Thursday, September 25, 2014

29 Pemasangan Tiles Garaj

Assalamualaikum wbt,

Antara sebab nak pasang tiles ni {perlu nyatakan sebab supaya senang nak justify keperluan atau kehendak}, ialah kalau tak pasang tiles, simen depan ni macam retak-retak. Risau juga kalau pecah nanti bahaya kat anak-anak waktu outdoor activities. Tambahan pula kalau ada anak kecik yang suka menjalar atas lantai, bila pasang tiles elok sikitlah rupa baju tu berbanding menjalar atas simen.

Hari tu lama jugak pemasangan tiles ni. Ada lebih kurang 2 minggu kot. Sepatutnya dapat siap lebih awal tapi encik kontraktor banyak job tempat lain. Jadi lambatlah sikit siapnya...

Tiles ni kami beli sendiri sebab nak jimat sikit kos, cari yang gred rendah je...kat Seremban. Dua kali trip jugak berulang nak gi amek. Harap-harap berbaloilahhh...hehe. 

Saya dah design susunatur tiles jadi kita tengok je gambar ni dan kira berapa keping nak beli. Satu keping 2ftx1ft cuma RM3 je...

Keadaan depan rumah semasa proses pemasangan.

Mula-mula encik kontraktor ratakan dulu simen yang ada dengan lapisan simen yang kasar. Rasanya supaya tiles yang nak dipasang tu nanti mudah grip berbanding simen yang sedia ada ni agak licin.

Air tu semua diorang beli sendiri, iols buatkan air teh je...;p

Makan masa juga proses ni...tapi puas hati tengok dia buat. Kemas dan teliti!

Kadang-kadang ada kawan dia datang tolong...

Longkang ni kitorang tutup. Sebab pertama tak berapa rajin nak basuh lumut-lumut dalam tu nanti. Kedua sebab nak hadirkan ilusi ruang garaj yang lebih luas. ;}

Bila dah tutup longkang, kena fikir saluran-saluran air yang perlu dialir keluar.

Bulatan kiri tu saluran air hujan, bulatan kanan tu saluran air air-cond. Longkang ni nanti diorang akan tutup dengan lapisan simen.

Bila lapisan simen kasar tu dah kering, proses pemasangan tiles pun dimulakan. Encik ni mulakan dari tengah. Sangat bagus cara ni supaya kalau gambar yang kita dah design tadi tak center {kadang-kadang kita tak ukur exactly panjang garaj} maka takdelah kemudian nanti nampak pelik hasilnya...

NOTA: Tahukah anda orang yang ada OCD ni sukakan keadaan yang simetri? Kalau tak, dia boleh menggeletar satu badan nak betulkan balik ketidaksimetrian tu. Ini serius. ;)

Saya dah siap print-out satu salinan design susunatur tiles untuk memudahkan kerja encik ni. Kertas tu memang dia selalu rujuk, seperti kat dalam bulatan hitam tu. Yang dalam bulatan putih tu wiring yang dibuat untuk pemasangan autogate kemudian nanti.

Pum pam pum pam...siap! 

Final touch-up ialah sental kesan simen yang tertinggal tu guna asid, sebelum boleh digunakan.

Bila dah tutup longkang dan pasang tiles, memang terasa lapang garaj ni. Sesuai nak buat outdoor activity dengan kiddos.

Tanah saya tinggalkan sikit je kat tepi. Banyak-banyak nanti tak pandai jaga. -____-

Saya memang berpuas hati dengan hasil kerjanya. Sangat kemas, walaupun agak lama tapi takpelah asalkan hasilnya seperti yang diharapkan. Nama syarikat kontraktor tu H.r Maulana Sdn Bhd, Melaka. Sama dengan yang pasang awning.

Sape kat sini nak kongsi cerita laman atau garaj lagi, jom kita ke SINI...!! :)

 photo footer.png

29 comments:

  1. cantik! kita pun tak suka ada longkang2 kecil kat garaj..senang budak2 ni nak berlari main basikal bagai tak risau jatuh longkang walaupun longkang kecik je..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu, jadi luas bebudak ni nk bermain kan..tp sis yatie punya terlajak luas dah tu...;)

      Delete
  2. wah mmg lapang senang nak kenduri dh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kenduri ekk...tak terpikior lak teman...;D

      Delete
  3. Replies
    1. kecik je sbnrnya, bila tutup longkang dan simen tanah tepi2 tu baru nmpk besar..ilusi optik je tu..tambah lak design tiles menjalur camtu..;)

      Delete
  4. Lega rasanya bila dah siapkan. Tinggal rumah saya je belum buat lagi. Tak tahu la bila nak buatnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. opocotttt...my jiran..my lovely jirannn...hehehe...one day will come ila insyaaAllah... ;))

      Delete
  5. mesti fizah suka ni....
    garaj sy mmg beli dah siap tiles...kalau nak tambah sikit jek lagi sebelah tepi & depa gate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...sukaaa bangatttt...hari tu nana kata dapat autogate..ni fazianbatrisyia dapat tiles plak...wahhh bagus betul developer camni...baik hati!! :)

      Delete
  6. luasnya porch!! puas hati nih nak beraktiviti ngan anak...nak main bola pon boleh ni...fuuuhhh lap peluh! 3 kali ganda porch umah ahkak nih! hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak...kebetulan rumah murah area melaka ni..skrg da mula nak mahal dah...kalau kat area KL/slgor tak tentu dpt jgk kak..huhu..

      Delete
  7. Fizah, banyak nak Tanya. Nanti tengok emel ye.

    ReplyDelete
  8. Pagar depan berbata cantik tu, mmg dh dpt ek?
    Untung la, cantik sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bata tu mmg developer buat sekali dear..

      Delete
  9. cantik2, lapang dan luas. mmg best sekali sekala piknik kat luar rmh. berangin.

    ReplyDelete
  10. Kontraktor ubahsuai rumah di kawasan kajang, bangi, cheras, serdang hubungi 0182233854 khaidir

    ReplyDelete
  11. salam kak..cntik rumah!!boleh tak akk bg no kontraktor tu...ni email sy fizahali12@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nombor dia udah hilang semasa tukar phone hr tu..huhu sorry...--''

      Delete
  12. sis.. beli tile kt mane ye,..

    ReplyDelete
  13. Brp upah die ambik?ade contact no x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm rm7k - rm8k rasanya..tak igt pula exact amount

      Delete
  14. Saya ada produk baru, buatan Malaysia untuk membantu pemasan jubin membuat kerja yang cantik. Produk ini di beri percuma kerana masih dalam tahap percubaan. Untuk mendapatkan secara percuma sila email ke modernkinetics@gmail.com. Sehingga 30-06-16 atau sementara stock masih ada.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...