Apa khabar hari-hari yang telah anda lalui minggu ini? Ada yang gembira, bahagia, ceria dan tak kurang juga yang monyok berduka, tertekan dan sebagainya...? Semoga hari-hari yang berlalu itu...walau setinggi mana bahagianya telah kita rasa atau serendah mana ke perosok bumi telah kita ditekan...laluilah dengan penuh tabah, sabar dan syukur!
Tidak ada bahagia atau derita yang berterusan di dunia ini. Semuanya transient dan fana belaka - kerana memang dunia tempatnya ujian buat manusia - bergelar hamba. Uniknya menjadi Muslim adalah apabila diuji dia sabar, maka kebaikan untuknya. Apabila mendapat nikmat dia bersyukur, juga kebaikan untuknya. Sentiasa win-win situation.
Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita dan anda semua...syukur dalam bahagia, redha dalam duka.
Amacam?
Ok tak mukadimah kali ni? Hehe...;p
Sebenarnya saya nak tanya, biasa tak korang alami...keadaan rumah yang terlalu sepah, serabut, tak tersusun dan tidak kemas sehinggakan korang rasa terlalu down...dan sangat de-motivated? Rasa macam tak boleh move on...stuck di rumah sendiri...dan rasa seperti tak akan jumpa jalan keluar?
Kita mungkin seorang yang pengemas ketika bujang, kemudian masih boleh mengekalkan momentum sikap tersebut apabila masuk ke alam perkahwinan walaupun mula goyah kerana mungkin ada sesetengah peraturan dan standard mengemas yang digunakan tidak difahami oleh pasangan...dan kemudian semuanya kelihatan bertambah mustahil untuk dicapai apabila anak mula bertambah dari seorang kepada berorang-orang...?
Adakah itu semua menunjukkan petanda kita sudah mula malas...?
Sebenarnya istilah malas sangat tidak tepat kerana kadangkala memang kita nak atasi perkara-perkara tersebut, kita mahu rajin dan bersemangat tetapi semua itu dilunturkan dengan "saya tidak tahu bagaimana caranya". Puas diusahakan tetapi segala ikhtiar sentiasa berakhir dengan 'dead end' yang menyakitkan. Dan akhirnya menjadikan kita hampir putus asa...
Image googled.
". . . macamana saya nak selesaikan semua kerja rumah yang tak pernah habis ni?"
Soalan yang kerap berlegar di minda para suri keluarga yang mahukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya. Bagaimana untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa? Kerja yang tidak berkesudahan...memasak, membasuh, mengemas, menyusun dan banyak lagi - berulang-ulang...
Tanggungjawab makin bertambah, masa kelihatan terlalu mencemburui, banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam sempit waktu yang ada...sehingga hari-hari yang dilalui sering disudahi dengan tidur yang cukup melelahkan?
Ada banyak cara untuk kita semua mengatasi perkara ini.
Antaranya mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk lebih bertenaga, mengamalkan 33x Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar setiap malam, memandang positif setiap perkara yang perlu dilaksanakan bukan untuk penghargaan manusia tetapi redha Allah dan banyak lagi cara yang sering pakar motivasi dan ahli ilmu kongsikan.
Tetapi yang sering menjadi turning pointnya adalah tidak cukup dengan sekadar tahu tetapi bagaimana untuk MAHU dan menuju mampu untuk melakukan apa yang hari ini kita sedar sebagai "kita perlu berubah".
Bagaimana untuk bermula?
Saya ingin kongsikan satu perkara yang boleh kita usahakan agar kehidupan yang terasa serba-tidak-sempat ini sebenarnya masih boleh disempatkan sekiranya kita tahu caranya.
Antara perkara paling penting yang para profesional dalam bidang organizing tekankan dalam menguruskan rangka kerja seharian adalah dengan menyediakan satu jadual rutin harian.
Walaupun pada sesetengah orang, perkara ini kelihatan leceh, renyah, rigid dan 'kebudak-budakan' tetapi tanpa kita ketahui, dengan adanya rutin sebegini, kehidupan kita akan menjadi jauh lebih terurus berbanding kalau kita hanya buat perkara yang 'pop-up' di minda sahaja.
Menurut penulis buku Absolutely Organized A Mom's Guide to a No Stress Schedule and Clutter-Free Home, Debbie Lillard, kebanyakan klien beliau mengakui dengan adanya rutin harian, kehidupan mereka jauh lebih baik dan terurus berbanding sebelum ini.
Contohnya, dalam satu rutin harian, sebelum masuk tidur jadikan rutin kita untuk membersihkan sinki dapur terlebih dahulu. Dan konsisten dalam melaksanakan perkara itu walaupun hampir bosan kerana setiap malam perlu melakukan perkara yang sama. Jangan biar sikap "aduh malasnya...dah mengantuk ni...esok-esok jelahhh..." dan sebagainya menang dalam pertarungan ini kerana jika tidak, pada esok harinya pasti kita akan kelam kabut mengejar waktu untuk membersihkan sinki dahulu sebelum boleh menyediakan sarapan.
Tetapi jangan pula kecewa dan putus asa sekiranya sekali sekala kita 'kalah' dalam pertarungan itu, kerana kita manusia biasa dan bukan robot yang boleh diset tahap tenaganya.
Atasi dan terus cuba atasi.
Cari titik penting dan menarik dalam garis masa yang panjang dan membosankan itu. Seperti mendengar radio, mendengar bacaan Al-Quran para syeikh/huffaz yang menenangkan jiwa, berdiskusi dengan diri sendiri tentang misi dan visi kehidupan dan sebagainya.
Boleh juga dimasukkan dalam rutin harian sebelum tidur itu 'pick as you go'...nampak ada benda-benda yang tak kena duduk rumahnya seperti majalah, buku, mainan anak dan sebagainya, ambil dan letakkan terus ke tempat asalnya. Jangan bertangguh kerana yang sedikit-sedikit itu jika dibiarkan akan jadi bersepah yang lebih sukar untuk diuruskan kemudian hari kerana terlalu banyak.
Jangan lakukan seorang diri!
Keluarga adalah tentang perkongsian tanggungjawab dan rasa bahagia bersama-sama. Tak boleh ada satu individu sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan semua perkara. Suami/isteri dan anak-anak perlu mengambil bahagian dalam memastikan rumah yang diduduki itu selesa dan 'seperti syurga'.
Contohnya jika isteri dah setelkan sinki dapur, suami dan anak-anak bergabung tenagalah untuk 'pick as you go' tadi. Tidaklah tertekan ibu tadi nak kena buat dua perkara setiap malam. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitu.
Rutin kami dengan warna love berbeza menunjukkan tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan.
Kelihatan terlalu...
...skema?
...perfectionist?
...ber'penyakit'?
...rigid?
Jangan risau sebab...
I am soooooooooooo not ALONE...!
I am soooooooooooo not ALONE...!
;p
..
..
..
..
..
..
Walaupun kelihatannya agak membosankan kerana perlu mengikut jadual yang fixed, tetapi memang diakui dengan adanya jadual, kehidupan akan jauh lebih berkualiti, kurang stress, lebih terurus, kerja dapat disiapkan bersama-sama, kasih sayang lebih mekar, muka lebih ceria, badan lebih bertenaga, penjimatan masa lebih banyak, otak lebih kreatif, ekonomi lebih kukuh...dan banyak lagi kebaikan yang boleh dikecapi.
Over-acting?
But it is the truth!
Over-acting?
But it is the truth!
Kadangkala terasa bosan juga asyik ikut jadual, sekali sekala memang nak bermalasan seharian di rumah, taknak bangun buat apapun...nak baring je...tak jadi masalah...manusia memang adakalanya datang 'angin' sebegitu. Baringlah, rehatlah...kemudian bangkitlah kembali dengan emosi yang lebih segar dan bersemangat...!
Be flexible is the keyword. =)
Mulakan dengan yang asas dahulu!
Ubah daripada dalam DIRI.
27 comments:
Wow sangat menolong . Thanks
Kagum! tu jer mampu komen..:)
dah mcm article dah...tapi tetap baca sampai habis =)
sangat bagus... oh saya pun kena buat macam ni..tqsm
WOOOW WEEE...TERBAEKKKK!!!!
OHHH...MY LOVELY FAMILY...LET'S START
tips menarik!
by the way, tak apa rumah bersepah sekali sekala. saya yang tak ada anak ni pun boleh tahan sepahnya rumah tu. kadang buat pejam mata je sebab malas sangat. tapi tulah, kena kumpul semangat dan betul, buat yang basic basic dulu dan sikit sikit. lama-lama habislah kerja rumah yang bertimbun tu, hehe.
sesama.. =)
timaceh..pinjam semangat dan motivasi dari kwn2 jgk ni =)
tq adik manisss.....;)
ah-ha...jom kita!
hooooo....yeahhhhhhh......jom-jom-jom...=D
zuraaaa....lamaaa tak dgr citer awak....hihi
betul tu! buat sikit2 kan...lama2 siap kan....=)
saya dh bookmark blog ni, byk
bg motivasi kat saya utk kemas umah lebih kerap tp teratur ;)
Wah fizah, penerangan yang sangat terang dan jitu hehe insyaallah kena ada jadual yang betul2 difollow, ni asyik tukar jadual je hehe thanks anyway for the info
terima kasih dear aju mohit. Sesama kita berkongsi2 cerita jom.. =)
hehe...takpe tukarlah smpi jumpa yg selesa. kadang kita terlalu tegas dgn diri sendiri..nanti share rutin awak pulak ok =)
Akak dah lama jadi silent reader fizah.sangat-sangat berterima kasih utk semua tips yang dikongsi walaupun akak masih dalam proses menjadi working housewife yang sempurna.baru nak hantar emel tanya fizah pasal ni sekali dah ada entry.thanks fizah.luv u..muahhh..
alhamdulillah, semoga kita semua mampu menjadi superwoman untuk keluarga masing-masing =)
terrrrbaik.... best sgt infi ni :-)
timaceh...sesama kita amalkan jom! =)
Hari ni...dpt cuti...setelah bekerja siang dan malam...sabtu ahad pun kerja..hr minggu...anak2 trpaksa ditinggalkn bersama suami...dan..rumah pn jadi tunggang langgang angkara dua anak lelaki yang lasak. Hari ni...niat nak kemas rumah terbantut bila tgk keadaan rumah...huhu...trbaca post ni...mula ada semangat ckit...hihi.
semoga dipermudahkan urusan ya..kadang tu badan letih kan..takpe rehat dulu nanti sambung kemas. isi minyak kata orang =)
aku pun dah guna home binder ko mek, btl aku eja ni? best, aku sgt suka. tempah utk nextyear please...aku buat kerja mmg ikut jadual, cumanya aku tak tulis details, rambang ja. aku sgt stuju entry ko ni, kadang aku bersihkan dapur mata aku mmg tahap takleh nak buka. entry ko ni, byk persamaan dgn aku. thanks mek sudi membantu.
dah print ka home binder tu? ihiks..harap membantu businesswoman mcm hang..=)))
Sangat membantu...terbaikkk...👍👍👍
terbaik...kena paksa diri ini ..kalau tidak ke laut juga moodnya...
Bagus
Post a Comment