Showing posts with label Dinding. Show all posts
Showing posts with label Dinding. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

22 Wujudkan Ruang Isu Semasa Di Sudut Pilihan Rumah

Assalamualaikum wbt semua,

Harapnya korang sihat-sihat seadanya ya. Dah nak masuk Ramadan kan. Macam-macam perasaan ada...semoga sampai ke bulan Ramadan yang penuh mulia =)

Hari tu, saya ada cerita pasal nak wujudkan satu sudut isu semasa kat ruang keluarga saya kan? Kalau lupa, bolehlah semak balik di SINI. Wah, nak kena semak segala...hehe

Jadi, apa yang saya perlukan ialah satu papan notis dan beberapa keping bingkai gambar kos rendah. Papan notis saya dah ada, beli kat Ikea.

Rupa asal papan notis Ikea...

Pantang tengok benda-benda kosong ni, macam banyak sangat masa lebih, merajinkan diri amek kertas pembalut hadiah dan lekatkan kat papan notis ni.

Tak susah pun, tak perlu guna double tape ke apa cuma lipat-lipat pembalut hadiah tu dan lekatkan pakai paku pelekat. Senang!

Kasih zoom.

Herot berot sikit kertasnya pasal buat kerja sambil si kecik Ahmad Zuhair meraung mintak diangkat. Ibu pulak pantang kerja tak siap, sudahkan macam nak berperang sebelum mendukung Ahmad Zuhair.

Takpe, ketidaksempurnaan itu kadangkala sama ertinya dengan cantik! Weehoo!

Ok, beralih pula kepada bingkai gambar. Murah sahaja, RM5 satu...Daiso mari! Tak gemar sangat sebab cermin plastik bukan kaca, macam cerita Siti Fatimah. Tapi redah jelahhh...tu je yang jumpa. Huhu.

Kalau papan notis tadi gunanya untuk lekat info yang boleh edit-edit atau tulis-tulis, yang bingkai gambar ni pulak untuk gantungkan info yang tak perlu edit-edit contohnya yang ni '10 Warming Up Menuju Ramadan'.

Ini pulak 'Agenda Ramadan'.

Ni saya paling suka sebab dapat recall sejarah dan sirah. 
'Peristiwa-peristiwa Ramadan'.

Dan akhir sekali (ada 4 ketul semuanya), 'Doa Dapat Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran'

Namapun ruang keluarga dan anak-anak kan, kut anak-anak datang angin buat perangai secara berjemaah sampai ibu rasa nak meletup je, cecepat amek frame ni - hadapkan ke muka! kikiki

Selesai semua, ketuk-ketuk ke dinding.

Bingkai gambar hitam tak perlu ketuk dinding, pasang pelekat comel je dan gantungkan.

Weehoo!

woot! woot!

Selesai satu lagi to-do-list untuk ruang keluarga. Projek kecil-kecilan je. Ada cerita lagi terutamanya tentang sofa bed idaman hati...tapi semua duk bersesak-sesak dalam kepala, belum berjaya ditukar menjadi entri. Terasa mengantuk menaip ni, tapi nak jugak ada entri baru untuk perkongsian bersama...kira entri susunatur tak ni? Susunatur hiasan dinding di ruang keluarga laa kiranya...hihu...acilaa ek...
 photo footer.png

Monday, June 10, 2013

26 Menutup Kesan Ira Kayu Pada Para Dinding

Assalamualaikum wbt semua =)

Salam Isnin semua...Saya suka betul jumpa hari Isnin, pasal dapat jumpa korang semua...Hujung minggu buat gapo? Kitorang gi pantai, beriadah - get in touch to the nature, kata omputeh...;p Siap amek gambar susunatur beg-beg nak berkelah, insyaAllah will share!

Hari ni, masih mood menyusunatur ruang keluarga...

Cerita Part 1 - klik SINI
Cerita Part 2 - klik SINI

Saya pernah cerita dulu, saya ada tambah para dinding untuk lebihan tempat letak fail/buku. Seperti gambar di bawah.

Sumber cerita
Para tu dah ok dah...cuma saya agak terganggu dengan corak kayu yang nampak tu. Macam tak siap rupa dia. Ni sebenarnya lebihan kayu masa buat kabinet dapur dulu. Sayang nak buang, maka gunakan to the maxlah. Jimat sangat, kayu camni kat Tesco, berbelas ringgit jugakkk...

Dan, terima kasih tidak terhingga kepada jaja {rumahcomelkami} sebab bagi idea yang CUKUP-CUKUP bernas untuk saya menyelesaikan masalah ini!

Sumber inspirasi
Saya pun menerjah MrDiy sebab nak cari tape corak kayu tu.

Perghhh... banyak jugak benda lain saya beli sebab murah dan cantik! Saya tak pernah tahu pun pasal kedai ni sebelum ni...kalau tahu awal, habislah saya...ahaha

Ape lak habis, bagus apa... sebab barang kat sini murah dan praktikal. Saya suka! =)

Bahan yang diperlukan untuk menghilangkan kesan kayu pada para ni adalah seperti berikut.

Tape bentuk kayu, saya pilih warna coklat gelap sesuai dengan warna para. Sebelahnya gunting.

Belakang tape tu ada garis-garis untuk memudahkan kita potong mengikut kesesuaian lebar para kita. Tapi, untuk kes saya, garis tu tak menepati ketebalan rak, maka saya perlukan pen dan pembaris untuk buat garisan baru.

Dah siap garis, kita guntingkan...

Test power dulu...Sesuai ke idak tebal dia. Lebih takpe, kurang jangan ya. Kalau lebih, boleh trim.

Dah ok, kita teruskan...bukak sikit-sikit pelekat dia dan tampal.

Ah-haa!

Siap satu bahagian.

Separuh lagi perlu diteruskan...buat dengan penuh hati-hati.


(sibuk pulak tu nak amek fon tangkap gambar segala - ngehngeh)

Dan sampailah ke penghujungnyaaa...

Trim yang lebih.

Guna pisau ya.

Memuaskan!! Saya suka!! =)



Letakkan di sebelah peta dunia hasil keras tangan cikgu ;p




Yay! So happy to get this problem solved! 

Apa pendapat kawan-kawan? Ada sesapa punya masalah yang sama? Ada projek kecil-kecilan hujung minggu yang nak dikongsi bersama? Lepas ni, bolehlah semua pakat serbu Mr Diy...macam-macam ada...;D

 photo footer.png

Thursday, June 6, 2013

29 Buat Sendiri Efek Bingkai Gambar Tanpa Menggunakan Kayu

Assalamualaikum semua =)

Hari ni cikgu nak ajar aktiviti keras tangan ala sioca, ya murid-murid semua...

Memandangkan sekarang musim berjimat-cermat, maka ada baiknya kita cost down apa yang patut termasuklah dalam hal menyusunatur rumah.

Merujuk gambar di bawah:


Peta dunia dalam kotak garis-garis tu dah lama dah cikgu beli. Sekitar tahun 2012.

Eh, tak lama mana rupanya, setahun lepas je. huhu

Beli guna baucar buku, memandangkan cikgu ni pelajar jugak...

Sebelum ni, di rumah sewa lama, cikgu hanya tampalkan ke dinding guna double tape saja. Asek-asek jatuh sebab kad tu licin agaknya.

Tiap-tiap pagi rutin cikgu mengutip peta dunia ni yang dah tersadai kat lantai.

Bosan jugak buat benda yang sama setiap hari.

Maka, di rumah kami ni, cikgu terkeluar mentol dari kepala untuk gunakan medium kertas kotak sebelum digantungkan ke dinding.

Tapi, sebenarnya perlu ke gantung peta dunia ni kat rumah ek?

Ah-ha! Soalan yang bagus!

Sebenarnya, cikgu suka tengok negara orang, lepas tu cikgu suka refer pada map ni supaya tahulah oh negara ni kat sini, negara ni kat sini. Begitulah rasa hati cikgu - sama serupa dengan sayangnya cikgu pada subjek Geografi masa kecik-kecik dulu.

Keduanya, cikgu pun nak anak-anak cikgu ada rasa keinginan untuk merantau merentasi sempadan negara, mencari hikmah ayat Al-Quran di Surah Ar-Rum ayat 41-42.

“Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah : Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perlihatkanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”

Jauh perjalanan, luas pemandangan...tak gitu?

Baik, sekarang kita pergi kepada bahan yang diperlukan untuk membingkaikan peta ni ok.

Tiada dalam gambar, kertas kotak yang merupakan bahan terpenting aktiviti ini. 
Amek je kotak mana-mana yang dah tak pakai, guntingkan supaya jadi rata ya.

Lepas tu, tampalkan peta tu pada kotak menggunakan double tape.


Kemudian, ambil selotep warna hitam dan mula tampal di setiap hujung peta.



Trimkan kotak yang lebih tu, menggunakan gunting.



Ambil pita pengukur dan tandakan dengan teliti bahagian untuk dilubangkan bagi menggantung peta ini di dinding.


Punchkan dan...


Sedia untuk digantung!

Ta-daa!

Hasil yang bagus dengan bajet yang sedikit bukan? Bolehlah digantungkan ke dinding ruang keluarga cikgu yang K.E.C.I.L itu.

Apa pendapat murid-murid kesayangan sekalian?

Dengan kos yang murah, kita dapat hasilkan efek bingkai gambar pada peta ni, kan seronok?

p/s boleh apply kpli dak cikgu nih? kikiki ;p

 photo footer.png

Monday, May 13, 2013

41 Gantung Bingkai Gambar Di Dinding Guna Penggantung Khas

Assalamualaikum wbt semua...selamat berhari Isnin, semoga tidak biru ;p...dan selamat memasuki bulan Rejab.

Semoga kita diberkati di bulan Rejab dan Syaaban dan disampaikan ke bulan Ramadan...=)

Hari ni nak berkongsi cerita tentang hiasan gambar di dinding.

Saya sebenarnya saaayaannngg... sangat nak tebuk dinding untuk gantung apa-apa.

Saya akan fikir dua tiga kali perlu ke tidak gantung ni. Lepas tu, kalau untuk jangka masa panjang nak cabut balik, akan sopakkah dinding tu atau adakah apa-apa penyelesaian lain nanti...

Tapi selepas fikir punya fikir, ditimbang-timbang semua perkara, maka saya memilih untuk hiaskan jugak dinding satu bahagian di ruang tamu saya dengan frame gambar.

Saya beli di sebuah pasaraya dengan harga satu RM11. Jadi kalau tiga lebih kurang RM30++.

Bagi saya, bolehlah harga macam ni sebab kalau nak frame gambar yang lain yang kosong dan perlu letak gambar memang agak lebih mahal sikit dan saya pun takde sumber gambar macam dalam frame yang dah dibeli ni untuk diletakkan nanti.

Iaitu gambar ala-ala kota metropilitan yang penuh dengan cahaya lampu waktu malam. Macam best je rasanya layan gambar macam ni...





Saya gunakan penggantung khas untuk gantung frame ni. Sebab tak berapa rajin nak drill dinding. Sibuk kekdahnya, jadi guna idea penggantung ni lebih mudah. Dia ada paku juga, kena ketuklah...senang je.

Cuma kalau boleh jangan cabut balik sebab nanti berterabur plaster dinding tu sebab kita tak pakai wall plug kan.

Jadi... biar jelah dia duduk bertenang kat situ sampai kita rasa boring nanti baru tukar. Hehe.


Sebelum ni, dinding atas sofa merah tu kosong kan, dan selepas digantung frame tu jadiklah macam ni...



*


*


*


*


*



Perasan tak alas meja makan tu pun ada perubahan? Itulah barang projek Ikea (link cerita) yang saya beli - nombor 7 tu...=)

Jadi, apa aktiviti hujung minggu anda yang menyeronokkan? Hias dinding jugak? Biasanya, anda drill dinding atau hanya ketuk paku sahaja? Dan, apa cadangan untuk repair dinding yang dah ditebuk sekiranya kita taknak letak frame tu lagi?

Jom cerita-cerita, JOM..!! =)

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...