Tuesday, November 26, 2013

28 Susunatur Ruang Pantry/Consumable Items - Bhgn2

Assalamualaikum wbt,

Sihat semua? Semoga baik-baik keadaan semuanya ya...masih terkejar-kejar tuan rumah ni, jangan kecil hati kalau ada 'rumah' yang saya tak melawat lagi ok. Betul saya akan terjah, lambat pun insyaaAllah terjah...hee {bunyik macam bizi nau kannn...foyo je ;p}

Hari ni, saya nak sambung cerita ruang pantri. Last time saya tunjuk belah pintu je kan...kali ni jom kita tengok bahagian dalam kabinet pulak...

Asalnya ada empat para je tapi lepas ubah kedudukan hari tu, dapat satu bahagian lebih, paling bawah menjadikan ruang ni lima para...YEAY for me!!! :D

Kita tengok dua para dulu hari ni...lagi tiga masuk bahagian tiga...phewww punya banyak part nak cerita...kalau tak habis kita sambung je sampai Disember...;}

Para pertama...

...yang menjadi para khusus untuk stok bahan membuat air. Segala macam teh, kopi, vico, oat, susu, gula, semua ada. Kordial pun boleh letak kat sini...Secukup rasa muat semuanya. 

Label pakai kertas stiker je. Idea ni dah tentulah saya dapat dari peserta CB Nov kita...NabilaHasyim...",) Tapi saya punya macam tak shining laa macam Nabila punya tu...ke saya salah beli? 

Yang best idea kertas stiker ni ialah dia senang nak dipasang TAPI tak water resistance {refer label 'susu'}...ada banyak solusi untuk masalah ni seperti letak lilin idea bondalesungpipit atau pakai stiker transparen idea yana tapi rasanya buat sementara waktu ni, dengan kekangan masa yang ada, saya ok je dengan label ni :)

Mudah sangat bila nak buat air...capai je...koleksi cawan sebelah kanan tall unit ni...bertambah mudah nak buat air...

Bekas merah tu from Ikea, ingat tak duluuuuu saya ada cerita...haa, akhirnya ke sini fungsi dia...

Dan bekas putih kat belakang tu sama je tinggi dia dengan yang kat tengah tu tapi saya gunakan para Ikea (nombor 6) untuk jadikan dia lebih tinggi daripada yang tengah dan seterusnya memudahkan saya untuk melihat apa isinya...

Dan di bawah para stok membuat air tu pulak adalah para stok makanan sedia dimakan...eheh ready-to-eat products katanya....;p

Bekas hijau yang macam comel je ni from Tesco. Sekian lamaaaaa mencari bekas ni okehhh...Nampak je hari tu kat Tesco masa raya Cina terus sambar sampai 4 ketul.

Sebab apa kepingin sangat bekas ni???

Sebab..........mudah nak organizekan bahan makanan yang selambak ni...! 

Memang inilah ciri spesifikasi bekas yang saya perlukan untuk ruang ready-to-eat products ni. Bertingkat dengan konsep terbuka, iaitu bila nak makan boleh terus capai ambil. Konsep bertingkat dah tentu untuk penggunaan ruang to the max. Penting tu! 

Ada bahagian roti, biskut, keropok dan lain-lain. Lebih kurang macam tulah perincian dia. Yang tak ada rumah tu saya tumpangkan je kat rumah sesapa yang kosong...macam nyam nyam kat atas ni...

Senang nak ambil dan makan kan...senang jugak bila nak beli barang dapur, saya cuma perlu tuliskan barang mana yang perlu dibeli dengan hanya melihat partition ni. Kalau dulu, bercampur aduk...selalu termiss beli itu atau ini...

Basket stainless steel ni boleh tarik keluar untuk memudahkan kita mencapai barang kat belakang...

Ada sedikit ruang depan bakul bertingkat, saya letakkan bahan untuk sarapan...roti dan segala sapuannya...

Nak makan, keluarkan je bakul hijau kecik ni dan roti tu...


Haaaa...itulah dianya cerita para 1 dan 2 hari ni...

Penyelesaian bagi masalah ruang stok membuat air dan ready-to-eat products yang saya gunakan adalah:

1. Gunakan bekas storan yang lutsinar, tinggi dan bentuk empat segi untuk penjimatan ruang maksimum bagi isian stok buat air. Pastikan semua bekas mudah dilihat.
2. Gunakan bekas bertingkat dengan konsep terbuka untuk stok makanan ready-to-eat.
3. Susunkan like-with-like items. Perincikan susunan barang-barang tersebut mengikut pola pemakanan keluarga masing-masing. Macam saya, buahan-buahan tak ada di bahagian ni sebab saya prefer masukkan buah-buahan dalam fridge {itu nanti ada masa saya cerita, insyaaAllah}.
4. LABEL!

Alhamdulillah, berguna sangat sistem yang ada ni untuk memudahkan saya mengemas dan memantau stok barang yang dah habis...Suami dan anak-anak saya pun suka sebab senang nak capai makanan, tak macam dulu kena selongkar baru jumpa...

Camne pulak cara korang?

Jomlerr kongsi-kongsi cerita dan idea... :)))

 photo footer.png

28 comments:

  1. mna nak cari bekas hijau cmtu ye....x penah jumpa lgi ni...

    ReplyDelete
  2. kemasnya...dah macam rupa kedai runcit je...tapi saya suka tengok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni stok awal bulan..hjg bulan kosong kosong kosongggg....kiki ;p

      Delete
  3. Replies
    1. eheh..jomlerr wat gak..semua storage ni harga affordable dan mudah dicari..:))

      Delete
  4. sangat teruja...memang betul2 organise la...blh tiru ni

    ReplyDelete
  5. alaaaaaaaa..jelesnye tgok..macam kat supermarket dah ni.su punya masih sepah2 lagi sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sket2 sue..akk pun kemain lama nak dptkn solution ni...hihi

      Delete
  6. kemas & tersusun...suka idea fizah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macehhh dear..lama tak dengau citer :)

      Delete
  7. nice..nice..nice... :)
    idea para tu memang best la.. daiso takde ek... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kat daiso...dah pernah cari..last sekali jumpa kat tesco..:)

      Delete
  8. Ala sukanya kc sis fizah.. Suka sgt sgt sgt sgt.. Alahai nape la dulu x buat kc jenis leh tarik ni.. Hihi.. Neway sticker tu lekatkan je salotape besar atas dia.. Prob solved hihi.. Kalau tgk kat youtube gitu la dorang buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe yuyuy, janji tetap blh dikemas dgn baik dah ok sgt kan...tx for the tips..tak terpikior lak ambe..hihu

      Delete
  9. bekas ijo gitu and seangkatan dgnnya kat daiso pn ada jual...hikhik best la kc gini...dpt manfaat kan tiap ruang yg ada dlm kabinet. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ek..tula, cari sblm ni..agaknya stok blm smp daiso sini..hihi btw gud info tu yana :)

      Delete
  10. berkenannya bekas hijau tu tapi kc sy tak ada unit yg tarik2 spt ni.

    ReplyDelete
  11. Salam akak..cantik stocker tu...mana beli eh? Saya pun tgh serabut nk susun daporrr....hehehe...
    Jemput jenguk blog saya ya...
    http://aliafarhansaid.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. stocker yg mana satu alia? kalu yg hijau bertingkat tu from tesco :)

      Delete
  12. comelnyaaa....
    kemasss..
    suke betulll

    ReplyDelete
  13. kemas no problem..melabel ni yang ngah mencari2 lagi entri yang dapat menyelesaikan masalah waterproof ni..huhu

    ReplyDelete
  14. Salam. Bekas putih lutsinar utk letak minuman segala tu beli kat mana ye? Kedap udara x? Suka...:)

    ReplyDelete
  15. Salam fizah. Bekas putih lutsinar utk letak segala jenis minuman tu beli mana? Suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam natrasha...bekas utk letak barang minuman tu beli kat cowboy melaka. kedap udara utk letak vico, susu, gula tu semua =))

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...