Showing posts with label Ruang Kerja/Belajar. Show all posts
Showing posts with label Ruang Kerja/Belajar. Show all posts

Thursday, January 31, 2019

10 {Sticky Post} Cabaran Bulan Jan 2019 :: SOHO

Assalamualaikum wbt/Hi,

Cabaran Bulanan yang pertama untuk tahun 2019 ni akan dimulakan dengan RUANG KERJA/BELAJAR atau SOHO {small office home office} kerana kalau dapur tu 'jantung' rumah, SOHO ni pula master mindnya iaitu 'otak'. ^^

Ruang ni basically berfungsi sebagai ONE-STOP-CENTRE untuk storan segala macam berkaitan kerja atau belajar seperti buku/alat tulis/album gambar/komputer/printer/etc.

OBJEKTIF yang ingin dicapai dalam Cabaran Bulanan ni ialah:

1. Melancarkan kerja-kerja planning untuk urusan-urusan rumah {seperti susun atur/membersih/mengemas/membasuh/memasak/merancang belanjawan/etc}.

2. Menaikkan semangat membaca dengan sistem susun atur buku yang efektif.

3. Memudahkan kerja-kerja perniagaan bagi working-at-home-mom, supaya lebih teratur dan mudah dikawal-selia.

4. Melancarkan urusan persekolahan atau homeschooling bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak bersekolah {7-12 tahun}.

5. Membantu anak-anak berdisiplin dalam menjaga barangan mereka.

6. Memudahkan para isteri nak jawab bila suami tanya, "yangg, ni kat mana...?" ^^

7. Menjimatkan masa mencari dokumen penting untuk diselamatkan sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini.

Ruang ini kalau takde sistem susun atur yang efektif, maka akan mudah dilanda 'taufan' ;P So, kita akan fikir bersama-sama cara terbaik mengatasinya ya! ^^


CARA MENYERTAI {blog}:
1. Buat entri susun atur ruang SOHO di blog anda.
2. Masukkan entri tersebut dengan menekan butang 'Add Your Link' di bawah.
3. Pilih fb dan masukkan url (url entri}, caption {tajuk entri}, dan e-mail.
4. Pilih gambar thumbnail yang ingin dipaparkan.
5. Klik I agree dan Save.
6. Done!

CARA MENYERTAI {fb/ig}:
1. Upload cerita susun atur ruang SOHO di fb/ig atau fb group.
2. Letakkan hashtag  #CabaranJan2019SiocaKemasSOHO dalam sharing anda.
2. Done!

TARIKH TUTUP:
31 Jan 2019

HADIAH:
1 unit baru DYMO Label Maker 😍
...dan hadiah-hadiah saguhati yang berkaitan ruang SOHO 😍

#bolehhantarentrilama
#bolehhantarbanyakentri

So, apa tunggu lagi? Jom-jommm-jommmm mengemassss...!! 💪💪😍

Inlinkz Link Party


 photo footer.png

Thursday, January 24, 2019

4 Cara Kemas Rumah Jika Terlalu Bersepah

Assalamualaikum wbt/Hi,

Alhamdulillah, setakat 24 Januari 2019 ni, setiap hujung minggu berjaya dipenuhkan dengan operasi menyusun atur rumah. Rasa macam banyak betul nak cerita...:)

Selain susun atur rumah, saya juga menyusun rutin harian agar berkualiti masa yang ada dan begitu juga dengan media sosial dan group-group wasap dan telegram, pun sudah saya organize semuanya. Mana yang patut left sudah left, mana patut baca juga sudah baca dan keluarkan point-point penting. Tinggal 2 group je lagi, tu ada lebih 2000 unread messages...insyaAllah setel dalam this week hendaknya ^^"


Untuk recap diri sendiri, hujung 2018 saya mulakan dengan susun atur keperluan back to school anak-anak.

Kemudian, sepanjang minggu pertama 2019 saya fokus kepada organizing media sosial dan group-group di hp.

Hujung minggu pula saya dah mula spring cleaning tiga bahagian rumah iaitu ruang tamu, bilik utama dan bilik anak. Kerja-kerja pembersihan secara harian diteruskan terutamanya bahagian dapur dan bilik baju {bukan spring cleaning ya tapi daily cleaning - ada beza tu, nanti saya kongsi apa bezanya}.

Hujung minggu ke-2 dan ke-3 barulah saya dapat momentum mengemas SOHO. Itupun ber'perang' dengan si kecil Aufa yang tak boleh tengok ibu buat kerja, mesti nak kena duduk dan layan dia je...anak oh anak ^^''

Dalam masa yang sama, saya turut sibuk dengan kelas-kelas online, usrah-usrah dan aktiviti harian lainnya. Semua pun serba serentak nak dibuat. Mencabar, namun menyeronokkan sebab terasa masa tu penuh dan tak terbazir begitu sahaja.


Berbalik kepada cerita SOHO tadi, SOHO ni antara bahagian rumah saya yang palinggg mudah bersepah sebab banyak sangat barang dalam tu. Dia sebenarnya one-stop-centre untuk SEMUA buku/mainan/office supplies/stationaries/kertas-kertas aktiviti kids dan sewaktu dengannya.

Kalau tempat lain, saya mudah lagi nak purging, seperti perabot, sofa atau katil. Tapi kalau berkaitan SOHO ni, memang sayang belaka --''. Buku belajar masa degree masih ada. Buku sekolah anak darjah 1 {sekarang dia darjah 3} masih ada. Segala journal papers, proposal, draft thesis dari degree, masters sampailah ke phd, semua tu masih ada belaka.

Disebabkan itulah, ruang ni sangat krikital memerlukan satu sistem yang mantap demi melancarkan urusan harian di sini. Tapi hari ni saya akan ceritakan bahagian 1 dulu bagaimana nak tackle kawasan 'taufan' macam ni. ;P

Ada banyak bahagian {insyaAllah} sebab memang banyak benda pun nak kena susun atur kat sini.


Banyak faktor sebenarnya sesebuah rumah boleh dilanda kesepahan yang melampau seperti ini {jangan sedih sebab ia adalah normal}; antaranya mungkin sebab si ibu tak sihat so tak boleh nak maintain sistem yang ada, atau sebab anak-anak yang suka buat aktiviti dan belum tahu cara nak simpan hasil aktiviti tu, atau mungkin juga sebab dah lama tak purging/spring cleaning yang menyebabkan sistem yang ada tak mampu lagi kawal tahap kesepahan yang berlaku secara harian dan pelbagai lagi faktor lain.

So, bila dah bersepah macam gitu sekali - saya panggil di'landa taufan' je senang sebab memang melampau sepahnya ;p kenalah ambil inisiatif untuk perbaiki keadaan tu.

Langkah PALING PERTAMA yang saya suka amalkan ialah, ambil sehelai kertas, ajak anak-anak brainstorm fungsi bilik, apa yang ada dalam bilik, apa punca sepah, bagaimana nak atasi, bagaimana nak pastikan kekal kemas, siapa yang akan jadi PIC bilik dan apa goals dan reward di akhir proses berkemas ini. 

1. Pelan lantai susun atur rak
2. Susun atur storan rak 1
3. Susun atur storan rak 2
4. Susun atur storan rak 3

Langkah ini sangat penting dan sangat berkesan dalam mendidik anak-anak untuk mereka turut rasa bertanggungjawab terhadap rumah ini. Ini rumah tempat tinggal bersama. Bukan tugas ibu dan ayah sahaja yang kena buat tapi anak-anak pun perlu terlibat.


Dan sebenarnya kan, anak-anak sangat seronok bila kita ajak mereka bersama dalam proses ni. Mereka akan rasa dihargai apabila pendapat mereka didengari. Memang dalam banyak keputusan yang diambil, saya akan minta pendapat mereka.

Contohnya, "ni nak buang tak", "ni nak susun macamana", "ni letak sini ok tak" dan sebagainya. Soalan-soalan ini membesarkan jiwa anak dan bantu mereka berfikir dan turut rasa sense of belonging tu.

Sehinggakan sekiranya saya minta mereka berkemas sendiri tanpa bantuan saya pun, mereka akan ambil kertas dan rangka to-do-list sendiri.

ni to-do-list dapur...

ruang tamu

dan bilik study...

Ejaan tu harap dimaafkan...ditulis oleh anak usia 8 tahun ^^'' Tapi tu semua memang idea mereka sendiri, takde pula saya suruh buat semua tu. Saya cuma suruh kemas je tapi mereka perincikan sendiri nak kena buat apa.

So untuk mengemas SOHO ni, hasil brainstorm tadi ditampalkan di pintu bilik dan langkah-langkah berkemas pun dimulakan.

Langkah kedua paling penting untuk berkemas bilik yang bersepah seperti ini adalah; CLEARKAN LANTAI..!! Jangan tengok apa yang ada kat rak, apa ada atas meja semua. Wajib mulakan dengan lantai dahulu.

Untuk memudahkan proses ni, sediakan BEKAS untuk barang yang bersepah di lantai mengikut jenis-jenisnya. Dalam kes kami, yang banyak di lantai ialah mainan, alat tulis, buku dan kertas. So sediakan kotak/bakul/etc untuk letakkan barang-barang tersebut.

Satu plastik sampah yang BESAR juga jangan lupa, sebab confirm banyakkkkk benda nak dipurging!

1. Kotak untuk alat tulis
2. Plastik sampah

3. Kotak untuk buku dan kertas
4. Beg ikea untuk mainan

Ini semua TEMPORARY SOLUTION sahaja. Later kita akan go through balik satu per satu kotak ni semua bila dah masuk stage SPRING CLEANING.

 Proses berkemas...

 jenuh tak haha...ni kalau ibu kemas sorang-sorang boleh je, tapi anak-anak takkan tahu betapa susahnya proses ini...so let them learn

Pelan-pelan depa adik beradik buat, selesai juga akhirnya...

^______^

Ibu tak join stage ni...semua anak-anak yang buat awal sampai akhir. Sebab yang bersepah tu kerjaan depa jugakkk ;P

cing cingg cinggg...



 Hasil purging...


 before after

So basically, inilah cara nak tackle kawasan rumah yang dilanda kesepahan melampau. ;p

Langkah pertama adalah BRAINSTORM,
langkah kedua CLEARKAN LANTAI,
langkah ketiga CLEARKAN MEJA {ni nanti kita kongsikan lain entri}.

Lepas dah clear lantai dan meja, baaarulah boleh masuk fasa SPRING CLEANING yang ada 4 stages tu pula iaitu fast cleaning, organizing, deep cleaning dan maintenance {contoh spring cleaning}. 

So, hari ni kita intro je dulu, belum masuk lagi cerita camne nak capai objektif Cabaran Bulanan. Pelan-pelan kayuh ok...;) Harap by end of this month tercapai impian nak setelkan susun atur SOHO ❤ Taknak terlalu banyak masa digunakan untuk berkemas sebab ada banyakkk juga benda lain sama penting yang nak dibuat...doakan doakan :)

Ps - Pembahagian bekas-bekas tadi berlainan dengan pembahagian KEEP, TOSS & DONATE. Siapa tahu untuk keep, toss & donate akan diserap pada bahagian mengemas yang mana? ;) Saya akan kongsikan jawapan dalam komen. 

 photo footer.png

Friday, January 4, 2019

3 Susun Atur Back To School 2019

Assalamualaikum wbt/Hi,


Sempena anak-anak dah masuk sekolah ni, saya nak kongsikan sedikit cara saya mengurus susun atur back to school anak-anak. Terutama sekali buku-buku yang berdozen tu, supaya dapat menjimatkan masa mengemas beg sekolah setiap hari.

Macam biasa, kita tengok dulu sejarah di sebalik sistem ni...;)

 2016
Pada tahun 2016, saya menggunakan kaedah tampal STIKER HARI pada buku sekolah - yang ada stiker hari Isnin, hari Selasa semua tu. Cara ni bagusss...tapi tak cukup efektif sebab buku mudah bersepah dan mengambil masa nak ambil satu-satu buku masuk ke dalam beg.

Maka pada tahun 2017, saya ubah kepada sistem FAIL SUBJEK. Satu subjek = satu fail; di mana SEMUA buku dan kertas aktiviti berkaitan subjek tu akan diletakkan dalam satu fail sahaja. STIKER HARI tetap dikekalkan dan masa ni saya DIY stiker tu guna color-coded-system. Konsepnya sama seperti sebelum ni, bezanya kali ni terus ambil fail subjek masuk beg...JIMAT MASA!!

Pada tahun 2018, dua anak mula sekolah {sebab tu ada fail pink dan biru}, sistem FAIL SUBJEK masih dikekalkan dan STIKER HARI telah ditambahbaik dari color-coded-system kepada turut ditulis nama hari tersebut.

Untuk tahun 2019, masih menggunakan cara yang sama {FAIL SUBJEK & STIKER HARI} cuma disebabkan saya dalam proses mengemas SOHO, so letak luar dulu fail-fail ni.

Supaya tidak bersepah, saya kumpulkan setempat macam ni...

...menggunakan kotak mochi sebagai temporary storage...{ada banyak kotak ni sebab ana saudagar mochi lah ;P}

 Ni kotak untuk anak pertamo...

anak keduo...

dan anak ketigo...

Selesai mengumpulkan bahan keperluan setempat, masa untuk melabel buku-buku pula. Ada beberapa kaedah boleh digunakan, yang pertama guna kertas stiker seperti tahun 2017

Kedua, guna set stiker seperti tahun 2018. Set ni lengkap, semua jenis stiker ada; stiker alat tulis, stiker botol air, stiker buku, stiker fail subjek, stiker hari, no contact parent dll.

Ni contoh stiker fail subjek.

 Saya tampalkan pada semua fail...

...boleh guna button file atau fail berzip ikut suka.

Lepas dapat jadual, baru lekatkan STIKER HARI pula.

Dah setel fail subjek, nak label buku, kasut dan baju sekolah pula. Kali ni guna cara melabel yang ketiga iaitu label maker yang boleh cop kertas dan juga FABRIK..!! ❤

Label maker ni kena slot in satu-satu huruf, leceh sikit tapi sangat MENJIMATKAN terutama bagi yang anak ramai, boleh guna satu ni je untuk cop semua nama...

 ...rasa macam CSI pulok tengah investigate kes ;p

 Bagi budak-budak buat...

 ...sampai siap dicop!! ^____^

1. Penyepit huruf
2. Ribbon putih
3. Keyboard
4. Label maker

Ribbon putih kat no.2 tu gunanya kalau nak cop nama pada kasut hitam camni. Cop pada ribbon dan lepas tu iron supaya dia melekat.

 Kalau pada fabrik selain hitam, boleh terus cop tak perlu guna ribbon putih.

 Label botol air guna cara 1 dan 2...

 Label beg sekolah dan beg bekal guna cara 3 tapi belum buat lagi heheh

 
Yang penting pastikan semua cukup dalam beg.

Selesai beg sekolah, kemas baju-baju sekolah pula. Baju-baju semua saya gantungkan setempat di bilik baju termasuk baju sekolah. Untuk baju yang dah pakai, gantungkan di airwell untuk pengudaraan. Saya dah sangat-sangat kurang melipat baju sekarang ni, minimalis ok minimalis - jangan lupa tu tema 2019 ^^, 

Untuk anak tudung, stokin dan yang kecil-kecil tu letak dalam kotak ni. Yang dah pakai, letak di airwell dengan baju tadi. Kotak ni semua tunggu masa nak pakai 'baju' je. Tunggu kerajinan tuan dia ;P

So, setel beg sekolah, setel baju sekolah. 

Basically begitu jelah saya susun keperluan anak kembali ke sekolah. Kiranya nak pergi sekolah ada dua tempat nak dituju;

1. Hanger baju sekolah {pakai baju}.
2. Kotak beg sekolah {ambil beg}.

Balik sekolah, letak beg di kotak, gantung baju di airwell. Bekal perlu dibasuh dan siapkan beg sekolah untuk esok pula.

Yang penting, anak-anak tahu apa mereka kena buat untuk membantu melancarkan urusan persekolahan mereka sendiri dan berdisiplin dalam menjaga barangan mereka. Diharap tercapailah objektif ke-4 dan ke-5 dalam misi Cabaran Bulanan kita yang sedang berlangsung sekarang ni. ^^

Di bawah ni saya sertakan rujukan tempat saya beli barang-barang tadi:

1. Kertas stiker
Kedai buku Popular

2. Set stiker RM35 inc. postage

5. Beg sekolah flowers RM37 inc. postage
https://shopee.com.my/product/8292524/49668432

6. Beg sekolah Spiderman RM30 inc. postage
https://s.lazada.com.my/s.jI8r
 
7. Beg bekal plain blue RM5.60 
Daiso

8. Beg bekal flower RM12 inc. postage 
https://shopee.com.my/product/63494020/1073190807

9. Beg bekal owl RM18 inc. postage 
https://shopee.com.my/product/12670031/97884461

10. Baju sekolah murah Melaka
Kedai B Gee Taman Asean Melaka

11. Kasut sekolah murah RM12.50/sepasang
Kedai Hari-Hari

12. Stokin hitam online RM2.80/sepasang
https://shopee.com.my/product/3907624/628304735 

13. Alat tulis/pembalut buku/abakus/etc
Kedai Eco/Soon Siang Melaka/Tong Hup Melaka/Popular

Semoga entri ni dapat membantu ibu ayah di luar sana mengurus keperluan back to school anak-anak...dan supaya jangan terkejut sangat tengok belanjawan hujung tahun ni luar biasa angka dia. ;P

Selamat maju jaya semua dan jom kongsi cerita back to school korang pula!

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...