Wednesday, November 20, 2013

57 Susunatur Ruang Pantry/Consumable Items - Bhgn1

Assalamualaikum wbt,

Aaaahhhhhhhhh...ampunnnnn semuaaa.......it is 19 November already tapi tuan tanah belum sempat kongsi apa-apa cerita pasal dapur...grrrr....

Saya memang tak blogwalking sepanjang 2-3 minggu yang lalu. Feed blog tu memang saya tak klik langsung. Entri peserta yang banyak tu pun ada yang saya tak jenguk lagi. Kemain meriah lagiii...! Saya suka sangat! Dan TAK SABAR nak menyertai korang...

Tapiiii.....seperti yang korang faham, ini sem 4 pengajian saya. Jadi, memang banyak betul benda yang saya kena buat. Pada satu sisi, saya bersyukur sangat sebab dah 'on track' dengan study tapi sedikit sedih sebab tak boleh up banyak-banyak kat blog tersayang ni.

Bukan mudah saya nak spend masa untuk taip entri, edit dan upload gambar. Sebab dari celik mata sampailah waktu tidur, kalau tak run simulation saya buat Matlab, kalau tak simulate saya baca paper, baca tesis, fahamkan teori itu, teori ini. Memang betul-betul fokus sekarang.

Saya tak tahu langsung apa cerita terbaru korang...terutamanya cerita susunatur rumah korang. Saya akan jenguk jugak blog feed tu semua satu-satu-pelan-pelan dan tinggal jejak {insyaaAllah}.

Doakan keberkatan masa untuk kita semua ya...

Ok, cerita dapur ya...:)

Sebelum ni, saya pernah cerita yang saya bahagikan kabinet dapur saya kepada beberapa bahagian dan antaranya adalah bahagian consumable items. Daripada research yang saya buat sebelum lukis dapur idaman saya, saya dapat maklumat bahawa untuk mendapatkan ruang yang selesa untuk bahagian ni, pendekatan tall unit cabinet adalah yang paling sesuai.

Dan setelah menggunakan KC saya ni lebih kurang dua tahun, saya akui bahawa pilihan saya menggunakan tall unit untuk bahagian ni adalah tepat. Alhamdulillah. Saya memang galakkan semua orang lukis dan imagine sendiri ruang storan dapur idaman masing-masing sebab kalau pakai yang default daripada kontraktor, ditakuti tak memuaskan hati kelak. Ruang ada, tapi bukan seperti yang kita nak dan akhirnya menyebabkan ruang tu tak praktikal. Main sumbat je nanti...{pernah alami masa menyewa dulu - pakai KC tuan rumah - kemas banyak kali pun tetap rasa bersepah}.

Walaubagaimanapun, kita adalah manusia biasa. Walaupun rasanya telah merancang dengan sebaik-baik perancangan, tetap akan ada kekhilafan sebab kita tak sempurna. Sebab itu, bahagian consumable items saya yang terbayang di fikiran akan sentiasa kemas; pada satu ketika telah menjadi suatu 'disaster' seperti di bawah:

Ok lagi rupa ni...sebab ni tengah proses mengemas...kalau takkkk......x_____x

Tapi takpe, jangan risau...kita boleh kemaskan semua ini...perlahan-lahan :)

Pada mulanya, saya cuma bahagikan bahagian ni kepada empat bahagian. Para pertama untuk bahagian air, kedua untuk ready-to-eat products, ketiga untuk ready-to-cook products dan akhir sekali untuk stok bahan kering. Rasa macam dah ok sangat bahagikan macam tu tapi rupanya belum cukup kecil pembahagian tu. Masih perlukan perincian lagi.

Maka, saya pun fikirlah nak buat macamana. Macam-macam idea keluar. Lamaaa sangat amek masa untuk fikir. Tapi, seperti biasa, saya memang akan layankan aje sebab saya tahu tak rugi masa yang digunakan untuk berfikir sekejap tu bagi menjimatkan banyakkk lagi masa untuk masa-masa akan datang...{insyaaAllah}

Fikir punya fikir...dapat penyelesaian yang memberangsangkan...iaitu ruang storan di pintu!

Seperti biasa, kita kosongkan semua barang dulu...

Mulakan kerja-kerja drill, bukak skru ni, pasang skru tu...ukur-ukur...adjust-adjust...tanda-tanda...berpeluh-peluh...{encik suami la, bukan saya hihu} ;p

...dan mulakan kerja mengemas! Haaa...ni kerja saya...
Ni bahagian ready-to-cook products. Yang lain tu entri lain ok.

Bahagian ni basically saya letakkan stok makanan dalam tin seperti sardin atau baked beans, bahan masakan seperti bihun, spageti dan juga stok herba masakan saya. Begitu banyak disumbat di sini kan.

Memang tak praktikal langsung terutamanya bila nak cari herba masakan dan perlu digging out all the bihun, sardin dan lain-lain.

Maka, solutionnya saya perlu alihkan stok makanan dalam tin/botol dan stok herba masakan ke ruang storan pintu dan tinggalkan yang betul-betul ready-to-cook products di bahagian asal.

Sebelum nak alihkan tu, kenalah cari bekas baru untuk segala macam herba masakan saya ni...spesifikasi bekas baru perlulah tinggi, transparen dan penggunaan ruang yang maksimum!

Bekas herba masakan yang baru...spesifikasi dipenuhi! :D

....macam comel tak?


 Macam comel kannnnnnn....?! hehee

Suka sangat dengan bekas ni sebab just nice je saiz dia, sesuai dan muat untuk basket baru dan bentuk segiempat tu paling BEST sebab penggunaan ruang storan yang lebih maksimum berbanding bentuk bulat.

Label, jangan lupa! :)

Dan untuk herba masakan yang sangattt jarang digunakan dan kuantitinya sedikit pula saya gunakan bekas ni.

Kecik je bekas ni {from Mr DIY}, pun dipilih kerana sesuai untuk basket baru. Sebelum ni pakai bekas Ikea tapi tak muat masuk basket.

Labelkan!

Empat sekawan...

Dah selesai masukkan ke dalam bekas baru, letakkan mereka semua ke rumah baru mereka...

Hoooooo.....yayyyyyy....;D 

Sewonok sangat tengok camni...^__^

Ni kategori keluarga herba dan rempah ratus...senang sangat nak capai bila nak guna...:)))))

Ni pulak keluarga tin dan botol kaca {sos spageti}. 

Sebelah tu ada clipboard untuk tulis keperluan dapur yang dah out-of-stock dan tempat untuk letak pen {diorang belum menjalankan tugas lagi sebab tuannya nak DIY something dulu...}...ok dah siap DIY...Klik Sini untuk baca. :)

Bawah sekali untuk botol/bekas tinggi.


Penyelesaian bagi masalah ruang stok herba masakan, stok makanan bertin/botol dan ready-to-cook products yang saya gunakan adalah:

1. Sediakan ruang storan yang lebih banyak.
2. Susunkan like-with-like items.
3. Cari bekas yang lebih sesuai untuk ruang storan.
4. LABEL!

Alhamdulillah, ruang storan yang baru ni SANGAT-SANGAT membantu saya menyusunatur ruang consumables items saya ni dengan lebih baik.

Dah semua letak kat sini, apa yang tinggal di bahagian asal?

Haaa...itu kita cerita lepas ni ok. Rasa macam dah berjela sangat dah ni.

Lepas rindu nak menaip...weehooo...:))

 photo footer.png

57 comments:

  1. bestnya fizah...kemas dan sangat praktikal. beli kat mana hanging rak tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanging rak yg dalam kabinet tu dpt sekali dgn KC, yg kat pintu tu beli kat tesco :)

      Delete
    2. ooh kt tesco, nant bo la usha2..
      bo ye drill kt pintu tu, hr2 sya tya org KC, dia ckp xbo tebuk2, sbb panel tu bkn utk di dril2, sya pon caya la shhga hr ini, ehhe...

      Delete
    3. blh dear tapi jgn guna paku panjang nanti tembus pulak...heee ;))

      Delete
  2. salam..wah....santex dan tersusun lagi gitew..tuan tanah lagi kencang wooo..akak dah lama ternanti entri daripada fizah..jom kenkawan, kita komen ramai-ramai!!! good job..... ")

    ReplyDelete
  3. wow.. best sgt!
    basket yg lekat kt pintu tu beli kt mana??

    ReplyDelete
  4. hoyeah... sangat nice... i like seribu kali... hihi... :D
    aii tak dapat la join kisah dapur ni... dapur mak taufan sekarang.. hahaha... ;)

    ReplyDelete
  5. kemas u,, kc u like my dream if i dapat buat kc la kan i nak yang moden macam nih.. hehhe tapi pakai jer lah yang old fesyen tu.. maybe 1 day.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy terus teringat yana ada buat konsep camni kat area laundry tu kan..tu sy kata sama ngan saya...tp skrg baru sempat nk kongsi cerita ..hehe ;))

      Delete
  6. wahhhh bestnya. sy tak boleh drill...kaca

    ReplyDelete
  7. suka! kemas dan teratur.. bekas kaca dan bakul2 tu mmg ngam lah..
    ok, pasni blh berangan nak buat mcm ni jugak. gud idea kak

    ReplyDelete
  8. Aduhhh lama nya tunggu entry Fizah...banyak nak curi idea ni..Pasal bahagian ni , i pun terfikir benda yang sama, nak hang kat pintu, senang nak cari barang...tapi bila minta handyman buat, asik bertangguh....hehehee, takper nanti i nak bagi link ni pada dia , kasi bakar sikit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bakor aje...hehe..sy kagum dgn dapur awak..kemas dan praktikal!

      Delete
  9. bestnyaaaaaaaaaaaaa..i like.. tp rumah xde kc..skrg pakai open rak ikea je. tp xshare2 sebab semak sgt..betul2 kene cr masa nak kemas..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Kak, cantik la botoh rempah ratus tu, plastik ke kaca tu? kt mn nak beli? comell sangat.. Sistematik la susun atur tu, hopefully bole apply kt my own house on fine day..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaaAllah sy doakan urusan semua orang nak masuk rumah sendiri dipermudahkan :)

      bekas tu plastik (bonus utk rumah yg ada anak2 kecik) hehe..beli from cowboy melaka. :)

      Delete
  11. saya suka...saya suka.... suka sangat-sangat

    ReplyDelete
  12. kemasnyeeeee.
    berkenan plak tengok susun atur tuh.

    ReplyDelete
  13. kemasnya Fizah...saya suka betul bekas botol rempah tu. Rumah saya kc takde tall unit. Hajat awal memang nak tall unit tapi keluasan ruang tak mengizinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji ruang yg ada dimaksimumkan tentu mudah susunaturnya kan.. :))

      Delete
  14. Dalam sibuk2, masih sempat lagi pasang wire basket kat pintu kabinet. Hebat sungguh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja rumah masih sepat nas, nak up ke blog yg tak sempat..klu tak lintang pukang umah ni...tu yg kena nyempatkan jugak...:)

      Delete
  15. mmg terbagus lah fiza.. sangat praktikal dan organize.. best best best :)

    ReplyDelete
  16. Fizah, dah kena bakar ...handyman tanya mana nak beli bakul comel tu..macam somelll jerrrr....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA..taktik menjadi! basket tu tesco mari..satu set ada besar dan kecik lbh kurang rm15..gudluck!

      Delete
  17. Perghhhh...lawonya...... sangat orgnize...

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. maceh dear...:)) sihat awak? lama tak jenguk blog awak...

      Delete
  19. seriussssssssssss us suka cara akak...kemas sekemas kemasnyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu dear sue...lama laa tak jenguk blog sue n the gang semua..sabar menanti kunjungan akk ya :)

      Delete
  20. cantik n kemas..tp just curious, bile dah lekat kat pintu tu still boleh tutup eh pintu tu?

    www.lynnezzara.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu lyn refer gambar keempat tu, ada fiza tunjukkan tempat asal basket sedia ada. Basket sedia ada tu fiza ke belakangkan sikit dulu (bukak balik semua basket tu, pasang balik skru di tempat yg baru iaitu ke belakangkan sikit. Untuk ada ruang bagi basket yg di'hang' pada pintu..jadi pintu blh tutup dear....naya kalu takleh tutup...tak praktikal pulak jadinya ;p

      Delete
    2. heee.. tq for explaining.,:) mmg sgt teratur

      Delete
  21. Rindu kat entri akak..
    Tabik kt akak this time. Good sharing...mehlehtop lah gantung2 kat pintu ni. Kasi utilise habis segala ruang yg ada. Saya terpesona dgn belas 4segi rempah tu...lamanye sy mencari botol 4 segi tapi xjumpa2...dah jumpa ni kenapa le kt melaka pulak...errr...mahal x? ;))))
    * moga Allah pmudahkan urusan pengajian akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas doanya dear su...:))

      bekas tu blh tahan gaks harga dia su...rm5 seketul...material plastik, itu yg akk berkenan sgt..kalu kaca, serun sgt tgk bebudak ni bukak pintu, takut terlanggar..pecai berderai fulaks..hee

      Delete
  22. Wow...terbaik mek. Pintu kabinet aku mmg xleh buat cenggini, confirm runtuh.
    Aku punya cam biasalah. Smua dlm tupperware smua dlm kabinet ruang atas. Sos kicap dlm peti. Org simple sempoi je...sumbat dlm. Ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sumbat secara tersusun dan teratur takda hal punya...pulak tu ada sistem susunan ala tupperware..wahhh mmg malatops laa....;)

      Delete
  23. Wahhhhh suka sangat.. Dh macam baca blog organizing omputih dah ni.. Hihihihi.. Aritu sy pun nk beli rak besi tu kat mr.diy tp dia 2 tgkat bersmbung.. Xleh nk adjust tinggi rendah tros xjd beli.. Thx la sharing.. Tesco eh.. Ok akanku terjah hihi

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum fizah..
    sgt2 berkenan ngn KC fizah tu, nk tnye beli kt ner balang empat segi tu.akk duk melaka gak ni,excited giler tgk fizah nye nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt kak..ihiks, org kampung kita...balang empat segi tu beli kat cowboy kak. rm 5 seketul. agak pricey bg saya tp mmg berkenan sgt..=)

      Delete
  25. tersangatlah kemas...suke tgk. salam perkenalan

    ReplyDelete
  26. salam perkenalan...pertama kali jejak blog ni sy tgh mencari idea tuk ruang tamu umah saya.masyaAllah sy suka semua ilmu yg dikongsi dlm ni.terima kasih..moga Allah limphkan rahmat dan rezeki buat fizah..sy mohon guna idea2 yg ada dicni ye...suka idea dapur ni..lehla nk apply kt dapur umah ..hihihi

    ReplyDelete
  27. suke tgk dapat idea.salam perkenalan ye. dari ciku

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...