Showing posts with label Ruang Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Ruang Keluarga. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

31 {Sticky Post} Cabaran Bulan Mac & Apr :: Family Area

Assalamualaikum wbt,

Ruang keluarga merupakan satu ruang yang bukanlah selalu menjadi pilihan untuk disediakan bagi kebiasaan orang Malaysia {pendapat saya}. Biasanya ruang tamu yang ada itulah ruang untuk keluarga bersantai.

Tak salah.

Cuma, jika ada ruang lebih, saya memang memilih untuk ada ruang khas untuk keluarga. Bukan apa, dengan cara mengasingkan ruang tamu dan ruang keluarga, tugas untuk mengekalkan dan memaintain kekemasan rumah lebih mudah.

Saya sendiri masih banyak kekurangan pada ruang ini di rumah. Ada banyak perkara yang kadangkala menjadikan ruang yang ada ni tak efektif dan tak berfungsi sebagaimana sepatutnya namanya diberi.

Jika yang berkongsi ruang tamu dan ruang keluarga pula, saya sangat-sangat ingin tahu apakah tips yang anda gunakan untuk mengekalkan keadaan ruang tamu sentiasa {atau agak} bersedia menerima kunjungan 'tergempar' para tetamu.

Kalau tanya saya, saya masih buntu. Huk huk. Kadangkala memang datang waktu kelam kabut mengemas bila tetamu dah kata 'kami on the way'. -___-

Jadi, di sini medannya kita saling kongsikan, ayuh apa tips para pengurus rumahtangga semua untuk ruang keluarga anda, tak kisahlah baik yang ada ruang khusus ataupun berkongsi dengan ruang tamu.

Atau apa-apa projek DIY yang melibatkan ruang keluarga, atau projek susunatur yang ada gambar 'before & after', atau apa-apa projek mengecat...tak kira kecil atau besar projek yang dijalankan...di sini kita berkongsi untuk panduan sesama kita berkaitan ruang ini.

Dan berita baiknya kali ni, tak menyempat entri cabaran dipublish, dah ada penaja yang berbesar hati untuk menaja hadiah. {sukalaaa tewwww ;P}

Penaja kali ni akan menaja hadiah yang begitu GRAND dan sangat mengidam kalbu pihak penganjur. Hikhiks.

HADIAH PERTAMA:

Hamboiiii....lazat sangat hadiah ni...geram tengok ;)

HADIAH KEDUA:

Hand blender...senang nak buat baby food...=)

SYARAT:
2. Masukkan link blog penaja di entri anda.
3. Follow blog www.akubukanpenulistegar.blogspot.com

Best kan hadiah tu? Best sangattt....;)

Seperti biasa, kalau nak join cabaran kali ni, cuma ikut langkah di bawah ni ok, simple je...:)

1. Buat satu entri berkaitan susunatur ruang keluarga anda.
2. Masukkan entri tersebut ke entri ini dengan menekan butang 'Add Your Link' pada inlink tools di hujung entri ni.
3. Masukkan maklumat yang diperlukan.
4. Done!

Entri lama-lama boleh dikongsikan :)


Senarai peserta KLIK SINI.

Perkongsian SusunAturSioca:

1. Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
2. Ruang Membaca Di Bilik Keluarga
3. Tambah Unsur Ceria Di Ruang Keluarga

 photo footer.png

Tuesday, March 18, 2014

28 Tambah Unsur Ceria Di Ruang Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Pehabaq semuaaaaa....? =)

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyertai Cabaran Family Area...masih berlangsung sehingga hujung April ya. Dan alhamdulillah ada penaja hadiah lagi...jengah SINI ok. Terima kasih Syahida sudi tambah hadiah...best pulak tu hadiahnya...^^,

Untuk kawan-kawan Melaka, tawaran servis hantar barang Ikea telah dibuka untuk bulan April. Sesiapa berminat terjah ENTRI NI.

Hujan kan 2-3 hari ni? 

Alhamdulillah sikit pun jadilah, sejuk sikit rasa dunia ni...

Layan sungguh duduk tepi tingkap dapur sambil perati tanah berlubang-lubang ditimpa butir-butir hujan seperti mutiara...bunyi derapan air yang jatuh di awning rumah...bising yang menyamankan...bau segar tanah yang segera naik selepas kering gersang dengan habuk jerebu dan panas asap...

Allah...nikmat Tuhan yang mana hendak kita dustakan? Semuanya milik Dia...wajar sangat kita merendah diri tunduk patuh mengabdikan diri kepada-Nya...

Sejuk setelah panas yang berpanjangan...sungguh nyamannn...=)

Dalam nyaman-nyaman yang ada, teringat pula kenangan dulu-dulu bila selesai menyiapkan satu lagi dinding ruang keluarga kami. Ahhh...cerita lama juga ni. Nak kongsi-kongsi saja...

Dinding kosong yang jarang tuan rumah nak biarkan tak berfungsi...ada juga niat nak beli rak ikea tapi fulus belum mencukupi...maka tercetus idea lain...



v



v



v



v



v



v



Lekatkan foam puzzle Pooh ni...idea ni ada ternampak suatu ketika dahulu kat blog Sue dan Kak Aty...sumber inspirasi tu =)



Terselit seketul bola...Pooh jugak...






Saya bukanlah peminat Pooh sangat tapi kadang tu rasa macam comel jugak kartun ni...cuma tulah kadang kacau sikit sebab ada haiwan pink tu...hehe sibuk je dia nak masuk jugak...;p

Kebetulan, tengok-tengok koleksi gambar tahun 2007...

Masa tu menyewa dengan kawan-kawan, degree semester akhir kat UKM...terjumpa pulak gambar barang-barang masa belajar...bebudak sangat rasanya...

Sekarang? 

Mak budak sudahhh....;p

Notice board kat meja belajar tu DIY sendiri je pakai polistrin gabus...gambar bawah koleksi barang dalam almari baju...

Kotak merah pink love tu masih terjaga elok sampai sekarang =)



Entah pakai handset apa entah zaman ni amek gambar...kenangan sungguh...=)

Bila kadangkala kita menoleh ke belakang, ada pahit manis kehidupan telah jauh kita tinggalkan...ada ketika datang waktu susah sehingga kita rasa sesak dada menghadapinya...waktu tu rasa macam "....ahhh aku tak boleh hadapi semua ni lagi...ianya terlalu menyakitkan..."

Tapi kini apakah kita masih merasakan perasaan yang sama setelah kita berada pada kehidupan yang sekarang? 

Allah. Telah keluarkan kita daripada setiap kesulitan yang pernah kita lalui itu. Sehingga kita kini merasakan tanpa kesulitan itu semua, seolah-olah apalah erti kehidupan kita sebagai manusia. Manusia dan ujian itu seperti kembar. Selagi ada kita di dunia, memang ujianlah yang akan kita terus dan terus hadapi. Kalau nak terus gembira dan bahagia tanpa derita, insyaaAllah itu nanti di syurga. =)

Memang seronok sekali sekala menoleh kenangan semalam ditemani hujan yang akur perintah Tuhan turun membasahi bumi. 

 photo footer.png

Monday, March 10, 2014

28 Ruang Membaca Di Bilik Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah membuat percubaan meneka fungsi ruang di ENTRI INI. Comel-comel sungguh jawapan korang...=)

Memang ruang ni boleh dibuat banyak perkara. Dan jawapan tu semua memang ada terlintas di fikiran saya untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, satu jawapan paling tepat telah diberikan oleh saudari Izmin, siap ada link contoh gambar untuk menjelaskan jawapan tu. Kesungguhan yang sungguh mengharukan hati saya...;')


Jadi, apa sebenarnya yang telah saya buat pada ruang dinding yang kosong ni?

20121231_143820

It is a book ledge!

Ni PICTURE ledge sebenarnya yang dibeli dari Ikea, dengan harga RM39 seketul, tetapi ditukar fungsinya kepada BOOK ledge.

Letakkan buku-buku untuk bacaan anak-anak.




Baca-baca di atas sofa bed yang disediakan...

Sebenarnya, kalau terlajak kreatip boleh buat sendiri book ledge ni guna kayu pallete je tapi saya betul tak menyabar nak siapkan ruang ni...tak sempat nak cari kayu pallete segala, nak cat pulak, nak trim pulak kayu tu supaya tak ada selumbar nanti...eh, banyak pulak kerjaannya...beli jelah senang...!

^____^

Entri sempoi je...

Izmin boleh bagi saya nama, alamat, no fon dan e-mail sesegera mungkin ok. =) Kepada 8 peneka yang lain, boleh bagi saya e-mail untuk saya e-mailkan softcopy Home Binder 2014. =)

 photo footer.png

Thursday, March 6, 2014

9 Jom Teka Fungsi Ruang!

Assalamualaikum wbt,

Saya suka menggunakan ruang yang ada semaksimum yang mungkin. Tapi bukan semua ruang saya akan 'semak'kan dengan fungsi maksimum ni.

Saya lebih suka konsep yang simple but nice.

Cuma ada sesetengah ruang memang akan nampak pelik dan rugi jika saya biarkan kosong.

Contohnya ruang keluarga kat bawah ni...


Rugi kan ruang tu biar kosong gitu? 

Jenuh juga saya fikir nak letak apa kat sini. Akhirnya dapat juga saya idea untuk memaksimumkan fungsi ruang ni. Tapi, saja nak korek idea daripada korang semua...apa yang akan korang buat dengan ruang begini? 

Idea yang sama dengan apa yang saya buat pada ruang ni akan dapat hadiah. 

Hehe. Hadiah biasa-biasa je. 

Hardcopy Home Binder 2014 By SusunAturSioca

Saya akan print dan poskan kepada pemenang.


Jadi, apa tunggu lagi...moh curahkan idea korang yang bernas tu di ruangan komen. Komen pertama yang meneka dengan betul akan dipilih sebagai pemenang.

Cerita full ruang ni insyaaAllah menyusul Isnin depan ^^,

 photo footer.png

Tuesday, March 4, 2014

34 Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Mari kita recall apa definasi ruang keluarga saya.

1) Ruang belajar dan kerja ibu dan ayah.
2) Ruang explorasi anak-anak.
3) Ruang menonton.
4) Ruang simpanan barang.

Hari ni, saya nak kongsi point nombor 3 iaitu ruang menonton di bilik ini.

Seperti yang pernah saya beritahu, pemilihan sofa bed lebih sesuai untuk ruang ni kerana pertama, ada ruang duduk yang mencukupi untuk ibu dan ayah. Kedua ada fungsi 'bed' yang memudahkan anak-anak nak baring atau tidur.

Untuk televisyen pula, kami gantungkan sahaja di dinding, untuk faktor keselamatan. Jika letak atas meja tivi, anak-anak tengok dekat dan sebagainya. Selain tu, ruang bawah tu boleh letak meja aktiviti untuk anak-anak, atau boleh jadi extra meja belajar tatkala ibu sibuk dengan segala jenis kertas dan buku rujukan.

Always maximize the utilized space, remember?

Sebenarnya, saya memang tak galakkan anak-anak menonton tivi secara berlebihan dan kami memang selektif dalam memilih rancangan yang boleh ditonton. Kalau waktu siang, memang saya akan biar anak bebas beraktiviti dan explorelah nak explore apa pun. Tapi, sampai waktu tidur kena tidur. Sampai waktu makan kena makan. Sampai waktu kemas kena kemas. Begitulah seadanya...:) Jarang tengok tivi. Orang kata asal ada tivi jelah gitu =)

Berbalik kepada sofa bed.

Pemilihan sofa bed, seperti biasa, perlulah kena dengan saiznya, tak boleh terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Ukur siap-siap.

Kemudian, warna dan material sama ada kain atau leather adalah optional.

Pemilihan tersebut akan bergantung kepada prosedur ketiga yang menjadi prosedur wajib pembelian setiap barang iaitu faktor harga.

Harganya mestilah apa?

...mestilahhhhh MURAH...!

=D

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Ah-ha...inilah hero cerita hari ni...hero ke heroin entahhh...;p 
Ni keadaan sofa waktu duduk.

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Boleh baringkan separa begini...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Dan boleh baring terus...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Sekali lagi...keadaan duduk...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Separa baring...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Baring terus...

Ulang lapan lagi ya...

;P

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga

Cantik kan warna dia...? Ada warna hijau, coklat cair dan hijau katak pisang. Kalau ikut tema memang katak pisang lebih kena sebab dinding ruang keluarga warna macam tu. Tapiii...dah tentu akan tenggelam sofa ni kalau kaler hijau jugak kan...Nak ambik coklat terlalu pucat pulak warna dia. Jadi, oren adalah yang paling cun!

Harga? Murah sajok...RM299 kalau tak silap saya. Beli kat Giant. Lepas saya beli, 3-4 bulan macam tu ada diskaun jadi RM199 sajok. Adus. Sabar jeeee bila terbeli dulu sebelum sale ni...-___-

Harga biasa sofa bed yang saya survey semua RM500 ke atas. Jadi yang ni dah consider murah. Tak sale pun takpelah. ;|

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Buh mana sofa bed tu? Takkan buh kat ruang tamu pulak kan. Hehe...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Kan...oren tu masuk dengan warna hijau kan...di mata saya laa...perfecto sangat! ;)

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Buka pintu nampak view ni.

Keadaan sofa tu masa kini? 

Hoho. 

Al-compang-al-camping dah rupa dia. 

Anak-anak memang menulis atas kertas. Tapi, diorang bawak kertas tu atas sofa...nak lukis garis panjang macam jambatanlah tau-tau sampai terkeluar kertas dah...ke mana lagi perginya? Ke atas sofa yang comel ni laa jawabnya...kehkeh...anak anak kan...comelllll sangattttt...=p

Ingat nak tukar sarung dia satu hari nanti. Tapi entah macamana ek? Tak reti menjahit. Nak tempah pun taktahu nak explain camne kat tukang jahit. Ada sesiapa amek tempahan jahit sarung sofa bed tak? Kalau ada roger ok. :)

Itulah al-kisah ruang menonton kami dengan heronya sofa bed. :)

Ada perkongsian tentang ruang keluarga anda? Moh kite!

 photo footer.png

Thursday, June 13, 2013

22 Wujudkan Ruang Isu Semasa Di Sudut Pilihan Rumah

Assalamualaikum wbt semua,

Harapnya korang sihat-sihat seadanya ya. Dah nak masuk Ramadan kan. Macam-macam perasaan ada...semoga sampai ke bulan Ramadan yang penuh mulia =)

Hari tu, saya ada cerita pasal nak wujudkan satu sudut isu semasa kat ruang keluarga saya kan? Kalau lupa, bolehlah semak balik di SINI. Wah, nak kena semak segala...hehe

Jadi, apa yang saya perlukan ialah satu papan notis dan beberapa keping bingkai gambar kos rendah. Papan notis saya dah ada, beli kat Ikea.

Rupa asal papan notis Ikea...

Pantang tengok benda-benda kosong ni, macam banyak sangat masa lebih, merajinkan diri amek kertas pembalut hadiah dan lekatkan kat papan notis ni.

Tak susah pun, tak perlu guna double tape ke apa cuma lipat-lipat pembalut hadiah tu dan lekatkan pakai paku pelekat. Senang!

Kasih zoom.

Herot berot sikit kertasnya pasal buat kerja sambil si kecik Ahmad Zuhair meraung mintak diangkat. Ibu pulak pantang kerja tak siap, sudahkan macam nak berperang sebelum mendukung Ahmad Zuhair.

Takpe, ketidaksempurnaan itu kadangkala sama ertinya dengan cantik! Weehoo!

Ok, beralih pula kepada bingkai gambar. Murah sahaja, RM5 satu...Daiso mari! Tak gemar sangat sebab cermin plastik bukan kaca, macam cerita Siti Fatimah. Tapi redah jelahhh...tu je yang jumpa. Huhu.

Kalau papan notis tadi gunanya untuk lekat info yang boleh edit-edit atau tulis-tulis, yang bingkai gambar ni pulak untuk gantungkan info yang tak perlu edit-edit contohnya yang ni '10 Warming Up Menuju Ramadan'.

Ini pulak 'Agenda Ramadan'.

Ni saya paling suka sebab dapat recall sejarah dan sirah. 
'Peristiwa-peristiwa Ramadan'.

Dan akhir sekali (ada 4 ketul semuanya), 'Doa Dapat Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran'

Namapun ruang keluarga dan anak-anak kan, kut anak-anak datang angin buat perangai secara berjemaah sampai ibu rasa nak meletup je, cecepat amek frame ni - hadapkan ke muka! kikiki

Selesai semua, ketuk-ketuk ke dinding.

Bingkai gambar hitam tak perlu ketuk dinding, pasang pelekat comel je dan gantungkan.

Weehoo!

woot! woot!

Selesai satu lagi to-do-list untuk ruang keluarga. Projek kecil-kecilan je. Ada cerita lagi terutamanya tentang sofa bed idaman hati...tapi semua duk bersesak-sesak dalam kepala, belum berjaya ditukar menjadi entri. Terasa mengantuk menaip ni, tapi nak jugak ada entri baru untuk perkongsian bersama...kira entri susunatur tak ni? Susunatur hiasan dinding di ruang keluarga laa kiranya...hihu...acilaa ek...
 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...