Monday, July 22, 2013

24 Spring Cleaning dan Pengumuman Pemenang GA Susunatur Ruang Kerja/Belajar Anda

Assalamualaikum wbt semua,

Mohon maaf pada semua...beku sekejap blog ni dari entri baru. Bulan-bulan puasa...jangan marah haaa takde update...;p

Saya bukan bizi apa sangat...cerita study satu hal la kan...tapi sekarang tengah spring cleaning house. Setiap 6 bulan kena buat macam ni. Rasa tak praktikal pulak cara ni bila anak dah makin bertambah ni. Mungkin perlu gunakan pendekatan lain lepas ni - contohnya guna jadual macam MamaLynd cerita tu (link).

Spring cleaning...korang tahulah kan...macamana punya penat...dengan waktu yang terhad bulan Ramadan ni, dengan dak kecik kat umah lagi, pastu ada mini renovation fulakkk...haihhh...

Moh kita layan gambar jela ekkk...Nak taip panjang-panjang pun korang penat lak baca akak membebel bulan-bulan puasa ni...hee

Hasil purging yang nak disedekahkan...

(Nota: Purging ialah satu proses pembersihan barang-barang yang sudah tak digunakan)

Hasil purging yang nak dibuang...

Baju budak-budak yang nak disedekahkan...kebanyakannya masih elok cuma anak-anak dara tu dah besar...tak muat dah...

Baju mak pak budak pun banyak disedekahkan...tu bukan sebab mak pak dah besar tapi baju tu yang dah kecik...kikiki

Barang-barang yang diperlukan untuk proses spring cleaning.
(suka-suka hati letak nama spring cleaning)

Tangga pun perlu.

Ke hulu ke hilir usung tangga ni tau...

Bersihkan habuk siling...

Bersihkan cermin almari yang tinggi...

Bersihkan celah-celah almari...

Bersihkan tong sampah...
(ingat manusia je mandi...rupanya tong sampah pun nak mandi jugakkk...huhu)

Bersihkan laci dan purging apa yang patut...

Bekas jarum pun nak kemas...Mana-mana jarum yang dah bengkok dan tak tajam tu, terus buang...

Bekas jarum yang sampai ada dua ni buat apa entah? Buang satu...tinggalkan satu je...

Susun ketinggian jarum dulu, baru masukkan dalam rumah memasing...

Keluarkan laci dan bersihkan habuk-habuk...

Tarik katil, bersihkan habuk bawah-bawah katil...

Proses yang diulang-ulang untuk setiap bilik...phewww!~

Renovation pulak...

Yang menghasilkan habuk yang amat dahsyat untuk dikemaskan...

Atas tikar...

Atas dapur...

Atas pasu...

Atas mesin basuh...

Tengok, siap orang yang kerja tu buat bentuk love pulak...Taktahu nak gelak ke nak marah...

Hasil-hasil yang dah dikemaskan...setakat inilah...
Ni atas almari...

Ruang tamu...

Wayar-wayar berselirat...

Kipas...

Banyak lagi nak kena buat ni...airwell on-going...dapur belum sentuh...jangan raya tak sempat habis kemas sudahhh....aaaaa fingsan!

Dengan itu, harap dapatlah menjawab persoalan kenapalaa blog ni suram sunyi dari cerita susunatur terbaru...Walaupun sunyi sepi, ada jugak pembaca yang sudi berkunjung yang buat saya terharu...Terima kasih kepada yang sudi download-download apa-apa yang ada di 'Koleksi Boleh Cetak' tu...Gembira bila dapat e-mail ada orang preview atau download...;)

Dan yang paling penting, saya nak umumkan pemenang untuk Giveaway Susunatur Ruang Kerja/Belajar Anda. Nak buat entri lain macam dah lewat sangat...Jadi combo di sini sekalilah yek...

Sebelum tu, terima kasih tidak terhingga buat semua yang menyertai giveaway kali ni...Anda semua memang hebat-hebat dan rajin-rajin semua...! Special thanks to Aty sebab lama dah jemput dia join giveaway-giveaway kat blog ni tapi baru kali ni ada rezeki Aty join...Tak menang pun takpe Aty kannn...lain kali boleh cuba lagi...ngeee ;p

Terima kasih tidak terhingga juga terutamanya kepada penaja hadiah kali ni iaitu...Zura from basketiers.blogspot.com. Pakat-pakat klik deh blog basketiers ni...Produk-produk beliau memang comel-comel belaka...Saya pun nak sambar owl ni satu tapi belum sempat ke Bangi lagi nak amek...Zura, wait for me ya...Nak amek sekali ngan kerusi...;)

Maka dengan ini diumumkan pemenang untuk "Giveaway Susunatur Ruang Kerja/Belajar Anda" dimenangi olehhhh....

eh jappp, mintak maaf dulu sebab lambat umumkan...



*


*


*


*


*

Tahniah pada Xeea (harap dah dapat e-mail), dan terima kasih kepada semua peserta...! 

Banyak betul cerita susunatur yang nak dikongsi...in syaa Allah kita ketemu di lain episod ok...

Di bulan puasa yang penuh rahmat ni, doakanlah saya dan kita semua diberi keberkatan masa...banyak masa nak beribadah, study, kemas rumah dan update kat blog...;)

 photo footer.png

24 comments:

Unknown said...

teliti betul fizah mengemas yea....superb!
kesabaran perlu tinggi nak mengemas lepas renovate nie kan?

Unknown said...

Hais.. aku mengharap penjelasan yang detail untuk setiap gambar..
Mungkin 1 cerita 1 entry.. rindu update kamu..

Fizah said...

huisss fenat...hihi

Fizah said...

cadangnya begitu...slowly will story mory gak.. ;)

Asma said...

Finally..lama betul hibernate. Rindu ;)

Fizah said...

ye kak..kita pun rindu kat diri sendiri..ekeke..nti raya mai umah tau! =)

Han Hanni said...

spring cleaning sangat bergunaaaa..

cik hani selalu spring cleaning kalau kat kampuung setahun sekali ataupun kalu nak ada majlis.

kalau kat rumah sewa dgn cik suami, spring cleaning buat ketika plan nak ubah3 kedudukan perabot..mesti cleaning semua kat rumah tu

ch@ said...

mmg berkilat ko kerjakan kan? aku mmg tidaklah, cukup sekadar bersih hari2 je. kipas, suami aku punya kerja. lain2 suka ubah kedudukan sofa dan meja makan. hahaaa... ya ALLAH malasnya makcik hijau ni. haish!

just azura! said...

fiza! takpe takpe sabar menanti ni..hihi.. :) congrates untuk pemenang!

me.ronazil.ab said...

rajin bebeno akak kita ni

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Yeahhh...finally! Tanak jemput beraya ke ni? Hehehe.... Evamatic mat kita sama la kak ;p

Fizah said...

Itula kan...klu ada jadual mungkin kerja jadi lbh sistematik...nti nk cuba buat....

Fizah said...

Haha...ko rajin tang lain...quilling tu comeyyy blh jana income lagi...caiyok macik!! I support u!! ;)

Fizah said...

Sabar ekkk...heee..nti xeea da emel fzh infom k :)

Fizah said...

Puas jugak nak selesaikan...bertabah hingga ke sudah...doakan ya :)

Fizah said...

Huis mustilahhh jemput...maila tau..kat melaka...ada no fon kan? Nak mai, kabor dulu k..

Evamatik mat tu perasan gak kat umah awak...ramai betul peminat warna ni...sepesen jek taste kita..sesuatu sgt nih...hehehe

ida said...

Fuuuh, dah start yer...bila pulak i nak start ni, i busy dengan kuih raya jer, sebelum raya nak kena settle ni,dah la rumah i lagi banyak 'sampah sarap' nak kemas....tengok u kemas pun i dah nak pengsan dulu, nak start kat rumah sendiri, sepuluh kali pengsan hahahah

Fizah said...

itula anak makin besar makin byk brg kan..ni anak2 kecik lg blh dikawal2..dah besar nti semua nk beli pastu buat penuh rumah..hhuuhu..shud mentally prepared ni...;)

p/s kita tahun ni kuih raya tunjuk je..;p

SUHAIDA said...

wahhhhh..habuk tu mmg buat hati tak senang duduk kan..
tak sempat pun nk join ..hihi..nnti join contest lain pulak

Fizah said...

haah la..geram betul nk bersihkn..lps ni nk beli vakum la...fenat pki penyapu...penyapu pun dah sampai uzur dah...hehe

xeea said...

Sorry Fizah for late reply *my bad*
Feel so honoured neway.

Thank you, thank you! *hugssss*

Fizah said...

oraite xeea..nti reply emel okeh..congrates! =)

fazianbatrisyia said...

wahh...operasi besar ni. rumah sy lum usik lagi...minggu ni ni kerja hb la tu...sy nak wat cookies & kek...

Fizah said...

tahun ni ktrg tak buat kuih..main tunjuk je..kebetulan ada jiran yg mmg amek order..apalagi..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...