Hari ni kita cerita pasal susunatur almari baju his ok.
Saya nak cerita camne saya men'diy' kotak-kotak lama untuk ruang storan pakaian mini bahagian ni.
Saya gunakan kotak kek lapis Apollo tu. Saya ada banyak juga kotak macam ni sebab saya suka buat tempat storan baju-baju yang kecil. Saiz dia macam just nice je untuk sistem lipatan saya. Kat almari saya pun ada guna kotak ni...untuk letak tudung-tudung lama.
Saya gunakan empat kotak kali ni.
Mula-mula saya cuba masukkan bahan yang akan diletakkan di sini iaitu stokin, tie dan kopiah. Dah pasti sesuai baru proceed ke langkah seterusnya...
#nak cuba masukkan je jadi takpe biarkan bersepah...;p
Kemudian saya sediakan peralatan untuk DIY kotak ni menjadi praktikal dan comel...
Ada kotak yang tinggi sikit, maka saya guntingkan dulu supaya seragam ketinggiannya.
Dan saya staplekan kotak-kotak tu semua seolah-olah mereka tu semua seperti satu unit kotak yang sama. Tak bergerak-gerak la maknanya...
Kalau kita tarik kotak paling kanan, kotak yang lain akan mengikut.
Saya buat begini supaya nampak lebih kemas dan tak mudah bersepah di kemudian hari. Kalau tak staplekan begini dan hanya balut kotak secara individu maka saya risau nanti kalau tarik kotak stokin, kotak lain yang bergerak sama tu tak dibetulkan balik. Aaa...can you get my point...?
Dan saya pun ambil wrapping paper yang sesuai untuk projek ni.
Wrapping paper yang ni best sebab ada dua corak pada satu kertas...bonus! Saya guntingkan antara dua corak tu...satu corak checkers satu corak daun #belasah bagi nama
Saya balutkan yang bentuk checkers tu dulu yang akan cover bahagian dalam. Kemudian saya balutkan yang bentuk daun tu untuk cover bahagian tepi...
Letakkan sedikit sellotape di bahagian permukaan kotak tu supaya tak ada gelembung udara antara kotak dan wrapping paper...kalau ada modpodge rasanya boleh guna untuk tujuan ni.
Selesai...;)
Projek ni mudah je, tak ambil banyak masa pun...
Jangan lupa selepas selesai operasi tenung-menenung...masukkan balik bahan-bahan yang nak diletakkan tu...;}
weehoo...!~
Ada masa saya ceritakan kat mana saya letak bekas storan ni ok.
Dulu saya pakai laci kecik yang biasa ada jual kat pasaraya untuk tugas ni tapi misi efektif tak berapa tercapai sebab tak ada divider untuk asingkan stokin, tie, kopiah tu semua.
Laci tu saya transfer ke dapur {cabaran dapur nanti saya stori mori insyaaAllah}...dan sekarang dah ganti dengan ruang storan yang baru ni...mudah dan murah!
Ada projek DIY yang nak dikongsikan berkaitan bilik utama? Jom cerita!
31 comments:
seriusss...kemas dan menarik...rasa puas he hati tgk hasilnya kan..
cantikla, mudah2an boleh kekal terurus cam ni. kerja2 cam ni kena ada kerjasama baru besh...sy lom buat apa pon...dressing table tak selerak semula pon dah suka sgt dah...kalau boleh nak kemas 1 rumah baru puas hati....masa jek yg terbatas
bagusnye idea ni...Nyesal suke buang kotak...=(
waduh waduhhh gigih akak balut.su xpernah lagi balut2 kotak ni..ade semangat kang nak buat jugakkkkkkkkkkk..hehhee
bagus nya. alhamdulillah da dpt idea. yeayyy!!
Salam.
Mcmana ada banyak sangat kotak Apollo tu, selalu beli untuk makan eh?
Saya baru terfikir malam tadi nak buat mcm ni untuk brg2 enSuami, tp nak cari kotak tu, xtau lagi cmna...
pi mintak kat tauke kedai runcit, boleh ke, kekeke..
cantik corak dan warna kertas tu..
Wahh.. rajinnyer.. :) - suka2.. fizah memang rajin..
wow terus nmpk cantik n mcm baru.jimat~ nk buat jugak!
Nice diy sharing..
Cik hani ada jugak diy mcm ni tp ltk alat tulis je.hihi
bila dpt jimat bertambah puas hati kan..:)
sepesen dgn saya...suka kemas satu rumah terus..tp tula, ada anak2 kecik, makan bulan jugak baru siap..hihi
takpe, pasni simpan :)
kdg tu dtg angin rajin mmg membalut je kerjanya..kalu tak, togel je..mcm kat tudung lama tu akk tak balut pun..sbb dia duk atas..ni tetiap hari pandang, kena kasi cun sikit hihiks
alhamdulillah..kongsi2la nnti :)
kalau org kedai bagi, blh je..kitorang mmg penggemar kek lapis ni...kebetulan ada satu pasaraya borong kat sini mmg jual murah...selalu gak beli..pastu kotaknya simpan..:)
maseh..from mr diy :)
projek hujung2 minggu dear :)
silalah cuba..mesti seronok dapat buat sendiri :)
blh dikongsikan tu cik hani :)
cantik!!! semangat membara nk buat jugak hihihi
diy yang sangat simple dan menarik.
saya buat divider pakai kertas kotak yg keras tu utk simpan pakaian dalam. Dapat idea dari youtube.
jom kita!! :)
blhlah dikongsi2kn utk percambahan idea :)
Cantiknya fizah..gigih balut kotak tu..hehe :)
sbb entry ni mlm td tido lmbt gigih pikir idea nak susun baju.. last2 still xabes kemas da kul 12.. mengenangkan rini keje..huhu
nicely done! cantik! wrapping paper pun cantik!
kotak apollo ek... hehehe.. kena gi kedai jajan cari ni.. hihihi... ;)
Sis..mcm mna nak bungukus begitu kemas?
perlu ukur betul-betul dan gunakan doubletape supaya melekat elok dgn permukaan kotak..mcm balut hadiah je dear :)
Waaaa.... nak cubelah.. kemas n menarik
Post a Comment