Friday, April 12, 2013

33 {Sticky Post} Miniature Cute Watch GIVEAWAY!


Salam . . . salam . . . dan SALAM buat semua!

Salam sedingin salju, sehangat mentari pagi . . . cewah! ;)

Hihi . . .

Sebenarnya, mood agak elok hari ni.

Jadi, terfikir nak buat satu giveaway...! GIVEAWAY lagi? Yayyy!

Kali ni, ada beberapa syarat dikenakan sebab hadiahnya grand! Saya dah memiliki hadiah tu, {tu yang happy semacam}, dan terfikir untuk kongsi the happiness dengan kawan-kawan semua!

Apa syarat-syaratnya?

Eh . . . ehh . . . ehhh . . .

Ke nak tahu apa hadiahnya dulu? {buat mata RM semua...} hihi

Ok ok, hadiahnya seperti berikut:

Hadiah pertama adalah berupa jam miniature yang sangat unik dan mempunyai cerita dalam deko jam tersebut. Antara jam yang boleh dipilih oleh pemenang pertama ialah:


ATAU . . .


ATAU . . .


Hadiah untuk tempat kedua berupa evamatik mat bercorak minimalis.

Bukan dapat semua tau . . . hihi . . . pilih satu warna je!

Dan hadiah ketiga berupa  mainan kayu untuk anak-anak.

Wooden Toy- MAINAN KAYU Jom Wudhuk Perempuan

Akhir sekali, hadiah saguhati . . . berupa wallet cute


Jadi . . . apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi hadiah-hadiah ini?

1. Follow blog susunatursioca.blogspot.com {ok, ni sebab ahkak nak buat muka-tak-malu suruh orang baca apa yang ahkak tulis ngehngeh} 

2. Komen kat entri ni dengan ayat berikut {lengkapkan ayat dulu ok}. . .  "Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana . . ." Ok, contohnya sebab tak ada masa nak tulis kat blog, atau takde idea atau tak minat nak share, suka baca je etc . . . - - - jangan tiru contoh ni ok!

3. Nyatakan pekerjaan anda dalam komen {kang ada yang ingat ahkak nak wat apa pulak kan, sebenarnya bukan apa . . . saje nak tahu pembaca blog S.A.S ni banyak dari golongan mana} {optional}

4. Nyatakan juga dalam komen cerita organizing yang paling anda suka. Dapur ke, almari baju ke, deko-deko ke, tips ke atau lain-lain.

5. Promotekan Kedai Online ahkak. {boleyyy...?} Ikut cara memasing. Tak kisah. Nak letak link LOGO kat sidebar ke, buat entri khusus ke, ANYthing but bagitau dalam komen how you do it.

6. Buat satu entri - tajuk suka-suka hati - tekan butang 'Add your link' kat bawah sana tu untuk add entry link - sertakan link entri berkenaan kat komen sebagai backup. Dalam entri tu letakkan satu sahaja gambar yang ada kaitan dengan organizing rumah anda. Gambar sendiri ok, jangan google! - - - {optional tapi kalau buat, peluang untuk menang lebih tinggi}

7. Tag sesapa untuk join supaya meriah! {optional juga . . . banyaknya optional LOL}

8. Pemenang akan dipilih . . . secara rawak? .. .. .. Oh tidak-tidak! Pemenang akan pilih berdasarkan jumlah komen dalam entri-entri blog susunatur.blogspot.com. Kalau buat step 6 dengan terperinci dan bukan sekadar post gambar, peluang untuk menang jauhhh lebih tinggi. Dan kalau jumlah komen adalah sama, saya akan pilih pemenang yang paling pantas komen.

9. Tarikh tutup : 2 minggu dari sekarang iaitu 11.59 pm tarikh 11.04.2013. {tak singkat sangat kan? tak kan? ;p}

10. Tarikh pengumuman pemenang akan diberitahu kemudian. Hadiah akan dipos dengan kadar SEGERA mengikut keberadaan stok. Harap stok masih ada menjelang tamat giveaway. Jangan risau hadiah totap ado! =) 

p/s kalau sambutan hambar, hadiah akan dikurangkan . . . hi hu jangan marah ha . . . 

Apa lagi, jomlah join dan berpeluang memenangi hadiah yang gorgeous di atas! =)


Tambahan Info Untuk Peserta Miniature Cute Watch GIVEAWAY!

1. Untuk mereka yang nak join GA kali ni (which will end on 11.04.2013), sila ubah step 2 kepada ayat
"Saya suka baca tentang susunatur dan suka tulis cerita sendiri kerana . . ." mengikut kesesuaian masing-masing.

2. Saya dah tambah widget Top Commentator kat sebelah ni, maka sila rajin-rajinkan diri untuk komen dan menang!!! Entri yang lama pun takpe sebab tu semua entri yang saya copy dari blog asal saya. Dan saya tetap akan semak komen tersebut. Hoho ayat!

3. Pastikan orang yang anda tag dapat info bahawa mereka ditag...hihi

Ok, itu sahaja.

33 comments:

Aty_Fared said...

Insyaallah kalau sempat nak joint...tp..eeerr..yg no 2 tu acaner nk jawap hek..sbb sy suker menulis gak...heheh..:-)

Fatima Saiful said...

Fizah, nk hadiah saguhati bole???hahahah....
1) dah follow~

2)"Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana SAYA TINGGAL DIRUMAH SEWA,JD MALAS NK SUSUNATUR BERIA.JADI MALU NK CERITA SUSUNATUR YG HANYA CUKUP SEKADAR SENANG UTK DICAPAI"

3. surirumah sepenuhmasa ;)

4. saye paling suka tengok susunatur DAPUR kamu....;)

5. Your blog is in my blog list at the side bar!!!

6. Ala...malas. takpe saje nk kurangkan peluang menang..hehehehe

7. suke tengok rumah MAWARNI!!!!!!sila join

8. adekah saye yg terpantas???jeng jeng jeng

9. today is 28mac..lalalalal~

10. SAYA MAHU HADIAH...LOL~!!

Mama Lynd said...

Aku nak semua..!!! Nantikan kejoingnan aku..!!!

Imaan09 said...

1. I folooo..
2. "Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana . . .SAYA BUKAN ORGANIZED PERSON.. KALAU SIMPAN RAPI2..LAGI SAYA XJUMPA BILA CARI"
(mcm ni punya orang pun ada..)

3. Tutor/lecturer

4. bilik tdo kut... atau apa sahaja y org SUPER busy boleh buat

5. will be done..i'll inform u later dear

6. sama mcm no.5..(kepala duk menerawang..apa aku nk tempek ni)

7. okeh.. nnt ku tag dl perkara 5 jugek

Asma said...

Salam
1. I dah follow :)
2. Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri sebab bila baca blog org berkobar2 nak buat..tapi bila nak tulis je idea semua hilang..nak2 bila dah siap organize semua, nak amik gambar..anak2 sepahkan balik..hilang semua good mood itu..
3. Surirumah
4. Semua suka lg2 ruang dapur
5. Dah promote kat wall
6. Dah buat entry
www.familyini.blogspot.com
7. Dah tag kat entry

Mama Lynd said...

1. Follow Susunatursioca.blogspot
DONE

2. Slogan
"Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana project saya tidak cukup sempurna untuk dikongsi seperti tiada lable dan tak menarik di dalam gambar, so cam segan la nak share. Kalau project yang complete saya suka share.

3. Kerjaya
Engineer

4. Cerita Organising yang saya suka.
Pasal dapur dan filing

5. Promote Kedai Susun Atur
Cer tengok kat side bar makcik

6. Gambar Organising kat rumah makcik.
(Gambar sendirik)
Spice Rack

http://kasehku-hidupku.blogspot.com/2013/04/miniature-cute-watch-giveaway.html

7. Tag Sahabat : DONE

8. Kalau aku pandai buat, entry ni akan sticky mode untuk sementara waktu.
(makcik dah lama xbuat sticky post ni)

MamaRizqin said...

Salam...

1. Follow blog susunatursioca.blogspot.com
-Done. First time jumpa blog ni..terus follow...mak follow bukan sbb nak join giveaway ni :-)tapi mak minat organizing blog...

2.Slogan

"Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana segan nak share projek sendiri tapi suka idea2 orang & gambar2 yang di share. Boleh apply kat rumah sendiri. Organizing saya ikut syok dan kepuasan diri sendiri. Janji mata tak semak & kepala tak berserabut"

3. Kerjaya : Engineer

4. Semua suka asal sahaja berkaitan dengan organizing...tapi paling suka pasai "Tips Merekabentuk Kabinet Dapur "

5. Dah promote dekat my blog list dekat side bar "organization blog"

6. Gambor organizing bilik Rizqin.

Dah buat entri http://rizqinhazim.blogspot.com/2013/04/join-giveaway-sticky-post-miniature.html


7. Blogger yang kena tag...Hapraq

Fizah said...

well done mama rizqin! love the pic SO MUCH!

untuk lengkapkan syarat, mama rizqin perlu add link ENTRI MAMARIZQIN kat entri GA...ada button 'Add Your Link'.

Keep sharing, mama! =)

p/s cannot view word verification for comments in your blog..so sorry dear. da terjah tp tak dpt tggl jejak..

MamaRizqin said...

Ok dah add link..tq.

Imaan09 said...

ptg ni kluaq la entry semput makcik ek..

MiSs iiMa said...

1. Da masukkan dlm bloglist ku..

2. "Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana rutin susun atur saya adalah sama dengan orang lain.so tade ape yang istimewa pun utk dikongsi..huhu ya sy mmg tak kreatif."

3. Jurutera

4. Deko mendeko!

5. Dah promote dalm entry GA.

6. Dah buat tp nk add your link tu macam mana.tak paham

http://atiem.blogspot.sg/2013/04/entry-for-miniature-cute-watch-giveaway.html

7. Baru je tag mawar and ju.

Mrs.aisheiteru said...

nak join. sempat ke ni? huhu

Fizah said...

imah, klik je kat button 'Add your link' dan follow instruction..ce terai, if cannot i'll do it for u..

Fizah said...

sempat sangat...;)

mawar said...

ala ala ala baru tau!! baru baca! baru tau ada blog susun atur nihh!!
next GA plis.. ceh, mcm kompem nak masuk! kuikuikui

Mrs.aisheiteru said...


1.Sy dah follow blog Susun Atur Sioca Kecil
2.Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana saya tidak sempat lagi merancang & mencari idea susun atur di dalam rumah sejak masuk rumah baru.....
3. Pekerjaan Designer at Creativebytwo
4. Cerita organizing yang sy suka part susun atur dalam Almari baju. Bila la sy dapat susun atur almari baju ni?
5 . Entry by Mrs.Aisheiteru Miniature Cute Watch GIVEAWAY! http://brideinmaking.blogspot.com/2013/04/miniature-cute-watch-giveaway.html
6. Sy dh tag my friend Just Azura
7. Dah share entry and gambar at http://brideinmaking.blogspot.com/2013/04/miniature-cute-watch-giveaway.html

MiSs iiMa said...

oo ingatkan link tu kt bahagian comment jenuh aku carik hehe..rupanye at the end of entry.ok dah.

just azura! said...

1.Sy dah follow blog Susun Atur Sioca Kecil
2.Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana saya suka kemas, tapi tak cukup kemas, bila tak cukup kemas, malu nak tulis kat blog sebab nanti mestilah orang kata, ele, tak kemas pun. so malu. jadi baca je. dan cari idea. nanti dah kemas sangat-sangat nanti baru post kat blog okay..
3. Pekerjaan full time student.
4. Cerita organizing yang sy suka part susun atur ruang tamu.
5. Entry http://zurazura.blogspot.com/2013/04/bersusun-aturkah-rumah-mu.html
7. Dah share entry promote semua di link yang sama.. :)

thanks. :)

Mrs.aisheiteru said...

Nape collection closed.xsempat nak paste link.huhu

ch@ said...

Assalamualaikum :)
1- Bagus kalau follow.
2- Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana susunatur rumah saya belum lagi teratur sebagaimana kehendak hati sendiri.
3- Surirumah sepenuh masa.
4- Saya suka organizing almari novel saya. Mudah disusun.
5- In entry [http://hijaucantik.blogspot.com/2013/04/miniature-cute-watch-giveaway.html]
6- Siap dengan gigih sebelum due.
7- Maaf, tidak sempat sudah.

athirah Safarudin said...


1. Ok…sye dah follow….


2. Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana sye tak pandai nk brcerita tapi sye suke bace..sye bukan pengarang yang pndai bermain ayat ….sye x pndai organize just buat nmpak kemas je dan tiada yang best pun nk diceritakan

3. bekerja di telco company….

4. Saya suka lipat baju cara saya..dan bhagian susn atur dapur

5. Dah promote dlam blog http://athirahsafarudin.blogspot.com/2013/04/miniature-cute-watch-giveaway.html

6. Tak pernah organizing ambik gambr huhu

7. x taw nk tag sape hoho..sbb bru lgi..sori:(

Syuhada Salleh said...

alah..x smpat dah nk joinn..

just azura! said...

ahkak, saya sudah paste link itu.. pueh cari semalam tak jumpa..thanks singgah and thanks for the reminder... ;)

Mama Lynd said...

Sambutan menggalakkan. Yang paling best makcik jumpa blog2 organising yang baru. Makcik sukeeee...

Fizah said...

Mama LyndApril 3, 2013 at 4:54 PM
Uit.. tak perasan entry ni.
diterima x?
Ihiksss.. tp syarat awal tu kira ok sbb dpt maklumat knpa org taknak buat entry.

ReplyDelete
Replies

FizahApril 3, 2013 at 5:07 PM
diterima!

aku dah jadi macam mata-mata gelap tak? ;p

Delete

Fizah said...

kan? makcik pun ske!

Fizah said...

lainkali, ok?

MamaRizqin said...

tahniah pada pemenang....

lynnezz said...

ala..close dah ehh..kalau ade lg nt bgtau eh..bz smpai terlupa ..huhu

lienmochamilo said...

salm sis jam yg ciute tu jual tak?cntik lh nakkk..

lienmochamilo said...

kak jam yg dalm pic tu jual x mnat sgt..

lienmochamilo said...

kak jam dalm pic tu jual x sy mnat sgt...

Fizah said...

kalu nak nti sy upkan gambar jam yg ada kat kedaisioca..kalu minat leh beli :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...