Tuesday, March 4, 2014

34 Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga

Assalamualaikum wbt,

Mari kita recall apa definasi ruang keluarga saya.

1) Ruang belajar dan kerja ibu dan ayah.
2) Ruang explorasi anak-anak.
3) Ruang menonton.
4) Ruang simpanan barang.

Hari ni, saya nak kongsi point nombor 3 iaitu ruang menonton di bilik ini.

Seperti yang pernah saya beritahu, pemilihan sofa bed lebih sesuai untuk ruang ni kerana pertama, ada ruang duduk yang mencukupi untuk ibu dan ayah. Kedua ada fungsi 'bed' yang memudahkan anak-anak nak baring atau tidur.

Untuk televisyen pula, kami gantungkan sahaja di dinding, untuk faktor keselamatan. Jika letak atas meja tivi, anak-anak tengok dekat dan sebagainya. Selain tu, ruang bawah tu boleh letak meja aktiviti untuk anak-anak, atau boleh jadi extra meja belajar tatkala ibu sibuk dengan segala jenis kertas dan buku rujukan.

Always maximize the utilized space, remember?

Sebenarnya, saya memang tak galakkan anak-anak menonton tivi secara berlebihan dan kami memang selektif dalam memilih rancangan yang boleh ditonton. Kalau waktu siang, memang saya akan biar anak bebas beraktiviti dan explorelah nak explore apa pun. Tapi, sampai waktu tidur kena tidur. Sampai waktu makan kena makan. Sampai waktu kemas kena kemas. Begitulah seadanya...:) Jarang tengok tivi. Orang kata asal ada tivi jelah gitu =)

Berbalik kepada sofa bed.

Pemilihan sofa bed, seperti biasa, perlulah kena dengan saiznya, tak boleh terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Ukur siap-siap.

Kemudian, warna dan material sama ada kain atau leather adalah optional.

Pemilihan tersebut akan bergantung kepada prosedur ketiga yang menjadi prosedur wajib pembelian setiap barang iaitu faktor harga.

Harganya mestilah apa?

...mestilahhhhh MURAH...!

=D

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Ah-ha...inilah hero cerita hari ni...hero ke heroin entahhh...;p 
Ni keadaan sofa waktu duduk.

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Boleh baringkan separa begini...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Dan boleh baring terus...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Sekali lagi...keadaan duduk...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Separa baring...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Baring terus...

Ulang lapan lagi ya...

;P

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga

Cantik kan warna dia...? Ada warna hijau, coklat cair dan hijau katak pisang. Kalau ikut tema memang katak pisang lebih kena sebab dinding ruang keluarga warna macam tu. Tapiii...dah tentu akan tenggelam sofa ni kalau kaler hijau jugak kan...Nak ambik coklat terlalu pucat pulak warna dia. Jadi, oren adalah yang paling cun!

Harga? Murah sajok...RM299 kalau tak silap saya. Beli kat Giant. Lepas saya beli, 3-4 bulan macam tu ada diskaun jadi RM199 sajok. Adus. Sabar jeeee bila terbeli dulu sebelum sale ni...-___-

Harga biasa sofa bed yang saya survey semua RM500 ke atas. Jadi yang ni dah consider murah. Tak sale pun takpelah. ;|

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Buh mana sofa bed tu? Takkan buh kat ruang tamu pulak kan. Hehe...

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Kan...oren tu masuk dengan warna hijau kan...di mata saya laa...perfecto sangat! ;)

Sofa Bed Untuk Ruang Keluarga
Buka pintu nampak view ni.

Keadaan sofa tu masa kini? 

Hoho. 

Al-compang-al-camping dah rupa dia. 

Anak-anak memang menulis atas kertas. Tapi, diorang bawak kertas tu atas sofa...nak lukis garis panjang macam jambatanlah tau-tau sampai terkeluar kertas dah...ke mana lagi perginya? Ke atas sofa yang comel ni laa jawabnya...kehkeh...anak anak kan...comelllll sangattttt...=p

Ingat nak tukar sarung dia satu hari nanti. Tapi entah macamana ek? Tak reti menjahit. Nak tempah pun taktahu nak explain camne kat tukang jahit. Ada sesiapa amek tempahan jahit sarung sofa bed tak? Kalau ada roger ok. :)

Itulah al-kisah ruang menonton kami dengan heronya sofa bed. :)

Ada perkongsian tentang ruang keluarga anda? Moh kite!

 photo footer.png

34 comments:

Jasmin said...

Kalau masa letak utk baring elok jugak bentang kain. Buat ala2 cadar gitu. Beli kain yg biasa2 jer asalkan jenis sejuk dan senang cuci. Kotor leh basuh.

Aty Fared said...

ruang family awak luas...boleh buat n letak macam2..umah akak..letak sofa sekrtul dah penuh..tu belum campur ngan baju belonggok tak lipat..eerrrr...hahaha... :)

Unknown said...

fizah.... sukanya dengan sofa bed tu.... ada ura-ura nak beli gak... dari website-website deal, pun murah jugakkk... tapi... tak tahu nak letak kat mana kat rumah ni... macam dah tak ada space la pulakkk... erm....

Unknown said...

assalam kak fizah.. wah cantik la sofa bed tu... kaler cantik, match ngan dinding hijau tu... rumah akak 2 tingkat ke 1 tingkat??

NabilaHasyim said...

emm lepas dapat penerangan dari 'cikgu' semalam, saya pun rasa kat bilik SOHO tu je la yg sesuai..
ruang tamu pendek je, kalau panjang ke belakang, syok ar nk bahagi dua...

hehe, mekasih 'cikgu'...

ummi affendi jr said...

Semalam baru bincang2 dengan encik suami nak cari sofa bed ni. Betul ke ada kat Giant. Giant mana eh. Tak dan2 nak pegi beli haha. Nanti item yg fizah suggest dah sold out lagi mcm meja study cavenzi tu. Try je la kan..

fazianbatrisyia said...

sy pernah gak berangan nak ada sofa bed...setakat ni mmg tak beli lg, sebab ingat nak aim benda lain...

just azura! said...

nampak kemas and cantik sangat! plus, sofa bed memang sangat praktikal especially untuk ruang keluarga. nice!

MamaDaniel said...

cik fiza.. boleh cabut ke sarung sofa tu? kalau boleh cabut senang nak tempah..
saya ada la kenal org boleh ganti sarung sofa ni.. saya baru je buat dgn http://dthukang.com/. sebab haritu rajin survey pasal upholstery ni saya jumpa gak sorang adik ni.. nama dia encik amy.. kedai dia kat selayang..

kalau taknak ganti boleh jahit alas dia.. buat macam quilt tu dan alas je.. boleh basuh-basuh..hihi.. quilt saya kenal ramai orang yang amik tempahan.. hehehe... ;) pasal jahit2 panjang lebar komen..hihihihi...;)

JaJa_NoRLiza said...

wahhh..teruje...cantik..praktikal sangat...nak beli gak...huuuh..saiz dia besar mana fizah??? pls...nak..nak...

nurdani said...

praktikal! saya pun ada keinginan nak sofa macam ni sebab senang. sekarang pun masih tak beli meja belajar untuk bilik saya. sakit jugak duduk kat lantai beralaskan carpet bulu.

nayfatimahrasyid said...

boleh cari satu nie... kat Giant kan ... lalalalalalalaa

Fizah said...

ada alaskan throw kak...tp kadang ke lantai perginya..hehe..;p

Fizah said...

alaa sekangkang kera jgk ni kak..sy pun tgh fikir nk buat satu ruang utk baju menunggu dilipat ni..stress tgk baju berlonggok...=)

Fizah said...

ada ekk kat website deal...lum penah jumpa..nnti suri leh share...ramai nk carik ni...=)

Fizah said...
This comment has been removed by the author.
Fizah said...

wslm wbt dear reen...umah satu tingkat je =)

Fizah said...

hehe...tak masal dpt title 'cikgu' kan....heeee...okeh blh share tu klu da siapkan kat SOHO =)

Fizah said...

macehs :)

Fizah said...

itula takut jugak klu da abes kan. tapi mmg sy beli kat giant..giant melaka. hopefully ada lagi..cuba g survey dulu..harap2 masih ada...:)

Fizah said...

fewiittt aim apekah itewww? ;p

Fizah said...

giant bacang kak..=)

Fizah said...

tq darl! haah setakat ni mmg praktikal =)

Fizah said...

org pandai jahit mari dah..hehe..=) sarung tu takleh cabut..syg betul, dia jahit terus ke body sofa tu..kalau tak, saya bawak je sarung tu utk tempah..quilt tu nmpk menarik..insyaaAllah kalu nak sy gtau...=)

Fizah said...

lebih kurang 6x4 kaki kak..secukup rasa saiz dia..hehe..terjah giant ok =)

Fizah said...

takpe pelan2 kayuh k..duduk lantai tu stail jepun tu..gaya duduk yg efektif! =)

Fizah said...

hee...yup giant mari! =)

Asma said...

Camne bwk balik fizah, ada delivery ke?

Fizah said...

bwk naik van adik ipar masa tu..hihi. delivery ada rasanya tp tak sure plak brp kos dia..

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Hai Ahmad Zuhair!!!! Lama tak jumpe dia..hehe...
Saya pun berkenan dgn oren tu. Sesuai la utk rangsang minda ank2...tu yg diorg buat jambatan tu...haha...xpe kak esok2 ank dh besar mesti kita rindu dgn sofa comot hasil kerja diorang tu kan.. oh syahdu...T___T

Fizah said...

hehe..itulah, ni yg dirindu nnti kan...tskk ;)

Nor said...

Sis berapa harga table L tu... cantiklah.

Fizah said...

table L tu ~rm150 kat cavenzi...tapi ada kawan2 pembaca kata pegi tanya kat cavenzi tapi dah takde dah meja tu...blh cuba tny kat kedai perabot biasa ok dear =)

ecadwinkyasha said...

rm299?..kat sabah rm499..giant gak..sini mmg mahal a...eca pun nak cri satu mcm ne.kt ruma kecik xde sofa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...