Friday, December 8, 2017

159 Cara Menjual Di Shopee Malaysia

UPDATED 1/4/2018:

Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan, untuk join;

Shopee Support Group by Sioca menggunakan platform whatsapp

; dengan syarat pembelian e-book Tutorial Shopee Malaysia by Sioca.

Sekiranya berminat, klik terus link di bawah untuk perincian.

www.wasap.my/60132068411/ebookshopeesioca
www.wasap.my/60132068411/ebookshopeesioca
www.wasap.my/60132068411/ebookshopeesioca

***

Assalamualaikum wbt,

Hari tu menghabihkan boreh, sekarang kita menjana boreh pula. ;p

Cara nak membeli di Shopee boleh lihat DI SINI ya. Hari ni kita tengok macamana nak menjual pula di Shopee.

1. Bagi yang belum 'Sign Up', sila KLIK SINI untuk cara Sign Up.
Selepas itu, 'Login' macam biasa dan klik pada 'Seller Centre'. 

2. Akan keluar tetingkap ni, klik 'My Products'.

3. Keluar tetingkap ni pula, klik 'Add a New Product' untuk upload gambar produk.

TIPS: Upload gambar lebih mudah kalau guna PC/laptop berbanding handphone sebab di handphone ada limited size yang boleh upload. Kalau besar sangat nanti dia akan crop.

4. Upload gambar produk dengan menekan butang 'Browse Images'.

5. Boleh upload maksimum 9 gambar dengan klik 'Add More Images'.

TIPS: Kalau nak letak lebih banyak gambar, gunakan apps seperti PhotoGrid yang boleh combine banyak gambar jadi satu gambar. Pastikan pixel gambar cun supaya gambar tak 'pecah'/blur.

6. Masukkan maklumat produk pada bahagian 'Basic Information'.

TIPS: Pilih category yang tepat supaya produk anda terpapar bila orang search. Boleh cuba search produk dengan niche yang sama, tengok diorang letak dalam category apa, pastu tiru.

7. Masukkan maklumat harga dan stok pada 'Price and Inventory'.

TIPS: Jangan terlalu mahal, jangan terlalu murah juga. Di Shopee, customer boleh sort items yang diorang nak mengikut harga. So kalau mahal sangat takut nanti tak ada yang nak beli. 

TIPS: Sediakan FREE GIFT sebagai daya penarik buyer untuk membeli di kedai anda.

8. Kalau ada pilihan design untuk produk tersebut, klik 'Add Variations' dan kalau ada harga borong klik 'Add Price Tier'.

9. Masukkan maklumat 'Shipping'.

TIPS: Masukkan maklumat berat yang tepat ataupun lebihkan sikit supaya tak kena extra caj jika terlebih berat bila dah ambilkira berat pembalut/bubble wrap/packaging.

TIPS: Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik buyer (ambil masa lebih kurang seminggu atau lebih untuk Shopee approve, so apply awal)

TIPS: Kena ada printer kalau nak join Free Shipping Program
Kenapa? Nanti saya cerita next entry.

10. Pilih 'Yes' untuk Pre-Order kalau produk tidak readystock.

11. Klik 'Save' - DONE

12. Untuk boost iklan kita supaya ramai viewer, klik 'Boost Now'. Iklan kita akan terpapar yang pertama dalam column Latest butang carian.

13. Contoh lepas klik Boost Now, bila kita search produk kita tu (planner2018 contohnya), maka pada column Latest tu iklan kita yang pertama sekali akan terpapar.

14. Selain Boost Now, boleh klik butang Share untuk kongsi iklan di platform yang lain. Di handphone lebih banyak pilihan platform berbanding di PC ni - terhad kepada 5 ketul tu je. 

15. Kalau di handphone, bila klik Share, dia akan keluar listing platform yang selambak tu. Pilih je. Siap boleh Copy Link produk - contohnya;


dan share kepada target market

Nombor yang panjang-panjang kat hujung tu merujuk kepada produk tersebut. 
Kalau link kedai sahaja, cukup sekadar;


So, apa lagi? Boleh share dah iklan kita tu ke serata alam supaya seluruh pelosok dunia tau apa yang kita jual ;D  

Untuk proses mengiklan dan menjual di Shopee, itu sahaja prosesnya. Senang kan! Bolehlah cuba meniaga di Shopee pula ya korang. Sales mantap juga dari sini. Chayokkkk 💪💪 

Nak buat apa bila order dah masuk nanti? Tu next entry ya. 

Penat dah ni mengarang. ;p


 photo footer.png

159 comments:

  1. dah lama ade acc shopee but x penah try jual anything huhu

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. hai nk tanya.kalau produk pre-order means kena guna duit kita dulu ke untuk bayar sebab shopee xrelease payment selagi cust xdapat barang kan?konpius sikit utk item pre-order. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.kena guna duit sendiri dulu.

      Delete
  3. Terima kasih atas infonya..semoga murah rezeki sis..bagus untuk info.newbie mcm saya..

    ReplyDelete
  4. Salam sis... Klu kita hanya dropship boleh x jual brg di shopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, boleh sis. Ada produk yg sy jual di shopee hanya dropship shj.

      Delete
    2. Kalau dropship..kita perlu update no tracking sahaja ke..imbasan tracking number perlu x?sebab barang founder yang akan pos..macam mne nak imbas?mohon pencerahan
      #firsttimegunashopee

      Delete
  5. assalamualaikum.. maaaf ya. nak tanya. mcm mana kalau org dah order brg kat kita, apakah langkah seterusnya nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..ada sy kongsikan di entri terbaru tu sis https://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html

      Delete
  6. Assalamualaikum, maaaf ya.. nak tanya, mcm mana kalau org da order, apa langkah seterusnya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..boleh rujuk entri ni sis

      http://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html?showComment=1516600483640#c3127926911343049221

      Delete
  7. Assalamualaikum, maaaf ya.. nak tanya, mcm mana kalau org da order, apa langkah seterusnya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..boleh rujuk entri ni sis

      http://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html?showComment=1516600483640#c3127926911343049221

      Delete
  8. Nk tnya tentang duit yang customer beli barang.
    Kan di bank di acc shoppee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dipegang oleh shopee dulu. Bila buyer da dpt brg baru duit tu direlease kpd seller.

      Delete
    2. Maaf bertanya..shopee bayar melalui ape ye? Sbb kite x bgi no akaun..

      Delete
    3. masuk shopee wallet, kemudian kita withdraw masuk acc bank kita.

      Delete
  9. assalamualaikum...nk tnye...klu packaging barang kita memang kna guna flyers/box poslaju je ker@blh gnakan pmbungkusan kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. Boleh guna packaging sendiri cuma kena pastikan ada transparent poket utk selit waybill..

      Delete
  10. Assalamualaikum nk tanya,ada nak kena bayar kat shoppee tak kalau jual brg kt dlm tu?makudnya mcam bayar sewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada byr apa2...free sepenuhnya

      Delete
  11. assalamualaikum ...shoope akan caj kita kat mana ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..shopee tak caj apa2..taktau la mana untung dia hehe..ada kot strategi dia

      Delete
  12. rujuk pada gambar akak attach tu..bahagian shipping tu..kenapa akak punya ada atau boleh set required weight? sbb setiap kali customer beli 2-3 item, berat mempengaruhi harga pos. ape guna jd seller kita nk kena tambah u=untuk kos pos akibat dari customer beli 2 item katas..tolon bagi pencerahan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. required weight tu utk shopee limitkn free shipping (5kg utk sem 1kg ss) lebih dri tu kne caj..klu buyer nk beli byk, blh cadangkn buat pembelian berasingan setiap 5kg atau 1kg (ss)

      Delete
  13. Printer tu khas atau printer biasa je ye?

    ReplyDelete
  14. sy dh sign up free shipping utk 23 jan 18..tapi xde ape2 perubahan lagi pon..mcm mana nk buat

    ReplyDelete
  15. kalau kita dropship.. brg kat supplier n dia yg pos.. mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tny supplier, pos guna waybill yg sy akan emel boleh ke? klu dia ok, blh proceed.

      Delete
  16. Boleh kah jika kita pos brg kpd customer lebih awal dri tarikh shipout yg ditetapkan oleh shopee..?

    ReplyDelete
  17. Terima kasih duta shoppeee..saya baru nak belajr

    ReplyDelete
  18. haii...kalau nk buat shocking sales tue mcm mana ya puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shocking sales dipilih oleh shopee. seller tak blh join klu tak terpilih.

      Delete
  19. Salam..mcm mn nak sign up free shipping programe? Tekan link xboleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt...mmg guna link tu. cuba lagi

      Delete
  20. Apa kriteria yg ditetapkn shopee spy jualan kita blh terpilih utk shocking sale?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti sbb blm pernah terpilih ;)

      Delete
  21. Salam...
    Klu nk jual kat shopee boleh jual lbih dr 1 jnis brg ke?atau kne fokus 1 jnis shj?
    Bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. boleh jual semua benda. caranya sama je macam dalam tutorial di atas.

      Delete
  22. Sis boleh wassap sy,sy nk tnye psal shoppe ni no wsap sy 01112957748

    ReplyDelete
  23. Sis ,klau join fee shipping mcm mne plak cara pembelian parcel,biase dkt poslaju rm10.60 ?maaf baru nk bljar

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya packaging ya? kalau sy, sy guna bubble wrap lepas tu masuk sampul flyers berpoket. flyers hrga tak smp 50sen selai.

      Delete
    2. Hai sis flyers berpoket tu macam mana? Di mana nak beli? Murah tu.. Poslaju Plastic saiz s harga dah rm7.40😔

      Delete
    3. Hai sis flyers berpoket tu macam mana? Nak beli dimana? Murah tu, kalau nk beli Plastic poslaju saiz s pon dah harga rm7.40😔

      Delete
    4. di pejabat pos mmg ada jual sis..ckp je nak beli flyers berpoket.

      Delete
  24. Salam sis, 1 akaun email cuma boleh bukak 1 akaun di shopee ke? Atau boleh buka byk2 atas 1 email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 acc je boleh rasanya. dan no fon pun satu je

      Delete
  25. SALAM SIS..Macam mna kita nak tetapkan harga shipping untuk setiap item..mcm sis bg contoh bwah rm30 free postage..mcm mana nak setkan cmtu jugak..sya try xbleh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. tu bukan kita set. tu shopee yg set dan tetapkan - tnc antara shopee dan poslaju.

      Delete
  26. sis kalau jual pre order dan brg dihantar dari oversea cthnya..hantar direct pada customer,harga shippng macamna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu kne set shipping option (other)..tak boleh guna yg free shipping program ni. kecuali brg tu htr pd awak dan awak pos lain, tu blh guna.

      Delete
  27. sis kalau jual pre order dan brg dihantar dari oversea cthnya..hantar direct pada customer,harga shippng macamna?

    ReplyDelete
  28. Macam mana kita nak letak discount macam "20% off" tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pada bhgn seller centre..klik promotion

      Delete
  29. payment yg diterima masuk acc bank kita ke? contoh saya jual topup telco, bila buyer beli saya akan mesej code topup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. payment akan masuk shopee wallet sis. nti buat auto transaction setiap rabu atau buat manual setiap hari.

      Delete
    2. apa yang dimksudkan dengan urus niaga automatik setiap hari rabu atau manual setiap hari?

      Delete
    3. payment yg buyer bayar tidak masuk terus ke acc bank kita tapi ke wallet shopee. kena withdraw dari situ ke acc bank sama ada manual setiap hari atau setelah sekian sekian value ataupun auto withdrawal setiap rabu.

      Delete
  30. kalau ada cus bli ngan kita duit yang cus banyar kita dapat akan dpt bla ye

    ReplyDelete
  31. as salam
    sorry bertanya
    mcm mna kita nk join shocking sale ye huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, shopee yg pilih dan tentukan. Seller tak boleh apply.

      Delete
  32. Hi sis macam mana nak set weight tu ye kalau item tu ringan 6.5gram je. Sya dah cuba set tpi tak dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setkan paling minimum yang boleh. jgn lupa ambil kira packaging.

      Delete
  33. Hi sis macam mana nak set weight tu ye kalau item tu ringan 6.5gram je. Sya dah cuba set tpi tak dpt.

    ReplyDelete
  34. Kat kita ada banyak stok..tiba2 ada kecemasan kena blik kg..dlm masa tu ada costumer masuk order.. Apa yg boleh kita buat kalo mahu bercuti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm bercuti, set profile kpd vacation mode. klu ada order yg masuk, dan tak sempat poskan, minta buyer cancelkn dan place order semula bila dah balik. boleh juga tukar status brg semua kpd preorder (tp jenuh sikit la klu ada byk brg, kena klik satu-satu)

      Delete
  35. Salam Sis.

    Klu nak apply program free shipping tu, kita kena masukkan kos shipping sebenar di dalam iklan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. tak perlu. letak hrga brg je dan buh free postage.

      Delete
  36. Salam sis..nak tanya ..cmne nk buat klu item kita jual sold out ye...buat ne ye

    ReplyDelete
  37. Salam sis..nk tanya..klu item kita jual sold out...nk buat cmne yer..xreti tekan kat ner

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. maksudnya nak restock ke? klik edit product sis.

      Delete
  38. Kalau kita jual perkhidmatan dan tak perlu pos. Contoh jual topup. Bokeh bagi ty nuk ajar sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. nti tinggal customer nak klik order received je.

      Delete
  39. Nk bertanya,tak perlu ada SSM mcm nk jdi seller kt lazada tu ke

    ReplyDelete
  40. Hi, kalau tak guna waybill shopee blh ke? sbb sya ni sbgai dropship agent je. Supplier sya tak blh lekatkan waybill pda brg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh takde masalah. pilih pos biasa

      Delete
    2. Perlu guna PL9 x kalau postage biasa.. sy baru jual brg dkt shoppe.. Baru dftr utk freeshipping.. Dah ad org order brg.. Postage kite kene tggung ke?

      Delete
    3. Salam... Postage tu kite kene byr ke masa dkt pjbt pos? Atau kene attach PL9

      Delete
    4. pos biasa tak perlu pl9 rasanya sbb tu poslaju berkontrak. postage kne setup di bhgn produk, bkn tgg sndiri.

      Delete
  41. Hai sis macam mana kita nk masuk no akaun ye di shoppe utk terima bayaran?

    ReplyDelete
  42. salam,nk tanya
    mcmn nk setting pembayaran melalaui shopee....sy puyer xde button utk bayaran kat brg yg sy jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. button pmbayaran mmg automatik ada, kita tak perlu setup. jika tiada boleh try refresh semula. mungkin it slow button tu tak keluar.

      Delete
  43. salam,saya dah ada akaun shopee. dah buat sale dah. baru tahu free shipping nie. mcmana nk linkan dengan akaun sedia ada nie? saya klik link register kat atas. masa register xda pulak mintak emai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. tak perlu link apa2..boleh terus klik link utk application. automatik ada dalam sistem nti. www.shopee.com.my/poslajusignup

      Delete
    2. kene log in shopee dulu ke sebelum tu?

      Delete
  44. Salam..sis blh whtapp sy x..ad bnde nk tye ni...sy xbrpe fhm bab shipping..
    01161165235..

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum fizah...nak tny, sekiranya sy jual tudung custom made, dan custmer ada yang nak tambah nama,corak2, so mcm mane kita nak arrage erk...masih cnfius lagi ni... sbb corak n calour, cstmer blh pilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. Boleh tulis pada info produk, sila chat dengan seller untuk pilih corak dan custom nama.

      Delete
  46. salam sis.
    waybill tu mcm mana ye.
    pastu sy cari button seller centre tu takde. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. waybill tu autogenerated by system yg ada info buyer spt alamat dll. cuba tgk kiri atas utk butang seller centre.

      Delete
  47. salam sis saya bru nak berjinak2 dalm shopee ne .. nak tnya mcm mna nak buat klau barg semua direct supplier n klau kita tetapkan alamat as address pick up tuu poslaju akan pick up tmpt tu ke atau kita yg perlu pegi dekat poslajuu?? mohon prncarahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. suruh supplier pos guna shopee waybill. posmen akan ambil barang pada address pickup yg ditetapkan.

      Delete
    2. ohhww kalau address pickup tu poslaju x tau contonhya dekat kg? macam mna ya?

      Delete
    3. kena masukkan address yang poslaju boleh smp.

      Delete
  48. Custmer boleh cari kesalahan untuk refund n return bila dh jmpa brg yg lebih murah.saya dh kena..sbgai penjual xdpt nk buat apa2 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruh customer pos balik barang tu.

      Delete
    2. Mcm mana dgn harga postage yg kita pos mula2 sis?xdpt byran balik kan.

      Delete
    3. yup tak dpt, tp klu guna free shipping prog, mmg tkde kos tu

      Delete
  49. Hi sis fizah...sya baru berjinak jonak dalam dunia shopee...boleh bagi tunjuk ajar tak? Sya org sabah hehe..baru2 ni ada cust order brg sya d shopee tp sya tak tahu mcm mna prosesnya nak hntar brg tu...perlu guna laptop ka tuk jual beli shopee ni or boleh guna hp? Kenapa bila sya tekan link utk dihantar dia minta masukkan no.tracking poslaju? Mcm mna nak cari waybill tu? Sya betul2 pening la huhu...boleh bantu saya tak? TQIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya telah jelaskan dalam tutorial di atas. cuba try ikut steps :)

      Delete
  50. Alamak...minta maaf sis...sya tersalah komen...sya nak komen d entry lg satu tu...cara pos brg kpd cuat lps dpt order...wajib guna laptop ka tuk dpt waybills tu? Sbb klu guna hp tak nmpk pla...dia suru masukkan track no.poslaju

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya guna laptop/pc..guna hp agak sukar sikit

      Delete
  51. Salam sis.saya nk tanya kalau customer nk return or refund brg mcm mne dgn harga postage yg kita dah byr untuk post brg ? Seller rugi x untuk byr postage dan custmer xjd beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. tidak sewenangnya boleh klik refund unless mmg brg rosak. jika buyer nk refund, minta dia poskan semula brg utk inspection.

      Delete
  52. hy, salam kenal..

    saya sudah liat kedainya,,, ternyata sangat ramai walaupun produknya sedikit.

    adakah tips untuk optimasi jualan di shopee? siapa tahu bisa di terapkan untuk jualan di shopee Indonesia. :)

    *Jika ada salah kata atau kata yang tidak sesuai mohon koreksinya supaya tidak ada salah paham kedepannya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..makasih ya. tiada tips khusus, sekadar maximise shj iklan produknya,,

      Delete
  53. Salam kak dalam shopee blh xjual barang jenama copy ori..conth macam kasut dgn bag

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, setakat yg akk tahu, tak boleh.

      Delete
  54. Assalamualaikum kak maaf bertnya dlm shopee blh jual barang copy ori tak.conth macam kasut.

    ReplyDelete
  55. salam kak,saya nak tanya..mcm mana ya nak buat yg shocking sale tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, tiada cara. hanya shopee yg akan pilih mengikut kriteria. tak pasti apa kriterianya tp mungkin yg perform.

      Delete
  56. Kena ada waybill juga ke? Kalau tak letak boleh tak? Mohon penjelasan kak.sebab nak cuba jual brg kat shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk free shipping program, mmg wajib ada waybill.

      Delete
  57. As salam sis, whatsapp saye bleh x? 01135178544 😊terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada link wasap di dalam entri utk join group support

      Delete
  58. Assalam sis.. saya baru berjinak2 dalam dunia shopee. nak tanya pasal Free Shipping di www.shopee.com.my/poslajusignup yg sis ajarkan tu. sy dah apply dah free shiping.. saya tak paham sikit pasal menda ni. nti klu nk pos barang kat pejabat pos perlu buat bayaran apa2 tak? kalau free apa perlu saya bg tahu dengan pihak pejabat pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. mmg free. tak perlu byr apa2 di kaunter. cuma bagitau ni shopee, dia akan faham. waybill wajib ada.

      Delete
  59. Kalau akaun Free Shipping belum aktif lagi tetapi ada berlaku jualan..apa step by step yang perlu buat untuk pos brg tersebut. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. telah sy terangkan terperinci dalam entri ini https://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-pos-barang-melalui-shopee-free.html?showComment=1525269915909#c6788674650680595702

      Delete
  60. Kak mas baru start menjual di shopee.. letak kos poslaju RM 8, tapi bila product approved kos poslaju jadi RM 6 shj.. Adalah shopee akan bayar kos poslaju at RM 8 pd kak mas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia subsidize tak perlu byr apa2 tambahan

      Delete
  61. Salam puan, saya nak tanya.. Saya baru je nak menjual di shoppee.. Saya dah apply free shipping semalam.. Masalahnya ialah saya try buka kedai saya guna akaun adik saya, kena free shipping ye? Nanti klau kita poskan barang, cas pos tu macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. proses pengesahan setelah apply ambil masa 2-3 minggu. meanwhile ada kos pos. cara pos telah sy jelaskan dalam entri

      Delete
  62. Assalamualaikum..sis sy nk tnye mcm mne nk jd dropship agent...sbb sy dh ad akaun shopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. boleh cari supplier brg yg awak nak jual dan jd dropship mereka.

      Delete
  63. salam akak nak ty kalau kos poslaju rm8 wanie letak tapi kat shopee tu dia potong jadi rm6 jadi shopee akan byr kt wanie tak rm8 tu jadi rugilakn kurg rm2 ke macam mana akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt..rasanya dia subsidi tu...bukan kita byrkan

      Delete
  64. salam akak..kalau wanie keluarkn kos postage rm8 tapi kat shopee jadi rm6 jadi rugilakn dlm rm2 ke pihak shopee byr kt wanie rm8 akak

    ReplyDelete
  65. Salam sis...nak tanya bley x kite nk cancel kan vacations mode tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. boleh tp dia amek masa bbrp jam utk clear blk mode tu

      Delete
  66. Salam sis...camne yer kite nak cancel vacation mode tu

    ReplyDelete
  67. Thanks for info. Sy dah buka akaun shoppe tp masih tak faham. Maksudnya brg kita pos dan buyer bayar pd shoppe ker mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia byr pada kita tp shopee akan release once item delivered to buyer

      Delete
  68. Salam sis. Klu ada order msuk, mcm mna pulak proses pembelian brg ke suplier. Adakah sye kne bayar dlu kpd supplier? Sye xbrp paham sngt. Boleh jelaskan step2 utk ahli dropship x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. ya kena keluarkan modal dahulu. tiada step khusus, hanya shj perlu modal utk byr supplier. melainkan supplier setuju utk kita payment seminggu skli dgn mengira order terkumpul.

      Delete
  69. Sis nak tanya, hantar dari tu edit kat mana, sebab tak ada taip apa2, bila dah publish naik hantar dari batu caves, padahal saya tinggal di kedah

    ReplyDelete
  70. salam nak tanya. Kalau ada costumer order macam mana kita nak tau yer? kena download shopee di hphone jugak kan? pastu klau costumer nak bayar macam mana sedangkan kita takder bagi no akaun pon di shopee ni? cmner yer. Saya mmg ada stok barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, boleh tgk di seller centre. donlod di hp. dia akan masuk dlm shopee wallet.

      Delete
  71. Jika pos guna abx cam mn ya. Kena print gak ke

    ReplyDelete
  72. Salam sis..kalu untuk free shipping sis pakai plastik poket mcmana? Guna flyers ke? Kalu brg banyak boleh tak guna kotak sndri dan balut kertas minyak? Mohon reply ye sis..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. ya guna flyers sis. kalu byk boleh balut kotak dan kertas myk. nti tampal je waybill atas tu.

      Delete
  73. Assalamualaikum pn, kalau jd dropship..kite kne dulukan duit modal brg utk byr ke supplier kan? Utk pertama kali jualbeli atau setiap kali jualbeli? Sbb kwn pernah bgtau, niaga di ebay hanya utk 2-3 kali jualbeli yg acc ebay hold duit hingga cust terima brg (utk history trusted seller). Selepas 2-3kali, jualabeli byrn dr cust terus masuk ke akaun seller. Jd, di shopee bukan mcm tu ye pn? Minta penjelasan. Terima kasih pn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, di shopee mmg release payment sehingga customer selamat terima barang. tak kira brp kali atau trusted.

      Delete
  74. Salam sis, sy ada nak buat dropship, adakah sy kena guna duit sy dulu utk supplier pos? mcmna ya sis buat dropship? bleh brief sy tak? yang sis kata "pos guna waybill yg sy akan emel" tu mcmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt. maksudnya, awak ckp dgn supplier tak perlu pos biasa, cuma print waybill dan tampal pd parcel. waybill tu awak akan emelkan pada supplier. ada supplier yg ok dan ada yg tidak. so cari mana yg setuju,.

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...