Friday, September 27, 2013

18 Susunatur Dalam Almari Baju - His

Assalamualaikum wbt,

Wussss...baru terhegeh-hegeh nak up last part ni. Terkejar-kejar sangat dah ni...semput.

Seperti yang anda semua sedia maklum, kita berada di zon cabaran bulanan iaitu bulan September yang mengetengahkan 'bilik utama' sebagai prospek perbincangan sesama kita. 

Sudah banyak bahagian yang telah kita kongsikan bersama untuk rujukan masing-masing dalam mencapai piawaian kekemasan rumah yang digemari semua serta mudah untuk dipraktikkan bagi mengurangkan kekerapan kadar persepahan...{bahasa nak tinggi sangat ni phew!~ ;p}

Jomlah, kita bincangkan topik last but not least iaitu susunatur almari bahagian his hari ni, ok.

Biasanya bahagian his tak complicated sangat macam bahagian hers. Tapi, saya tetap menggunakan segenap ruang yang ada agar tak ada kerugian ruang bagi almari sebesar 8x8 kaki ni.

Jom lihat apa yang saya lakukan kepada bahagian his ni.

Paling atas saya letakkan kotak pakaian newborn seperti booties mittens, topi, barut dan yang seangkatan dengannya. 

Kotak tu saya hiaskan sikit dengan kertas pembalut yang cantik {mesti korang dah kenal sangat dengan corak ni ;p}. Sebelah kotak newborn ada koleksi beg saya. Dalam beg hijau yang besar tu ada jaket dan sweater lama.

Di bahagian tengah pulak baju-baju harian encik suami. Saya susun ikut kategori: paling kanan kemeja lengan pendek diikuti kemeja lengan panjang, baju Melayu, baju batik, t-shirt berkolar, t-shirt tak berkolar, seluar baju Melayu, kot/blazer, sweater dan jubah.

Dan perasan tak kat bahagian ni ada satu kotak comel yang saya ceritakan sebelum ni? Itulah dia ruang storan pakaian mini bahagian his. Just nice je dia duk situ...sebelah comforter dan skala penimbang.

Dan bahagian paling bawah ada laci serta beberapa lagi bakul sebagai ruang storan yang efektif!

Laci pertama.

Laci kedua. 

Saya gunakan divider from IKEA untuk tujuan kekemasan supaya barang tak bercampur aduk.

#Tips lipat seluar lelaki.
1. Baringkan seluar dalam keadaan nak iron. Nak iron nanti senang, dah ada line.
2. Lipatkan hujung bawah ke hujung atas supaya terlipat dua.
3. Lipat sekali lagi hujung bawah ke atas supaya terlipat empat.
4. Terbalikkan keadaan nombor 3 supaya masa nak lipat lagi sekali lepas ni, tak nampak poket tu semua. 
5. Lipatkan kiri ke kanan.
6. Keadaan apabila didirikan, kemas dan sesuai untuk diletakkan ke dalam bakul bersama the gang!

Bakul untuk seluar + kain. 

Cannot help, terlalu suka lipat macam ni. Seluar tu saya prefer lipat sebab tak cukup ruang untuk gantung. 

Bakul seluar sukan. Sebelah tu ada beg sukan, senang suami saya nak letak tuala ke apa ke kalau nak gi bersukan. 

Bekas untuk pakaian jarang dipakai. Baju kurung saya la sebenarnya. Menumpang di bahagian his. Tu yang jadi lapang-selapangnya almari bahagian hers.

Atas baju kurung tu, dalam bekas yang sama saya letakkan koleksi t-shirt kami yang jarang dipakai, topi dan songkok encik suami.

Amacam y'all? Penuh tak almari bahagian his ni? Semua saya letak kat bahagian ni selagi boleh. Gunakan to the max kekdahnya...

Sudi kongsi dengan saya susunatur almari bahagian his korang pulak?


 photo footer.png

18 comments:

  1. KAK fizahhhhhh...kemas nye yang dalam laci tu..jeles su!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai divider tricksnya...klu tak mmg sepah gaks sue..bila dah susun ikut like with like item mmg lebih mudah nak maintain.

      Delete
  2. bahagian almari his, his lah yang buat.. haha.. gurau. sekarang ni bilik kami memang sorang satu almari (kecik je) jadi setakat ni masih ok sebab kebanyakan baju gantung termasuklah seluar. nanti kalau ada masa boleh buat jugak post macam ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa...harusla sharing maring...;D

      Delete
  3. nice..kene susun cntik2 dl.. br leh share..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah 3S gituu...susun, snap and share! ;););)

      Delete
  4. Kemas nyer...nora ni susun atur agak tak mahir tp tengok blog fizah mmg semangat betul nak susun atur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita! nk deko2 tgk blog nora! gitteww ;)

      Delete
  5. Fuhhhh almari xtergamak nak show ni... pengsan nanti kekeke.... im not into baju bajan ni.. janji lipat sudah... tu pun drama byk la nak lipat baju.. how I wish ada folding machine

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai request folding machine ni..para engineer, take note!

      ;p

      Delete
  6. suka..suka..suka.. kemas sangat.. :) bagus cara fizah susun kain pelikat tu.. nanti nak try.. hehehe... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom mamadaniel! saya semua baju nak lipat gini..plastik kat dapur pun lipat gini..hihi...tu nanti sy share,,insyaaAllah..

      Delete
  7. kemas n cntik.. saya dah cuba buat susunan/lipatan kain baju cm kak fizah.. tp boleh x bg tip supaya susunan yg berlipat itu kekal statik sebabnya bila dah guna 2 3 kain, ruang itu akan jd kosong jadinya kain yg ada akan jatuh me'senget/mengiring...(err harap2 faham ayat ni kot).. cmne ek nak buat supaya kain bj tu npk cntik wlw ade ruang kosng disebelahnye.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je dgn sy, bila baju tgh basuh atau sidai mmg akan jatuh dan menyenget sikit baju2 yg tinggal. kecuali yg keras macam seluar gitu biasanya dia kukuh berdiri sendiri..

      takde tips yg dpt sy fikirkan setakat ni selain mempercepatkan operasi membasuh, menyidai dan melipat baju supaya almari dan laci sentiasa penuh dan menyokong satu sama lain..

      mungkin kwn2 lain ada cadangan?

      Delete
  8. Thanks sb share tips susun atur ni..sy skrg dlm proses nk susun atur almari..amik idea drpd blog ni utk susn atur almari his & hers..hrp2 tuan blog xmrh ye..

    ReplyDelete
  9. maaf baru belek2 blog ..tp nk ckp. "giler rajin fizah"...terutama part seluar keje his' siap lipat dan gulung. omg. tabik. kalau di pihak saya, seluar keje his ni adalah seluar yg selalu pakai,,keluar masuk almari..jd sy kira, angkat dr ampaian terus gantung je dlm almari.
    ya..sy ada bahagian his & hers. jd bahagian his ikut suka dia mcm mana. janji tak sepah2 kat luar almari..ha boleh gitu. hahaha.... tabik lagi kat fizah. bagusnya..

    ReplyDelete
  10. ajar saya kemas heheh sy tk pandai --- www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...