Saturday, November 30, 2013

46 {Sticky Post} Cabaran Bulan November :: Dapur

Assalamualaikum wbt,

Yelllooo semua...ahaaaa...bertemu lagi kita di cabaran bulan November...phew...how time flies...pejam-celik-pejam-celik dah bulan November. Bulan special ni sebab bulan birthday saya ngan suami...haha perlu ke mention...

Buat pengetahuan semua, kita dah ada dua cabaran bulanan bermula dari bulan September hari tu. Semua saya dah kumpulkan di page 'Jom Kongsi' untuk rujukan semua yang berminat dengan susunatur. Dan ni dah bulan November, telah sampai turn dapur. Turn yang memang ramai peminat ni. Sebab bagi orang perempuan, inilah jantung rumah. Segalanya bermula di dapur...gitteewww...

Jadi, tanpa melengahkan masa, saya merasmikan {siap merasmikan ;p} cabaran bulan November!


Bagi memudahkan para peserta baru yang berminat menyertai tapi tak tahu camne caranya, di sini saya sertakan cara-caranya:

1. Buat satu entri berkaitan susunatur dapur anda.
2. Masukkan entri tersebut ke entri ini dengan menekan butang 'Add Your Link' pada inlink tools di hujung entri ni.
3. Masukkan maklumat name, url dan e-mail TETAPI di bahagian name letakkan tajuk entri ya, bukan nama anda. Dan di bahagian url letakkan url entri anda bukan url blog atau url label.
4. Tekan 'skip this step'.
5. Pilih gambar thumbnail yang ingin dipaparkan di sini.
6. Done!

Jika ada penaja hadiah, akan ada syarat tambahan untuk follow blog atau like link facebook, maka para peserta perlu alert ok...dan cara pemilihan pemenang akan saya fikirkan kemudian - mungkin akan mintak pendapat penaja.

Antara cerita bulan ni yang insyaaAllah akan saya kongsikan:

  1. Susunatur ruang pantry/consumable items {Bhgn 1}
  2. Susunatur ruang pantry/consumable items {Bhgn 2}

..and list goes on...dapur kan...harussslah berlambak ceritanya...entah sempat ke tidak cerita dalam sebulan ni...kut kena tambah masa pulak nanti...hihi

Jadi, apa tunggu lagi? Jom-jom-jom MERIAHkan cabaran bulan ini...!!! :))

p/s Tak sabau tunggu perkongsian daripada korang semua...:D

Love,
Fizah :)

Senarai peserta Cabaran Bulan November Klik Sini :)
 photo footer.png

46 comments:

  1. harap2 next time buat lagi sbb dapur tak siap lagi :( nak sgt join & share susun atur kat dapur idaman sendiri...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaaAllah..semoga ada manfaat kat sini utk dapur idaman nana..weols doakan nana dpt dapur idaman nana cepat.. :)

      Delete
  2. terima kasih sgt anjurkan cabaran bulanan. kalau pon sy tak kemas semua sekurang2nya ada part yg sy bersemangat nak kemas walau tak sempurna mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kemas sikit-sikit kan...lama2 semua blink blink dah kemas tersusun dan efektif! :))

      Delete
  3. Waduh..baru bukak blog fizah, dah berderet blogger add link..kalo sempat akak join:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan main pantas semua orang...haha..okeh, will wait for you...:))

      Delete
  4. baru nak cakap macam kak asma cakap tu.. banyak nye link blog yang dah join. ada harapan ke ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha...harapan sentiasa ada zura..moh kite!! :))

      Delete
  5. yeay harap2 dpt join part dapur ni...

    ReplyDelete
  6. hi fizah, best cabaran nih, tak pnh join benda2 mcm gini, tp tingin nak cuba...mampukah saya?huhu

    ReplyDelete
  7. salam ....dah link tapi ada tanda pangkah lagi di tajuk tu.bilik anak pun sama juga...nampak sangat tak berapa mesra IT tapi nak joint juga,meriahkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..it's ok dear..mmg akan nampak tanda pangkah utk owner entri sbb ada pilihan untuk delete link sendiri if ada silap masukkan entri etc..:)

      Delete
  8. salam fizah..nak try joen yer..tak lah hebat mana..ikut mampu jer..

    ReplyDelete
  9. harap2 cheq bole menang hohohohohohohoh...mn taw Pn Fizah mau bg hadiah umah sebijik ke lalalallalalalalalalalaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..gudluck dear..tp umah sebijik tu mcm tak mampu je..mcm tak mampu je...;p

      Delete
  10. Waaa seronoknyaaa. Baru semangat nak buat entri baru sebab mcm ada makeover sikit barang kat dapur. Eceh.. By the way, saya tepek entri lama dulu la eh.. Gelojoh sangat. Maklumla.. First time join. Hihi... Tq mengingatkan saya untuk mencantikkan dapur lagi

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. itulah..terjah secara perlahan-lahan...:))

      Delete
  12. teringin nak join tpi apakan daya 12hb 11 ni baru msuk umah sendiri..next time bt lg ye contest :)

    ReplyDelete
  13. suke2..insyaAllah nanti try join juga wlpun dapur rumah sewa xd ape2 pn..hee

    ReplyDelete
  14. Salam lawat....agak2nya sempat lagi kan nak join....hehe

    ReplyDelete
  15. berpino bijik mata mandang semua org bersemangat utk rumah masing2. bestnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulanya..tuan tanah je lum up citer....al-kisah sibuk yg terammat..huk huk

      Delete
  16. salam singgah blogger Fizah. .., sy bookmark blog ni sebab nk memahami perjalanan..cewah. sebenarnya sy suka konsep blogging mcm ni ...sy nk menyusuri link2 tersebut.

    Pcl ~www.nazlee.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pakcik...mekasih...sesamalah kita..sy pun tak habis menyusuri link2 ni :)

      Delete
  17. Singgah sini dear. Tak hbs lg bce satu2 malam td.sambung pg ni pulak.hehe.eh,kita mcm nak join sempat lg ke ni.hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestila blh dear..smp hujung bulan november pun blh join lagi...JOM-JOM meriahkan perkongsian kita :)))

      Delete
  18. Salam Fizah. Nice blog you have here. Thank you for curating all the organizing blogs dari Malaysia. Saya cuba la join contest ni, mana tau ada rezeki :) Keep on blogging!

    ReplyDelete
  19. Salam Kak.
    Linda 1st time join contest ni.
    TQ sgt sbb anjurkan contest ni.mmg sgt2 mbantu.
    Banyak idea yg kita bleh share sma2.
    Harap2 n3 yg linda buat pn bleh mbantu kwn2.

    ReplyDelete
  20. Salam sis Fizah
    TQ sbb anjurkn contest yg best nih.
    Banyak yg kt bleh dpt n kongsi bersama
    Linda pn 1st time join contest ni.
    Mudah2an bleh bg input pd kwn2 diluar sna.

    ReplyDelete
  21. Yea! sayer dah join juger! hehe...

    ReplyDelete
  22. Ada sape2 tak yang bole share camner nk organize kain after digunakan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain apa maksud ummu shaima? kain bersihkan dapur?

      Delete
    2. A'ah kain lap aka kain buruk.. Mempunyai masalah apabila selesai menggunakan kain lap di dapur..help me plzzz

      Delete
    3. ok insyaaAllah will share..:)

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...