Wednesday, March 26, 2014

39 Makeover Clipboard For Meal Planning Chart

Assalamualaikum wbt,

Saya pernah kongsikan di entri susunatur ruang pantry tentang clipboard ni. 

"Tuannya nak DIY something dulu"...ingat tak?

Hah, hari tu siap dah projek mini saya tu. Jadi, marilah saya kongsikan hari ni hasilnya dengan anda semua. 

Sebenarnya saya pernah tanya Jen, camne dia buat clipboard kat rumah dia semuanya look fancy dengan corak yang cantik-cantik? Kalau cari kat kedai memang tak jumpa corak macam tu. Then dia reply kata dia guna contact paper yang coraknya sama ada memang ada dijual atau diprint je sendiri. 

Contact paper tu macam kertas sticker/wallpaper yang da siap-siap gam kat permukaan belakang dia tu.

Saya tak ada contact paper tu, stok kertas stiker pun dah habis...jadi saya gunakan kertas A4 biasa je, print corak chevron hijau dan guna double tape dan sellotape untuk lekatkan ke clipboard.

Yang paling tricky ialah kat bahagian yang ada clip tu...kena ukur betul-betul saiz untuk kita potong kertas tu...

Guna pisau ya...


Ni bila dah siap dipotong.

...dan masukkan kertas tu ke dalam clip tu.

Sebabnya saya pakai kertas A4 jadi kenalah pakai dua helai kertas supaya cukup nak cover clipboard ni...kalau ada A3 size lebih mudah. Sekali pasang je dah cover terus semua.

Guna pembaris untuk ratakan sambungan kertas pertama dan kedua tadi.


Terbalikkan...

...dan lipatkan lebihan kertas tadi ke belakang.

Ambil lagi dua helai kertas siap dicetak coraknya dan cover pulak bahagian belakang ni.

Kalau guna contact paper, boleh discard langkah ni. Ni sebab saya agak 'rimas' tengok lebihan kertas dilipat ke belakang tadi tu, maka terpaksa tampal lagi dua helai kertas corak ni untuk tutup belakang clipboard ni






Dah siap, bolehlah gantungkan di tempat asalnya.

Dan lekatkan Meal Planning Chart.




Kalau nak guna, ambil je dan bawa ke meja untuk tulis menu dan senarai keperluan. Kena pastikan tangan kering tau, kalau tak corak tu kembang nanti.

Rutin mingguan, merancang menu dan senaraikan keperluan untuk dibeli.

Takde kaitan dengan ruang keluarga ek? 

Alaaaa....bolehlah sekali sekala cerita lain kan....hehehehe

Korang jangan ngelat pulak tau...marilah teruskan perkongsian ruang keluarga korang DI SINI...;D

 photo footer.png

39 comments:

Azziah Nawawi said...

rajinnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
teringin gak nak buat camni, tapi ntah jadi ntah tidak.. hehe

just azura! said...

rajin dan organized sangat fizah ni. bilalah nak rajin macm fizah. T__T

~*irjune*~ said...

cantik dan kreatif. Saya pun asik terfikir gak camne la nak dapatkan corak zigzag mcm tu. Thanks kat Fizah sbb sudi share.

fazianbatrisyia said...

rajin sungguh...takde buat apa ni...sendiri risau

TeacherAzimah said...

Fizah...kemasnya kerja tgn awak. Sy klu bab balut membalut ni alahai..comot hasilnya huhu. Eh doakan sy jd sorang yg rajin memasak yer, tgh berazam ni hbs pantang nnt nak aktif di dapur. Sekarang ni dah sarat, apa pun x lalu huhu...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah memang kreatif lah fizah ni :)

MamaDaniel said...

cantik! suka chevron...

yana Jasni said...

rajin.. meh tolong buatkan utk yana jugak..

Ujie said...

Kemas awak buat, teliti!
Saya punya menu dlm kepala je, pastu baru tulis bhn diperlukan kat notes hp.

ain syakirin hanaffi said...

Fizah, mcm mn fizah screw kan rak tu... X rosak ke cabinet..?

Fizah said...

try je buat dulu dear...jd tak jd blkg kira =)

Fizah said...

uhuksss...ayuhla zura sesama kita..!=)

Fizah said...

jom buat gak irjune..=)

Fizah said...

alaa takpe ni sampingan je dear...hihi

Fizah said...

insyaaAllah azimah pasti boleh!! skrg rehat dulu ok =)

Fizah said...

terima kasih alhamdulillah =)

Fizah said...

corak glemer ni...nk buat kat dinding pun blh..tp kena terlajak gigih tu ;p

Fizah said...

hihiks...saje je ni yana isi masa terluang..

Fizah said...

hehe kdg2 sy buat gitu gak tp bila tulis ni feeling dia lain..eheee

Fizah said...

screw mcm biasa je ain..klu cabut rak tu nmpklah kesan screw...klu rak tu mmg nk letak situ tak nmpk screw..hee =)

UMIE SUE said...

Akak ni memang sifulaaaa.sangat gigih...ni su xsabar nak buat betul2 kat rumah su tu,.nak organizing mcm akak

Fizah said...

insyaaAllah dipermudahkan urusan sue..wahh malatops aa umah sue pasni..=)

nayfatimah rasyid said...

salam cik Fiza,
nak tanya yang gantung tue beli kat mane yek ? tempt letak susu ngan jagung tue ... dan jugak rempah bagai tue ... cantik lah cam nak buat plak

Fizah said...

rak stainless steel tu ke dear? tu tesco mari tu =)

mimie said...

akk, nk tanye..mane ye nak beli square glass jar tu? bape liter tu? cantik n kemas..doakan kite ad rumah sendiri ye? so boleh wat cmni.hehe ;)

Fizah said...

mimie, akk beli di pasaraya cowboy melaka. tak pasti la pulak berapa liter tp tinggi dia macam bekas sos spageti tu tp this one square dan material dia plastik.

insyaaAllah akk doakan dipermudahkan urusan mimie utk duduk rumah sendiri...=)

Ummu Shaima' said...

mana nak dapatkan list menu tue?

Fizah said...

sy buat sendiri ummu shaima'...belum sempat letak lagi kat page Koleksi Boleh Cetak..later sy letak ok insyaaAllah =)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

cantek... as always. hehe...
sampai tak tau nak komen apa. hehe

Liyliz said...

Assalamualaikum. pertama melangkah sini. sngt kreatif. tk nyesal follow blog ni. boleh di aplikasikan bila nk kawin nnti ni

ain syakirin hanaffi said...

Fizah punya cabinet solid wood ke bukan... Selalu tengok blog omputih buat mcm ni teringin jugak tapi takut.... Hehehehe... Kemas betul kerja fizah...

Fizah said...

Melamine board je..solid wood mahal nau..hihi. cubalah dulu..insyaaAllah ok tu...letak benda2 ringan mcm rempah, tin2 gitu je..:)

Xeea said...

Loves chevron!! U selalu jumpa wrapping paper cantik2 kan. Jealous!

Fizah said...

this time iols print sendiri corak tu..hehe

Fizah said...

tq su =)

Fizah said...

waalaikumussalam wbt..terima kasih liyliz. belum kahwin pun blh apply dah =))

Aty_Fared said...

nanges tengok..cun giler...

Fizah said...

chevron mmg cun kan kak..iols peminat sgttttt ;)

syira syahirah said...

Assalamualaikum..seronok bace blog sis..sgt terujaaa!!! Skg suka baca blog susun atur dlm rumah..byk beri ilham..thank sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...