Thursday, August 29, 2013

36 Iron Board Makeover

Assalamualaikum wbt,

Ruang dalam bilik saya ni memang dah saya khususkan satu bahagian untuk fungsi iron area

Kawasan ni sebenarnya tak ada plug point tapi sebab dah tahu fungsi ruang, maka sebelum masuk rumah dah siap-siap tambah plug point kat area ni.

Ruang untuk seterika.

Iron board yang dah usang sangat. Span pun dah lunyai. 6 tahun dah berkhidmat kekdahnya...

Mula-mula, saya ingat nak buang je iron board ni dan beli baru...tapi bila survey-survey harga...aduh mak, mahalnyaaa lahai harga iron board sekarang ni...Bukan setakat iron board mahal, sarung dia pun mahal ok.

Tak boleh jadi, kena fikir cara lain supaya dapat kekalkan iron board sekarang ni {masih utuh lagi strukturnya, cuma tang span tu je perlu pembaikpulihan}.

Saya pun apa lagi, perah otak {rasa macam banyak kali pulak guna perkataan perah otak ni} untuk operasi penjimatan.

Al-kisahnya, sebelum ni saya ada beli satu sarung iron board berspan, murah jek {jalur-jalur pink macam gambar kat bawah}, tapi saiz dia tak sama dengan iron board saya, jadi terperuk sekian lama sarung tu dalam almari...Kalau korang perasan, kain dia sampai dah terbentuk hasil lipatan...punya lama terperuk kat almari.

Kemas-kemas hari tu, ingat nak buang je, sekali macam orang mengantuk disorongkan bantal, tercetus pulak idea nak makeover je iron board yang ada ni.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk makeover

Bantal merah {untuk cucukkan jarum peniti} - gunting - benang - bekas jarum - kain polka dot untuk kain tambahan sebab saiz sarung tak muat - sarung jalur pink berspan - stapler dan hammer {takde dalam gambar}

Mula-mula, sematkan jarum peniti untuk memudahkan operasi menjahit.

Jahit tangan ok. Ada mini mesin jahit tapi entah kenapa rasa macam tak berani nak jahit melengkung-lengkung guna mesin jahit tu. Takut hasil tak cantik.

Selepas dijahit satu bahagian. Kalau tak ada kain polka dot tu, sarung tu tak cover keseluruhan iron board. Ada about beberapa millimeter tak covernya.

Bahagian paling tricky...hujung muncung iron board. Tu saya gariskan pakai marker pen saiz iron board sebenar...Gariskan untuk memudahkan pengguntingan kain polka dot.

The process...

Sampai kain polka dot jadi gini.

Semat pin lagi...dan jahit.

Siap separuh jalan, kain tak sampai ke tengah la pulakkk...Kenalah gunting dan tambah sikit lagi kain untuk cover bahagian tengah tu...

Siap bahagian kedua. Masuk bahagian ketiga, hujung iron board satu lagi iaitu yang paling kanan tu...tu senang sebab lurus je...

Selesai jahit, terbalikkan iron board...

Dan staplekan kain tu ke kayu iron board. Lipatkan sikit kain tu ke dalam sebelum staple untuk hasil yang lebih kemas.

Amek hammer, dan ketuk bagi kemas.

Selesai...! *wink*wink* =)

Cuba dirikan...nampak kesan lipatan pada kain jalur pink tu kan...

Ironlaa...apalagi... ;p

Yeayyy...!!!


Sebelum dan selepas yang mengujakan! Jimat pon jimattt... ^___^

Camne kawan-kawan? Ada yang sekapal dengan saya, tiada kompromi dalam urusan penjimatan? Suka buat benda kecil tapi beri impak yang besar? Ada yang teruja nak makeover iron board jugak? Atau ada cerita makeover lain yang nak dikongsikan? Jom cerita...dan,

 photo footer.png

36 comments:

Masya said...

iyerlah bagus jugak buat gini.. kat rumah iron board dah huduh jugak

Siti Fatimah said...

fuyyoooo...menarik idea akak ni... jimat duit. =)

MamaDaniel said...

cik fizah... pasni ni cari la mesin jahit satu.. lagi senang nak makeover ni.. hihihi.. ;)

saya dah laaaamaaa berangan nak jahit cover ni..tapi idok menjadi juge.. hihihi

Asma said...

Mesti terus seronok nak menggosok lepas ni ;)

Nanie said...

kagum boleh DIY.. sekarang ni mood nanie pon nak mengdeko deko bilik ni.

keep it up :)

salam ukhuwah dari nanie

Mohamad Zamri said...

sis...kat mane nak cari tempat gantung iron tu...

Unknown said...

kreatif la fizah!
lisa punya lagi la da hancis iron board tapi pakai jer la dulu...huhu

Fizah said...

tak pandai menjahit sgt..takut buat rugi je beli besor2 ;)

Fizah said...

ikea mari

http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/90190920/

Fizah said...

suami puji pulak..double seronok! =)

Fizah said...

tq dear!

Fizah said...

blh cuba ni yana =)

Fizah said...

geng jimat maghi doh...hihi

Fizah said...

org kata...selagi boleh! hee

ayahmamilisa said...

rajennye fizah..mamilisa tak serajen fizah lagi..uhuks..

Diana said...

Jeles ngan tangan orang kreatip ni..

Saya dulu pernah buang iron board satu...sebab board dia patah...hahhah..ganas menggosok..

Kalau koyak boleh guna cara fizah...beli siap je cover iron board kat kedai kan....?

Kalo x muat gamaknya hantor jahit je saya...hihiihihi... nampak nor malas.. arwah emak dulu tukang jahit...tapi seni menjahit tu x menurun ke anaknyer ni.....

me.ronazil.ab said...

hanya mampu memandang, tidak mampu melakukan....hahahahahahahahaha

Fizah said...

blh tu mami..sesama kita jom! =)

Fizah said...

terdesak tu yg jadik kreatip..hihi..tgn keras gaks ni..redahhh je...;)

Fizah said...

u can do it!! haha

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Saya dah berhasad dengki ni...apesal laju sgt updet akak ni...tunggu la kite belum pindah lagi ni...hahahha...

Fizah said...

hahaha..hjg minggu hr tu pulun karang...minggu ni lepaskan semua..tak menyempat2...

take your time dear..we all wait for you here..cewah ;)

Ilyani said...

Cantik...sis mmg kreatif lh :)

ida said...

Alaaaa rajinnya dierr....

Kenangan SKPT2 said...

assalamualaikum tuan rumah . Bagus idea ni . Iron board akak pun dah koyak , minta izin nak itu buat macam ni .

Fizah said...

waalaikumussalam wbt..sila =)

Fatima Saiful said...

ironboard dah buruk juga. takde budget nk beli baru. malas nk buat cam ko nih...boleh tempah jer tak kat ko??ngeee~

p/s: same laa jename iron kite!!!!!!!!!!;)

Fizah said...

agagaaa..tak sesuwai utk tempahan ni...keje selekeh..;p

p/s: mmg kita byk persamaan. (tetibe) hehe

fazianbatrisyia said...

iraon board sy ok lagi kot...baru setahun.
iron sy juga sama warna, brand jek kot yg lain...

Norlee said...

http://iheartorganizing.blogspot.com/2013/09/we-heart-organizing-lets-party.html

** wow glam sis

Fizah said...

ahaha..gila glam....;}

Nadt said...

Hebatnye kak ble jahit sarung iron board sendiri... kagumsss

ch@ said...

Ooo iron board aku maintain lg stlh 5thn berkhidmat. Hehe...aku alas dgn kain batik stiap.kali nk iron. Pjg sket jgka hayat pelapik tu ;) ngeee...

ida said...

Sangat tertarik dg. Idea ni, nk cuba jg nt

Anonymous said...

assalam. nak tanya sket bole? tempat gantung iron tu beli kat mane ye

Fizah said...

wslm wbt...dari ikea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...