Friday, August 31, 2018

4 READER SPACES - Tips Urus Baju

Assalamualaikum wbt,

Hai semua! Salam Jumaat!

Hari ni saya nak lancarkan Cabaran Bulanan (Reader Spaces) yang bertahun dah ditinggalkan - dengan tema kali ni;


v

v

v

T.I.P.S

U.R.U.S

B.A.J.U

v

v

v


Kenapa tema baju?

...sebab BAJUlah yang paling senang nampak sepah jika tak diurus dengan baik.

Sistem yang efektif akan membantu untuk selenggara hal ini dengan berkesan. Banyak masa boleh dijimatkan jika kita ada sistem yang baik, malah tenaga juga boleh dijimatkan. So, di sini kita kongsi bersama cara urus baju-baju ni semua, semoga ada manfaat untuk yang lain.

SYARAT:

1. Untuk yang join guna fb/ig sila gunakan hashtag di bawah, senang nak cari nanti.

#SiocaReaderSpaces
#UrusBajuBersamaSioca

2. Untuk blog, boleh letak link di Mister Linky di bawah;



Your name = nama awak
Your URL = link entri bukan link blog ya

3. TAMAT : 31 Ogos 2018

4. HADIAH ekhem rahsia dulu. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa di entri ini. Stay tuned ya! Hadiah best punya menanti!! ;);)

❤❤❤

PERKONGSIAN TUAN TANAH KEDAUNG:

1. Sistem Pengurusan Baju - 1 {Intro}
2. Sistem Pengurusan Baju - 2 {Ruang Dobi}
3. Sistem Pengurusan Baju - 3 {Sistem Mendobi}

❤❤❤

 photo footer.png

Monday, August 13, 2018

11 Sistem Pengurusan Baju - 3 {Sistem Mendobi}

Assalamualaikum wbt,

Mari menyambung cerita pengurusan baju.

Jadinya, beza ke cara basuh baju ada ruang dobi dengan takde ruang dobi ni?

Basuh sama jugakkk - pakai mesin basuh. Cuman caranya setelah itu beda dikit ;P

Recall ruang dobi...


Jadi, begini ya proses mendobiku;

1. Baju kotor diterbalikkan terlebih dahulu kepada keadaan asal sebelum masuk bakul baju kotor. Ada dua bakul; satu untuk anak, satu untuk ibu bapa {tujuan diterbalikkan supaya senang bila nak pakai tak perlu terbalikkan lagi}.

2. Basuh baju ikut kategori dan jangan campur. Contohnya basuh baju budak sahaja, atau dewasa sahaja, atau tuala sahaja dan lain-lain. Satu kategori sekali basuh {tujuannya supaya senang nak sidai, senang nak angkut bila kering dan lebih bersih sebab tak campur saiz besar dan kecil}.

3. Selepas basuh, sidai ikut kategori. Tadi kategori jenis baju nak basuh. Sekarang perincian kepada kategori baju tu pula. Sebagai contoh, baju budak ada baju malam, baju siang, baju sekolah, seluar kecil, serkup kepala, stokin dan sebagainya. Yang inilah yang perlu diasingkan - gunakan bakul untuk tujuan ni {kelebihan langkah ni adalah untuk memudahkan proses nak sidai dan angkut masuk bilik baju}. Dan sidainya guna hanger ya...

4. Dah kering, angkut masuk bilik baju. Jika ada yang kena lipat, lipat terus di situ - sambil diri je lipat, kemudian angkut masuk bilik baju. 

5. Setel.

Bakul-bakul yang sedia berkhidmat...beli murah-murah di Cowboy Melaka RM3 kot tak ingat dah...

Ni baju lepas basuh. Masa nak keluarkan daripada mesin basuh, siap-siap asingkan baju tu ikut kategori tadi - dalam kes ni baju dewasa, jadi ada kategori baju labuh {jubah/seluar}, baju pendek {t-shirts/kemeja} dan kain-kain {yang tak gunakan hanger}. Jadi bila sidai tu takdelah panjang pendek kat ampaian tu. Nak angkut nanti pun senang.

Proses ni nampak renyah tapi berbaloi. 

*tu terlepas satu baju tak terbalik {warna hijau}, masa sidai ni kena la terbalikkan.

Mula menyidai...

Jarak kena sama...jangan risau rapat gini...tak bau pun dan memang kering.

Hanger hitam seragam. Beli macam ni sebab muroh...

Ada kain-kain kita selit di ampaian kosong...

Ni hari membasuh baju anak-anak pula...hanger kecil pula digunakan kali ni.

Sidai-sidai-sidai...{dulu terapi mata tengok baju berlipat, sekarang baju bersidai ;p}

Haa tudiaaa...kalau lambat basuh camnilah jadinya. Penuh! 
Tapi worry not, memang kering! Kalau on kipas lagi laju keringnya.

Guna ruang ampaian bawah untuk maximise ruang sidai...

Ni masa nak prepare baju baby, lepas beli harus ambil gambar dulu...

...baru basuh ;p

Seronok ke idok sistem ni? Hanger je semua, dah kering angkut terus masuk bilik baju, senang amat... ^____^

Kerana ruang terhad, napkin kita tak boleh sidai lebar-lebar. Jadi, ikat gini je.
Tetap kering walaupun tak 'rangup' ;p

Hari membasuh telekung dan sejadah...

Yang ni boleh susun lebar camni, nak ikat macam napkin mustahil pulak kan ;P

i loikeeee ^_______^

Tuala pulakkkk....

Lagi gamborrrr...jangan kamu muntah kerana tuan tanah suka tengokkk...haha ;P

Cadar, comforter, alas tilam semua pun boleh sidai sini...janji asingkan dengan baju lain bila basuh. Kalau tak, nanti tak cukup ruang nak sidai.

Macam ni haa, memang kering....πŸ‘

Kain lap, alas meja makan semua pun kita ada jadual basuh...

Itulah sedikit sebanyak tips membasuh dan menyidai cara saya. Cara ni orang nampak macam complicated. Tapi, saya suka sebab memudahkan kerja. 

Contohnya asingkan baju lepas basuh tu, kalau ikutkan boleh je keluarkan selambak masuk satu bakul baru sidai. Tapi bagi saya susah cara tu, susah nak sidai, susah nak asing ikut kategori masa angkut nanti...dan macam-macam lagi la.

Macam orang Jepun la, siap-siap buka kasut terbalikkan sebelum masuk rumah. Supaya bila nak keluar sarung terus. Ada proses kena tambah sikit la untuk memudahkan kerja juga akhirnya.


Lagi satu, bila kita ada sistem mendobi yang efektif, anak-anak pun mudah nak tolong sidai. Bukan nak dera, tapi memang kerja-kerja rumah kami buat bersama. Diorang pun seronok, berlumba siapa siap dulu. Tapi, datang taknak buat tu, taknak juga. Kita pelan-pelan la ajar. 

Boleh kongsi cara basuh dan sidai uols pula? 

 photo footer.png

Friday, August 10, 2018

0 Sistem Pengurusan Baju - 2 {Ruang Dobi}

Assalamualaikum wbt,

Pehh susah amat ni mahu tarik balik semangat blogging korang tentang susun atur ni ya. Semua blog yang rajin join Cabaran Bulanan dulu pakat menyepi, sesepinya Sioca semasa memulun study itu hari. Ni nak seru balik semangat semua orang ni macam takde harapan je ni..hahah.

Takpelah, kita pelan-pelan kayuhlah ya. Dah tu awak pun dulu sibuk sangat, sekarang turn orang lain pulak tengah sibuk sangat. Rasakan lho! ;P

Walaupun begitu, perkongsian di sini tetap diteruskan; dengan harapan ada manfaat boleh dikongsi bersama. Kalau ikutkan pun, taklah begitu banyak masa terluang dan tak juga rajin nak menaip, tapi blogging ni ada feel dialah. Aura dia sekali datang memanggil-manggil...walaupun trend sekarang dah banyak berubah. Ramai dah beralih ke fb/ig. Sana klik-klik terus baca, sini banyak kerjaan. Tapi kakak tetap prefer bebel kat sini lagi.

Ni kalau dah berjaya baca sampai perenggan ni pun kakak nak ucapkan...syabas!! Tak ramai rajin nak baca panjang-panjang sekarang ni.. --,

Jadi hari ni nak sambunglah cerita tentang airwell kita, rentetan daripada perkongsian Sistem Pengurusan Baju hari tu.

Ini haa sejarah awal airwellku..❤

Al-kisahnya airwell ni asalnya stor yang berlantaikan simen je, kemudian dinaiktaraf dengan memasang tiles dan diubah warna cat dinding lalu menjadilah ia sebuah ruang mini library yang fungsinya lebih kepada ruang aktiviti anak-anak. Impian asal sebenarnya nak jadikan surau. Pakat berjemaah kat situlah kononnya.

Surau - tak jadi. Sebab akhirnya jemaah di masjidlah ya. Kalau di rumah, semua bahagian kita meriahkan dengan ruang tersedia untuk solat. Nak biasakan diri di mana-mana pun boleh solat janji bersih. Lagi pula panas airwell ni, direct cahaya matahari. Kalau waktu zohor kurang sikit je lagi nak jadi oven dah. Azab juga rasanya nak habiskan rakaat-rakaat tersebuttt... ;p

Mini library - tak jadi juga. Sebab yang sama jugalah. Panas berdenting! Kalau pasang kipas ok juga tapi tidak begitu cozy keadaannya. Untuk ruang aktiviti anak-anak, dalam suasana luar yang tak begitu terik memang sesuai, kalau panas terik, berbahang berpeluhlah juga jawabnya. 

So, ruang airwell ni perlu dimakeover semulalah supaya ada fungsinya kat rumah ni - supaya efektif semestinya! 

Fikir-punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya-fikir

...punya-fikir-punya

...fikir-

...datang idea nak jadikan RUANG MENDOBI...!! 

Alasannya seperti yang dah dijelaskan di ENTRI sebelum ni;

- jimat masa

- jimat tenaga

- lebih praktikal 

untuk dijadikan ruang mendobi.

Lagipun panas kan, sesuai sangatlah - dah kita pun memang nak keringkan baju. 

Konsep dia adalah sekalikan tempat; membasuh situ, sidai pun situ. 

Proses makeover pun bermula...^^,

Cat kita tukar balik kepada - warna asal. Konsep minimalis ni warna apa lagi, putih la paling sesuai dan evergreen. Semua bahagian rumah ni pun sebenarnya sudahpun ditukarkan warna catnya kepada warna asal. Dah taknak tukar lagi rasanya. Penat uii mengecat...

TIPS sikit ya; untuk mengecat, silalah rajinkan diri buat border macam kat atas tu dulu πŸ‘†. Teramat-amat mudah proses mengecat jadinya bila dah ada border. Buat sorang-sorang semua pun takde hal punya. Border pakai berus ya, siap-siap bawa bekas kecil berisi cat dan kain lembap naik tangga, supaya tak perlu naik turun banyak kali. Kain lembap tadi prepare untuk lap tangan dan kawasan yang dicat kalau ada cacat cela. Selesai border, boleh guna roller dengan senang hati untuk baki tempat yang lain tu.

Sebelum makeover cat, kita tambah wiring sikit {untuk power supply mesin basuh + ironing} dan piping {untuk air masuk dan keluar}. Tu dalam gambar tu πŸ‘† nampak paip putih kat lantai tu air mesin basuh keluar. Lubang air tu memang sedia ada, sebab memang asalnya air hujan boleh masuk, jadi laluan air hujanlah - akan ke longkang terus.

Untuk memudahkan kontraktor tahu mana kita nak letak paip air dan suis elektrik, gunakan soletep kertas untuk tandakan.

Ni suis untuk ironing, tapi akhirnya ironing system kita letak di BILIK BAJU, jadi suis ni gunanya untuk letak stand fan sekiranya hari hujan dan baju perlukan lebih pengeringan.

Kejadian selepas makeover ^____^ 

Ini je gambar yang ada haha. 

Masa ni takde masa nak update blog kan, jadi mana ambil gambar sangat. Ni masa anak tengah sidai baju kita snap. Bolehlah nak bayangkan keadaan airwell masa tu kan.

Gambar atas - keadaan background masih lapang.
Gambar bawah - yang lapang tadi telah mula diaktifkan menjadi ruang MINI STOR.

Mini stor bukan letak apa sangat, adalah tong-tong cat dan beberapa kotak ni πŸ‘† - baju yang jarang pakai macam baju berpantang, baju mengandung...ateee kakak bukan mengandung hari-hari iya dok? Letak sinilah sesuai ;P

...jeng jengg jengggg...

 ^____^

Apa uols rasa kakak nak buat dengan bekas-bekas ni?

v

v

v

v

v

v

v

Taraaaaaa... ^_______^

Sejenis nak semua seragam, jadi kakak tukarlah bekas-bekas tu jadi sama. Jangan cakap kakak membazir pula ya, sebab bekas lama tu bukan buang pun, kakak jual, dapat duit, beli baru. Bijok tak kakak? heheh

TIPS lagi ya, bekas-bekas merah seragam ni dibeli di Tesco dalam RM20++ satu. Tapi, bila dah beli, jumpa pula lagi murah kat Econsave RM18 je gitu... Aduh geram teramatnyaaalahhhh...dahlah kualiti yang Econsave tu nampak lagi padu! Jadi jika korang nak beli, silalah terjah Econsave dulu ya. Kalau kat Melaka ni, boleh tengok juga di Madam's King. Tu pun ok harga dia bila ada Mega Sale.

Ni waktu tak berapa nak tersusun...patut bekas merah tu susun empat-empat. Kerusi hijau kuning tu pula kerjaan anakanda la tu; ditukar-tukarnya. Sebenarnya kat gambar ni nak tunjuk suis elektrik dan water supply untuk mesin basuh...tu yang saya kata tambah kemudian.


Setakat ni airwell ni berfungsi sebagai ruang mendobilah. I LOVE IT SO MUCH sebab senang hai tak perlu berkejaran selamatkan baju kalau hujan, boleh sidai bila-bila nak, contoh basuh malam - haa sidai terus, dalam rumah kan...Lepas tu, tak perlu nak sarung tudung kalau nak menyidai...haha

Tengok before after tu saja πŸ‘† dah boleh bayang keterujaan kakak kan? ^___^

Jangan risau bab bau sabun. Seperti yang telah diberitahu, airwell ni ada pintu sliding, lepas sidai tutup je pintu tu. Takde bau sabun masuk rumah pun. Lagi pula sekarang banyak sabun yang natural - sumber alami. Worry not okay ;)

Cerita lama airwell KAT SINI ya...❤

Secara asasnya, di airwell inilah 'the never ending job' itu berlangsung;

Basuh di mesin basuh-
sidai di ampaian guna hanger-
keringkan semalaman-
angkut hanger tu ke bilik baju-
Selesai!

dan...

R.E.P.E.A.T..!! ;D

Lipat tak tersenarai sebab bila perlu je baru lipat, contoh kalau ada kain batik ke, kain pelikat ke, tuala ke, tu kena lipatlah. Tapi adudu senang bangat kalau lipat benda-benda gitu. Macam tak melipat pun...>.<


Tapi, tapi, walaupun nampak senang {memang senanglah pun kerja-kerja membasuh sekarang} ada juga beberapa teknik yang saya apply untuk LEBIH memudahkan lagi kerja-kerja tersebut. Haha. Memang tak kasi can, efektif habis ini sistem..!!

So next kita kongsi pulalah cara dan teknik tersebut. Haaa...nantikannnn...

Ps - Kuseru semua otai susun atur sila kongsikan tips urus baju korang. Yang sering berkongsi cerita dengan Sioca dulu, please-please make comeback laa πŸ™πŸ™

Pps - Dan harap bersabar juga menunggu entri BILIK BAJU ya ^^,

 photo footer.png

Monday, August 6, 2018

5 Sistem Pengurusan Baju - 1 {Intro}

Assalamualaikum wbt,

Hari ni nak mukadimah sikit untuk perkongsian sistem pengurusan baju yang terbaru - cukup kemas, tersusun dan efektif!

Setelah sekian lama menggunakan konsep almari baju; dan tak pernah suka atau terfikir untuk buat konsep open wardrobe sebagai sistem pengurusan baju - saya akhirnya antara rela dan terpaksa (pada ketika itu iaitu sekitar tahun 2016), telah memilih cara open wardrobe untuk mengurus baju bajan di rumah. Open wardrobe ni diletakkan dalam satu bilik khas yang menempatkan segala perkara berkaitan baju di dalamnya.

Dah hampir dua tahun guna sehingga sekarang, i must say that i really LOVE LOVEEE LOVEEEE it to the max! Sistem ni sangat-sangat praktikal, efektif, berkesan, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga, senang diselenggara, senang kemas dan banyak kebaikan lagi!

Dulu saya tak suka sistem open wardrobe sebab nampak semak. Sekarang, bila dah guna, baru tahu boleh je nampak kemas kalau betul cara susunnya. Ada bajet lebih, memang saya prefer buat sistem yang sama tapi tambah pintu. Maksudnya open wardrobe tapi boleh ditutup. Tapi, apa yang ada sekarang ni pun dah lebih dari cukup untuk saya urus baju-baju dengan baik.

So, saya kongsikanlah cara ni dengan para suri di luar sana andaikata ada yang pening sokmo nak urus baju-baju ni - yang diketahui merupakan kerja yang tiada berpenghujung. Dengan harapan, banyak masa yang boleh dijimatkan dengan menggunakan sistem ini dan dapatlah ganti dengan 'me time' lebih sikit ;)

πŸ‘†SISTEM LAMA: 
{konsep almari baju dan sistem lipat}

1. Mula-mula, basuh baju macam biasalah kan. Mesin basuh masa ni letak kat dapur. 

2. Selesai basuh baju, sidai kat luar. Kalau hujan, maraton la kejap nak selamatkan baju. Dapat pula baju belum kering, murung sekejap..

3. Lepas kering, sesi melipat - yang agak emosional nak siapkan --,

4. Setel lipat, simpan ke bahagian baju anak-anak...

5. ...dan ke bahagian baju ibu ayah.

πŸ‘†SISTEM BARU:
{konsep open wardrobe dan sistem gantung}

1. Basuh baju. Mesin basuh masa ni dah tukar letak kat airwell.

2. Selesai basuh baju, sidai kat airwell juga. Airwell ni panas dan masuk cahaya matahari sebab memang ruang ni nampak langit terus. Tapi kita pasang zink transparent so hujan tak masuk. Hari ni sidai, esok kering. Bau sabun tak perlu risau juga sebab airwell ni ada pintu sliding, so tutup je, tak terhidu dalam rumah.

3. Lepas kering, tiada sesi melipat - terus angkut hanger dengan baju tu sekali ke bilik baju. Setel.

❤❤❤
Nampak tak betapa banyak penjimatan yang berjaya dilakukan; 
baik dari segi masa, tenaga malah ruang pengurusan baju. 
❤❤❤

Tempat asal mesin basuh 2011 - renovasi kawasan ni ada saya kongsikan di ENTRI NI
Sekarang dah letak di airwell, susun aturnya nanti saya kongsikan.

Tempat asal sidai baju - kat luar - guna wall mounted hanging system.

Baju berlonggok masa anak 1-2 orang ok lagi, seronok lipat ala-ala konmari style, masuk 3-4 wahh kemain pening nak hadap...{awal-awal berkongsi cerita susun atur, lipat baju pun boleh jadi entri okeh huhuh}

 
Sistem lama - menggunakan konsep almari dan sistem lipat. Cantik dan tertutup tetapi tidak cukup praktikal bagiku. Rindu dengan almari-almari ni tapi terpaksa let it goooo...Susun atur dalam almari ni semua boleh terjah kat SINI

Before after sistem yang amazingly significantly help with the cloth organization

Konsep dia simple je sebenarnya:



1. KUMPULKAN SETEMPAT

Semua perkara berkaitan baju/pakaian/fabrik diletakkan di dalam satu bilik sahaja. Jika tiada bilik, cukup sekadar menggunakan ruang-ruang yang ada, tapi pastikan ada ruang khas.

2. SISTEM GANTUNG BAJU

Gunakan sistem hang/gantung baju. Sistem lipat hanya untuk kain pelikat/kain batik, cadar, tuala dan beberapa kategori lain yang diketahui tak sesuai digantung. Sistem gantung baju ni adalah kunci kepada penjimatan masa yang sangat-sangat signifikan dalam pengurusan baju. Sebahagian besar masa surirumah banyak dihabiskan untuk melipat baju kan.

3. HADKAN BILANGAN BAJU

Pastikan baju yang 'currently use' tidak terlalu banyak. Kalau boleh hadkan kepada beberapa helai sahaja. Banyak-banyak buat apa kan? Kalau orang tanya kenapa asyik pakai baju sama je, bagitahu la yang rumah kita ada mesin basuh ;p

4. SISIH SECARA BERKALA

Purging setiap 6 bulan. Konsep ni sama je mana-mana bahagian rumah. Purginglah bila nak purging pun. Kalau nak buat setahun sekali ke dua tahun sekali ke tak sapa marah aih. Kalau rasa dah semak mata tengok baru nak purging pun bulehhhh...

5. DISIPLIN

Pakai almari ke, pakai open wardrobe ke, pakai sistem hang ke, sistem lipat ke, kalau tak ada dispilin, tak jadi jugakkk... Disiplin ni melibatkan mana ambil, situ letak. Kalau jenis main campak je, adudulah jawabnya...


Sekianlah perkongsian hari ni. 

Ada tak yang gunakan sistem yang sama? 

Gantung-gantung je baju ni semua? 

Atau ada yang masih suka lipat? Walaupun berzaman nak siapkan, tapi hati tetap suka dan cinta dengan proses lipat baju...;p

Saya pun suka sebenarnya lipat baju tapi timing selalu lari dan tempat longgok baju tu jadi aduhai sangat mata ni melihat. Dengan sistem yang ada sekarang ni, saya lipat baju bila nak travel je, sebab kena masuk beg kan. Kalau ada beg yang boleh apply sistem gantung, mungkin masuk muzium dah sistem lipat untuk saya ni ;D

Perkongsian seterusnya nanti saya cerita susun atur terbaru ruang airwell {yang sekarang dah jadi ruang dobi} dan bilik baju.

Stay tuned ya!

Ps - Jangan lupa share Tips Urus Baju gaya anda DI SINI 

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...