Saya kadangkala menghadapi kesukaran dalam memastikan rumah yang sudah dikemas itu kekal kemas. Saya rasa semua orang pun mengalami masalah ni. Terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Faham jelah anak-anak kecil kan. Dunia eksplorasi mereka terlalu luas. Dan kalau ibu yang memilih untuk homeschool, saya rasa memang TAKla kalau nak harapkan rumah kekal kemas dan cun macam showroom bagai tu dua-puluh-empat-jam. Bolehlah, tapi dalam mimpi. Hehehe...Ataupun boleh juga tapi p.e.h.e.n.a.t.s.a.h.a.n.g.a.t lah nak mengekalkan keadaan macam tu setiap hari. {Boleh ya Sumayyah pinjam perkataan baharu tu. Akak suka! ;D}
Bagi saya, sentiasa perlu ada keseimbangan dalam setiap perkara. Orang yang ada penyakit susunatur dalam dirinya, memang tak dapat nak elak daripada merasa 'sakit' bila tengok rumah bersepah-sepah dan tak tersusun. Tapi, saya ingin sangat menyarankan untuk kita semua, please loosen down sikit rasa 'sakit' itu dan just let it be.
Mungkin akan sampai pada satu tahap kita akan merasakan...I am out of control for this!
Let it be...Jangan kecewa. Jangan stress. Jangan lepaskan keserabutan itu semua kepada anak-anak yang masih kecil. Lapangkan dada untuk semua keselerakan itu. Tenang dan sabarlah. Kerana anak-anak itu sedang mencipta MEMORI!
Tanyalah pada diri, ibu yang bagaimanakah yang kita mahu anak kita ingat dalam memori itu? Seorang ibu yang penuh kasih sayang dan penuh toleransi atau sebaliknya?
Tapi saya juga turut memahami, ada waktunya kita memang merasakan ok enough. Ini sudah terlalu berselerak. I must do something. :)
At that moment, mulakanlah langkah dan ajak anak-anak comel itu turut serta kemas bersama-sama. Anda akan dapat merasakan bahawa proses itu akan sangat menggembirakan dan menjadi sangat mudah. Kerana mereka merasa sangat dihargai apabila kita turut melibatkan mereka dalam urusan orang dewasa. Itu kan memang kesukaan kanak-kanak, imitate apa yang orang dewasa lakukan.
Apakah tips and tricks untuk memastikan keadaan yang dah kemas itu sentiasa kemas?
Nama je 'sentiasa' tau, tapi sebenarnya maksudnya bukanlah sentiasa sangat tapi lebih kepada mengurangkan kadar persepahan ke tahap paling minimum {maknanya mata orang OCD ni masih boleh tengoklah} dan memanjangkan waktu antara sesi berkemas tu {maknanya tak perlulah terjadi baruuu lima minit kemas dah sepah balik}. Begitu. ;)
1. Fungsi Ruang.
Perkara yang paling biasa saya sebutkan adalah pastikan setiap ruang di rumah mempunyai fungsi masing-masing yang tersendiri. Tak kisah kalau fungsinya pelbagai tapi tetapkan kepada fungsi-fungsi tersebut sahaja. Contohnya ruang untuk seterika baju. Perlulah ada ruang khas untuk menyeretika baju agar tak perlu setiap kali nak angkut iron ke sana sini. Kalau omputeh, ruang iron diorang sekalikan dengan ruang laundry. Dengan adanya fungsi ruang, anda tahu setiap barang telah ada 'rumah' masing-masing dan hal ini akan memudahkan urusan mengemas setiap hari.
2. Sistem Storan.
Proses ini perlu melibatkan sistem yang betul dan alat penstoran yang betul. Sekiranya kita menggunakan bekas storan yang salah, ianya bukan sahaja menyebabkan sistem storan tidak efektif malah mungkin hanya menambah semak {clutter} yang menjadi masalah baru pula. Contohnya, bekas storan yang stackable nampak kemas tetapi boleh jadi ianya tidak efektif kerana kita perlu mengalihkan bekas yang paling atas untuk mengambil bekas yang paling bawah. Bekas storan bentuk bulat pula memang cun tetapi sebenarnya tanpa kita sedari bekas tersebut membawa kepada pembaziran ruang berbanding kita menggunakan bekas berbentuk segiempat. Dan lain-lain lagi.
3. Label.
Selain itu, label juga sebenarnya satu proses yang nampak seperti 'kebudak-budakan' tetapi sebenarnya merupakan satu proses yang penting dan sangat signifikan dalam proses susunatur. Kadangkala orang bertanya ''hai, asam keping pun takkan tak kenal?''. Sebenarnya, tak timbul isu kenal atau tidak asam keping tu, tapi penjimatan masa yang kita inginkan semasa nak buat kerja di dapur itulah tujuan kita melabelkan sebenarnya. Tak perlu nak perhati apa ada dalam setiap bekas cuma terus tuju pada nama bekas. Nampak remeh tapi bermakna.
4. Motivasi.
Susunatur satu cerita. Dekorasi pula satu cerita yang lain. Tetapi mereka sebenarnya ibarat irama dan lagu. Biasanya kalau dah susunatur, unsur dekorasi akan menyusul. Paling koman pun akan ada sekuntum dua kuntum bunga sebagai penyeri meja. Atau frame-frame penyeri dinding. Dan tanpa sedar, unsur dekorasi ini sebenarnya boleh menjadi suntikan semangat dan motivasi untuk kita pastikan rumah kekal kemas dan bersih. Yelah, manusia biasa kan, fitrah suka tengok benda-benda yang cantik. :)
5. Spring Cleaning Setiap 6 Bulan.
Namanya spring cleaning, walaupun bukan ada musim spring pun kat Malaysia ni. ;) Sebenarnya, ia membawa maksud mengemas secara ALL-OUT setiap lebih kurang 6 bulan. Ikut keselesaan masing-masing. Setahun sekali pun boleh je. Dalam peringkat ni, kita sebenarnya mengemas rumah bukan seperti biasa. Tetapi lebih kepada memperbaiki sistem. Contohnya, susunatur dapur yang mungkin memerlukan nafas baru untuk keselesaan dan keberkesanan bekerja. Dulu rasa letak pinggan makan kat rak atas lebih kemas tapi sebenarnya as time goes by lebih selesa sebenarnya dia berada di tingkat bawah. Ataupun dulu susun baju anak begini, sekarang anak dah besar nak susun begini pula. Ataupun dulu sebagai ibu bekerja susun workstation begini, tapi bila dah jadi WAHM nak susun begini pula. Jadi, sistem macam tulah lebih kurang kita nak betulkan.
Contoh spring cleaning yang melibatkan proses purging/sisih. Proses yang sangat penting untuk memastikan rumah tidak menjadi pusat pengumpulan barang...ditakuti menjelang 10 tahun usia rumah, bukan setakat mengumpul barang tapi turut mengumpul haiwan perosak seperti Cik Ti. ;)
6. Sikap & Rutin Harian.
Perkara ni saya dah pernah kongsikan dalam entri INI dan INI. Secara ringkasnya saya kongsi tentang perlunya memulakan semuanya daripada dalam diri dengan mengubah sikap terlebih dahulu terhadap urusan rumah tangga. Inside-out. Betulkan sudut pandang kita kepada urusan harian rumahtangga. Adakah kita boleh mengumpul pahala dengan urusan rutin ini atau sebenarnya semuanya menjadi sia-sia atau bahkan dosa pula. Na'uzubillah. Saya bukan apa, bila tulis tu sebenarnya saya sedang secara tak langsung memperingatkan diri sendiri. Bukankah telinga saya yang paling dekat dengan tangan yang sedang menaip ini? ;p
Waakhirulkalam, sama-samalah kita memperbaiki keadaan rumah kita. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk keselesaan kita sendiri. Untuk baiti jannati sendiri. InsyaaAllah... :)
33 comments:
akak mmg sifuu..sukaaa
great piece of sharing, memang tak boleh nampak rumah bersepah ni, sakit kepala...
betul tu..mmg sangat susah nak maintain...nak2 kalau kita sorang je dalam rumah yang beria2 dengan mengemas dan deko bagai...yang lain cuma tumpang 'senang' je kan...well...disebabkan saya kronik jugak OCDnya...so saya mmg x duduk diam..mana yang paling nampak tu saya akan kemas..x kira masa...kadang tu xdan nak duduk pun...tgk tv pun mata memilau...hhu..anyway, TQ for sharing the tips...mmg berguna..
Tajuk dan tips yang menarik...amat berguna...
setuju. yg penting kena konsisten dan disiplin!
tq sue dearie..jom sama2 kongsi cerita...ni akk belasah buat tips sndiri je ni...perlu timbal balik dari kengkawans gak ni....;D
tq dear farah...sharing sesama gak jom =)
ni mesti kes pantang nmpk sepah ni kan..mesti terus bingkas bangun dan kemas. Yang tu perangai mcm mak saya tu. Mmg super rajin. Kecuali time tak sihat. Kalau tidak mmg macam lipas kudung buat kerja rumah. Sy mmg tak dpt celen tenaga mcm tu. good attitude dear!
timaceh atie =))
betul tu! konsisten + disiplin...kadang payah nak buat jgk tu..huhuhu..tp kena kuatkan semangat :)
Salam fizah,selalu jg baca blog ni tp akak x pernah komen atau share apa2. tp kali ni mcm nak join jg...mmg akak pun suka kemas rumah dan setuju dgn semua tips fizah tu.
Thanks, Fizah. Good tips. Tapi macam saya ada 2 orang kaki sepah... anak-anak. Hehehehe... Kemas kat bawah, atas bersepah; kemas kat depan, belakang diorang buat sepah... sadis... Huhu...
salam kak...time kasih sudi join kak..marilah memeriahkan cbaran kita..=))
haha...anak-anak mmg kreatip sgt kan...saborrr je ...hihihihi
Yup kak. Setuju sgt. Point number 1 tu mmg patut letak number 1. Setiap benda kena ada 'rumah' masing2. Dan cube konsisten dgn tempat simpanan tu utk tempoh yg lama..baru senang ank2 nak ikut. Saya pon ad aperangai tak best. Cepat naik angin kalau bersepah2...huhu..
*yes...pehenatsahangat...hahaha*
hihihihi....kan su kan..rasa tak efektif pun ye jgk bila umah sepah2 ni...
tips yg berguna... mmg kekadang biarkan aje anak nak bermain.. dah belikan derang mainan kan.. xkan nak simpan aje mainan tu.. hihihi.. bila dah abis main.. mintak derang simpan dlm box masing2..
yela kan fizah...bila ada anak kecik...susah nak maintain umah slalu kemas...tp nisa slalu ckp kat diri sendri" takpe...maknanya anak kita tu chat sebab tu die main n sepahkan umah" lau mereka sakit kita jgk yg sedih tgk dieorg terbaring...btul x?
tula sis kan..bila ada box ni, anak pun sng nk tlg kemas..lega ibu tgk anak tolong :))
betul sgt tu nisa...selalu igtkn diri sendiri..anak2 harta dan amanah tak ternilai...jgn sia-siakan...insyaaAllah sesama jadi ibu hebat! wah gituuu ;))
mana ruang yg paling menambat hati kat rumah sy...doa2kan sy ye fizah....nak sgt teratur kemas....
insyaaAllah sy doakan...pelan2 ok =))
Terbaik! keep on writing & inspiring ;)
timaceh kakak comel! =)
tima kasih atas nasihat. terus rasa bersalah kat anak2. saya ni nak sgt rumah yg kemas dan bersih. tp kadang2 sy biar je rumah bersepah, macam yg di kata tadi, anak2 sedang membesar, tgh explore everything. kadang tu sofa kat ruang tamu dah macam kapal karam, siap bole diorang jadikan slide.. heheheh
Best gak ideA spring cleaning tu. Mmg kena buat mengemas besar besaran tu. Nnt mesti ada brg yang tak berguna nak dibuang
Memang kene buat, sy ade letk barang2 yg ingatkan nak simpan utk diubah suai jd bende lain, aleh2, "bende lain" yg dtg duduk. masalah jugak ni nak halau cik ti tu keluar. huhu
saya memang serabut kalau tengok rumah bersepah. iya lah dah penat kerja bila balik rumah bukak pintu tengok macam tongkang pecah. memang stress la. tapi bila bebudak ada kat rumah macam waktu cuti sekolah ni memang bersepahlah rumah... tawakal aje la... kalau asyik kena marah aje bebudak pulak yang stress.... kesian pulak. betul tak?
betul tu...:))
Bagusnye blog ni.. bnyk tips2 yang sgt membantu.
Kalau sudi singgah la blog sy..
My Blog
ASDY Dimension.blogspot.com
Betul apa sis ckp kadang naik hangin gak, tpi apa nak buat kita kena redha dan sabar je la dgn apa yg ada..takut jugak bila dah marah,mulut start bebel datang dosa pulak.. nauzibillah.. Btw salam perkenalan semua.. norlin datang dari blog http://craftwithlove.blogspot.com
berangan ni ..buat camni..mmg teratur je kan...
menarik ni ... memang kalau ada anak kecil , lepas kemas , tak sampai 5 minit, bersepah balik
Post a Comment