Tuesday, December 12, 2017

448 Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM)

UPDATED 1/4/2018:

Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan, untuk join;

Shopee Support Group by Sioca menggunakan platform whatsapp

; dengan syarat pembelian e-book Tutorial Shopee Malaysia by Sioca.

Sekiranya berminat, e-mel saya untuk perincian:

{susunatursioca@gmail.com}

***

Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan, entri Shopee diteruskan hari ini.

So, sebelum nak jawab "nak buat apa bila order dah masuk selepas kita iklan dan menjual di Shopee?", izinkan saya berkongsi dahulu perihal Free Shipping Program oleh Shopee ya.

FREE SHIPPING PROGRAM ni adalah satu kolaborasi antara Shopee dan Pos Laju untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Program ni bermaksud, sebagai buyer mahupun seller, kedua-dua pihak tidak perlu membayar kos postage apabila berjual-beli di Shopee. Program ni juga dipanggil Pengeposan Poslaju Berkontrak.

Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat untuk program ini iaitu:

1. Free shipping terhad kepada pembelian RM30 ke atas.

2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke bawah untuk Semenanjung dan 1kg ke bawah untuk Sabah Sarawak.

3. Free shipping dibenarkan sehingga 5x pembelian sahaja sebulan untuk satu akaun buyer. Seller takde masalah boleh berapa ramai buyer pun, tetap dapat free postage.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, walaupun terma no 1 tak dapat dipenuhi, contohnya harga Planner 2018 yang saya jual RM20, bila buyer nak beli 1pc je, fee postage tetap akan dikenakan sebab di bawah RM30. Tetapi fee tersebut tidaklah mahal, malah jauh lebih murah daripada pos biasa iaitu sekitar RM1-RM5 sahaja.

Nilai fee ini bergantung kepada berapa yang Shopee tetapkan dan bukan di bawah kuasa seller. Sebab tu, kalau buyer tanya berapa postage untuk 1pc, seller pun taktahu. Buyer yang kena klik sendiri Shipping Option untuk tahu berapa postage yang Shopee kenakan mengikut alamat buyer.

Apa kelebihan program ni?

1. Free shipping la, apa lagi ? ;P

2. Tak perlu bayar apa-apa di kaunter, drop off je parcel.

3. Tak perlu tulis borang Pos Laju lagi, print je.

4. Kalau banyak barang dan berat melebihi had free yang ditetapkan, maka fee akan diadjust secara automatik mengikut berat yang lebih tu. 

Dalam kes yang saya pernah alami, iaitu buyer nak beli planner 130pcs, kos pos jadi RM50++. Nampak mahal tapi sebenarnya nilai tu jauh lebih murah daripada kos pos biasa yang boleh menjangkau lebih RM100. Dah jadi separuh harga je kalau melalui Shopee.

Apa yang berlaku bila dah aktifkan Free Shipping Program?

1. Di bahagian maklumat Shipping tu automatik bertukar kepada Poslaju sahaja (rujuk gambar).

2. Kemaskini berat produk yang dimasukkan supaya tepat dengan mengambilkira packaging.

Apa nak buat SEBELUM apply Free Shipping Program?

1. Kena ada PRINTER. Sebab nak kena print waybill (yang menggantikan borang poslaju tadi tu).

2. Kemaskini maklumat shipping (address seller).

3. Siap-siap timbang berat produk supaya tak exceed berat ditetapkan.

4. Sediakan borang PL9.

Apa itu borang PL9? Kat mana nak dapatkan? Macamana nak isi borang PL9?
Baca bawah ni.



Ok, sekarang menjawab soalan "nak buat apa bila order dah masuk?".

Bila dah iklan, dah share, dah promote...orang pun beli kan. So, apa langkah-langkah seterusnya?

1. Klik 'Seller Centre'.

2. Keluar tetingkap atas ni, klik 'My Sales' yang mengandungi maklumat order yang masuk.

3. Di bahagian 'To ship', tersenarai order-order yang perlu kita proses. 
Macamana nak proses? Klik 'Arrange Shipment'.

4. Ada dua pilihan untuk proses iaitu 'dropoff'atau 'pickup'. Pilih salah satu dan klik 'Confirm'.

TIPS: Pilih dropoff kalau rasa lama nak tunggu posmen datang pickup - contohnya kalau saya dapat order hari Jumaat, saya akan poskan Sabtu/Ahad. Kalau nak tunggu posmen kena tunggu Isnin.

TIPS: Pilih pickup kalau anda ada masalah transport nak ke pejabat pos.

TIPS: Bagi yang tiada pilihan pickup, boleh cuba tanya Shopee kot depa boleh tambah untuk anda. Dia terhad kepada 500 subscribers pertama sebenarnya, tapi bolehlah cuba tanya kot ada rezeki.

5. Selepas pilih shipment, akan keluar tetingkap atas ni yang ada maklumat tracking numberYang best di Shopee ni - seller tak perlu update tracking number pada customer sebab dah auto-generated dalam sistem buyer/seller. So buyer boleh terus cek tracking number diorang dalam Shopee tanpa perlu tanya seller.

TIPS: Walaupun sistem Shopee dah mudahkan untuk cek tracking number, tapi ada juga buyer yang suka bertanya, dah pos ke belum, dah hantar ke belum, so jawablah dengan tabah dan sabar ;p. Bayangkan kita pun as a buyer, mesti tak sabar nak dapat barang yang kita beli kan. Jadi bantu gembirakan customer.

6. Ni langkah-langkah untuk proses waybill. Waybill tu apa? Waybill tu macam consignment notes yang menggantikan borang Poslaju. So tak perlu isi borang lagi, print je. 

7. Klik 'Print Waybill'.

8. Inilah waybill - yang ada maklumat alamat pengirim, alamat penerima, tracking number dan poskod. Ada lagi maklumat lain tapi ni yang pentinglah. Perlu diingat ya, maklumat ni bukan Seller yang isi, ni auto-generated dalam sistem. Maksudnya bila buyer place order, waybill ni akan terus tersedia dan seller tinggal nak print je. Tak perlu key-in apa-apa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
PROSES UNTUK POS:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Print waybill
v
Gunting waybill jadi 4 helai
v
Simpan salinan pengirim
v
Lagi 3 selit dalam pocket parcel
v
Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
v
Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
v
SETEL!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
KOS TERSEMBUNYI:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Kertas A4
Ink printer
Bubble wrap
Soletep
Plastik poslaju berpoket
Minyak kereta (kalau dropoff)

Untuk payment pula, duit yang buyer bayar akan dihold oleh Shopee sehinggalah parcel selamat sampai pada buyer. Selepas itu, barulah payment direlease kepada seller. Di peringkat inilah buyer akan klik Order Received, dapat coins dan akan Rate Seller. Lepas tu, as a Seller, kita pun boleh Rate Buyer. Cakaplah buyer tu supportive ke dan sebagainya.

Perlu diingat ya, Shopee akan release payment ke dalam Wallet seller dan bukannya terus ke akaun bank. Ada dua cara untuk withdraw duit tu sama ada secara manual setiap hari dengan klik withdrawal atau buat auto-withdrawal - yang bermaksud duit dari Wallet Shopee akan diauto-tansfer ke akaun bank kita setiap hari Rabu pada setiap minggu.

Ok, setakat tu jelah dulu. Boleh faham? Ada soalan? ;p

Tak faham kalu, kakak buat kelas tuisyenlah nanti haha ;D

#dutashopee
#dutatakberbayar
#kongsipengalaman

Klik untuk baca:

CARA MEMBELI DI SHOPEE MALAYSIA
CARA MENJUAL DI SHOPEE MALAYSIA

 photo footer.png

448 comments:

1 – 200 of 448   Newer›   Newest»
Tuan Omira said...

Terima kasih kak .. kalau ada kelas coaching on9 sy nk join 😊 . Roger2 la ..

Anonymous said...

salam. plastik poslaju tu kene beli dulu la ye. lepas tu shopee bayar balik. gitu??

Fizah said...

wslm wbt..plastik poslaju kita sendiri. beli yg jenis flyers. shopee cuma bg free postage je. :)

rubie said...

kalau saya jd dropship utk seller shopee...logo shopee ditulis ke dkt parcel...???

rubie said...

salam sis,kalau saya jd dropship utk.seller shopee...logo shopee ditulis ke kt parcel...???mcm.lazada sampul nye tulis lazada.

Fizah said...

betul..utk free shipping program, logo akan tertera di waybill..

Fizah said...

ya betul. ada logo shopee pd waybill

rubie said...

barang kat shopee murah2,saya ingat nak jd dropship.tp tulis pulak logo shopee pd waybill.susah nak atasi kalau mcm ni...

Fizah said...

pos pd sis dulu pastu re-post semula pd customer. dlm kes ni kne caj postage pd cust.

Anonymous said...

oo. fhm2. kene beli jenis flyer.. tQ byk2 ye...

Anonymous said...

Sis plastik pos laju tu bukan parcel poslaju yg rm7 tu kan? Kite kne bli plastik sendiri yg berpoket tu kan?

Anonymous said...

Kalau kite xjoin free postage with shoppe tu kite xkan dapat free postage ke as a seller?😬😬

Fizah said...

yup..nama dia flyers. :) tu ada set of 10, set 0f 50 dll

Fizah said...

betul..kena join baru dpt free postage tu.

Unknown said...

mcm mane nk join?

Unknown said...

mcm mane nk join? sbb saye bru first time jual barang kt shopee.. skrng dh ada org beli.. tpi xtau kt mane nk print borang 2.. shopee suruh masukkn no tracking kalau dh hantar barang 2?

Yanti Umira said...

Nak tanya menegenai pL9 form tu..yg tu kene isi ke setiap kali seller post barang..kurang paham..maaf 😅 terima kasih sudi membalas

Yanti Umira said...

Maaf lagi 1 nak tanya..kalo tak apply program ni..caj postage yg dikenakan oleh shopee still mahal tak utk buyer..ke shopee still kira rate normal macam biasa..

Fizah said...

ikut berat sis..sy rasa yg tu ikut yg normal

Fizah said...

betul, pl9 kena isi setiap kali pos barang. kalau hantar ke pos ofis yang kecil (bukan centre atau hub) kita kena isi satu-satu tracking number. Kalau hantar terus ke center/hub boleh isi berapa parcel yang ada sahaja, tak perlu isi tracking number tu semua.

Fizah said...

untuk apply free shipping program, ada link sy attaach utk apply di link ni sis http://susunatursioca.blogspot.my/2017/12/cara-menjual-di-shopee-malaysia.html?showComment=1514760458186#c3851095434250150126

tapi kalau belum apply lagi tapi dah masuk order, kena poskan dahulu order tu macam biasa, tak perlu tunggu free shipping sbb lps apply ambil masa lebih seminggu utk dia approve.

kalau pos biasa, kita kena masukkan tracking number sendiri dalam sistem.

Anonymous said...

Assalam Sis. Tumpang tanya.. Shopee ade kenakan sebarang caj ke sebagai Seller?

Anonymous said...

Assalam Sis.. Tumpang tanye. Shope kenakan caj ke sebagai Seller? Klu ade caj yg macam mane ye sis?

Fizah said...

wslm wbt, tiada sebarang caj dikenakan sis

Fizah said...

shopee tiada sebarang caj dan tiada percentage ditolak pun dari keuntungan kita..mmg 100% percuma setakat ni :)

Athirah Abdah said...

Salam sis, nak tanya. Kalau kita tak join free shipping ni kan, kita kena pos dan update tracking number mcm biasa kan ? Tapi shopee caj shipping kepada buyer, RM2, sedangkan postage, RM 10 Sabah sarawak. Adakah RM 8 lagi tu seller yang kena tanggung ?

Fizah said...

wslm wbt...sy tiada pengalaman kalau bukan free shipping program. walau bagaimanapun rasanya kos shipping akan dikira mengikut berat. maka, berapa yang dicaj tu lah yang akan dibayar kpd poslaju. Sebab tu ambilkira berat packaging sekali semasa masukkan berat item..kalau dia caj rm2 sepatutnya rm2 shj yg perlu dibyr kpd poslaju..tp jarang jd rm2 kot? biasanya rm5-7 ke atas...

Unknown said...

salam sis.sy nak tanya free shipping yg shopee cover adalah sebanyak rm5.30 shj kan di west malaysia? atau kira cover semua asalkan berat xlebih 5kg?

contoh berat barang adalah 1.2 kg. kalau ikut rate poslaju (kiraan di website)kene byr dalam rm12. jdi kalau kita dpt free shipping, kiranya buyer kene byr rm6.70 atau shopee dah cover semua ya?confuse la tang ni.huu

Unknown said...

maaf bertanya..
1)x faham dari mana dapat PL9 tu..
2)cmna nak tahu dah proceed join free postage tu

Unknown said...

maaf bertanya..
1)x faham dari mana dapat PL9 tu..
2)cmna nak tahu dah proceed join free postage tu

Unknown said...

maaf.nak tanya..
1)cmna nak dapat borang PL9 tu.
2)cmna nak tahu dah proceed @ belum berkenaan join free postage tu

Unknown said...

Assalam..Nak clik kt mana ye untuk auto-withdrawal ni.

Anonymous said...

Assalam sis...nak tanya borang pl9 tu kena ambik dekat mana ye?

Anonymous said...

N lagi satu...boleh bagitahu tak macam mna orang buat bagi nampak barang tu ada discount harga? Contoh harga asal rm35 jadi rm25...pastu shopee tulis less 5% kat atas tu

Fizah said...

wslm wbt, free shipping utk 5kg ke bwh (sem) dan 1kg ke bwh (ss)..kalau 1.2kg di semenanjung masih dpt free shipping..yang penting belian mestilah lebih rm30. Kalau kurang baru ada fee sikit tp bukan fix rm5.30..ada juga yang rm1, rm2..anggaran biasanya rm1-5. Kalau sabah sarawak mesti 1kg ke bawah, kalau lebih kena fee.

kalau semenanjung lebih 5kg pula, pun kena fee juga, tp fee tersebut tetap lebih murah berbanding poslaju biasa (tidak melalui program ini)..sy ada kes belian planner sehingga 130 buah, dalam kes ni caj shipping sehingga rm50++ shj, sebaliknya jika pos biasa harus rm100++ tu.

apapun, utk program ni, selalu galakkan customer utk klik buy now dan tgk terus brp shopee kenakan postage dan beritahu mereka fee tersebut dpt ke shopee bukan seller. Takkut ada setengah customer igt kita main harga postage sedangkan seller hanya dpt harga barang. :)

Fizah said...

1) Di pejabat pos
2) Nanti dapat notofication di shopee anda :)

Fizah said...

di shopee wallet anda.

Fizah said...

wslm wbt, di pejabat pos sis..

Fizah said...

itu boleh dibuat di bahagian seller centre - marketing centre sis..

Anonymous said...

Terima kasih banyak2 sis...semoga dimurahkan rezeki..sebenarnya ada hal sikit nak tanya sis ni..boleh tak sis ws saya? 01111436151

Unknown said...

Kalau saya print di cyber cafe bole ke? Sbb kat rumah x de printer..

Fizah said...

boleh

Sendu said...

Macam mana nak buat shocking sale tu ye kak?

Fizah said...

Shopee yg pilih siapa yg blh join Shocking Sale

Jelitaayu said...

Assalammualaikum...macam mana nak biar shopee tetapkan harga poslaju ikut berat sendiri ye?

Unknown said...

Saya baru daftar untuk free shipping semalam ikut link yg sis berikan. Ikut tarikh rabu depan akn activate. Tapi takde dapat apa2 notification/emel lepas sy submit. Normal ke? Lagi satu nak buat sale berapa 100% tu mmg kena pakai laptop ke. Sis ada pngalaman x setting discount tu pkai hp. Tq atas bantuan.

Fizah said...

wslm wbt, ada ruangan untuk isikan berat produk kita pada info produk..

Fizah said...

Dia akan notify bila dah success application kita. Utk setkan diskaun pada produk kena buka seller centre (lebih mudah di pc berbanding hp)..kalau hp tak blh guna apps, kena buka macam website biasa..

Farmes said...

Salam tuan....sy baru daftar shopee ..dan sy ada jual barang dkt shopee...org dah ada beli...sy guna pos laju dengan bayar duit sendiri...berapa lama duit akan masuk dkt wallet balance...dan adakah shopee akan potong harga yg sy dpt dr buyer?

Sendu said...

Macam mana nak follow orang banyak2 ye sis

Anonymous said...

Memang kna gna flyers pos laju je ker...blh x gna pmbungkusan kita sndri

Anonymous said...

Macam mana nak follow ramai shopee user ye sis?

Fizah said...

wslm wbt. sepatutnya duit poslaju dibayar oleh buyer jika awak tak join free shipping program. Ada bhgn utk set shipping cost ni pd bhgn info produk. Jika awk dah bayar, boleh minta buyer refund. Sebab shopee tak akan bayar amaun tersebut. Kecuali jika kita join free shipping prog.

Duit akan direlease slps buyer selamat terima barang, biasanya poslaju 1-2 hari dah sampai.

Fizah said...

maaf tak pasti saya. Biasa sy klik follow mcm biasa, satu-satu.

Jelitaayu said...

Assalam sis...saya punya free shipping active 28 ni tapi sekarang dah ada cust order dengan saya...so macam mana nak handle parcel ye sis? Cust dah bayar Rm3.30 dekat shopee....adakah saya kena bayar pulak dekat pejabat pos kalau hantar macam biasa?

elya adriana said...

Salam sis saya ada apply program free shipping tu. Kalau ikutkan harini la tarikh aktif tapi setakat ni tak aktif lagi. Saya pun apply lagi sekali tadi. Diaorang akan ikut tarikh sebelum ni atau yang latest ni kita apply ye

Unknown said...

Hantar dekat pejabat pos diorang terima tak barang shopee nie? Ke mmg kena hantar dekat pos laju?

Anonymous said...

Maaf saya nak tanya dah dapat ke notification yang kata permohonan free shipping kita dah lulus? Saya sepatutnya aktif semalam tapi tak dapat notify apa apa tu dan free shipping pun tak aktif. Semalam saya apply lain

DamiaCollections.blogspot.com said...

salam sis, nak tanya untuk apa guna follower tu ye? adakah follower akan nampak iklan kita mcm FB tu? maaf sy budak baru belajar 😅

Fizah said...

akan dpt noti mengatakan dah lulus. boleh apply lain tp dia akan aktifkan sekali juga..ambil masa lebih dua minggu utk aktif.

Fizah said...

wslm abt..kena pos dulu parcel tu. Melainkan customer nak sudi tgu free shipping, boleh suruh dia cancel dulu order tu. nti place order baru bila da aktif free shipping. Kalau nk proceed biasa, kena byr kos postage ikut brp yg poslaju tetapkan. Sy tak sure sama RM3.30 tersebut atau lebih lagi.

Fizah said...

wslm wbt. Saya rasa shopee lagging sikit sbb ramai da sepatutnya aktif tapi belum aktif. Boleh tgu dua tiga hari lagi atau emel shopee tanya. Kalau dah re-apply, rasanya dia akan aktifkan yg first application td..

Fizah said...

Boleh di pejabat pos.

Fizah said...

wslm wbt. Cuma mungkin menunjukkan kedai tu banyak baranng yg best smp ramai follower. Gitu je. Iklan tak naik mcm feed fb, kecuali kalau item yg kita like ada buat sale/discount baru dia naik dlm notification kita.

Anonymous said...

Saya ada pos barang dekat customer guna program free shipping ni. Saya dah buat step seperti diatas tapi Selepas selesai pos semua barang kenapa dekat shipping kosong ye? Sebelum ni saya tak apply program ni, selalunya lepas pos barang customer saya masukkan tracking no dan dekat shipping ada update tak kosong. Tapi yang ni kosong bahagian shipping. Terima kasih

Unknown said...

bagai mana cara pos tampa apply free sheeping? sama juga?

Unknown said...

cara terbaik jika suuplyer saya di tmp lain.. saya jual product dia di shopee. berat dalam 20kg. dan saya plan supplyer terus pos ke buyer. kita pos biasa ke pos laju?

Fizah said...

Memang shipping 0 sebab shopee dah coverkan. Tracking number dia akan atomatic update dalam sistem, kita tak perlu keyin lagi dah. Itu kelebihan free shipping program :)

Fizah said...

Sama poslaju juga, cuma kena bayar kos postage tersebut.

Fizah said...

poslaju juga. cuma kalau join free shipping program, awak kena emelkan waybill tu kpd supplier.

Unknown said...

Salam sis.. Kalau Sy xjoin program free shipping tu.. Bile Sy masukkn tracking no then click shipping.. Buyer akan dapat notification tuk click order received baru seller dapat duit kan? If buyer tu Mmg langsung xnak click order received tu.. So seller xkan dapat duit dr shopee ke?

MacamSaye said...

Sy pnh dpt pki pmbukusan sdiri.. mgkin blh cuma kna de poket plastik kot

Hazirah Mansor said...

salam sis..kalau saya guna service free shipping shopee ni lps tu drop off di kaunter pos laju, barang tu saya nk hantar ke sabah, so plastik flyer kena warna biru ke

Unknown said...

salam sis, klw kita letak berat item lebih skit dkt details item yg dijual xpe ke ? ke nk kna ngam2 jga ..

aisyah said...

sis,nak tanyala..free shipping ni utk pos laju je ke? kalau kita guna standard express bole x? tq

Fizah said...

program ni antara shopee dan poslaju :)

Fizah said...

mmg kena letak lebih sikit utk packaging

Fizah said...

wslm wbt..setakat ni sy pki sampul flyer biasa je..30 sen sehelai..takde warna biru pun..yg sy guna tu warna oren putih

Fizah said...

klu buyer tak klik order received pun, seller tetap akan dpt payment. kecuali buyer request refund,,

Fizah said...

boleh pki plastik sendiri tp kena beli poket utk selit waybill.

Unknown said...

Borang pl9 tu wajib diisi ke . Kalau pakai consigment note perlu di sertakan sekali dgn borang pl9 tu ke ?

Unknown said...

Ok

Unknown said...

Lepas approved yg free shipping tu kan... Kalau buyers beli x sampai RM30 kita kena post mcm biasa atau print yg 5kg shipping shopee program tu ya?

Hazirah Mansor said...

macam mna nak tengok nombor akaun shopee kita?

Anonymous said...

salam kak, andai kata buyer terlupa atau tak tekan order recieved mcm mana ? buatnya dia saja tanak tekan ?

Sha Iman said...

Hai assamalamualaikum. Terima ksih nice info. Tapi boleh tak terangkan balik pasal PL9 form tu tak berapa fahamlah. Contoh harini ada buyer beli produk saya rm30 ke atas dan dapat free shipping, kiranya masa nak pos barang tu nanti baru saya isi borang PL9 atau awal2 kena isi? Dia skali je kena isi atau setiap kali masa nak pos barang? Lagi satu, Kalau pos laju pick up brg kt rumah, kita boleh pilih tarikh tak.dan adakah perlu submit jugak PL9 form tu even dia pick up kat rumah kita? Maaf banyak tanya.

Unknown said...

Sy dah dpt noti lepas 5 6 kali balas emel dgn pihak shopee. Alhamdulillah dah approved for free shipping program. Cuma kalau pos ke ss kena below 1kg baru free. Kalau lebih mcm mana ye pngiraan pos tu? Adakah sy kena ubah kos shipping if barang lebih 1kg. Sbb shopee cas rm1. 33 sahaja to buyer. Sy

Unknown said...

Sy dah dpt noti lepas 5 6 kali balas emel dgn pihak shopee. Alhamdulillah dah approved for free shipping program. Cuma kalau pos ke ss kan kena below 1kg baru free. Kalau lebih mcm mana ye pngiraan pos tu? Adakah sy kena ubah kos shipping if barang lebih 1kg. Sbb shopee cas rm1. 33 sahaja to buyer utk shippinh. Sy kne tambah duit shipping. Sdgkan setting berat dah betul. Mcm mana nak tau cas shipping kalau brg lebih 1kg to ss under free shipping program ye

Fizah said...

Kalau lebih 1kg minta buyer beli asing2..jadikan satu order tu below 1kg shj. cthnya planner sy 2pcs je skli order utk ss free pos. klu nk beli lebih, place order lg 2 pcs dan seterusnya. memang akhirnya akan ada postage juga sbb free pos kan limit 5 kali je tapi fee postage ni dah jauh jiat banding pos biasa..

tak perlu ubah kos shipping. kalau ada kena lebih shipping memang buyer yg kena byr..

kita tak tahu brp caj yg dikenakan melainkan buyer sendiridah place order dan beritahu kita brp caj tersebut. sebab caj ni berubah ikut berat tambahan tersebut dan shopee yg akan tetapkan brp amaun tu,

mesti selalu igtkan customer, duit fee terebut bukan dpt ke seller tp ke shopee terus. seller hanya dpt harga brg sahaja

Fizah said...

1. setiap kli pos brg kena isi pl9
2. boleh isi awal di rumah (borang minta di pej pos)
3. boleh pilih tarikh tp biasanya hr esoknya dia akan pickup. klu terlepas, buat lg pickup lusanya.
4. kne isi pl9 juga even pickup.

Fizah said...

seller tetap akan dpt payment. shopee hold hanya jika buyer klik refund.

Fizah said...

kita takde no acc. cuma ada wallet shj. klu di borg pl9 tu no acc shopee yg perlu diisi ie 8800472220

Fizah said...

klu tak lbh rm30, buyer kne byr shipping yg dikenakan tp selalunya jauh lbh murah berbanding pos biasa. borang waybill print mcm biasa walaupun tak cukup rm30.

Fizah said...

haah. wajib isi dan bg sekali dgn parcel.

Unknown said...

Salam.saya tak faham..mcm mana shopee buat pembayaran dekat penjual lepas pembeli dh terima barang.melalui bank account penjual ke? Penjual akan bagi no acc pada pihak shopee?

Fizah said...

wslm wbt bayaran tersebut akan masuk ke dalam 'wallet' seller. Nti boleh transfer duit tu ke dlm acc bank kita. Boleh set no acc mana nak letak nti.

Anonymous said...

assalamualaikum akak.. :)

bila buyer lupa nak click received order, akak kata seller tetap akan dpt payment. shopee hold hanya jika buyer klik refund..

jadinya saya nak tanya bila payment akan masuk kalau buyer tak tekan received order, ambil masa berapa lama? sbb kalau buyer tekan received order, payment akan terus masuk dlm wallet kan..

Fizah said...

wslm wbt. tak lama, slps buyer terima brg dan poslaju dah update sistem, nanti akan keluar item delivered to whom tu kan, so masa tu akan release payment.

nraenzya said...

Nak tanya if guna free shipping program .. , buyer bel rm30 keatas so free shipping.. jadi kos kita beli fyler plastic.. tu mcm mn? Shopee tak byr kan ? Jadi harga tu kita kena kira sekali dgn duit untung jaul barangan tu la?

Fizah said...

hidden cost masukkan dlm hrga brg sesiap

Anonymous said...

Assalam sis. Nak tanya. Kalau nak pos barang shopee, boleh guna pos laju prepaid dropbox tak? Scan printed waybill tu.

And borang PL9 tu tetap kena serah kat kaunter kan? Kena bayar berapa borang tu?

laila said...

Terima kasih..sgt membantu. Hari ni sy buat shopee dan baru saja dpt first buyer. Ingatkan dpt order terus pos mcm tu jer..rupanya ada cara2nya. Entry ni sgt2 membantu.

Si shantik said...

Salam siss.. Plaeasee contact saya 0138827597

wawa sueyda said...

Salam sis..maaf nak tanye borg pl9 tu amik kat pos office la ye...

mizah said...

nak tanya...borang PL9 tu kita isi sekali je kan? cuma isi pastu masukkan no acc shopee je..n serah balik kat pej pos yg pink n putih kita simpan? lepas tu saya tak paham sgt

mizah said...

ooo paham dah..maknanya kena ada borang pl9 byk2 la ni..tiap kali nak pos, kena sekalikan borang pl9 sekeping pink je kan?

Anonymous said...

Maaf saya baru belajar buat kedai di shopee belum ada lagi yg terjual.
Mcm mana cara utk saya join free shipping tu nk klik buttorn mana yea.

Anonymous said...

hello kak,
borang PL9 tu kita blh ambil sedia2 di pej. pos atau bila nak pos barang baru diambil dan isi?

Fizah said...

boleh ambil sesiap di pej pos

Fizah said...

ada link sy sertakan dalam tutorial menjual www.shopee.com.my/poslajusignup

Fizah said...

betul belaka. simpan yg putih lps tu setel :)

Fizah said...

wslm wbt. tak pernah guna pula prepaid tu. lebih murah ke guane ya?

pl9 free.

Fizah said...

ya betul. kena amek byk2 sesiap. masa nak pos tu sehelai je, tulis dlm tu brp bilangan parcel.

Fizah said...

wslm wbt. betul. amik di pej pos

Unknown said...

Salam kak..nak tanya bila dh join free shipping tu,bahagian pos kita nk letak harga berapa? Ke kena kosongkan aje

Fizah said...

wslm wbt, boleh klik shipping option nti, amek yg poslaju. automatik free shipping utkrm30 ke atas.

Unknown said...

Hai sis,kita boleh edit harga tak? Contoh kasut rm35 selepas dpt notif free shipping sy ubah iklan kepada rm30

Fizah said...

boleh sis. klik edit product.

Anonymous said...

Hi, saya baru nak belajar berjual di Shopee. Belum mula lagi. Adakah kita perlu buka sendiri akaun Poslaju sebelum mula upload barang?

Anonymous said...

Sis.klu kita x apply free shippig,lps tue ad buyer,,kita pos mcm biasa k,form PL9 xprlu isi ke,logo shopee xde xpe k,,maaf byk brtya,,bru niaga di shopee..

Anonymous said...

Sis.klu kita x apply free shippig,lps tue ad buyer,,kita pos mcm biasa k,form PL9 xprlu isi ke,logo shopee xde xpe k,,maaf byk brtya,,bru niaga di shopee..

Anonymous said...

assalamualaikum sis.maaf nak tanya,borang PL9 tu kena isi jugak ke bg yang x join free shipping program? tqia sis😊

Unknown said...

salam sis..nk tnya kalau sehari kita ada 5 parcel..boran pl9 tu kena isi 5 @ satu shj?

Unknown said...

salam sis..nak tnya kalau sehari kita ada 5 parcel,borang pl9 tu nk kna isi 5@1 shj?

Unknown said...

Assalammualaikum..sis..klau buyer mintak refund..mcm mna ya...duit mmg shopee hold dlu kn..tp barang kita yg dh dihantar n dh smpai pada buyer tu mcm mna..adakah buyer kena pos balik barang tu pada kita..

Unknown said...

Assalammualaikum..sis tanya sikit..contoh bila buyer mintak refund dari kita..duit tu shopee akan hold dulu kan..lagi satu kalau barang yg kita pos dah sampai pada buyer n dye mintak refund..buyer cakap barang tu rosak dll,macam mana ya tu..adakah buyer kena pos balik barang tu pada kita atau burn macam tu je...

Pembekal Ikan Bilis Sabah Murah said...

salam sis .. saya da add item .. tp bila cari semula tak de kluar pun d shopee ..

Fizah said...

wslm wbt.. bergantung kpd nak htr pada poslaju mana? jika pos laju cawangan kena isi setiap tracking number pd borang pl9. Jika pos laju center/hub boleh isi bilangan parcel je, tak perlu isi setiap tracking number.

Fizah said...

wslm wbt. kena tgk apa sbb dia refund. Kalau kita dah poskan barang, jangan accept refund tersebut, melainkan mmg jika ada masalah. Jika perlu accept disebabkan ada masalah maka mmg duit akan masuk semula pada wallet buyer. Brg tersebut buyer perlu poskan semula pada seller.

Fizah said...

wslm wbt. jika customer minta refund, kita accept, maka duit akan masuk dlm wallet buyer. jika kita cancel refund maka kekal dalam wallet seller. Jika brg rosak, seller kena accept refund tapi dengan syarat buyer kena poskan semula brg tersebut. Jangan burn, wajib minta buyer poskan semula. Jadikan itu SOP dalam syarikat.

Fizah said...

wslm wbt. Tunggu shopee approve dulu baru keluar nanti.

Fizah said...

tak perlu ada akaun poslaju sis. terus menjual di shopee.

Fizah said...

klu tak join free shipping prog, pos je mcm biasa no prob tkde logo. PL9 tetap kne isi.

Fizah said...

kne isi juga.

Fizah said...

wslm wbt.. bergantung kpd nak htr pada poslaju mana? jika pos laju cawangan kena isi setiap tracking number pd borang pl9. Jika pos laju center/hub boleh isi bilangan parcel je, tak perlu isi setiap tracking number.

Susie said...

salam fizah ada no whatsapp ke? saya nak bertanya mengenai shopee dengan lebih lanjut dan detail? ni no saya 0197929264 (sue)

Anonymous said...

salam sis.. borang pl9 tuh kta kena isi juga ke no siri mula akhir tuh?

Anonymous said...

Utk free shiping..sy d sabah mahu hantar ke johor. Jadi sy dpt 5kg free shiping ke sbb 5kg utk sm. Kalo mahu hantar dlm sabah dpt 1kg kan?

Anonymous said...

Salam, nk tya.. Klu org lain yg tlg poskan item sy yg terjual di shopee. Kiranya, airway bill tu sy akan emailkan ke dia la. Form Pl9 tu diorg kena isikan no akaun shopee sy lah kan? nama dan alamat sy jgk ke atau boleh guna almt tmpt poslaju pickup tu?

Fizah said...

wslm wbt..bergantung kepada pejabat pos yg sis pergi. Kalau hub tak perlu, kalau pej pos cawangan/kecil kena isi.

Fizah said...

wslm wbt. betul. no acc shopee sama semua 8800472220. yg lain semua info awak.

Fizah said...

ya sama...to and from sabah sama tnc. :)

Anonymous said...

salam sis.Kalau kita dah join free shipping,tapi x letak free shipping pada barangan tersebut,Lepastu saya x kira harga postage,saya main letak shj harga postage.Saya letak kira kira RM8.Jadi kita kena as seller lah yg kna byr postage tu semasa hantar parcel ke pejabat?

Anonymous said...

salam sis.Kalau kita dah join free shipping,tapi x letak free shipping pada barangan tersebut,Lepastu saya x kira harga postage,saya main letak shj harga postage.Saya letak kira kira RM8.Jadi kita kena as seller lah yg kna byr postage tu semasa hantar parcel ke pejabat?

Mas said...

Salam sis.sy ade cadangan.bole x wtkan satu group ws utk siapa2 yg nakkan maklumat lbh ttg cara menjual dlm shopee atau apa2 shj dlm shopee..please

Unknown said...

salam kak..nak tanya kalau kita x dpt nak pegi pjbt pos..pasty kita pilih pickup option..pos akan dtg ke alamat kita utk collect ke?time tu kita kena standbye brg ngan print waybill ke.x ada isi borang pa2 n pos ada cas x utk dorg dtg collect kat kita?

Unknown said...

kalau kita nak pos dtg kolek brg kat kita cth mcm kita bzy x sempat pg pjbt pos,kita kna standby pa?brg dgn siap print waybill ke?ada isi borang pa2x?pastu ada x cas tambahan pa2 sbb pos sendiri dtg collect

Unknown said...

Hai sis,sy join free shipping, pembeli beli barang bawah dr rm30, jadi masa nak pos tu saya kena bayar tak dekat poslaju?

Anonymous said...

Salam sis saya nak tanya customer saya ada beli satu barang di kedai shopee saya...harga barang rm30 sepatutnya free postage untuk sm bawah 5kg tapi payment dia buat rm35.02. Maknanya shopee kenakan cas penghantaran. Adakah sebab berat? Sepatutnya berat 0.09kg bila saya check dekat sunting berat jadi 0.01kg. Saya terus sunting balik jadi 0.09kg. Soklan saya kalau berat 0.01kg kena cas ke

Unknown said...

kena beli printer ke sis?
lagi satu misalnya kita dah pos barang tu kepada cust..barang selamat sampai dah..lepas itu pelangan tidak tekan butang sudah terima pesanan..apa akan jadi ye sis
..

Unknown said...

Assalamualaikum kak. Nak tnya plastik berpoket poslaju tu nak beli kat mna ye

Fizah said...

wslm wbt, kalau sis letak rm8 pada barang, buyer akan bayar pd sis. dan sis byr pd poslaju.

Fizah said...

sedang difikirkan.tq atas cadangan :)

Fizah said...

wslm wbt, yup. posmen akan mai pickup kat umah kita. kena setelkan semua, siap balut, letak waybill, isi pl9..tggl nak pas pada posmen ja. takde kena caj apa2 dan tak perlu isi apa2 borg lain.

Fizah said...

jika buyer beli bwh rm30, automatik akan ada fee postage buyer kena bayar. kita tak perlu bayar apa2, cuma print waybill dan selit je pd parcel. nti buyer dpt brg, payment akan release pd seller, iaitu harga brg shj. fee postage td dpt ke shopee.

Fizah said...

wslm wbt, sepatutnya tak kena caj bawah 5kg utk semenanjung, bawah 1kg utk ss. tapi kalau kena juga, boleh jadi berat melebihi had atau quota free shipping buyer exceeded. free shipping ada limit juga. lbh kurang 5 kali seminggu je.

Fizah said...

sebaiknya beli, memudahkan kerja. jika buyer tak tekan sekalipun, payment tetap release tapi lambat sikit la, mungkin 2-3 hari..

Fizah said...

wslm wbt, ada dijual di pej pos. cakap nk beli flyers.

Mas said...

Salam kak.sy ade satu soalan dan cadangan.sy nak tanye mengenai preferred shop.macam mana nak dapatkan title tu dan ape kelebihan dan perbezaan dgn shop lain.dan cadangan sy spya akak buatkan satu group ws utk memudahkan mereka yg lain berinteraksi dan bertnya mengenai shopee dgn akak.itu saje. Terima kasih

Unknown said...

Sis blh whtapp sy x..01161165235...sy dh dpt email dh aktif free shipping ni..tp bila test buat iklan xdpt plk free shipping ni wlpn brt bru 50gram

Unknown said...

Sis blh whtapp sy x..01161165235...sy dh dpt email dh aktif free shipping ni..tp bila test buat iklan xdpt plk free shipping ni wlpn brt bru 50gram

Unknown said...

assalamualaikum sis...sekiranya, sy jual tudung custom made, mesti ada cstmer yang nak tambah gambar, tambah nama, tambah corak pada tudung kan, so mcm mana kita nak cntrol tau tau tu semua ya?

Unknown said...

salam kak, utk borang L9 tu kene pegi pejabat pos beli and then isi no mcm kt atas tu ke? and lg satu dekat shopee center tu kita ada nk kene setting apa2 ke utk free shipping or just set lepas dpt order mcm dlm gambar atas tu ke

Lim said...

Sis, sya plan nak jadi dropshiper kepada seller sedia ada d shopee.Pertanyaan saya, boleh ka saya mengisi no tracking d ruangan tracking mnggunakan no tracking seller lain apabila saya menerima order dri buyer.

Fizah said...

wslm wbt. preferred seller ada syarat seperti bilangan terjual melebihi target, tiada masalah pos lewat dll. shopee akan pantau da offer pada seller yg perform well. kelebihan dari segi kepercayaan buyer meningkat. tkasih cadangan. :)

Fizah said...

wslm wbt. boleh inform buyer utk chat dengan seller terlebih dahulu sebelum place order utk pilih warna dll.

Fizah said...

wslm wbt. ya betul. set je mcm atas tu.

Fizah said...

setakat saya faham, boleh takde masalah.

Fizah said...

sy akan war-warkan group support wasap.

Apple pink said...

Salam sis. . Maaf lari tajuk.. Nak tnye cmne nak join flash Sale atau shocking sale shopee ye?? Teringin nak join.. Tp xtaw nak cmne..

eddiegifts.com said...

salam..sy ada pertanyaan...
jika dah active 5kg free shipping...adakah option courier lain boleh digunakan juga seperti gdex jika buyer nak guna juga

kedua pula...kalau ikut standart pos.laju walaupun brg berat 2kg tapi kotak besar lebih dr 30x30x30cm akan d kenakan kiraan volumetrik..mcm mn pula dgn 5kg programme ni adakah ia mengikut seperti itu atau ikut berat shj. size besar mn pun x pa ke...

Unknown said...

salam sis. saye kurang faham. saye dropship sahaja and supplier yang akan pos barang tu. kalau saye tak join free shipping ni maknanya nanti supplier dh hantar barang saye tak perlu bagi waybill ke mcm mane ye ? and kos shipping tu even saye dh tulis harga termasuk postage memang saye tetap kena bayar postage jugak ke ? Klau baju atas rm30 kire buyers dpt free shipping tapi saye pulak ke kena caj ship cost dr shopee ?

Anonymous said...

boleh ke drop off parcel kat mesin ezibox ?

Unknown said...

Kak klau trima wang blh pakai COD atau transaksi bank

Fizah said...

wslm wbt..tiada cara utk apply. hanya jika shopee yg tawarkan shj baru kita blh join.

Fizah said...

wslm wbt,

1. hanya poslaju utk free shipping. lain tak boleh.

2. berat shj setakat yg sy faham. tak kisah saiz kotak.

Fizah said...

wslm wbt.

jika dropship, kena emelkkn waybill tu pd supplier dan supplier pos guna waybill tu.

postage free utk yg join free shipping program.

seller dan buyer dua2 mmg tak perlu byr shipping utk yg join prog ni.

Fizah said...

tak pasti sebab kena ada pegawai yang sign borang pl9.

Fizah said...

tak clear soalan. klu nk cod tak perlu melalui shopee.

Anonymous said...

sy bukan seller tapi buyer sebab sy ada order 3 item , bayar kat shopee pun sudah minggu lepas.. lepas tu td sy dapat notification hanya 1 dari 3 item tu dapat diterima.. then sy ingatkan sy dah dapat item tu.. sy call org shopee katanya bukan.. satu lagi biasa buyer nak dapat barang mmg lama ke? cuma takut kalau tak sampai barang pada buyer mmg kne buat refund? maaf sy tnya sbb sy kali pertama beli kat online shopee saja.. harap awak boleh jawab soalan sy... terima kasih

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam kak macamana cara nak dapatkan borang pl9 tu ya..

soulrain said...

hai sis. macam mana nak emel waybill ya?sy try save tapi tak boleh

Fizah said...

soalannya kurang jelas sis.. maksudnya sis beli 3 barang tp dpt 1 je ya? kalau mcm tu boleh klik refund utk yg lg 2 tak dpt tu. brp lama dpt brg tu bergantung kepada seller. kalau dia ambil brg dari china mmg lama, 1-3 minggu..kalau readystock biasanya tak lama. hr ni pos, esok smp.

Fizah said...

wslm, sudah dijelaskan dalam komen sis. borang pl9 ambil di pejabat pos..

Fizah said...

tekan print lepas tu kat destination pilih save to pdf

Anonymous said...

betul sis barang yg sy order tu dari china.. so klau kita dah klik 'refund' duit tu akan tambah ke shopee wallet kan? then boleh tukar item yg lain kalau boleh nak yg bkan dri oversea la mcm ni.. tq sis

Anonymous said...

Salam..sis nk tnye klu kte x guna yg free postage tu kn, mse option nk letak shipping tu,kne pilih standar shipping ke? Sbb sy pilih pos laju,tp nnt die tulis dkt page advertising free postage untuk rm30 ke atas tu..pd hal sy x guna pun servis free postage

Sis Lia said...

Sis, sya nak join group support wassap. Still pening yg free shipping tu, tlg add sya ya .014-6473012

Unknown said...

Salam..kalau tak buat free pos, tak yah print apa2 kan?beli plastik pos dan tulis alamat sendiri, pastu masukkan no tracking kan?saya baru nak menjual..tapi pakai talifon je..

Unknown said...

Assalamualaikum, kalau tak buat free pos, tak payah print apa2 kan, beli plastik pos laju isi alamat sendiri dan letakkan ni tracking kat shoppe kan..

shaz shiraz said...

Salam, Hai sis saya nak tanya saya baru join shopee free shipping ni. Kalau hari tu kita nak pos 1 barang je pun masih kena isi borang PL9 ni ke?

CaliphGamerz said...

Salam sis..borang pl9 tu ade kt pjbt pos jer ke?..kt poslaju hub xde ke?. Td sy pos x isi borg pl9 plak..sbb xtau..bc blog sis bru tau..😢

CaliphGamerz said...

Salam sis..borang pl9 tu ade kt pjbt pos jer ke?..kt poslaju hub xde ke?. Td sy pos x isi borg pl9 plak..sbb xtau..bc blog sis bru tau..😢

Fizah said...

wslm wbt, haah pilih standard. rasanya tkde tulis free utk above rm30 klu tak join.

Fizah said...

wslm wbt. betul tak perlu print apa-apa

Fizah said...

wslm wbt. ya perlu

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 448   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...