Showing posts with label Dalam Beg. Show all posts
Showing posts with label Dalam Beg. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

2 Kemas Beg Travelling - Part 2

Assalamualaikum wbt,

Rentetan daripada entri Kemas Beg Travelling - Part 1, hari ini  saya kongsikan pula, apa yang saya isi dalam beg toiletries dan beg mekap untuk travelling.

Sebelum tu nak kabor ni, kita nak run balik CABARAN BULANAN tau... ❤❤❤

Misi kita adalah untuk boost semangat dan motivasi susun atur semua orang. Mungkin untuk first run ni kita akan lancarkan tema berkaitan cara urus baju. Boleh guna medium fb dan ig kalau tak ada blog.

Harap dapat jumpa balik la kawan-kawan yang aktif sharing dulu-dulu. Dan jumpa kawan-kawan baru yang se'kepala'. :)

Ok beg toiletries tadi kan. Saya masih guna beg yang sama. Dari dulu beli belum pernah tukar lagi. Dari tahun 2012 lagi beli. Ni semua saya sharing asas travelling dalam negara je. Sama macam Part 1. Kalau pergi overseas, lain pulalah susun aturnya. Contoh kalau pergi negara beriklim sejuk, kena bawa baju sejuk pula dan sebagainya.


Beg ni macam biasalah, kita letak perkakas mandian. Condition beg masih tiptop. Tak jumpa dah beg macam ni. Tebal kain dia. Ni beli kat Cosway harga dalam RM13 je, kalau tak silap.

Ada ruang untuk letak perkakas mandian tadi. Partition macam ni sangat penting supaya barang-barang tu tak bergolek-golek dalam tu. Lepas tu, dia ada penyangkut untuk kita sangkut dalam toilet. Sempurna seadanya!

Ni perkakas mandiannya, macam biasa;
-sabun&syampu
-baby wash
-ubat gigi

Saya memang letak bekas mandian as it is setakat ni. Untuk travel dekat-dekat, tak kisah berat kan. So bawak je seketul-seketul macam tu. Kecuali kalau travel by flight, tu memang kena ambilkira berat. Masa tu, baru kita tukar kepada bekas-bekas mini - yang banyak jual kat Mr DIY atau Daiso.

Produk mandian setakat ni kita usaha sikit-sikitlah beralih ke yang healthy, contohnya free paraben, free SLE, free SLS dll. Mana-mana maklumat yang kita dapat, kita proses dan kita bersedia untuk ubah. 

Learn, unlearn, relearn tu adalah satu proses kehidupan yang membantu manusia untuk tidak jumud kepada sesuatu perkara atau ilmu yang dia telah tahu atau pelajari. Boleh jadi sesuatu perkara itu, adalah sah sehinggalah datang suatu kajian baharu yang lain - untuk memperbaiki kesahihan maklumat tersebut. 

Maka, kita dengan rendah dirinya pun bertabayyun dan mempraktikkan seadanya mengikut pengetahuan tersebut.

Ni pula beg mekap. Banyak kali tukar juga ni. Setakat hari ni, yang nilah paling lama saya pakai. Nama je beg mekap, takde mekap pun.

Yang ada ni je haa;
-deodoren
-minyak wangi
-gincu alami
-serum muka

Semuanya natural dan tiada bahan kimia yang berat atau berbahaya.

Diikuti barisan first aid kit;
-baybie cream (ruam lampin/gatal)
-magnesium oil (sumber mg)
-tumeric cream (selsema/batuk)
-alami saputerapi (nyamuk repellent/gatal/etc)
-extra virgin olive oil (luka)
-essential oil (boost happy mood)

Tapi, ni semua masih kategori optional

Yang palinggg WAJIB dan tak boleh tinggal adalah;

v

v

v

PATI HABBATUSSAUDA!!

Dia works like magically untuk demam repellent. Kalau nak demam telan ni - tak jadi demam. Hah macam tu lah... So kalau tinggal, mak menggelabah kejap la kalau anak mula dedar.

Semua masuk dalam ni, kecuali PHS tadi kena asingkan sebab tu untuk telan.

So, there you go...
beg toiletries-
beg mekap- 
(apa nama lain tah? beg mekap macam tak kena)

Beg dua ketul ni, masuk dalam beg besar, muat terletak.

Macam ginilah rupa dia...

So, tu jelah nak sharing hari ni. Mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Korang bawa camne pula beg-beg ni?

Ps - Dalam mood mengarang entri untuk Cabaran Bulanan. Susun atur baju, susun atur mainan, susun atur fail keluarga, semua menerpa sekaligus. Tengok pula slide viva tadi sebab kawan nak pinjam, terus rasa nak run simulation pulak. Ya Allah berkecamukkk sungguhhh... --,

 photo footer.png

Thursday, July 19, 2018

4 Kemas Beg Travelling - Part 1

Assalamualaikum wbt,

Gigihnya nak update entri ni. Gambar cantik di telefon suami, suami kena send guna telegram supaya gambar tak pecah, telegramku pula ada jutaan gambar nak kena transfer dulu masuk laptop, sebab tak rajin nak buka satu-satu tengok nak gambar mana, gambar mana, lepas tu nak edit lagi. Eh, punya banyak kerjaan. Should I consider sharing through fb/ig je lepas ni tak? Apa pendapat korang?

Lepas tu, nak tanya ni...apa sudah jadi dengan semangat susun atur korang semua? Sudah ke laut dalamkah? Bila nak timbul semula ni? Hu hu hu... Bagi kakak semangat sikitlah baca cerita korang juga. Walaupun kita semua pembizi tak kenal masa ni. Yang penting kita sama jiwa. ;P

Kakak bukan apa, tiba-tiba semangat ni sebab baru-baru ni ada terbaca sharing di facebook. Ada seseorang ni tau. Dia ada penyakit berkemas jugak koranggg. Hani namanya kalau tak silap. Ya ampun lahhhh, nak terkeluar jantung baca perkongsian-perkongsian dia. Sejenis rajin, pengemas dan kreatif la uiii. Rilek je dia share cerita-cerita dia guna ig, guna fb. Kakak juga yang masih konvensional, setia dan loyal dengan blog ni. Bila nak pandai guna fb/ig lahai. Tapi, memang kagum la dengan Hani tu. Nampak la diri kakak dalam diri dia. Ahahah kau...nak jugekk...

Ok, kita nak share apa sebenarnya ni?

Sebenarnya nak cerita al-kisah cara kakak mengemas beg travelling. Kemas beg jalan. Bila kita nak travel, kita bawak beg kan, beg balik kampung atau nama omputeh dia luggage bag. Hah, beg tulah kakak nak tunjukkan camne cara kemasnya dan susun tiap kali nak travel.

Sebenarnya dah pernah share pun sebelum ni, dalam ENTRI NI. Tapi hidup kan penuh keajaiban. Dulu susun cara lain. La susun cara lain. Apa ada hal. Fleksibellah demi memenuhi keperluan ahli keluarga yang kian bertambah dan juga keluasan perspektif kehidupan seiring umur yang meningkat.

Jadi, sekarang ceritanya ada seorang suami, seorang isteri (ekhem) dan 4 orang anak. Entri lama masa tu anak 3 orang je. Takde beza sangat la, tambah sorang je pun. -.-"

Tapi, beg tu dah guna lain tau. Beg-beg lama semua dah let-go. Semua sekarang nak seragam je. Ala-ala konmari jugalah perangai kakak sekarang ni... Haaaa tau dak apa dia konmari? Kakak pun baru tahu uiii benda ni...nantilah kita siasat ya.

Sekarang marilah kita direct pada gambar untuk cerita hari ini ya.

Basically, hanya beg yang paling besar tu je yang akan digunakan bila travel. Saiz 24". Cukup untuk kegunaan kesemua 6 ahli keluarga untuk maksimum 3 hari 2 malam. Bilangan hari travel tak kisah sangat sebenarnya sebab boleh dobi dan pakai semula.

Tapi, bila nak pergi travel lama atau yang ada swimming pool/laut, maka kami akan gunakan beg yang sederhana tu juga. Saiz 20". Tu untuk swimming gear dan baju backup.

Beg yang paling kecil tu, palinggg jaranggg guna. Saiz 12". Untuk yang ada set mekap, disarankan beli beg comel ni. Sebenarnya ada je benda lain boleh letak dalam ni, tapi dia sama ada; terlalu kecil atau terlalu besar untuk sesetengah barang yang nak dimasukkan dalam tu, jadinya tak digunakan sangat.

Ok, ni masa travel hari tu, ada swimming pool. Jadi guna kedua-dua beg.

Ni beg pertama, yang paling besar, 24". Ada dua bahagian, belah kanan untuk anak-anak, belah kiri untuk mak pak. Cara susun untuk anak-anak macam tu untuk jimat space.

Ni bila kita zoom baju budak. Banyak ni untuk seramai 4 orang. 
Baris bawah - baju malam.
Baris atas - baju jalan.
Baris tengah - tudung dll.

Dulu-dulu je camni, sekarang dah okey...hikhik

Ni bila zoom baju mak pak...minimalis habis ni ;P

Belah mak pak ni saya prefer lipat cara biasa. Gulung-gulung atau dirikan macam kat atas tu tak gemar sebab hasil dia sama je. Malah cara macam ni, masih ada ruang lagi untuk letak tuala, telekung, beg toiletries, beg mekap, beg baju kotor. Ehh muat belakalah, yang penting susun elok-elok.

Beg toiletries dan beg mekap tak nampak sebab dok bawah tuala dan telekung tu.

Yang ni beg saiz sederhana yang optional tadi, 20". Kalau takde aktiviti swimming biasanya tak bawa pun beg ni. Ni contoh yang ada swimming, maka belah kanan tu untuk letak bathrope, swimming gear dan belah kiri untuk baju extra. Ada juga towel kecil dan beg untuk letak baju basah.

Beg baju basah dan towel kecil kalau dikeluarkan nampak ginilah. 
(eh, geram pula tengok tali beg tu terbelit-belit)

So, overall macam inilah cara susun beg 6 ahli keluarga. Beg minnie tu pula isinya buku aktiviti anak-anak, selain keperluan sepersalinan untuk bayi sekiranya termuntah, terpoo dan sebagainya. 

Ni yang orang kata kalau perempuan packing, semua yang "kalau-kalau" ni memema kepakaran dia...;P

Ni di satu hari indah yang lain. Takde aktiviti berenang tapi travel lama dan tempat tu sejuk, jadi selimut pun kita bawa. Kalau setakat balik kampung, memang beg besar seketul tu je.

Optional - beg laptop dan bakul makanan. In case lama travelnya, maka kena bawa lah ni...Bakul ni pemberian Kak Aty suatu ketika dahulu. Masih bertahan dan elok bersih terjaga walaupun dah nak 5 tahun guna. Mekasih Kak Aty 💗

Ni pula sekadar rujukan, kot ada yang nak tahu saiz beg yang ada di pasaran. 

Beg saya saiz 24", 20" dan 12".
Harga RM190 + RM20 postage.

Saya beli beg ni lama dah, November 2016, sekarang dah Julai 2018, alhamdulillah masih elok, malah dah naik flight lebih 3 kali. Tahan lasak setakat ni. Cuma kekurangan dia tak boleh extend zip. Sekarang dah ada yang boleh extend punya, tapi mahal sikit. Takpelah, janji praktikal, mahal sikit pun berbaloi.

Ini kegunaan beg kecil tadi.

Ada tali belakang dia untuk sangkut pada handle beg besar.

Ni di satu hari indah yang lain pula. Kalau nak bawa kasut pun boleh guna beg kecil tu - atau apa-apa barang emergency yang senang nak dicapai.

So, begitulah sedikit sebanyak cara susun travel bag kami. Tak rajin nak bawa beg banyak-banyak, jadi kenalah susun elok-elok dan rajin pergi dobi.

Dulu, memang ada list bila travel. List barang yang perlu dibawa. Hehe. Comel je bila ingat semula. Semua pun nak dilistkan. Lepas tu, mana pakai beg-beg ni, kita pakai box terus. Ya ampunnn...;D;D Sekarang, bukan tak perlu list, tapi semua pun dah masuk otak. Dah hafal. Pengalaman mendewasakan gituuu...List penting juga bila nak ajar anak (atau suami) pula packing nanti. 

Korang susun camne beg-beg ni? Jomlah kongsi jugaaa...

Ps - Lepas ni saya plan nak share pula cara susun dalam beg toiletries dan beg mekap. Ada yang nak dengar takkkk? ^^

 photo footer.png

Wednesday, February 1, 2017

6 Budget Planner 2017 Up For Sale - Tema JIMAT CERMAT!

Assalamualaikum wbt,

Kisah Budget Planner 2017 by SusunAturSioca.

Planner-planner ni untuk kegunaan sendiri memang lama dah buat. Semenjak sekolah menengah memang tabiat mencatat semua benda. Semenjak universiti dulu dan awal nak masuk alam perkahwinan, saya dah mula serius mencatat keluar masuk duit bermula dari persiapan untuk perkahwinan sehinggalah membawa kepada tahun-tahun seterusnya... Saya mungkin dari kalangan OCD yang jenis pemikir dan suka view sesuatu perkara dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecilnya. Sebab tu, dengan mencatat, barulah saya akan rasa lega. Kalau tak, macam traffic jam dalam kepala ni.

Tahun 2011, blog SusunAturSioca lahir. Tahun 2014, saya dah mula jual planner sendiri, guna blog ni. Tiap tahun ada je planner, termasuklah tahun kelam kelibut saya - 2016. Nak jual tu sebab suka share apa yang saya rasa praktikal untuk saya, nak juga bagi orang lain rasa, kot ada manfaat selain boleh jana income.

Tahun ni alhamdulillah sempat lagi siapkan satu lagi planner. Tapi kali ni, mengkhusus kepada BUDGET planner ataupun perancangan BELANJAWAN. Tak ada yang fancy-fancy dan tak ada general-default-planner macam yang biasa korang tengok di mana-mana. Ni 100% totally dari buah fikiran saya sendiri setelah berkecimpung sekian lamanya menghasilkan planner untuk kegunaan sendiri. Tak komersial pun macam planner orang lain dan sendiri nak pakai je sebenarnya, tapi insyaAllah cukup PRAKTIKAL untuk digunakan.

Tema planner kali ni adalah JIMAT CERMAT. Sebabnya tahun ni seperti dimaklumi adalah tahun ekonomi gawat dan semakin meruncing. Belum nampak cerah lagi setakat awal 2017 ni. Jadi, kita ikut la flownya...mesti catat keluar masuk duit dengan teliti supaya tak over-budget atau sesak-bila-hujung-bulan. Harap-harap planner ni boleh bantu sikit sebanyak keruncingan isu ekonomi ni.

Kecil. Nipis. Ringan.

Saiz planner kali ni sebesar tapak tangan sahaja iaitu A6 size. Muat masuk handbag. Senang dibawa ke mana-mana. Sebab buat saiz ni adalah kerana planner saiz A4 (seperti tahun 2014 dan 2015) atau A5 (tahun 2016) lebih banyak tersadai di meja sahaja dek kerana seringnya saya ke sana sini mengurus pelbagai perkara terutamanya urusan belajar. Oleh itu saiz yang paling praktikal bagi saya adalah saiz sekecil A6 ini.

*sebagai info, separuh A4 dipanggil A5, manakala separuh A5 menjadilah A6.

Bila nak masukkan planner dalam handbag, mestilah taknak yang bulky-bulky kan? Kalau tebal, dah tentu akhirnya malas nak bawa sebab berat. Sebab tu, nipis turut menjadi faktor penghasilan planner kali ni. Apa yang ada dalam planner ni memang telah dinarrow-downkan kepada yang BETUL-BETUL digunakan sahaja. Very practical!

Saya lebih menekankan kita melihat isu yang banyak dan besar hanya dalam mukasurat yang sedikit sahaja. Jangan risau tak muat sebab isu besar pada asasnya tidak sebanyak isu-isu kecil. Macam yang kita biasa dengar, cerita tentang memenuhkan sebuah gelas dengan batu-batu. Kita kena isi dulu dengan batu-batu besar diikuti batu-batu sederhana, kecil dan seterusnya...barulah muat masuk semuanya.


What's inside?

Apa yang ada dalam Budget Planner ni?

Planner ni dimulakan dengan muka hadapan yang akak masih tak boleh nak move on lagi sebab terlalu suka dengan design ni - diikuti kalendar 2017.

MUKA HADAPAN  

KALENDAR 2017  

TEN YEARS PLANNER  

Kali ni, kita ada special features untuk planning sepuluh tahun kehadapan. Pernah dengar kan pasal ni? Plan mesti ditulis atas kertas untuk visualizeIf you fail to plan, you plan to fail. Dalam ni, macam-macam sebenarnya boleh diisi tapi fokuslah pada isu yang besar dan penting sahaja. Contohnya, letakkan pada bahagian ni target nak umrah dan haji bila, nak ada next baby bila (amboihh family planning), kalau ada yang nak sambung belajar pun boleh letak sini bila nak mula, bila nak tamat, achievable atau tidak dan lain-lain yang penting. Jadi, boleh agak impian kita tu mampu atau tidak untuk dicapai bila tengok macam ni. Letak anak start masuk sekolah rendah bila, sekolah menengah bila pun boleh. Tapi ingat, hanya isu besar sahaja ok.
3-MONTHS-IN-A-GLANCE PLANNER  

Diikuti 3-months-in-a-glance planner. Ini juga special features yang dimasukkan untuk memaksimakan penggunaan ruang planner tanpa meninggalkan perkara-perkara penting. Dalam bahagian ni ada beberapa perkara menarik:

  • Tarikh Masehi 
  • Tarikh Hijri 
  • Cuti umum nasional
  • Tarikh special occasion seperti Hari Guru (boleh juga letak birthday)
  • Tarikh full moon dan new moon (berguna untuk mengamalkan puasa hari putih)
  • Tarikh gaji penjawat awam
  • Kotak-kotak tambahan untuk nota kaki 
MAKLUMAT PENTING  

Kemudian, kita masuk ke bahagian utama planner iaitu Pendapatan dan Belanjawan, yang dimulai dengan bahagian untuk isi maklumat penting seperti nombor akaun dan lain-lain.

Selepas itu, ada bahagian untuk isi: 

* Sumber Pendapatan
* Belanja Bulanan
* Belanja Tahunan
* Belanja Special Occasion/Travel 
SUMBER PENDAPATAN 2017  
*Gaji ke, bisnes ke, elaun khas ke, elaun belajar ke...boleh letak sini.

BELANJA BULANAN 2017  
*Bayaran bulanan untuk rumah, kereta, elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya pula di sini. Semua kolum penting telah diletakkan seperti tarikh gaji, berapa income, berapa baki, duedate dan lain-lain.

BELANJA TAHUNAN 2017  
*Bayaran tahunan pula seperti Indah Water, cukai pintu, cukai tanah, insurans dan roadtax kereta dan sebagainya pula di sini. Pada bahagian ni, selain boleh letak berapa amaun perlu dibayar juga boleh diisikan berapa kena save sebulan untuk bayaran pada tarikh tersebut.

BELANJA SPECIAL OCCASION/TRAVEL  
*Boleh letakkan amaun untuk celebrate birthday, anniversary, travel atau hari guru...dan lain-lain di bahagian ni.

SAVING TRACKER  

Seterusnya, kita ada Saving Tracker untuk track flow saving kita macamana.
EXPENSES TRACKER  

Expenses Tracker ni sebenarnya nak track perbelanjaan bulanan seperti belanja dapur yang berubah-ubah valuenya setiap bulan. Penting supaya kita tahu ke mana wang yang diperuntukkan tu dibelanjakan. Adakah lebih kepada keperluan atau kehendak? Ada juga bahagian untuk belanja miscellaneous dalam ni...yang selalu terover-over bajet setiap bulan tu, boleh pantau dan track apa sebab over-budget. Catat dalam jadual nilah semua expenses tu.

SIMPAN & BELANJA  

Selain expenses bulanan yang wajib tu, ada juga bahagian untuk 'KEHENDAK YANG WAJIB'. Macam barang keperluan organizing (CONTOHNYA...^^,)...yang ni masuk dalam bahagian Simpan & Belanja. Yang ni ikutlah, kalau ada lebihan gaji, baru simpan secara berkala untuk beli apa yang kita perlukan tu. Atau kalau ada untung bisnes lebih bulan tu pun boleh peruntukkan untuk bahagian ni. Ikut masing-masing...


Nicely fits in my handbag - bersama sistem sampul yang lain...

Bila buka handbag...
Ditutup tetap kemas - tak bulky, tak berat...

Harga?

RM 25 sahaja include postage...!!

Kalau nak lebih untung, boleh beli sambil jana pendapatan pada harga borong. Emel saya untuk tahu lebih lanjut.

Cara beli?

Emel [susunatursioca@gmail.com] ATAU whatsapp [0132068411] 

Tajuk emel: Budget Planner 2017 by SusunAturSioca (your name)
Nama:
Alamat:
No telefon:

Cara bayaran akan diberi selepas confirm order.

Sebarang cadangan/soalan boleh direct tanya saya.

Terima kasih, happy shopping!!

p/s Beli cepat-cepat ok sebab insyaAllah takde aral melintang, awal bulan 4 saya dah start berpantang. Takut banyak pos tertangguh sebab cik abang pun kebizian sekarang ni...[doakan urusan kelahiran kali ni dipermudahkan ya ^^,]

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...