Tuesday, December 12, 2017

448 Cara Pos Barang Melalui Shopee (FREE SHIPPING PROGRAM)

UPDATED 1/4/2018:

Berikutan lambakan dan kebanjiran inbox/e-mail/whatsapp kepada saya yang bertanyakan tentang Shopee, maka saya kini membuka tawaran kepada sesiapa yang memerlukan, untuk join;

Shopee Support Group by Sioca menggunakan platform whatsapp

; dengan syarat pembelian e-book Tutorial Shopee Malaysia by Sioca.

Sekiranya berminat, e-mel saya untuk perincian:

{susunatursioca@gmail.com}

***

Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan, entri Shopee diteruskan hari ini.

So, sebelum nak jawab "nak buat apa bila order dah masuk selepas kita iklan dan menjual di Shopee?", izinkan saya berkongsi dahulu perihal Free Shipping Program oleh Shopee ya.

FREE SHIPPING PROGRAM ni adalah satu kolaborasi antara Shopee dan Pos Laju untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Program ni bermaksud, sebagai buyer mahupun seller, kedua-dua pihak tidak perlu membayar kos postage apabila berjual-beli di Shopee. Program ni juga dipanggil Pengeposan Poslaju Berkontrak.

Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat untuk program ini iaitu:

1. Free shipping terhad kepada pembelian RM30 ke atas.

2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke bawah untuk Semenanjung dan 1kg ke bawah untuk Sabah Sarawak.

3. Free shipping dibenarkan sehingga 5x pembelian sahaja sebulan untuk satu akaun buyer. Seller takde masalah boleh berapa ramai buyer pun, tetap dapat free postage.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, walaupun terma no 1 tak dapat dipenuhi, contohnya harga Planner 2018 yang saya jual RM20, bila buyer nak beli 1pc je, fee postage tetap akan dikenakan sebab di bawah RM30. Tetapi fee tersebut tidaklah mahal, malah jauh lebih murah daripada pos biasa iaitu sekitar RM1-RM5 sahaja.

Nilai fee ini bergantung kepada berapa yang Shopee tetapkan dan bukan di bawah kuasa seller. Sebab tu, kalau buyer tanya berapa postage untuk 1pc, seller pun taktahu. Buyer yang kena klik sendiri Shipping Option untuk tahu berapa postage yang Shopee kenakan mengikut alamat buyer.

Apa kelebihan program ni?

1. Free shipping la, apa lagi ? ;P

2. Tak perlu bayar apa-apa di kaunter, drop off je parcel.

3. Tak perlu tulis borang Pos Laju lagi, print je.

4. Kalau banyak barang dan berat melebihi had free yang ditetapkan, maka fee akan diadjust secara automatik mengikut berat yang lebih tu. 

Dalam kes yang saya pernah alami, iaitu buyer nak beli planner 130pcs, kos pos jadi RM50++. Nampak mahal tapi sebenarnya nilai tu jauh lebih murah daripada kos pos biasa yang boleh menjangkau lebih RM100. Dah jadi separuh harga je kalau melalui Shopee.

Apa yang berlaku bila dah aktifkan Free Shipping Program?

1. Di bahagian maklumat Shipping tu automatik bertukar kepada Poslaju sahaja (rujuk gambar).

2. Kemaskini berat produk yang dimasukkan supaya tepat dengan mengambilkira packaging.

Apa nak buat SEBELUM apply Free Shipping Program?

1. Kena ada PRINTER. Sebab nak kena print waybill (yang menggantikan borang poslaju tadi tu).

2. Kemaskini maklumat shipping (address seller).

3. Siap-siap timbang berat produk supaya tak exceed berat ditetapkan.

4. Sediakan borang PL9.

Apa itu borang PL9? Kat mana nak dapatkan? Macamana nak isi borang PL9?
Baca bawah ni.



Ok, sekarang menjawab soalan "nak buat apa bila order dah masuk?".

Bila dah iklan, dah share, dah promote...orang pun beli kan. So, apa langkah-langkah seterusnya?

1. Klik 'Seller Centre'.

2. Keluar tetingkap atas ni, klik 'My Sales' yang mengandungi maklumat order yang masuk.

3. Di bahagian 'To ship', tersenarai order-order yang perlu kita proses. 
Macamana nak proses? Klik 'Arrange Shipment'.

4. Ada dua pilihan untuk proses iaitu 'dropoff'atau 'pickup'. Pilih salah satu dan klik 'Confirm'.

TIPS: Pilih dropoff kalau rasa lama nak tunggu posmen datang pickup - contohnya kalau saya dapat order hari Jumaat, saya akan poskan Sabtu/Ahad. Kalau nak tunggu posmen kena tunggu Isnin.

TIPS: Pilih pickup kalau anda ada masalah transport nak ke pejabat pos.

TIPS: Bagi yang tiada pilihan pickup, boleh cuba tanya Shopee kot depa boleh tambah untuk anda. Dia terhad kepada 500 subscribers pertama sebenarnya, tapi bolehlah cuba tanya kot ada rezeki.

5. Selepas pilih shipment, akan keluar tetingkap atas ni yang ada maklumat tracking numberYang best di Shopee ni - seller tak perlu update tracking number pada customer sebab dah auto-generated dalam sistem buyer/seller. So buyer boleh terus cek tracking number diorang dalam Shopee tanpa perlu tanya seller.

TIPS: Walaupun sistem Shopee dah mudahkan untuk cek tracking number, tapi ada juga buyer yang suka bertanya, dah pos ke belum, dah hantar ke belum, so jawablah dengan tabah dan sabar ;p. Bayangkan kita pun as a buyer, mesti tak sabar nak dapat barang yang kita beli kan. Jadi bantu gembirakan customer.

6. Ni langkah-langkah untuk proses waybill. Waybill tu apa? Waybill tu macam consignment notes yang menggantikan borang Poslaju. So tak perlu isi borang lagi, print je. 

7. Klik 'Print Waybill'.

8. Inilah waybill - yang ada maklumat alamat pengirim, alamat penerima, tracking number dan poskod. Ada lagi maklumat lain tapi ni yang pentinglah. Perlu diingat ya, maklumat ni bukan Seller yang isi, ni auto-generated dalam sistem. Maksudnya bila buyer place order, waybill ni akan terus tersedia dan seller tinggal nak print je. Tak perlu key-in apa-apa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
PROSES UNTUK POS:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Print waybill
v
Gunting waybill jadi 4 helai
v
Simpan salinan pengirim
v
Lagi 3 selit dalam pocket parcel
v
Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
v
Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
v
SETEL!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
KOS TERSEMBUNYI:
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Kertas A4
Ink printer
Bubble wrap
Soletep
Plastik poslaju berpoket
Minyak kereta (kalau dropoff)

Untuk payment pula, duit yang buyer bayar akan dihold oleh Shopee sehinggalah parcel selamat sampai pada buyer. Selepas itu, barulah payment direlease kepada seller. Di peringkat inilah buyer akan klik Order Received, dapat coins dan akan Rate Seller. Lepas tu, as a Seller, kita pun boleh Rate Buyer. Cakaplah buyer tu supportive ke dan sebagainya.

Perlu diingat ya, Shopee akan release payment ke dalam Wallet seller dan bukannya terus ke akaun bank. Ada dua cara untuk withdraw duit tu sama ada secara manual setiap hari dengan klik withdrawal atau buat auto-withdrawal - yang bermaksud duit dari Wallet Shopee akan diauto-tansfer ke akaun bank kita setiap hari Rabu pada setiap minggu.

Ok, setakat tu jelah dulu. Boleh faham? Ada soalan? ;p

Tak faham kalu, kakak buat kelas tuisyenlah nanti haha ;D

#dutashopee
#dutatakberbayar
#kongsipengalaman

Klik untuk baca:

CARA MEMBELI DI SHOPEE MALAYSIA
CARA MENJUAL DI SHOPEE MALAYSIA

 photo footer.png

448 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 448 of 448
mei mei said...

Salam sis, saya dah join free shipinh dan bercadang nk jd dropship barang dari china, tp disebabkan shopee ada waybill dia sendiri mcm mana ye saya nk bg waybill tu pada supllier supaya dia guna untuk post barang kepada customer saya ?? yg mcm kita selalu beli barang di shopee dan seller tu direct terus order dari china dan china yang postkan barang cust kita

cintagadis said...

awak boleh remark nme awak dn no fon awak..

cintagadis said...

rase nyaa hrga kos pos bkn automatik kluar..tp kite sndri sebgai buyer msukkn ..ad step by step untuk hrga kos pos..sebb sy buyer dlm shopee juga.hehe..jdii hrga kos pos kite yg ttpkn bkn shopee..stgh buter ttpkn rm8..setgh buyer ttpkn rm5 hingga rm11..rm11tu untuk east mlysia..rm5 untk west mlysia..stgh pulak hrga kos pos xsma ..ad yg letak kos pos rm10 utk west mlysia ..pdhl jual kipstik je...jdi kos pos ni buyer sndrii yg tetapkan..bkn shopee..ad jugaa stgh beli 5brg utk east mlysia kos pos buyer ttpkn smpi rm75..stgh buyer letak rm15 shjaa..

Unknown said...

Nak masukkan trackg no kt mn ya?

mei mei said...

Salam sis, mohon bantu saya. saya baru sahaja dapat first customer, saya join dropship di shopee supplier pun dari shopee.. mcm mana saya nak post barang tu ? maksud saya, saya order dari supplier shopee saya then letak alamat pembeli saya... lepas tu supplier saya post.. tp waybill saya mcm mana ? katamya waybill tu penting sbb ada no tracking customer saya... tp supplier saya pun ada waybill juga.. ada 2 waybill.... mcm mana ye ??? bila barang yg supplier saya dah sampai pada pelanggan saya.. tp dlm sistem saya still to ship.. sbb tak print out waybill saya so saya tak dapat duit tak ??? rugilah saya sbb dah dahulukan duit dekat supplier..... mohon pencerahan 0173099576

mei mei said...

Salam sis, mohon bantu saya. saya baru sahaja dapat first customer, saya join dropship di shopee supplier pun dari shopee.. mcm mana saya nak post barang tu ? maksud saya, saya order dari supplier shopee saya then letak alamat pembeli saya... lepas tu supplier saya post.. tp waybill saya mcm mana ? katamya waybill tu penting sbb ada no tracking customer saya... tp supplier saya pun ada waybill juga.. ada 2 waybill.... mcm mana ye ??? bila barang yg supplier saya dah sampai pada pelanggan saya.. tp dlm sistem saya still to ship.. sbb tak print out waybill saya so saya tak dapat duit tak ??? rugilah saya sbb dah dahulukan duit dekat supplier..... mohon pencerahan 0173099576

Saidatul said...

Salam sis. Plastik flyers tu free ke untuk sape2 yg ada kontrak (yg apply kontrak shopee)

SJ said...

Borang PL9 tu kalau kita minta lebih pos boleh bagi tak? Tq.

Unknown said...

mcmane klu nak cancel free shipping plax sis psl printer rosak...

Unknown said...

sis.... nak cancel free shipping mcmane punca printer rosak mls nak beli lg printer machine

Jasonpmh said...

Hai nak tanya, saya punya site tak ada column “arrange shipment “, hanya nampak “ship” saja, kenapa ya?

Suemie10 said...

Salam sis... saya nak tnye... kalau utk 1 produk brg tu berat dia 1kg... tp kalau dia beli utk 12pcs shopee kire mcmne berat dia ye?? Sebab saya tgk dia buat free postage utk 1 brg...

Unknown said...

Hai sis.. Flyers tu mmg kene beli kt pejabat pos ke atau ada jual kt mna2?

Unknown said...

Halo, shipping shopee day active pd26jun, so what means?

Linda said...

Assalam sis...saya ada menjual barang di shopee...masa saya nak klik bahagian penghantaran saya klik yg other west so tak ada masalah apa2 ke...tq

Unknown said...

Assalamualaikum,saya tak faham lagi.. Kene dapatkan dulu borang pL9 ke atau baru boleh masukkan produk dalam kedai kita?

Unknown said...

Assalamualaikum,saya tak faham lagi.. Kene dapatkan dulu borang pL9 ke atau baru boleh masukkan produk dalam kedai kita?

Soalan ke dua,
Saya hanya mengguna telepon sahaja saler jadi macam mana nak dapatkm wybill?

Unknown said...

Borang PL9 tu nak dptkan kat mana

Unknown said...

Klw buyer x click order received, berapa lama yer baru seller akan dpt payment..?

DYA DAMIA HQ said...


Nak join 01136603270

DYA DAMIA HQ said...

Nak join.. Boleh add sy tak 01136603270

zilabizbloger said...

Salam sis, tak faham tentang form pl9 tu.. Untuk ape ye?

Fatin said...

Tracking number yg auto key in tu kan..kalau kita nk tukar tracking boleh tak sis ?

Fatin said...

Tracking number yg auto update tu kan..kalau kita nk tukar tracking boleh ke ?ade tmpat edit tracking number tak ?

Mihawk said...

Untuk barangan 2 variasi yg berlainan size , nk tulis berat berapakah di bahagian tetsebut?

Anonymous said...

Hi sis.. Minta tolong boleh.. Kenapa ya dalam shopee sy nak send no tracking tapi tak boleh? Macam ada masalah Di klik ' HANTAR' tu... Apa yg boleh sy buat untuk masukkan no tracking? Terima kasih..

Unknown said...

Sis..mcm mana kalau pos barang via j&t.. ade kena isi ape2 borang jgk ke? Tq

FFMM said...

Salam saya nak tanya..saya dah dapat free shipping dan dah guna..tapi kenapa dia jadi tak free dia cuma kurngkan harga postage tu contoh dari rm5.14 jadi rm 0.91 ja kena bayar sedngkan barang dah harga rm30 keatas dan berat hanya 0.5kg..kenapa ya?

Unknown said...

saya dropship seller di shopee.. suplier sudah drop out dan ada tracking no.. mcm mane saya nk masukkan tracking no pd shipping customer saya ye?

Bbbbb said...

Seller boleh drop off kat poslaju ezibox tak?

@novelismisslily said...

Si mcm mana nak masukkan tracking number sendiri dlm sistem?

@novelismisslily said...

Mcm mana saya nak masukkan tracking number ke dalam sistem sis?

Anonymous said...

Salam,
Sis nk tanya klu nk uruskan penghantaran...tp terus tulis hantar biasanya tulis uruskan penghantaran...knp yer jd mcm tu, adakah kita kena hantar sendiri...sedangkan tk buat penghantaran lg..

pia said...

Salam...saya nak tanya klu dekat folder uruskan pendaftaran...kat kotak tu biasanya dia tulis uruskan penghantaran...tapi dia dah tulis hantar...apa patut sy buat, knp jadi mcm tu

Unknown said...

salam nak tny sya dh apply freeshipping program tp kenapa belian 40keatas adalah freeshipping kpd buyer.tp poslaju ambk 5.04 tu utk shipping dari seller. tq

Aiza said...

Assalamualaikum...saya da buat smua step tuk pos barang tu.tapi kenapa tiada update lokasi barang Dalam sistem?

Aiza said...

Boleh ke kalau pos barang Tu pakai parcel yang beli kat poslaju??sebab ade lebih yang tak guna.

Unknown said...

salam boleh ke daftar free shipping kalau kita belom start menjual.

Unknown said...

salam boleh ke kalau kita nak daftar free shipping tapi belom start meniaga@ kena start meniaga dulu baru boleh daftar.Terima kasih

Ain said...

Plastik pembungkusan tu nak beli kat mana ye? Kat poslaju ke kat pasar raya?

Ain said...

Plastik pembungkusan tu nak beli kat mana ye? Kat poslaju ke kat pasar raya?

Anonymous said...

Hai sis.. kat mana nak dptkan plastik pembungkusan parcel tu ye? Kqt poslaju ke pasar raya? Maaf baru mula nak meniaga kat shopee.

Anonymous said...

Hi sis..nak tnya..kat mana nak dptkan plastik pembungkusan parcel tu ye? Kat poslaju ke ?

syazarozman said...

salam sis,Pl9 form tu boleh ambil bnyk ii ke? kena bayar ke?

Anonymous said...

Hi sis, kalau parcel ada 10, borang pl9 tu kene isi semua tracking no ke?

Unknown said...

Borang tu mintak dipos smasa pos barang ye? 1 surat alamat 1 pl9 ye?

Unknown said...

Assalam.. Sis, pl9 tu kena isi berapa lama?

Unknown said...

Akk atie NK tnya DHL dgn jnt automatc Ada utk shipping free tu kn akk bila kta apply free shipping dgn pos laju..tp knpa still Ada postage caj bila org bli brng dgn kta mohn prmcerpen akk atie bru NK berjinak² buat sale SBB NK kje xada org NK jga ank² DPT offer kje sehri je baby sitter baru so adat lh..mohn bntuan akk sgt²

«Oldest ‹Older   401 – 448 of 448   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...