Wednesday, May 8, 2013

23 Beli Barang Projek Di IKEA

Assalamualaikum wbt kesayangan semua...=)

Apa khabar kalian? Lama kita tak jumpa kat blog ni kan? Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera, hati yang damai dan bergigih meneruskan kehidupan dengan baik, tersusun dan teratur...=)

Sebelum meneruskan cerita, saya nak mengajak anda semua menyokong beberapa blog susunatur yang baru iaitu:

Hidupku Rumahku Terurus (Lynd), Itu Rumah kecilku (Lydia) dan Apples and Oranges (Nas).

Saya SUKA dan amat GEMBIRA akan kelahiran blog-blog sebegini kerana perbincangan khusus tentang susunatur rumah memudahkan rujukan masa akan datang.

Jadi, jom terjah mereka dan follow...=)

Berbalik kepada tajuk, 1 Mei hari tu kami ke Bangi, sebab suami saya ada presentation viva pada 2 Mei. Memang dah bercadang nak terjah Ikea sebab ada beberapa benda projek nak dibeli. Jadi, walaupun 1 Mei, iaitu cuti umum Hari Pekerja...gagahkan diri merentas lautan manusia - semata-mata nak ke Ikea.

Gigih tak gigih. Ish2x...

Nak tengok apa yang kami sambar?

Tapi sebelum tu nak bagitau, pergi Ikea kali ni, kami tak datang dengan tangan kosong. Nanti jadinya membeli asal-nampak-amek jadiknya. Akhirnya nanti, berpeluh nak membayar.

Kali ni, saya online dulu sehari sebelum perjalanan tu, printkan barang yang nak dibeli - iaitu kita masukkan barang yang kita nak tu dalam 'Shopping List' dan kemudian tekan 'Print'.

Dan, kami berbelanja HANYA melihat pada apa yang telah diprint.

Selain daripada tu, JANGAN AMBIK!!!

Hehe... serious warning tu! ;)

Ok, barang yang dibeli:


1. Noticeboard RM19.90
2. BYGEL Rail RM9.90 x 2
3. BYGEL Container RM2.90 x 3
4. KASSETT Box with lid RM19.90
5. VARIERA Waste bin RM9.90
6. VARIERA Shelf insert RM11.90 x 2
7. MÄRIT Table-runner RM13.90
8. PRUTA Food container (set of 17) RM14.90
9. KRAMIG Soft toy RM13.90 x 2

Jumlah belanja: RM158.60

pheww...!~ berpeluh keti membayar...ye dak cha? ;p

Barang nombor 1 hingga 5 tu saya nak gunakan untuk projek ruang kerja/belajar saya.

Barang nombor 2 dan 6 pulak untuk susunatur di dapur.

Barang nombor 7 untuk table runner. Benda nombor 7 ni memang saya dah lama cari. Saya pernah tanya Lydia, katanya ada dijual di Jusco. Tapi, belum sempat ke sana lagi dan dah sampai sini dulu, maka terus je beli kat sini. Keduanya, saya terus sambar table runner ni sebab MURAH! Selama ni duk tengok ada jual kat Tesco tapi punyalah mahal, iaitu lebih RM20 maka saya batalkan niat beli kat situ dan bersabar untuk cari yang lebih murah. Saya sebenarnya nak warna merah tapi dah takde, putih pun bolehlahhh...

Barang nombor 8 tu pulak untuk hadiah Giveaway bulan depan (in shaa Allah). Tengok, sambil gi Ikea pun saya masih ingat kat korang tauuu...ehee foyo tak!?

Barang nombor 9 untuk anak-anak (okey, ini bukan projek - cuma token of appreciation sebab anak-anak behave masa pergi Ikea...hihi)


Jadi, nak tahu projek apa yang saya nak jalankan?

Sila TUNGGUUUUU........

Meanwhile, jomlah memeriahkan lagi Giveaway yang masih berlangsung 'Jom Kemas Rumah Bersama!'. Anda semua hebat! Jom kita!

 photo footer.png

23 comments:

  1. time kasih promote blog lydia.hihi terharu..sobs~
    table runner tu mmg mhl sket. tp nk warna pink punye psl, smbr ajelah.
    uih, siap dah hadiah utk giveaway bulan depan yer..harus ni..
    oh!~ bila lah dpt daku kesana lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun kdg2 je g ikea...itupun klu mmg kena gi bangi...klu tak, takde gaks...

      suh ikea bukak cwgn kat mlk jom! ;p

      Delete
  2. bestnyer p IKEA....mmg rambang mata p sana..kalau tak habis ratus2 ta sah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahla..syg duit tp mmg berkenan brgnya...guane ;)

      Delete
  3. best nye klo Ikea dekat..kan3.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah igt klu ada sebelah rumah taktau laa apa jadi...lol

      Delete
  4. comel anak-anak fiza.. :) kalau pergi ikea bukan anak je kena behave, mak-mak pun kena behave kalau tak habis semua benda nak dibelinya! haha.. kalau saya memang entah-apa-apa jugak yang masuk dalam troli walaupun tak guna (konon-konon nak guna untuk masa depan)..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh tu pasal kena print shopping list dulu...hehe

      Delete
  5. Terliur lak rase nk gi Ikea bace entry nih..
    Lame dah tak pergi sane...

    Bagusnya..nk pergi list down dulu..
    saya takkan jadinya.. List down dah pun mesti ada je barang lain yang saya ambik...canner tu... Pasrah je lah en.suami...hihi

    Ok..cepat up entry projek apa yang Fizah nak buat tu...
    Tak sabo ni...hiiihiihhi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..biasala tu org pompuan..sy pon kdg terlepas jgk amek yg 'bukan2'..maklumlah rambang mata kekdahnya! =)

      Delete
  6. Tq puan fizah kita. Ikea kawasan larangan dua tiga hari nih. Bahaya. Banyak benda nak beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kawasan larangan ek..harap mampu bertahan...;D

      Delete
  7. LOL! barang2 ikea mmg mengundang betul laaa kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betulla!! dah semua brg organizing kat situ semuanya kena dgn citarasa...kut tidak ke hypermarket lain ler kite...kikiki

      Delete
  8. su baru buat blog susunatur.masih baru.just kumpul entri dari personal blog sue.

    ni blog sue :
    http://suesukasusun.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terjah semua...S.U.K.A...!! =)

      Delete
  9. Baru beli rails tu smlm utk dapur juga :)
    Sama taste la kita :)

    Tp rumah sy sgt minimalis..xsecomel Fizah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita minimalis jugak...jom cerita ceriti...:>

      Delete
  10. Byk shopping.. saya dah laaaamaaaa x ke ikea...

    ReplyDelete
  11. Kahkahkah...taknak singgah kan. Majuk ah.
    Camtu la kalo g IKEA. Dgn anak2 pun boleh shopping apatah lg pergi sorg2. Poket saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha mengade! ;p

      btw pnh jgk dgr cha ckp tggl dekat ngn ikea tp hr tu mmg rushing...tak dan menyinggah..hihu

      masuk ikea poket yg tebal pun blh jadik nipis sekejapan..!! ouch ;p

      Delete
  12. Dah lama tak shopping kt Ikea! Kt sini klu convert ke RM mahal so tu yg mls nak beli..baik balik Msia nti baru beli hehe

    ReplyDelete
  13. Eeaahh..rase mcm lame jer aty tak gi ikea..heheh..-sedangkn baru jer pergi 3 minggu lepas- ngeeee

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...