Monday, September 30, 2013

60 {Sticky Post} Cabaran Bulan September :: Bilik Utama

Assalamualaikum wbt semua.

Raya sakan kan...harus cuti susunatur pun sakan...ngee

Sebenaqnya, idok raya sakan mana pun...cuma bila beraya ni, balik kampung segala, pergi jalan raya sana sini pulak, ada tetamu tak henti-henti lagi...semua tu menidakkan tuan tanah untuk berdudukan di meja yang comel dan mengupdate cerita susunatur dengan tenang...

La ni, agak surut sikit kesibukan yang melanda tapi minggu depan kalau takde aral melintang akan ada progress presentation pulak dengan group projek PhD.

Jadi, dalam semput-semput masa yang ada, haruslah bergagah diri jugak nak up cerita kat sini kannn...

Saya ada satu rancangan ni...ada satu idea dalam kepala...nak ajak korang semua join.

Saya plan nak up cerita secara berkronologi. Contohnya, bulan ni nak fokus cerita pasal bilik 1, bulan depan bilik 2, bulan depan dapur...dan seterusnya. Jadi, dalam setiap bulan tu, saya akan up cerita saya khusus untuk kawasan yang dicadangkan dan korang akan up cerita korang. Kira macam, semua dalam mood penceritaan yang sama.

Contoh: Saya cerita pasal susunatur tudung, so korang pun akan up cerita pasal susunatur tudung...gittewww...idokle saya keseorangan bercerita kannn...Alaa...ni saja suka-suka je...nak join, boleh...taknak pun boleh...;)

Kalau anda berminat, macam biasa nanti saya buh widget yang berkenaan supaya entri korang tu ada kat blog saya ni. Macam giveaway-giveaway yang saya lancarkan bulan-bulan lepas - widget yang lebih kurang gitulah. Cuma kali ni, hadiah kalau ada sponsorlah... (zaman kemelesetan ekonomi kekdahnya)


Bulan ni insyaaAllah nak kongsi beberapa cerita Bilik Utama. Sesapa yang nak join, boleh copy banner kat sidebar atau entri blog anda dan linkback ke entri ni ok.

Bila sebut bilik utama, saya maksudkan tentang susunatur almari, laci, dan yang berkenaannya sahaja ya. Antara masalah yang sedang dipertimbangkan untuk penyelesaian dan cuba dikongsikan berkenaan bilik utama adalah:

1. Susunatur almari solek {drop zone area}.
2. Susunatur almari solek {idea penggantung penjimat ruang}.
3. Iron board yang dah uzur.
4. Kotak ubat sapu yang lebih efektif.
5. Ruang untuk stok toiletries.
6. Ruang untuk koleksi beg.
7. Susunatur almari pakaian hers.
8. Susunatur almari pakaian his.
9. Perbaiki sistem ruang storan pakaian mini his.
10. Idea gantung baju yang nak dipakai semula.

Dan beberapa lagi yang nak diselesaikan. Sebelum masalah-masalah tu nak disenaraikan, kita kena tahu fungsi ruang setiap kawasan rumah kita ni. Baru kita dapat tempatkan barang-barang berkenaan di ruang yang kita mahukan.


Contohnya, fungsi ruang Bilik Utama saya selain untuk tidur, juga merupakan bilik bersiap dan bilik iron. Jadi, iron akan diletakkan di bilik ni dan satu ruang khas perlu diwujudkan untuk fungsi ini. Tak seronok rasanya setiap kali nak iron baju perlu amek iron dalam almari, bentang kain atau bukak iron board baru boleh iron. Sekarang zaman semua nak cepat. Jadi, selagi dapat jimatkan masa, kita jimatkan.

Selain tu, bagi yang ada almari besar...macam bilik saya ni almari 8x8 kaki rasanya...ruang atas dalam almari tu memerlukan saya untuk perah idea, barang apalah yang sesuai letak kat situ. Nak letak barang yang selalu digunakan, macam tak sesuai sebab takkan nak memanjat setiap kali nak guna barang tu. Tinggi sangat. Nak letak yang jarang digunakan macam baju-bajan lama pun macam tak muat sebab ruang atas tu agak limited.

Berhari-hari saya menung depan almari ni, dengan sekeping kertas dan sebatang pensel...carik idea...how to use this space practically to the max. Suami saya asyik tanya "bila nak sudah kemas?" Huhu. Biniknya ni asyik pikir, pikir dan pikir... Nasib baik membuahkan hasil. Rasa berbaloi jugak masa yang diambil untuk perah otak tu.

Di entri-entri berikut ni, kita akan pergi ke setiap topik tu ok (wah, dah macam sesi kuliah pulak bunyiknya ;p)

Cerita satu-satu...pelan-pelan.

Bulan-bulan berikut baru ada cerita dapur, ruang keluarga merangkap ruang kerja, ruang main anak-anak dan lain-lain. Terlalu banyak nak cerita rasanya. Selalu gitulah...bila takde idea, memang kering kontang, bila ada idea sampai banjir rasa otak ni...hehe

Jadi, sudi-sudikanlah diri menyertai saya berkongsi cerita susunatur ok! Bagi mereka yang nak join, boleh guna templat kat atas tadi dan di bawah ni untuk mudah kerja.

Macam biasa, nak download atau better preview pergi ke 'Koleksi Boleh Cetak' yek =)

Kepada bakal peserta:

1. Mohon tak dimuatnaikkan bahagian privasi bilik anda kerana kita hanya berkongsi cerita berkaitan susunatur sahaja ok =)
2. Di bahagian 'Name' tuliskan tajuk entri, bukan nama anda.

Senarai peserta Cabaran Bulan September ---> klik SINI.

 photo footer.png

60 comments:

  1. teruja nak join.. Tapi bilik utama saya agak kosong...
    ironing board kat dining area, almari baju kat bilik lain...
    hanya drawer, kabinet solek dan katil je kat bilik utama....
    maklumlah baru pindah.. banyak tak lengkap lagi..
    apa-apa pun, insyaAllah if berkelapangan will join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe je dear..cerita apa yg ada..yg simple tu kadangyg seronok nk dgr! =)

      Delete
  2. sy tumpang baca jek kot...setakat ni lom sesuai nak join..tak layak. bilik serabut..tak de yg menarik. boleh tumpang cari ilham...tak salah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..dpt ilham terus buat tau..pastu share..hee =)

      Delete
  3. hehehe..bilik utama xble nak join sebab maluuuu katil tadak. da bukak sebab takut anak jatuh katil. sedey wooo bila hubby bukak katil tu. da tak rupa bilik rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh jgn sedey2..tu tido stail jepun namanya tu..best tau..;)

      mmg tak galakkan show gambar katil semua nadt, tp cerita susunatur almari solek mcm gitu je...=)

      Delete
  4. menarik cabaran ni fizah!
    walaupun masih serba serbi kekurangan, insyallah ada idea utk dikongsikan...
    cuma nk tgk fizah on dulu...then i will follow u...insyallah jika berkesampatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oriteesss...semangat ni yg kita mahukan!! =D

      isnin nti klu takde aral nk up satu citer..tungguuuu =)

      Delete
  5. wah sangat menarik...harus sertai ni...
    sibuk beraya...mood susun atur lama hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah-ha! jom kembali bersemangat mamarizqin!! =D

      Delete
  6. Akak fizah....nk join!!hehe walaupun tak tau ape yg nk distorykan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantam saja dikk...mmg ramai nk baca...hihi =)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. wow PhD, dgree pun dah gulik gelantang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulik gelantang doh ni...kuasa tiga..uhuks

      Delete
    2. Amek PhD kat ne? respect ler....hua hua hua jeles nye.....sob sob sob......ce citer sikit rahsia perjuangan mu

      Delete
    3. ukm..tadop rahsia mende pun dik..kita redahhhh jeee....;)

      Delete
  10. Owh ini adalah seronok. Bestlah k.fizah always come up wif new idea. Bestnye lah kalau dpt join, tapi kita duduk umah sewa je kak...furniture semua pun owner punye...tersegan lah pulok nak join...huhu...

    ReplyDelete
  11. Akan Joint nanti....insya Allah..joint kawan2..

    ReplyDelete
  12. Menarik idea ni, akak semua2 pon sumbat dalam master bedroom, baik ironing board, maupun workstation. Meja solek mmg takde gantung cermin je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihiks..asalkan kemas kan kak..sendiri nk guna pun senang =)

      Delete
  13. nk join. nk join.. suke bab2 kemas bilik tido ni :)

    ReplyDelete
  14. Aty giler kose letak 3 terus...tu pon rase nak letak lagi...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. muehehe..tak kose taww..

      ehh..tambah le lagi aty..byk yg nk dirujuk ni.. =D

      Delete
  15. dah letak entry..tp sgt basic punya susun atur..malu jer..

    ReplyDelete
  16. jom join my 1st GA! http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. 1. Buat entri pasal bedroom organizing.
      2. Linkkan entri awak tu ke entri ni guna 'Add your link' tool yg ada kat hujung entri ni.
      3. Cara nak link, tekan butang 'Add your link', masukkan maklumat yg diminta, pilih gambar thumbnail yg mahu didisplaykn di entri ni
      4. Siap.

      #jgn lupa follow penaja kita ya

      Selamat mencuba! ;}

      Delete
  18. Done..hehhe cuba nasib..thanks fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. okes dear...tenkiu for supporting! xoxo ;)

      #nti jawab survey produk miles2urdoor kat sidebar tau

      Delete
  19. Rasa nk join tp segan....kalau kongsi stori atas meja solek je boleh ke fizah...dlm laci masih mencari idea..hehe..

    ReplyDelete
  20. cik hani boleh join ke?
    ke dah tarikh tutup??

    ReplyDelete
  21. cik hani dah try..

    http://puapoo.blogspot.com/2013/09/home-organizing-kemas-meja-solek-yang.html

    hihik..malu..malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je join cik hani...everyone can join ..hihi tutup end of sept...jauh lg...;)

      Delete
  22. tengah buat susun atur bilik jugak ni... dah bertahun baju2 lama bergantung tak pakai, dah berabuk dah hahahaha.. hubby punyer ler tuh, kita nak susun dia x bagi, nak wat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti share tau..hee...seboks je sy ni kan..;}

      Delete
  23. alamak cik fizah..mcm tak sempat je nak kemas meja solek mak tu.. hahaha.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mamadaniel...next time insyaaAllah ada rezeki join k :)

      Delete
  24. nak join..kang su update..hehhee..hrp2 sempat

    ReplyDelete
  25. nk join jugak,, tp nyer cam tak pandai la nk tulis n3.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tepek gambar pastu describe je dear :))

      Delete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. Hehe sukenye tgk... Xsempat nk organize, melayan si kenit jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun makan bulan nk siapkn ni..hehe..;p

      Delete
  28. Very good contest.. Mengalakkan kekemasan rumah. Blog fiza menjadi rujukan saya, tp x sempat nk kemas pun..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummu shaima...sikit2 lama2 jadi bukit ;)

      Delete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. da berkurun2 x edit blog.. asyik tgk org deco2 rumah je terutama si Aty_Fared :).. tiba2 terjumpa http://susunatursioca.blogspot.com yg mengumpulkan bloger2 n mewujudkan pelbagai idea... terus bersemangat nak join cabaran nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilerr join fara..the more the merrier :)

      Delete
  31. skrg nie pakai baju menyusu jerk..tgh pilih2 baju utk dimasukan ke box charity..huhuhu
    dan apply cara system hanger labeling kak fiza

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...