Tuesday, October 30, 2012

8 Rekabentuk Kabinet Dapur Yang Praktikal

Dah lama nak cerita pasal kabinet dapur saya. Tapi, asyik tersangkut je. Kali ni kita cuba, ok!

Ok, kitchen cabinet ni antara perkara paling penting dan paling mengambil masa untuk difikirkan, dan paling menggunakan peruntukan duit yang besar terutamanya bagi mereka yang nak masuk rumah baru. Oleh itu, semenjak beberapa bulan sebelum kami masuk rumah lagi (masuk rumah sekitar awal 2011 survey rumah dan do preparation start tahun 2010), saya dah design bentuk kitchen cabinet yang dimahukan. Memang sangat-sangat letih survey dan seacrh pasal ni. Akhirnya selepas berpenat lelah, saya berjaya lukis sendiri KC yang saya inginkan, dengan semua material yang saya mahukan. Entah berapa kali saya lukis pelan KC saya ni. Semuanya sebab nakkan sebuah dapur yang praktikal, ringkas, sesuai dengan keluasan dapur saya yang agak kecil dan sesuai dan difahami untuk digunakan oleh suami saya dan ahli keluarga yang lain.

Lama sangat saya search bentuk KC yang praktikal , sampailah saya jumpa satu website ni yang sangat membantu (klik sini). Dari situlah saya tahu tentang segitiga bekerja (working triangle) dan dari situ saya tahu tentang pembahagian KC yang boleh memudahkan sesi kerja kita di dapur. Malah memudahkan juga untuk orang lain nak cari apa-apa barang di dapur.

image googled
Untuk sebuah KC yang praktikal, pendekatan yang saya gunakan adalah membahagikan bahagian-bahagian KC kepada LIMA bahagian iaitu:

1. Consumable
2. Non-consumable
3. Cooking
4. Preparation
5. Cleaning (plus stor mini)

Ok, mari saya terangkan satu per satu tentang bahagian-bahagian ini - dah macam cikgu pulak rasanya. (Kalau nak baca takrifan dan penerangan yang lebih profesional, boleh tengok kat website yang saya linkkan tu. Penerangan saya ni mengikut apa yang saya buat pada KC saya, kalau ada manfaat, bolehlah digunakan). Bawah ni asas layout KC saya.


1. Untuk bahagian consumable, saya letakkan semua barang/bahan makanan yang sama ada ready to eat, ready to cook, cooking raw supplies, bahan minuman (beverages and drinks) seperti cordial, milo, teh, kopi, susu tepung dan sebagainya. Di bahagian ini juga adalah untuk diletakkan peti ais sebab inside the fridge is of course semua yang consumable items kan. Barang masak segala bagai tu.
Consumables - di ladder/tall unit
2. Untuk bahagian non-consumable pula saya letakkan semua barang-barang BUKAN bahan makanan seperti pinggan mangkuk, cawan gelas, sudu garfu, pinggan dan cawan anak-anak dan barang-barang jarang guna diletakkan di bahagian top unit bahagian ini. Ate, macik yang comel lote ni tak berapa nak sampai kalau nak ambil barang kat top unit, jadi barang jarang guna bolehlah letak sini.

3. Untuk bahagian cooking pula, terletaknya hob dan hood saya jenama Effegi - harga sekitar RM 900 gitu for both. Ada juga barang memasak harian kat sini iaitu bawang, kentang, beras dan minyak masak. Walaupun bahan ni kategori consumable items tapi sebab saya gunakan hari-hari, adalah lebih mudah untuk meletakkan semua bahan asas memasak ni berdekatan dengan tempat cooking preparation. See, walaupun  ada rules dapur yang diinginkan tapi kita masih boleh ubah mengikut kesesuaian penggunaan harian kita. Tak perlu fixed sangat.

Cooking
4. Untuk bahagian preparation pula terletak semua barang untuk memasak seperti periuk, kuali, senduk, sudip, bekas tapis, blender dan sebagainya. Di sini ada top unit yang saya letakkan semua barang elektrik yang tidak digunakan daily seperti mixer, slow cooker, warmer, kettle elektrik dan pembakar roti. Ada bahagian laci untuk letak peralatan memasak seperti pisau, cutter, gunting dll yang kecil. Atas table top ada bekas garam, gula dan kunyit (saya tak pakai serbuk perasa masa memasak).

Alya buat peace comel...he he
...di belakang tu bekas garam, gula dan kunyit, ada jam hadiah hubby masa berhenti TNB (eh perlu mention ke? hee), steamer botol susu jenama Tolly joy dan penapis basuh pinggan sementara menunggu kering.
5. Untuk bahagian cleaning pula, ada mesin basuh dan segala bahan pencuci pakaian, stok bahan pencuci pinggan, stok bahan pencuci botol susu.

Untuk mini stor, saya rekabentuk khas satu tall unit yang boleh menempatkan semua keperluan rumah seperti toolbox, bakul untuk keluar berkelah/riadah, ubat semut, getah, tali, stok tisu, brang-barang membersih rumah yang panjang seperti mop, penyapu, pengelap habuk dll dan macam-macam lagi yang takde kaitan dengan 5 bahagian sebelum ni dan dirumahkan/ditempatkan di sini. Di sebelahnya ada tall unit untuk letak oven, pinggan mangkuk yang jarang guna (kebanyakannya hadiah kahwin), kotak letak botol-botol susu, dan bahan asas untuk baking. Ada juga diletakkan tivi, sementara rumah sebenar untuk tivi siap. Atas sekali top unit yang saya letakkan segala baldi dan gayung.

Segala info yang saya kongsikan ni bukanlah yang terbaik tapi setakat ni, sangat membantu keberkesanan untuk saya berkerja dengan efisien di dapur. Menjadi rajin dan bertenaga jugalah untuk memasak daily. Untuk mereka yang tiada built-in kitchen cabinet, jangan risau. Sebab rules ini masih tetap boleh digunakan sebab saya telah pun menggunakannya di dapur rumah sewa saya di Bangi awal tahun 2012 dulu. Memang tak dinafikan, nampak semak sikit sebab semuanya tak tersembunyi di dalam kabinet tapi still nampak kemas dan memudahkan kerja. Di Bangi tu, saya guna KC seperti di bawah ni. Semua LIMA bahagian di atas saya bahagikan semaksimum yang boleh dan masih tetap praktikal.

ho ho...adalah bersepah sebab tengah packing nak pindah masa nih..ni je gambar yang ada atenyee
Harap info ni boleh membantu sesiapa yang tengah pening kepala nak design KC mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Kalau rasa nak tengok bahagian lain bagitau ler...Rasa macam dah letak semua yang penting. Apa-apa boleh emel di yuzai[underscore]angah[at]yahoo[dot]com.

Tambahan INFO di ---->>> SINI !!! =)

8 comments:

  1. hehe...ye segitiga tu..suami aku pun ada mention haritu...kitaorg tak psg lagi KC...tapi, guna yg built in cabinet gunakan approach triangle tu...

    ReplyDelete
  2. mmmmm, nak ukuran dapur umah aku ke..??

    ReplyDelete
  3. bilalah dpt dtg umah kam ni..mesti gempaks nih..hihi

    lea,,ha ha..sabar..ko nti umah banglo boleh golek2 kat dapur lagi...:D

    ReplyDelete
  4. giler gaban aku suka entry ni..!!!!! (Tu je sbb speachless)

    ReplyDelete
  5. lynd...ha ha..tguu entri mu pulok lah :))

    ReplyDelete
  6. puas selongkar fizah punyer blog sbb nak tnya pasal bekas biru tempat simpan bawang dan kentang tu fizah beli kat mana dan berapa rm..hehe.

    ReplyDelete
  7. baie..ada kotak 'cari di sini' ataupun gi kat label dapur...=)

    bekas biru tu from econsave yg kat bt berendam tu..murah je...dua biji tu less than rm15..tak igt lak brp exactly harga dia...baie, JOM join GA jom kemas rumah bersama! nk terjah umah baie hr tu dok dan...umah kita kan sama..harus cilok idea jiran-jiran...heee=)

    ReplyDelete
  8. haha..seganla nak join..rumah sangat tak tersusun..huhu. Berdarah hidung tau baca blog fizah dan organizing blog yg lain tu..huhu. giler super duper rajin lah korang..salute sangat!

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...