Assalamualaikum wbt,
Oh kesayangan semua...rindu bangat mau nyembang-nyembang ama kalian...dilanda kesibukankah kalian semua...?
Hoho.
Terima kasih kepada yang sudi
join Cabaran Study Room kita. Penaja pertama,
Nurul kata kalau tak dapat
follow blog beliau pun takpe. Yang ada akaun
Google+ tu digalakkan
follow...gituuu...terima kasih Nurul. Tapi, kalau dapat
figure out follower widget problem tu ada bagusnya sebab ramai yang nak baca blog Nurul, termasuk saya. =)
Berkenaan tajuk, ada beberapa soalan yang sering saya terima, kira macam
frequently asked question {FAQ} tentang bagaimana saya uruskan masa antara belajar, urusan kemas rumah dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Sebenarnya, agak susah juga nak cerita dalam blog begini sebab takut orang salah erti. Tapi sebab nak
face to face pun memang kesukaran juga sebab yang bertanya tu pun kadang jauh-jauh duduknya. Di Sabah pun ada {
silent reader}. Dah cemana pulak nak ke sana? Kebanyakan yang bertanya mungkin sebab tengok blog ni memaparkan keadaan rumah yang sentiasa kemas dan tersusun, maka ada yang beranggapan 24 jam rumah saya memang 'cun' macam tu.
Jadi, sebelum meneruskan perkongsian, ada baiknya saya menjelaskan duduk perkara sebenar {ahah, duduk perkara sebenar sangat...;P}
Takde apalah, cuma nak bagitau...rumah saya bukanlah 24 jam kemas...ada waktu sepah tu sepah jugak cuma bezanya orang 'macam saya' ni mungkin akan cepat-cepat kemaskan semula sebab dah memang begitu fitrahnya diciptakan spesis camni. ;p Kalau orang putehs kata OCD kan. Haa...
obsessive compulsive disorder gituuu...berbelit nak nyebut...spesis nak semua benda kemas tersusun ;p
Ni jiran tanya...sebenarnya jiran saya ni sambung belajar jugak.
Soalan lebih kurang sama dari kawan merangkap jiran...
Biasanya kawan-kawan yang sambung study {dan study from home} yang banyak tanya pasal benda ni sebab semua nak siapkan study dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dan dilema yang selalu menghantui study-at-home-mom ni adalah macamana nak kekalkan momentum pengajian dan terus kekal bermotivasi sehingga ke sem akhir. Saya faham sangat dengan dilema ni sebab masa nak siapkan Master dulu, dilema nilah yang selalu menyerang saya. Sekarang bukan takde, tapi bolehlah sikit sebanyak tahu caranya camne nak tackle...
Selain student, ada juga surirumah yang menghubungi saya. Semua dah ada internet sekarang kat rumah. Agaknya selalu google pasal susunatur rumah, keluar pulak blog kecik ni dalam enjin carian...terus pulak e-mail saya tanya pelbagai soalan. Kebanyakannya tentang camne nak uruskan rumah...nak susun dapur, periuk belanga, pinggan mangkuk serving, masalah haiwan perosak...macam-macam...saya cuba balas semua persoalan tu sebaik mungkin semampu saya.
Ok, kita nak cerita apa sebenarnya ni? -..-
Oh yaaa...pasal rutin harian ya. Panjang sangat muqaddimah.
Ni lebih kurang laa asas jadual rutin harian saya, tak detail la kang jenuh pulak korang nak layankan ambe membebel...;p
Seperti yang saya WhatsApp pada jiran saya tu {entah-entah awak sedang baca jugak ek jiran ;p} rutin saya adalah seperti berikut:
Masak sarapan.
Pagi-pagi saya akan masuk ke dapur untuk siapkan sarapan. Sekarang ada jadual Meal Planning. Jadi , kebanyakan waktu saya akan ikut kata jadual. Tapi kadang 'menderhaka' jugak. Jadual tulis lain, tapi saya masak lain. Eheh...ikut masa dan keadaanlah ya...be flexibel gituuu...
Tapi sebelum mulakan tugas memasak tu, saya akan clearkan sinki. Biasanya malam sebelum tidur, basuh pinggan kotor semua dan toskan. Jenuh nak tunggu kering, mata dah ngantuk...jadi pagi-pagilah buat kerja clearkan pinggan mangkuk yang dah basuh semua tu.
Camne nak memasak dengan tenang kalau keadaan begini...? -.-'
Susunkan ikut kategori dan masukkan ke dalam rumah memasing....
Amek masa lebih kurang seminit dua jugak untuk kemaskan.
Now dah boleh memasak.
.
.
.
Mini Burger :: Cekodok Sempoi :: Pizza Homemade :: Spiral Macaroni :: Mee Goreng :: Mini Sandwich
Ikut dan kalau sempat buat juadah breakfast yang berat sikit, kalau tidak yang sempoi pun layan je...kadang tu ada jugak juadah yang anak tak gemar. Biskut kosong sapu jem stoberi jugak yang dia nak. Ibu layankan je...tu pasal ibu yang makin membulat. Haha.
Aktiviti anak-anak.
Selesai sarapan, suami pergi kerja dan mulalah aktiviti anak-anak.
Woohooo...ni part yang PALING MENCABAR...waktu ni lah saya rasa kena masuk gear rendah untuk pastikan rumah kemas. Lupakan standard kekemasan yang telah ditetapkan. Dan biar anak bereksplorasi sebebas mungkin mengikut batas-batas yang digariskan. Lepas bebaskan daya imaginasi itu dan jangan ditahan-tahan.
TETAPI....tetap perlu ada had. Semua perkara dalam kehidupan kita...tidak boleh berlebih-lebihan. Biar berpada.
Antara peraturan mudah bagi mengimbangi daya imaginasi anak-anak dan kekemasan rumah yang perlu dikekalkan adalah seperti melukis perlulah di atas kertas bukan di dinding, main satu bekas mainan pada satu-satu waktu bukan kumbah SEGALA mainan yang ada, main di satu tempat sahaja bukan kejap depan kejap dapur kejap bilik dan beberapa peraturan yang bersesuaian. Dan perlu diterapkan lepas main kena kemas semula.
Creative Time :: Playdough Time :: Animals & Vehicles :: Outdoor Activity :: Art Time :: Reading
Banyak ambil masa untuk perkara ni. Dilemanya sebab ada tiga usia berbeza. Aktiviti untuk kakak adakalanya tak sesuai untuk baby Zuhair. Jadi saya perlu kreatif dan banyakkan bersabar untuk penuhi keinginan dan keperluan yang pelbagai dan berbeza kanak-kanak syurga ni. Ada sebab kenapa saya tak hantar taska/pengasuh. Buat masa sekarang memang anak-anak sepenuhnya di bawah jagaan saya.
Masak tengahari.
Ada waktu-waktu anak-anak leka beraktiviti, saya akan masuk bilik belajar dan buat apa yang patut. Kut nak analisis data ke, run software ke, cari jurnal nak hantar ke, rangka tesis ke...curi-curi masa buat urusan study.
Kemudian suami saya balik tengahari, masa tu peak time saya. Dalam DUA jam yang singkat itu, saya perlu siapkan masak tengahari, selesakan anak-anak, kemas hasil aktiviti anak-anak tadi, solat dan makan. Itulah waktu yang saya rasa paling pantas saya perlu bekerja. Macam lipas kudung...
Syukur sangat, suami banyak membantu. Sementara saya masak, suami akan setelkan anak-anak dan kemas rumah. Kemudian sementara saya solat, suami layan anak-anak makan.
Cencaru Goreng Berlada :: Siakap Stim :: Cencaru Sambal Tofu :: Sambal Telur :: Siakap Tiga Rasa :: Ayam Masak Cili Padi
1 lauk utama + 1 lauk sayur + 1 lauk anak.
Berpeluh habis dah ni nak siapkan 3 juadah -_-"
Lepas dah siap masak, saya akan clear up pulak all the mess...{ada maid best ni, boleh sub kerja ni hehe}
Bersihkan sinki siap-siap lepas masak.
Ini kalau sedang masak, penuhhh sesakkkk....-..-
Jadi, bersihkan semua kesesakan itu...
Lepas basuh perkakas yang kecik-kecik dan keringkan, masukkan dalam kabinet..kemudian, basuh yang besar-besar pulak...kuali periuk semua tu...
Siapkan minum petang {sedikit masa untuk study}.
Lepas suami gi kerja, saya akan tidurkan anak-anak. Alya dan Zuhair senang tidur. Tapi Adni susahnya la haiii...yelah, dia dah 5 tahun. Umur macam tu, terrrrrrr....lalu banyak nak diimaginasikan dan dieksplorasi. Nak suruh padamkan semua api ingin tahu yang membara tu dan masuk zon tidur adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Kenalah ibu fikirkan cara. Antaranya baring sekali...dan kadangkala terlelap sama. -..-
Kalau tak terlelap sama, saya akan masuk bilik belajar balik dan sambung kerja sikit-sikit. Dah petang tu mood nak study pun dah merudum jadi buat kerja lain macam blogging ke, kerja susunatur ke...tapi tu pun dapat buat kejap je...baru nak masuk gear tinggi sikit, anak-anak pun dah bangun dan memang TAKla nak buat kerja tu semua...sambung aktiviti dengan diorang je la jawabnya....;)
Pening dengan software, buat hobi macam dalam kotak dahsed biru tu...:)
Bila ada kerajinan yang berlebihan ;p saya akan siapkan minum petang pulak.
Begedil :: Churros :: Karipap :: Muffin Oreo :: Pengat Labu :: Kek Coklat
*tak pandai buat kek asyik merekah je -__-''*
FOCUS Study!
Then suami balik, solat semua dan saya masuk bilik kerja dan fokus STUDY secara maraton dan pulun selama TIGA jam. Itulah waktu berkualiti yang saya perlu fokus untuk study. Alhamdulillah memang banyak saya boleh buat dalam waktu yang sedikit tu. Nampak je sikit, tapi bila fokus memang boleh dapat buat banyak. Alhamdulillah suami pun tak keberatan nak take turn jaga anak-anak sementara ibu berperang di ruang jihad tersendiri. Gituuuu....;')
Ada jugalah waktu yang down dan malas nak study, tapi perjumpaan bulanan dengan supervisor dan geng projek sangat-sangat membantu untuk keep the motivation and momentum. Bila dah mula nak malas, tau-tau dah "eh, dah nak dekat waktu next presentation progress ni...kena buat sesuatu ni..."
...dan terus masuk balik gear study...gituuu...
Begitulah sedikit sebanyak jawapan yang boleh saya kongsikan untuk kawan-kawan yang bertanya tentang rutin harian saya. Mana yang baik tu jadikanlah tauladan, yang kurang tu tegur-tegurlah ya...=)
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu."
Jom sama-sama jadikan kesibukan yang melanda ini kesibukan yang diredhai Allah :)
p/s Cuba kongsi pulak rutin harian korang cemana...