Thursday, April 3, 2014

33 Pengalaman Duduk Rumah Sewa

Assalamualaikum wbt,

Mintak maaf semua, ada masalah teknikal hari tu dengan inlink tools untuk Cabaran Family Area. Sekarang dah ok, kalau nak submit boleh dah.

Dan ada dua FREE PRINTABLES saya baru letak kat Koleksi Boleh Cetak. Pun boleh terjah untuk print atau download ya.

Hari ni sesi membebel je sebenarnya. ;}

Siapa kat sini yang pernah duduk rumah sewa?

Saya kalau nak dihitung-hitung pernah duduk rumah sewa sebanyak lima kali. Dua kali masa bujang, tiga kali lepas dah kahwin. Berpindah randah ni kira dah jadi lali untuk saya satu ketika dahulu. Kalau tanya penat tak? Fuhhh...sampai sekarang masih fobia bab-bab pindah ni. Penat yang indescribable...!

Rumah sewa pertama lepas kahwin masa tu dua tingkat, kluster. Siap perabot semua, lengkap. Alhamdulillah sangat dapat rumah tu, sewa pun affordable cuma tak tahan jauh sikit dari tempat kerja. Asal petang je mula gelabah cari kunci kereta kemas segala dan zuppp menderu drive balik rumah....baru-baru kahwin kan, pantang berenggang...mulalah rasa nak demamlah, rindu yang bersangatanlah...mengada sangat. ;p

Kemudian lepas suami pindah kerja dan kena transfer jauh ke hujung Malaysia...iaitu Kluang Johor mulalah satu episod kehidupan yang cukup mencabar buat kami. Masa tu, memang tak boleh terima kenapa kena transfer Johor. Kampung suami Kuala Klawang bukan Kluang. Camne admin boleh tersalah baca? {Saya agak je diorang tersalah baca...}

Jauh sangat dan tak pernah terfikir pun akan menetap kat situ. Sayang sangat nak tinggalkan rumah sekarang yang bagi saya dah cukup selesa untuk newly wed macam kami yang belum stabil ekonominya. Kalau nak cari rumah sewa lagi belum tentu dapat yang penuh perabot macam sekarang, siap kitchen cabinet pun ada, kan satu hal pulak nak beli perabot segala.

Tapi, nak taknak kenalah pindah jugak.

Cari rumah sewa pun semua serba adhoc, mana nak pakai survey segala. Dapat notis pun tak sampai sebulan. Menggelabah cari contact tanya rumah sewa. Nasib baik suami ada kawan kat sana boleh mintak tolong.

Tapi sampai je Kluang, masuk rumah sewa...terus rasa macam...

"aaaaa....pitam tengok rumah macam ni".

Kondisinya jauhhhh beza dengan rumah sewa kami sebelum tu. Rumah tu dah lama dan banyakkk sangat kayu-kayu dah rosak sebab anai-anai, tandas pun dah uzur sangat, bilik kedua tu jenis siling tinggi dan setiap hari entah habuk apa asyik jatuh dan penuh bilik tu dengan pasir halus warna hitam, sinki dapur pun asyik basah je, bocor agaknya. Dan macam-macam lagi keuzuran yang memang payah untuk dihadapi. Perabot ke kitchen cabinet ke semua tu nan hado...

Agak lama juga saya mengambil masa untuk terima keadaan ni dan mulakan operasi mengemas dan menyusunatur. Tapi, lama kelamaan kena terimalah juga sebab itulah tempat berteduh yang ada dan perlu disyukuri.

Perlahan-lahan saya kayuh langkah...kemas satu per satu. Setiap sudut, setiap ruang, setiap bilik...semuanya saya bersihkan dengan penuh sabar.

Selesai mengemas, langkah kedua pula untuk maintain. Part paling menyeksa jiwa raga.

Bayangkan setiap hari nak pastikan habuk hitam kat bilik kedua tu disapu, air sinki dapur yang perlu dimop, toilet sudah uzur yang perlu dibersihkan...memang bukan calang-calang rasa tertekan yang saya hadapi waktu tu. Belum sentuh lagi bab habuk dan tahi cicak segala yang ada kat gril-gril yang sudah berkarat. Entah macamana saya nak survive dengan keadaan begitu dan pastikan semuanya selalu kemas dan bersih.

Saya buat apa yang terdaya.

Yang penting sistem kena ada.

Saya sentiasa pastikan untuk mudah bekerja dan selesa tinggal di sesebuah rumah, perlu ada sistem yang membantu. Cara susun baju, cara susun perkakas dapur, cara susun kertas dan buku-buku yang menimbun, cara susun barang-barang kategori stor dan hadiah-hadiah kahwin yang sekian banyak, cara lipat dan sidai baju...etc.

Tapi, saya rasa kunci paling asas untuk berjaya menempuh fasa kehidupan sebegitu adalah S.A.B.A.R!

Tak ada perkataan yang lebih sesuai berbanding itu.

Sebab itu, bila ada e-mail pembaca yang cerita tentang kebuntuan dan stress diorang mengemas rumah tapi masih nampak sepah, tak ada semangat nak kemas, tak ada mood, bukan rumah sendiri dan sebagainya saya boleh katakan yang saya amat faham situasi itu.

Dan saya tak ada nasihat lain selain boleh menyebut ''...sabar''.

Dan juga, dalam masa yang sama perbetulkan SIKAP dan SISTEM yang ada sekarang. Kalau kita dah mengemas bagai nak rak, tapi kemudian masih asyik bersepah maka itu tandanya sistem yang kita gunakan belum betul-betul efektif.

Sistem yang efektif akan membantu kita mengekalkan keadaan yang kemas untuk tempoh waktu yang panjang dan jika bersepah sekalipun ianya tidak terlalu hardcore untuk diuruskan.

Banyak sistem yang ada untuk memudahkan kerja para surirumah. Sistem tu merangkumi cara kita menyusunatur, kaedah penstoran yang kita gunakan, jadual atau rutin harian yang kita amalkan dan banyak lagi. Banyak juga templat harian to-do-list yang boleh digoogle untuk dijadikan rujukan.

Yang penting kena buat. Dan kentalkan semangat.

Bagi saya, sistem memang akan sentiasa berubah. Kadangkala ada sistem yang orang ni cerita tapi bila kita praktikkan tak sesuai pulak dengan kita. Jadi, sentiasalah bersedia untuk mengubah sistem yang ada. Jangan kecewa jika masih belum jumpa sistem yang diidamkan.

Yakinlah apa yang Allah sedang berikan pada kita hari ini tanda Dia selalu sayang pada kita walaupun kadangkala nampak sukar untuk dihadapi. InsyaaAllah manisnya ada di saki baki perjalanan yang masih terbentang di hadapan. ^^,

 photo footer.png

33 comments:

Anum said...

macam2 pengalaman kan

Farah Waheda Wahid said...

saya tak pernah merasa duduk rumah sewa lagi, dan tak tau macam mana rasanya...

just azura! said...

betul tu! ka sabar nak ngemas-ngemas ni. and setiap orang mesti ada sistem masing-masing. zura tak banyak sangat pindah masuk keluar sewa rumah ni. selalu pindah masuk kolej je. tu pun dah menderita. and lepas kahwin, sekali tu je baru pindah rumah. memang teruk jugak nasib baik ada family tolong. next time (kalau ada nex time), jom kita upah packaging and transfer service. hehe

Unknown said...

Pindah rumah tu macam nightmare. Tapi kita tak boleh elak bila masa dan situasi menuntut kita berpindah. Dalam hidup ni untuk semua perkara yang berpaksikan SABAR adalah kunci keluar bagi segala kekusutan tapi itulah resam manusia untuk menghayati makna SABAR tidak semudah menyebutnya. (Peringatan untuk saya)

Unknown said...

saya pun pernah duduk rumah sewa....tau dah cemana rasa pindah randah...azab...skang ni...walaupun rumah comel je...saya tetapkan sistem saya sendiri...kemas dan atur sistem smpi dapat apa yang selesa untuk rumah dan jugak saya...maybe betulla tu kot sebab saya dah x payah jenuh gila2 mengemas dah..huhu..cuma perlu maintain je..

mamaairis said...

Sis kluang duduk area mana?? saya suami pon kerja kluang jugak....pernah menetap di kluang lam jugak la...tapi saya suka plak dengan kluang tuh......ada kluang mall...heheheahahah

fazianbatrisyia said...

insafnya...sy tak sekental fizah...tak rasa susah pindah sana sini. betul lah pengalaman tu mengajar kita sebenarnya. dulu masa pindah dr rumah kakak masa lepas kawin main hangkut je cam tu sumbat dlm kereta...masa pindah dr rumah mentua ke rumah sendiri....brg besar naik lori barang yg rasa boleh bawa dgn kereta pun sumbat jek...mmg pening nak kemas & jadikan selesa....sikit2 buat....sampai skrg tak puas hati jugak...

Nursaila Norman said...

as'salam fizah, saila tak boleh bayangkan mcm mana nak handle rumah sewa yg mcm tu.. huhuhu! hebatnya awak perlahan2 buat semua tu dgn sabar :)

Unknown said...

betul ckp awk...teringin jugak nak belajar sistem utk maintain umah kemas senantiasa...susah bg saya

Fizah said...

haah alhamdulillah pengalaman mematangkan usia =)

Fizah said...

rasanya tak best..hahaha...sbnrnya ikut rumah gak. kalau rumah tu dijaga oleh tuan atau penyewa sebelum ok je tp ni dpt rumah yg tak berjaga..uhuksss...

Fizah said...

pernah terfikir pasal servis tu zura...tp mahal bayarannya...hehe. lgpun iols malu barang iols mcm2 sgt ragamnya...;p

Fizah said...

terima kasih atas ingatan kak...betul tu sabar tu tinggi makamnya...doakan kita sesama jadi org yg sabar dan istiqamah...:)

Fizah said...

perlu kongsikan tips tu dear...ramaiiii sgt nak tahu....serius. :)

Fizah said...

kluang mall tu port dulu tu...hihi. sy duk taman sri kluang..dekat kedai makan benteng tu...mamaairis kluang belah mana? hehe jumpa 'org kampung' ;)

Fizah said...

take ur time dear... setiap org masa penerimaannya berbeza...fazian buat pelan2 ok..lama2 pasti jumpa sistem yg selesa..kami mendoakan =)

Fizah said...

wslm wbt saila, ni kita panggil redah saja...hihi

Fizah said...

insyaaAllah pasti boleh tu..kita kongsi2 sistem tu semua sesama pelan2 ok =)

Nadt said...

Tak pernah duduk rumah sendiri even da beli 3 bijik rumah. Hahaha..menyewa je sehingga tiba masa utk kami betul2 settle down. Saya da merasa sewa macam2 rumah. Rumah yg duduk sekarang paling disaster dengan macam2 masalah. Terpaksa sabar sementara tgu dapat kuarters.

Nadt said...

Tak pernah duduk rumah sendiri even da beli 3 bijik rumah. Hahaha..menyewa je sehingga tiba masa utk kami betul2 settle down. Saya da merasa sewa macam2 rumah. Rumah yg duduk sekarang paling disaster dengan macam2 masalah. Terpaksa sabar sementara tgu dapat kuarters.

Jasmin said...

Demam sejuk panas bila ingat pindah-randah ni. Hehehe. Kalau ada gambar kenangan rumah2 sewa tu boleh la share. Hehe

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Saya cikgu! ;) ni rumah sewa kelima saya! Hehehe...perasaan duduk rumah sewa ni penat tp best sbb x sempat bosan pindah umah baru dah... Haha...

Aty Fared said...

akak pon banyak kali pindah umah sewa...dari bujang...sampai dah kawen..lebih kurang 10 kali kot...haaaa...siyes ni.... ni...dah duduk umah sendiri..sekali tetibe laki akak cakap nak beli umah kat satu tempat ni yang lagi dekat ngan tempat keje die pulak.. akak ingat..umah sekarang ni adalah umah terakhir yang mungkin dah tak pindah2 dah..huwaaaaa..!!! nanges dulu...sebab penat pindah umah..dah tau macamane rasa nya.....

Fizah said...

tula bila umah lama2 ni mmg mcm2 prob kan nadt..nk taknak kena hadapi jugak...bertabahlah ya..uhukss

Fizah said...

syg betul masa tu tak byk amek gmbr rumah kak..bila tgk album2 lama dok pikir awat laa tak simpan gambar tu semua..klu tak blh tunjuk anak cucu nnti...hehe..agaknya masa tu pun dah setengah azab menanggung rasa, tak terpikior nk amek gmbr segala...;p

Fizah said...

haha..ada jgk part yg best tu su...positive thinking...bagus2!! =)

Fizah said...

wahhh lg otai bab pindah akak ni...seploh kali?? phewwww dasatttt....;D

nk pindah lg ke kak? bertabah ya..apapun jgn lupa share nnti psl umah baru...hehe. ;))

nayfatimahrasyid said...

pengalaman yang tak boleh dibeli dimana-mana ;)

Fizah said...

setuju!

Unknown said...

Salam kak Fizah..
Lama dh skodeng blog akak..
Sy pun naik semangat nak susun2..

Salam kenal ye kak Fizah..
ceritaibuanas.blogspot.com

testing machine said...

salam kenal kak fizah, pengalamannya seru juga ya bisa dijadikan buat pelajaran

Mila@Rimbun said...

dok bilang berapa kali tukar rumah sewa erks.. rasanya 3 kali jer. before kawin sekali, lepas kawin 2 kali.. then 5 years ago pindah rumah sendiri. Tapi takde pengalaman duduk rumah sewa pendalaman, semuanya kat KL jer, yg first lepas kawin tuh mmg kosong n kecik jer. Perabot pun lebih kurang je lah, even tak beli katil pun. Rumah 2nd best sebab dah ada KC bagai.. memang menyewa agak lama jugak, dlm 4 years, lepas tuh baru pindah rumah sendiri.. tak sanggup dah pindah rasanya hihi

shidasanmil said...

salam..blog ni sesuwai jd inspirasi saye yg 'rajin' susun2 nie.. ;)
oh saye skrg duduk rmh sewa jugak. tp x mampu dah nk duduk sbbkan 'rajin' tu la. penyakit 'rajin' hehe. insyaAllah bulan depan masuk rumah sendiri. walaupun kecil tp rumah sendiri mintak2 saye betul2 rajin nak susun2..hihi doakan saye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...