Thursday, September 20, 2012

4 Ceri-beri & Ruang Aktiviti Anak-anak

*ditaip malam semalam*

Diserang diarrhea yang agak teruk. Lepas ibu kena, anak-anak pulak. Hari ni cuti gi school, Alya nampak dah elok sikit, cuma kakaknya masih demam. Tengok-tengok tadi gigi geraham yang hujung nak tumbuh, mungkin sebab tulah kot...Harap ceri-beri dah takde.

Bila diserang ceriberi ni, teramat-amatlah lemah badan terasa. Memang mood nak writing pun ke laut. Yang ada cuma nak berehat je. Tapi, sebab fikir deadline, maka siapkan blog dulu [malam-malam memang waktu yang agak sesuai blogging], esok boleh start writing, insyaAllah! :)

Cerita pasal anak-anak, maka nak buat entri pasal ruang aktiviti anak-anak.

Ruang ni terangkum sekali dalam Family Room, yang memudahkan kami memantau atau turut serta dengan kids beraktiviti.


Dua rak bawah tu untuk storage mainan kids...Mula-mula cantik dah labelling semua, sekali bidadariku yang kedua tu kopes satu-satu sampai habis semua...Hehe. Maklumlah sistem labelling masih lum ada masa nak buat secara betul dan kreatif. Nasib kotaknya agak lutsinar jadi, mudah juga nak tengok isi dalamnya. Kotak putih bawah tu beli kat Ikea, 3pcs tu lebih kurang RM 50. Rasa macam tak berbaloi harganya je tapi dah terbeli. Huhu.

Yang bawah ni pulak meja dan kerusi untuk kids. Jarang diorang guna meja ni, biasanya suka melepak atas tikar je. Mungkin meja ni tak berapa best kut. Atau bila diorang duduk kat meja dan ajak ibu ayah join, dah tak cukup ruang. [Adakah kena beli meja baru? ngeh ngeh ngeh]. Beli kat Tesco, RM 17 sebiji. Kerusi from Ikea. Saja pilih meja warna merah, sesuai dengan warna sofa.


Oh, nampaknya ada tivi di situ. Yelah, kan ni Family Room, jadi semua aktiviti keluarga berlangsung di sini. Ruang tamu memang sedia ada menerima tetamu je. Hehe. Kalau tak buat macam ni, memang letih kalau ada tetamu yang datang tergempar, bukan letih apa, letih nak mengemas semua mainan budak-budak ni. :P [seperti biasa, agak annoyed tengok wayar yang berselirat itu semua...]

Ok itu saja. Sebenarnya, ruang ni dah berubah-ubah kedudukan perabotnya sebab nilah jugak ruang sementara untuk solat. Solat boleh je di mana-mana tapi lebih selesa kalau ada ruang khusus. Sedang kumpul duit nak buat satu ruang musolla, kalau ada rezeki. Bila ada budak-budak kecil ni, kadang bila dah ajar potty training tu, sekejap dia melepas kat situ, sekejap kat sini. Jadi, macam tak berapa nak syiok. Hehe. Macam-macam...

Mind share your kid's space? Blog about it! :))

4 comments:

  1. teringat Alya aritu. Sangat baik. Uiihh geramnya. Die boleh duduk diam aku ikatkan rambut die. Comelnyer!!;)..Die kategori perempuan lemah lembut(setakat aku tgk ritu la).
    Adni plak, kategori perempuan agresif dan lawa!siyes...die da besar nih, mmg byk peminat laa. bole jadi heartbreaker!;)

    ok komen tade kene mengena ngn ruang famili ko.ape2 pon, aku mmg admire ngn skill organizing ko.keep it up!!

    ReplyDelete
  2. take: alya skrg pun da nampak agresif tau..cuma dia tak tunjuk je hari tu..hehe

    ReplyDelete
  3. ku beli kabinet kotak2 tu dgn harapan tinggi menggunung dapat umah kemas mcm gambar first ko tu.. mana mau beli kotak plastik y disumbat dalam ruang kabinet tu?? elok2 pulak saiznye..

    ReplyDelete
  4. ko baru beli ke rak tu? tak nampak pun masa dtg umah hari tuh..

    kotak plastik tutup kuning dan hijau tu beli kat mydin sajok...harga sebijik tu dalam rm8 ke rm9 je camtu..tu time murah, sekarang dalam rm13 mcm tu rasanya..haah mmg sedang elok pulak saiznya..mula beli sikit je, dah sedang elok bru beli lagi sampai cukup 6..

    ada lg kat area dapur aku ltk kotak plastik ni..setakat ni mmg membantu utk orgnz..murah pun murah..tu yg pnting :P

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...