ai ai captain!

Paling BEST best B.E.S.T..!! 
Kita ada bahagian untuk Bill Payment kali ni...!! 

Dan bahagian Home Organizing - yang ni optional. Kalau anda takmau boleh pilih inserts Pakej 1, kalau suka boleh pilih inserts Pakej 2. Saya suka, jadi saya pilih inserts Pakej 2...^*

Bahagian Home Organizing ni yang bestnya adalah saya dah susunkan siap-siap perkara-perkara penting dalam menyusunatur rumah...antaranya kita akan tuliskan ruang rumah yang kita nak susunatur dalam kotak hijau belah kanan atas tu, kemudian ada lajur untuk senarai barang nak dibeli, lajur harga, lajur tarikh bila susunatur nak dilancarkan dan lajur nama kedai nak dibeli barangnya tu.

Kemudian, kita ada bahagian untuk idea-idea spontan. Penting juga ni!

Haa...lagi satu bahagian optional yang BEST..!! Iaitu Meal Planning...
Kalau nak, boleh pilih inserts Pakej 2 ya...hampir separuh juga planner ni dipenuhi dengan bahagian ni. Harapnya dapat siapkan makanan yang sedap-sedap untuk keluarga asbab planner ni...

insyaAllah

Ada EMPAT sesi makan dalam satu hari...amboiiiii...;p

Dan akhirnya muka surat belakang...best kan planner ni...ada slot tambahan lagi kat belakang ni, yang anak panah tu pun slot juga tu 

Bahagian hadapan planner...

Bahagian belakang planner...maaf warna kejap nampak macam pic kejap nampak macam merah jambu...dia merah jambu lembut sebenarnya...{pakai kamera telefon je, macam tulah...hukhuk}

Aduhai meltinggg... 


Zoom in kualiti leather yang digunakan...cover hardness = hard copybook...lembut je bila sentuh material dia ni...susah nak cerita, kena beli satu ni buat rasa ;D

Sedang elok je 100 mukasurat planner ni...kalau inserts Pakej 1 = 50 mukasurat...inserts Pakej 2 = 100 mukasurat...jangan lebih sangat nanti tebal sangat dan berat...susah nak bawak ke hulu ke hilir...


Sekian cerita planner saya...:)

Planner ni perencana je...ada orang memang jenis tak boleh ingat semua dalam kepala, memang kena tulis supaya tak lupa. Saya antara orang yang macam tulah...makin tua ni lagilah makin mudah lupa...agaknya betul kata orang, bila banyak bersalin ni banyak urat yang putus...urat mengingat yang putus agaknya tu...haha apa kaitan

But i ever heard someone says if you fail to plan, you plan to fail. Bunyinya seperti kita memang digalakkan untuk tulis dan rancang apa yang kita nak dalam kehidupan kita - dunia dan akhirat. Even nak 'suasana' macamana nanti kat Padang Mahsyar pun kita disuruh rancang daripada sekarang...

Sebab tu, pakar motivasi menggalakkan kita tulis apa yang kita nak kat helaian kertas dan cuba tengok dalam masa 10 tahun, insyaAllah kita akan berjaya capai apa yang kita tulis tu. 

Kita merancang, Allah merancang dan sebaik-baik Perancang adalah Allah...jadi jika rancangan kita gagal bukan bermakna kita perlu bersedih tapi sebaliknya gembira sebab Allah masih pedulikan kita dan masih ada ujian kegagalan untuk kita supaya kita tetap merintih dan meminta pada Dia, dan seterusnya berusaha dengan lebih baik untuk berjaya. Jadi, marilah kita berusaha bersama-sama untuk buat yang terbaik dalam kehidupan kita.

Ops terpanjang pula ceramah ustazah hari ni. Cerita planner je pun...-.-''

;)


Sampai jumpa lagi ya insyaAllah...nak sambung tulis tesis...{terima kasih kepada yang sudi mendo'akan kelancaran urusan belajar saya, sebab terasa mudah sedikit lepas up entri hari tu...alhamdulillah...do'akan lagi tau sampai saya siap ^^,}

Jom berplanner...

 photo footer.png

Friday, January 30, 2015

44 Sinki Berapa Bowl Yang Efektif?

Assalamualaikum wbt,

Sebelum meneruskan cerita hari ini, saya nak share sesuatu dengan korang. Saya baru je buat satu facebook page untuk blog ni (saja tetiba ngada nak buat page pulak...^_*). Entah sempat nak update ke tak tu taktahulah...tapi basically saya akan sharelah kat situ kalau ada entri baru, senang kawan-kawan yang non-blogger nak tengok. Kalau ada masa dan terlebih rajin, saya sharelah apa-apa yang patut pasal susunatur. Nak terjah, terjahlah tapi apapun takde lagi tu. Baru upload gambar sikit-sikit.

Berbalik kepada tajuk.

Taktahulah ada ke tak yang kronik macam saya ni, sinki berapa bowl pun nak masuk fikiran jugak. hadeh


Saya pernah cerita yang sebelum ni saya gunakan sinki tiga bowl. Lepas tu, bila table top saya ada problem dan kena tukar, saya ambil peluang tu untuk tukar sinki sekali, di mana saya merasakan sinki tiga bowl tak efektif lalu memilih sinki dua bowl.

Tapi sekarang ni, setelah beberapa cadangan projek naiktaraf kitchen cabinet diusulkan, maka tercetus sekali lagi permasalahan sinki ni di dalam benak fikiran saya. Nak guna yang dua bowl atau satu bowl?


Kebanyakan rumah yang ada sinki dua bowl yang saya perhatikan akan jadikan satu bowl tu untuk tapisan pingan mangkuk yang dah dibasuh. Samalah dengan saya, tapi sekarang saya rasa macam tak efektif pulak sebab fungsinya hanya untuk tapis pinggan je. Tak efektif sebab dapur saya kecil je. Maksudnya, bila guna sinki dua bowl, ruang kerja pun akan jadi terhad. Kerja-kerja preparation and cooking pun jadi susah. Kalau guna satu bowl bolehlah ada ruang table top yang lebih luas.

Cuma tulah, dok fikir juga macamana nak tapis pinggan mangkuk nanti. Kalau guna ruang atas table top jugak maknanya sama jelah jalan ceritanya, menyempitkan ruang kerja. Tapi mungkin lebih baik sikitlah sebab bila dah clearkan pinggan mangkuk, ruang tu tetap boleh guna untuk buat kerja.

Saya ada baca perbincangan mengenai perkara ni kat forum omputeh, ramai yang kata sinki satu bowl yang besar lebih efektif sebab senang nak basuh periuk kuali yang besar-besar. Kalau dua bowl susah sikit sebab ada divider kat tengah tu.

Kalau ikutkan hati ni, memang nak sinki satu bowl.

Tapi nak minta pendapat korang jugak ni, ada tak yang berpengalaman menggunakan sinki satu bowl? Efektif ke tak efektif sinki satu bowl ni sebenarnya? Yang guna sinki dua bowl atau tiga bowl, boleh share tak cara penggunaan sinki korang. Ada tetiba rasa nak tukar jadi satu bowl tak?

Please advice accordingly.

;)

#nakmasukfikiranjugak
#remehtemehtapipenting

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...