Wednesday, April 10, 2013

14 Susunatur Dalam Handbag

Assalamualaikum wbt untuk semua...

Harapnya hari-hari anda indah dan ceria-ceria selalu...=)

Kali ini saya nak cerita pasal beg jalan yang wajib ada. Bukan travelling bag tau, tapi beg untuk pergi shopping ke, pergi kenduri kahwin ke, etc. Alaa senang cerita, macam beg tanganlah!.. ;)

Tiap kali saya ada newborn, saya akan gunakan beg baby sebagai beg tangan saya juga. Sebab baby memang banyak pee dan poo kan, kadang sampai tembus. So, memang baju dan pampers spare wajib ado. 

Kalau nak pakai handbag tu, macam tak berapa nak muat letak semua tu. Dan, lebih kepada nak jaga handbag jugak sebenarnya. Sebab taknak letak beban banyak sangat dalam handbag, nanti tali dia jadi tak cantik.

Benda wajib ada dalam beg ni:

1. Wetwipes
2. Pampers (1-2 keping)
3. Baju baby sepersalinan
4. Wallet & hp ibu
5. Beg sampul (ada cerita kat SINI)

Susunatur dalam beg. Masa ni, baru balik jalan. Tu sebab tak nampak baju dan pampers. Biasanya saya akan clearkan beg setiap kali balik dari mana-mana...Tak suka baju spare yang tak digunakan (contohnya baby tak poo kan) bersepuk je dalam tu sampailah next outing...

Perasan tak selain benda wajib, ada juga satu bahagian saya letakkan sampul surat dan buku tabung haji?

Sampul surat tu bagi memudahkan saya nak masukkan duit untuk bagi orang kat kenduri kahwin. 

Buku tabung haji tu pulak, saya selalu selitkan duit yang orang bagi anak-anak dan bila ada kelapangan saya pergi bank-inkan terus.

Ok, untuk benda wajib nombor 5 tu, sebelum ni saya pakai beg macam kat bawah ni...


Tapi dia tak ada compartment . . .


Dan menyebabkan duit-duit sampul selalu bercampur-aduk walaupun dah dilipat berasingan. 

Kalau anda pergi link ini, anda akan tahu saya ada sediakan tiga bahagian duit sampul iaitu duit minyak, duit taska anak dan duit belanja dapur.

Sebab taknak bercampur, saya gunakan sampul surat untuk asingkan duit-duit ni, tapi sampul surat manalah tahan. Asyik terkoyak je...

Maka saya pun ushar beg yang ada compartment di pasaraya-pasaraya yang ada. Target utama adalah cari yang MURAH! Dan jumpa seperti di bawah:

Ada empat compartment dengan dua zip.
Duit taska dan duit minyak di zip yang sama.
Duit belanja dapur di zip satu lagi, which compartment yang lebih tu untuk letak syiling dan/atau kad diskaun belanja.

Nampak lebih kemas bila pakai beg ini.

Sebelum dan selepas, peeps?

.

.

.

.

.

.

.

.


Bagaimana anda susun beg tangan anda?

Kalau anda ada newborn, adakah anda pakai dua beg? Beg tangan dan beg baby berasingan?

Apa yang wajib ada dalam beg tangan anda? Mekap thingy?

Share wimme, peeps!!! I really want to know!

Salam sayang! =)

14 comments:

  1. Patut ar tali handbag aty mcm nk genting jer..lbwk beban lebih..tak terpikir lak..hewhew...

    ReplyDelete
  2. tote bag sebesar alam.. barang ibu, barang anak2 barang papanya.. semua dalam tu.. ibu xkisah, tp papanya tolong angkat ye, sbb berkilo2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tote jahit sendiri lea! blh personalized! pastu aku order satu...hiii

      Delete
  3. Setakat ni lebih suka bawak beg asing.beg tangan and beg simple dimple anak.sebb den mmg tak suka beg besar2. klu setakat pegi kejap2 je macam kenduri..leh tinggal brg baby dlm kereta.bawak botol susu je. klu pegi lama2 mcm shopping mall ke biasanya akan bawak stroller so leh sangkut beg anak kt stroller saja. janji tak angkut berat2 hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak dah tiga gane tu imah? harus beli stroller jenis berkembar ni..ngeee

      Delete
  4. selalunye sy bwk satu beg je...klo jln ngn anak handbag insert (eh, betul ke istilah tu) tak pernah tinggal. dlm tu isi siap2 baju spare, pampers 2keping n wet tissue. Tiap kali nk kua ngn anak, capai je insert tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, got your point! if nak pkai handbag pulak, just amek insert tu dan put in the handbag kan? insert tu kind of bag organizer jugak kan?..

      Delete
  5. Makcik memang aci rembat. Kadang2 bawak beg asing, kadang bawak beg anak tumpang barang ibu. Yang pengting makcik suka bag sampul anda.

    ReplyDelete
  6. Macam sama je, saya pakai purse berzip yg fizah pakai before tu, senang nak sumbat dlm poket seluar. Cuma purse saya besar sikit muatla nak isi ic, lesen n duit juga hanset. Nak pi amik anak sekolah je pon, xde la nak bawak handbag bagai. Kalo gi jalan2 pon bawak satu bag sling je sumbat segala benda, pampers, satu baju spare n kadang2 botol air. Botol susu xde sebab full bf . Dlm handbag pon cuma ada compact powder, lip gloss, baby wipes, pen, pin baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai sling bag n handbag la yek? saya bf yg kecik je..yg kakaknya no.2 bottle feed..kakak no.1 dah tak minum pki botol..klu kuar, bwk dua beg, satu beg yg mcm dlm entri, satu beg simple dimple..=)

      Delete
  7. tengah duk buat ni.. sebab susah sgt nak cari barang kan.. hehe

    ReplyDelete
  8. Satu info yg bagus,nk cuba skrg..tq

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...