Wednesday, February 26, 2014

30 Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja

Assalamualaikum wbt,

Koleksi alatulis saya terlalu banyak. Dari zaman sekolah punya pun ada yang masih saya simpan, seperti kotak alat geometri. Yang ada jangka lukis untuk buat bulatan tu dan banyak lagi yang sewaktu dengannya. 

Tak masuk koleksi pen, pensil, pensil tekan pelbagai saiz mata, liquid paper, pemadam, pengasah dan banyakkkk lagi...

Saya mengalami fasa 'kebuntuan' yang melampau sangat tentang cara nak susun semua perkakas alatulis ni. Serabut sangat...nak cari benda kecik-kecik kadang tak jumpa. Habis selongkar dah...tup-tup kat paling bawah dia duduk ditindih-tindih barang lain yang besar-besar.

Saya cuba search cara yang ada di internet tapi tak banyak yang dapat membantu. Kebanyakannya menggunakan laci yang sedia ada kat meja untuk susun alatulis mereka. 

Dan meja saya, yang sedihnya tak ada laci tersebut. Hanya ada rak yang terbuka, takkan nak lambakkan macam tu je...

Jadi kenalah fikir caranya.

Fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir....

Sehinggalah dapat satu idea...!

Guna laci yang sedia ada dijual di kedai-kedai alatulis atau pasaraya besar!

Sebelum nak beli tu, saya dah siap-siap ambil ukuran semua, tinggi, lebar dan kedalaman untuk tengok bekas laci yang mana paling ngam dengan rak yang saya ada.

Akhirnya, jumpalah rak warna hijau macam kat bawah ni {yang ada anak panah tu}. 

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Saiz dia ngam sangat-sangat dan boleh muat tiga ketul yang memang sangat cukup untuk koleksi alatulis saya. Warna hijau pulak just perfect dengan warna dinding.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bekas hijau ni ada dua bahagian laci dan atas sekali tu kena buka penutup ke atas untuk ambil barang kat dalam dia. Harga seketul ~RM15, saya beli di pasaraya Mydin. 

Masukkan semua alatulis ikut sistem 'like with like items' dan kemudian labelkan sementara.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bahagian paling bawah dari kiri ada koleksi clips, sticky notes dan gadgets

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bahagian tengah pula menempatkan koleksi pen, pencil dan highlighter.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Paling atas yang kena angkat penutup tu ada puncher & stapler, calculator dan misc.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Kali ni, buat label yang proper sikit sebab cara yang sementara tu tak praktikal langsung. Print je kat atas kertas foto, gunting dan tampal double tape nipis di belakangnya.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bersihkan label lama dan bersedia menampalkan label baru.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Ada tulisan 'MAX' kat bekas yang asal...agak serabut saya tengok dan takde kelebihan apapun tulisan MAX tu. Jadi, saya siap-siap ukur saiz label yang saya nak supaya dapat tutup tulisan tu.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Fuhhhh...barulah efektif macam ni. 
Tulisan tu memang saya buat warna hijau, supaya nampak macam satu set dengan warna bekas tu.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Senang nak guna, senang nak ambil, senang nak maintain...=)

Projek simple di pertengahan minggu yang serba sibuk. Ada projek kecil-kecilan ruang SOHO anda yang nak dikongsikan? Camne korang simpan semua koleksi alatulis korang? Cuba kongsikan =)

 photo footer.png

30 comments:

Jueliza Jamani said...

kemas betul..

~ NANA ~ said...

kemasnya!!! i punya berterabur lagi...haha

ch@ said...

kahkahkah...pertanyaan ko yg last tu buat aku gelak teringat aku punya alatulis. merata-rata sampai sakit otak nak ingat. alatulis byk melampau. kalau kumpul mmg konfem boleh buka kedai alatulis. aku mmg nak sgt beli laci cam ko ni, target belanjawan bln ni. hijau jg la camtu. tggu nnt aku rajin aku buat enrty eh.

PetakBunga said...

nak ikut label nga barang tu yang payah.. mm
main masuk semua je

Rizziela said...

senang dan kemas kan

ShasuaN said...

sama la ... cuma sy pnya kaler putih n 1je lacinya .. Rm4.99 beli kt parkson .. :)

## Nmpk kemas n cntik bila dah label tu .. nk buat jg la .. hihi

Mama Rizqin said...

menarik sangat dan kemas...boleh tiru hehehe

Nadt said...

suka! lama da tak buat susunatur ni. masih berperang dengan ruang terhad rumah la ni.

cplud miera said...

assalam fizah. wah cantek! cun! Senang nk guna kan :)

Aty Fared said...

masa baca awal2...baru nak cadang kan konon nya...haaa...begitu lah kekdah nya..akak pakai masa study dulu...tapi masa tu tak berapa gempak nak pakai label lawa2 macam awak nye.. heheh.. :)

Fizah said...

timaceh..=)

Fizah said...

nana start je kang terus kemas dah tu jadinya...hehe =)

Fizah said...

senang ada bekas gini. nak apa tarik je laci tu. hijau ekk..ok kalu jadi beli blh kongsi cerita ok..iols tunggu =)

Fizah said...

susun2 dulu nanti nak guna kendian hari senang je..jom kita! :)

Fizah said...

betul tu! =)

Fizah said...

haa...sila-sila..nanti kongsi2 la kalu sudi =)

Fizah said...

blh2 takde masalah my dear =)

Fizah said...

blh tu nadt, insyaaAllah mmg amek masa sikit nak adapt dgn ruang baru. lama2 pasti selesai tu..

p/s lama juga tak dgr perkongsian dari nadt..rindu jgk seposen dua ni =)

Fizah said...

wslm wbt..betul tu miera..nak guna apa, dah tak jenuh mencari. tuju je ke rumah memasing. =)

Fizah said...

kita pun baru kesedaran ttg label ni kak. rasa mmg penting sungguh ada label ni. kalu tak tu jenuh nak bukak satu-satu pasal tak masuk memori laci ni dulu letak apa ekk..gituuu...hehe =)

TeacherAzimah said...

Kemas sgt! Teratur i like! Eee best2 jumpa blogger yg suka susun atur ni hehehe...kita suka benda yg sama :-)

Jasmin said...

ini memang bebetul susun dan atur... rajinnya fizah ni tau..kagum kak ayu tgk. bak sini sikit aura rajin tu... :)

uyah nazura said...

Terbaik lah fizah...kemas je...heheh

uyah nazura said...

Terbaik lah fizah...kemas je...hehehe :)

Fizah said...

seronok jumpa geng kan? ;)

Fizah said...

ahaha...senang je kak..label dan susun sajok...jom kita! =)

Fizah said...

tq dear uyah =))

Asma said...

Nak gi beli jugak la abg MAX tu..nampak sungguh tersusun

Fizah said...

fewiit..kak asma dearie...hehe...jom-jom berabg max aje di ruang belajaq =p

Unknown said...

idea bermanfaat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...