Showing posts with label Rak Buku. Show all posts
Showing posts with label Rak Buku. Show all posts

Thursday, November 30, 2017

3 Sistem Folder Untuk Mudahkan Anak Bawa Buku Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt,

Hujung-hujung tahun begini, mulalah mak-mak sibuk uruskan persiapan kembali ke sekolah anak-anak. Bercuti-bercuti jugak tapi preparation nak masuk sekolah pun dah kena fikir. Ni semua sejenis nak masuk fikiran jugaklah ni.

So, here the list yang perlu dipersiapkan ya, terutama untuk mak-mak newbies yang anaknya nak masuk Darjah 1 tahun depan. Rasa macam rama-rama terbang dalam perut? Don't worry, it's normal! ;D

Nah hadamkan sharing daripada mantan emak newbies ni ya. ;P

Senarai ni semua berdasarkan pengalaman emak sendiri je. Mungkin lengkap mungkin tidak ikut sekolah mana yang anda hantar anak-anak anda. Tapi, secara asasnya beginilah yang sepatutnya ada.


Ni asas alat tulis yang perlu ada ya mak-mak. Labelkan nama anak dan kelas.

Dua anak, dua set.

Tiga anak, tiga set.

Selain alat tulis, fail ni juga sangat penting (untuk Darjah 1 ke atas sahaja, tadika tak perlu la). Fail ni berguna untuk memudahkan anak-anak mengurus buku-buku yang nak dibawa ke sekolah. Namakan setiap fail tersebut dengan subjek mata pelajaran.

Labelkan juga nama anak, kelas dan sekolah pada setiap fail.

Dan paling penting labelkan warna-warna pada fail untuk mewakili hari. Contohnya warna putih hari Isnin, pink hari Selasa dan seterusnya.

Lekatkan warna sticker pada jadual untuk mudah dirujuk.

Guna highlighter je untuk warnakan. Versi jimat ;p

So, here it goes fail-fail yang tersusun indah di rak.

Senang sangat guna sistem ni. 

1. Buku terjaga elok, tak rosak/kelepet di hujung penjuru. 
2. Terus ambil fail yang nak dibawa je, buku automatik dah tersedia. 
3. Kurang risiko buku tertinggal. 
4. Senang simpan kertas latihan tambahan, tak bersepah merata.

Dalam setiap fail ada buku teks, buku latihan dan buku tulis.

Kena beli beg yang tingginya 40cm ke atas supaya muat masuk fail.

Kemas.

Kalau ada subjek Pendidikan Seni, selit je drawing block macam tu.

Benda-benda gini nampak je macam senang nak disediakan. Tapi, bila sampai waktunya memang huru hara juga dibuatnya. Nak-nak kalau jenis last minute. Tak ketahuan arah tangan mak ni nak setelkan. Sebab tu, dengar nasihat kakak ni ya, prepare awal..!!

Terutama bab nak cari beg sekolah murah, kasut sekolah murah, baju sekolah murah...ni semua perlukan masa untuk survey. Macam saya hari tu, tak sempat survey dah terjumpa AEON buat sale kasut sekolah sepasang RM15 je. Terus beli 4 pasang. Tak perlu tunggu Year End Sale segala. Memang dah boleh agak berapa jauh sale dia boleh pergi. Macam gitulah emak ayah ni. Selagi boleh jimat kita jimat. Duit tu simpan untuk benda lebih penting.

Bab-bab benda murah ni memang kegemaran kami. So, bila-bila senang saya kongsikan mana nak cari barang-barang sekolah murah ni ya. Sila follow rapat-rapat.

#sejenissusunaturjuga
#susunaturmasuksekolah

 photo footer.png

Tuesday, January 27, 2015

42 Susunatur Bilik Belajar - Terbaru 2015 {Bahagian 1}

Assalamualaikum wbt,

Yellloooo semuaaa...miss me? ;) Hiatus yang lama tapi tak bermakna tiada projek susunatur...ada tu ada, cuma semuanya berjalan secara perlahan-lahan. Kalau lalu sebelah siput, siput menang kut...


Seperti yang pernah saya khabarkan, tahun ni sebenarnya banyak mega projek susunatur yang nak dijalankan. Banyak ruang yang akan diubah fungsinya dan dalam beberapa keadaan, projek naiktaraf juga akan dilakukan. 

Banyak sebab saya nak kena rombak balik semua fungsi ruang ni. Antaranya yang utama ialah saya dah kenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan rumah saya menjadi agak susah dikawal-selia susunaturnya {susah sebab saya kena fokus belajar sebenarnya}. Antaranya;

1. Family room sudah tidak dapat berfungsi dengan baik lagi sebagai FAMILY room sebab kebanyakan waktu kami banyak berkumpul di ruang tamu utama. Ini kerana family room yang asal sudah terasa sempit untuk dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak yang sedang membesar. Malah, keadaan beramai-ramai dalam family room tu sangat tidak kondusif untuk saya menjalankan aktiviti belajar/kerja saya.

2. Airwell yang sebelum ni saya tetapkan fungsinya sebagai one-stop playroom centre mudah sangat bersepah dengan permainan anak-anak. 

3. Bilik anak-anak dah jadi bilik baju di mana juga sangat mudah nampak bersepah terutamanya bila keadaan baju belum berlipat.

4. Dapur juga ada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian naiktaraf segera.

Saya nak fokus bahagian-bahagian hardcore iaitu family room dan airwell dulu. Yang lain-lain termasuklah ruang tamu, bilik utama, bilik tetamu dan garaj akan disimpan dahulu perancangannya.

Untuk family room, saya dah keluarkan sofa bed tu dan sekarang berfungsi sebagai katil anak. Dinding yang penuh dengan para, bingkai gambar tanpa kayu, sudut info semasa, rak untuk ruang membaca dan unsur ceria semua terpaksa saya cabut sebab nak clearkan dinding untuk letakkan rak dari airwell.

Tujuannya sekarang family room hanya berfungsi sebagai study room a.k.a. ruang SOHO {tapi masih perlukan ruang di rak untuk simpanan permainan anak}. 

Airwell pulak; yang telah dikeluarkan rak tu akan berfungsi sebagai laundry area...

Ehemmm pardon meLaundry area

;D ;D

Saya sebenarnya tak pernah bercadang pun nak buat laundry area kat rumah ni. Sebelum ni saya rasa cukuplah combine je washing machine dengan kitchen cabinet yang ada tapi semakin hari semakin rasa perlu sangat kepada ruang yang khusus untuk setelkan hal-hal berkaitan baju.

Wash, dry, fold...repeat. Nampak mudah kan.

Ia sebenarnya...

Bring to washing machine, wash, dry, sort, fold, put back to its place, iron, declutter small sized clothes every 6 months...r.e.p.e.a.t. 

Pheww...!~ Berpeluh juga bila cerita bab baju ni. Sebab tu saya merasakan perlu ada ruang khas. Tapi laundry area nantilah kita cerita sebab belum mula apapun lagi. 

Jadi family room takde dah sekarang ni, ruang tamu tulah jadi family room kami...sobs {tetap syukur}. Anak-anak pun bermain kat situ je...no more playroom. Bilik tidur anak-anak setakat ni belum buat apa-apa lagi...pun ada projek tu nanti. Dapur? Punnn samaaa...ada projek menanti...insyaaAllah pelan-pelan kukayuh...{banyak nau projeknyaaa...}

Proses membersihkan dinding family room pun bermula. Cabut para kemudian cabut wall plug yang ada...

Dah berlubang-lubang...

Gunakan Crack Filler ni untuk touch-up balik dinding berlubang...dia macam ubat gigi keluarnya tapi bahan dia macam plaster kapur gitu...

Comel sudah...tinggal nak cat je, tapi cat habis so kita biar je...hehe.

Zoom sikit keadaan selepas disumbat crack filler...isi penuh-penuh baru cantik dan kemas. Kalau tak isi penuh nanti dia tenggelam macam kat gambar tu.

Pastu cabut plak frame Ikea dan cabut penggantung dia ni...

Kadang paku dia tu ikut sama...

Kadang paku dia tinggal kat dinding...kena cabutlah guna playar...

Cabut plak frame isu semasa dan pelekatnya ni sekali...

Cabut peta dan double tapenya pulak...mula-mula nak cabut double tape tu guna cuka tapi tak jadi pun, last-last saya kikis je pakai pisau...tak rosak pun dinding cuma cat tu terhakis...kalau cat balik, tak nampak dah...

Mop pula lantai {sini dulu meja putih bentuk L tu, dah alih tepi meja kerja saya}...ada banyak tahi cicak kat dinding tu...camne ntah nak elakkan.

Mop sampai bersih...

Clearkan barang kat rak airwell ni, lap sampai bersih...

Belakang rak juga tak dilupakan...

Sementara tu, sabar dulu mata tengok semua ni...

Dan ini...huhu

Eh, macam kenal je rak pink tu...? Hehe, tak jadi letak dalam almari baju, nak letak kat sini je. Lebih sesuai. Sebelah dia nak letak rak hitam putih tu, tapi tak muat masuk...

Jadi, saya susun jadi macam ni...

Lepas tu, proses yang paling best, memasukkan semula buku-buku ke ruang yang ada.

Ada buku masa belajar dulu, ada majalah-majalah {tak bertambah pun sebab tak pernah beli lagi bila dah masuk rumah 2011 dulu} dan bahan bacaan lainnya...

Susun-susun...atur-atur...


Dah ada 'rumah' untuk buku-buku kegemaran. 


Baru siap satu fasa, masih banyak lagi kena buat...rak hitam putih tu pun nak kena susunatur, meja kerja nak dikemas, ruang notice board nak dinaiktaraf...

Kerja-kerja yang banyak...tapi seronok melayannya...ni namanya hobi. Bila dah siap tu, rasa lega sangat. Tapi jangan ingat itu titik noktahnya. Biasanya akan ada projek lain yang menanti...biasalah tu, bila dah praktikkan baru kita tahu sistem kita tu ok atau tak. Tiada istilah betul atau salah dalam dunia susunatur, yang ada cuma usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Apa orang kata, organizing is a journey, not a destination...gituuu ;))

Camne cerita korang pulak? Biasanya buku-buku lama korang simpan macamana? Majalah-majalah semua tu yang kalau memang suka beli majalah, mana korang letakkan? Ada yang tengah on mood organizing tak? Small ke big ke, jomlah kongsi-kongsi cerita...walaupun tahun ni saya isytiharkan sebagai 'tahun pulun study', dan tak berani nak organize cabaran bulanan, tapi tetaplah nak baca cerita susunatur korang...mesti kongsi ok! 

 photo footer.png

Monday, May 19, 2014

36 Mengemas Rak Buku Untuk Mini Library - Bhgn 2

Assalamualaikum wbt,

Jom sambung mengemas. ^____^

Kali terakhir perkongsian tentang ruang mini library ni saya ada tunjukkan keseluruhan rak ni kan. Jadi, this time saya nak share apa yang saya susun di tiga rak yang belah kanan tu.


Dua bahagian yang bawah saya peruntukkan untuk buku dan barang mainan anak-anak.

Barang mainan saya asingkan dalam bekas storan berbeza mengikut jenis mainan untuk memudahkan operasi mengemas. Bonus kalau bekas adalah transparen. Tapi kalau takde yang transparen pun takpe...yang penting perlu LABEL. =)

Buku-buku yang kebanyakannya dibeli di Big Bad Wolf saya letakkan di baris kedua...di paras mata anak-anak. Masih banyak lagi buku-buku yang dah terkoyak-koyak yang saya tak letakkan di rak ni. Yang tu masih mencari solusi camne nak susunatur.

Dua baris yang atas saya letakkan buku-buku pengajian kami suami isteri masa belajar dulu dan beberapa barangan memorable.

Buku-buku ni ada yang saya masih rujuk...tu yang saya display macam ni...senang nak ambil terus.

No. 88 tu sebenarnya penahan buku, Mr DIY mari. Tapi sedang elok pulak bila letak atas rak tu sebagai unsur deko {kununnya ;p}

Keadaan sebelum dan selepas...pheewww sesangat...;D

Masih ada beberapa perkara tertangguh untuk ruang ni. Contohnya nak pasang roller blind, letak meja dan kerusi, letak tikar, pasang kipas, buat ruang untuk display kid's art dan lain-lain-lain...;p 

Tu semua macam biasa, pelan-pelan kita buat. ^____*

Jom kongsi idea mini library korang KAT SINI. :)

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...