Hai semua! Lama tak jumpa ya tak? Akak sibuk dengan study, tu lah pasalnya. Lepas dah setel, macam tak tahu pula apa nak diupdate kat sini. Dalam kepala masih kekal dan terbayang-bayang nombor-nombor dan graf-graf yang berserakan...
Apapun, alhamdulillah urusan belajar telahpun selesai. Officially selesai! Syukur, berkat do'a dari kalian juga.
Memang 2016 boleh dikatakan tahun yang mencabar sebab pada satu tahap saya merasakan telah sampai ke satu jalan mati yang tak nampak langsung jalan keluarnya dan hampir putus asa untuk meneruskan perjuangan PhD. Tapi, atas pelbagai sebab dan push factor, saya gagahkan untuk bangkit dan terus melangkah walaupun peritnya hanya Tuhan yang tahu. Langkah demi langkah itulah yang akhirnya menyampaikan saya ke garisan penamat.
Kongsi sikitlah gambar dengan readers yang dirindui...
Antara proses akhir study...yang panjanggggg...cukuppp panjangggg....
Cabarannya adalah pada sambung belajar dengan anak-anak yang masih kecil. Masa ni redah bawa diorang dan suami ber'kampung' di Bangi...demi ibu yang nak cari punca masalah analisis yang tak kunjung tiba penyelesaiannya...ibu dari pagi sampai malam duduk di makmal sambil ayah mengadun budak bertiga ni di sebuah rumah yang kami sewa sekejap dengan kawan...ni gambar pagi-pagi ayah bawa diorang hirup udara segar sambil ibu hirup udara makmal...tskk
Cabaran seterusnya...rumah takyah mimpi nak kemas, tersusun dan efektif sangat masa ni...hidup ibu masa ni tak sempat fikir susunatur dah...serius cakap, hanya mampu menghadap komputer dari pagi sampai malam. Kalau nak cerita balik peritnya rasa macam tak mampu...tapi itulah dianya antara sebab blog ni terbengkalai...
Pulun pulun pulun, push diri sendiri sampai tahap maksimum dah terover-over maksimum dah, AKHIRNYA siaplah segerombolan tesis fasa pertama ni. Hangpa ingat siap dah ka ni? Jauhhhhh.....jauhhh lagi...huhu. Ini baru masuk langkah SATU untuk fasa akhir. Berapa banyak langkah pula dalam fasa akhir ni...? Ha, banyak sangatlah senang ceritanya...hehe tapi takpe janji dah nampak sikit cahaya jadi kita cuma ikut sahaja...walaupun tersadung-sadung je kerjanya...
Sampailah jatuh-bangun-duduk-tersepuk itu menyampaikan kepada...
HARI PALING MENDEBARKAN...VIVA DAY...!!
Orang kata ni kira macam medan tempurlah nak pastikan kerja-kerja kita diiktiraf...dan rezeki saya dapat tarikh viva elok jatuh pada bulan Ramadan iaitu hari ke-empat kita berpuasa. Senang cerita hari ini adalah hari yang Allah mudahkan dengan semudah-mudahnya untuk saya. Walaupun ianya analogi kepada sebuah medan pertempuran tetapi ia sebuah medan pertempuran yang dibantu Allah dengan membekalkan kepada saya semangat juang yang tinggi...
Bukankah selepas kesusahan ada kesenangan? :')
Syukur alhamdulillah, saya tak gugup langsung, dapat present dengan sangat baik dan sangat yakin sehingga supervisor dan panel pun puji "high confidence level". MasyaAllah...!!
TIPS: Untuk mereka yang nak mudah urusan viva, terlalu banyak tips yang anda boleh cari di google tapi satu yang saya buat ni sangat-sangat membantu masa hari viva adalah - MOCK VIVA!! Sila pastikan anda ajak supervisor, kawan-kawan sepengajian dalam 4-5 orang, co-supervisors jangan lupa dan present depan mereka sebelum tarikh viva yang sebenar. Percayalah, mock viva ni sangat banyak membantu untuk kita buat dengan baik.
Bergambar dengan supervisors dan panel yang hadir pada 'hari kecut perut' tersebut...:')
Dan mempulun selepas itu adalah menyiapkan segerombolan lagi tesis dengan hardbound yang telah melalui pelbagai rencam dan renyah urusan pembetulan content, format, susunatur dan lain-lainnya...takpelah, hati dah tenang sebab setel viva jadi ambil masa seminggu je daripada tiga bulan yang ditetapkan untuk siapkan semua ni. Kira nak beraya dengan hati yang cukup lapanglah kiranya...
Dan hari-hari seronok pun tiba...konvokesyen day! ^^,
Ada khalifah dalam perut ibu ;) Double happiness ❤❤
Ya Allah jika anda tanya macamana saya buat semua ni sambil jaga anak...taktahulah saya nak kongsi macamana sebab saya sendiri masa menaip ni pun turut berada dalam fasa masih tidak percaya saya mampu sampai ke tahap ini. Allah jugalah selayak-layaknya saya kembalikan segala rasa syukur tidak terhingga. Serta suami dan anak-anak yang menjadi tulang belakang serta saksi jatuh bangunnya saya dalam perjalanan ini.
Kalau nak minta tips ke apa, insyaAllah saya cuba kongsikan nanti. Tips sangat tu tidaklah, cuma berkongsi pengalaman.
Saya siapkan PhD ni lebih kurang 4 tahun. Secara umumnya tahun pertama dan kedua tahun yang yakin boleh siapkan dengan cepat. Masuk tahun ketiga dah mula ragu-ragu, awat buat-tak dapat, buat-tak dapat ni...dah mula rasa risau dan cuak. Tahun keempat tahun struggle sehingga ke titisan peluh dan air mata yang terakhir...
Tahu-tahu depan komputer dah dapat graf yang dikehendaki setelah sekian lama mempulun, dengan tak semena-mena air mata bergenang... Saya cuba bangkit dan cerita pada suami dengan suara tersekat-sekat antara gembira dan sayu...waktu nak dekat-dekat Maghrib masa tu...automatik selepas itu kepala jatuh ke bumi, merendah diri kepada yang memiliki segala ilmu ini - sujud syukur.
Perasaannya sukar digambarkan bila Allah pancarkan sedikit cahaya di dalam lorong yang cukup gelap dan likat - tak jumpa jalan keluar, tak tahu ke depankah yang selamat atau ke belakangkah yang betul, serba buntu dan lemas...Allah bantu akhirnya dengan kasih dan sayangNya yang meluas...
Perjalanannya cukup panjang, pengorbanan yang diperlukan juga tidak calang-calang, Allah biar hati ini jatuh pada kejatuhan yang paling dalam untuk menyedarkan Dia pemilik segala kekuasaan dan kebijaksanaan. Manusia tiada apa, yang bijak dan pandai hanya Dia. Pada diri ini hanya secebis ilmu yang dipinjamkan buat bekal diri untuk sentiasa sedar '...aku adalah hamba...'.
Buat pemilik-pemilik hati yang sedang dalam proses yang sama, kutitipkan do'a terbaik buat kalian. Semoga berjaya dan terus cekal...!!
Buat peminat susunatur, insyaAllah tahun ni saya nak kembali menulis di sini, buat kongsi-kongsi hobi...kita cuba mana sempat ya...lama dah tak jenguk blog susunatur yang lain...
Sekian dulu, jumpa lagi!
#tidakterlalusibuk
#tapimasihmeneruskansakibakikerja
#jurnaljurnaltertunggak
42 comments:
Subhanallah...kenangan yg manis akhirnyaaa....tahniah Dr.Fizah...Selamat kembali ke dunia blogging puan doktor yg kuat semangat!
Tahniah Fizah..satu kelegaan yang tak dapat digambarkan kan..
Salam ziarah & follow sis..
tahniah yer... alhamdulillah...Allah telah permudahkan semuanya,..tumpang happy sekali..saya baca pun x tau nak bayangkan cane rasa tu..ade anak sedara yg baru nak start PHD dia thn ni..semoga dipermudahkan jugak..amanat terakhir arwah ibunya (arwah kakak)
semoga terus berjaya lepas ni yer sis..insyaallah.. :)
tahniah.akhirnya.Lama juga tunggu entri baru blog puan.Saya faham rasa nak nangis sebab tak dapat result,hamil dan jaga anak masa belajar, rasa lega lepas viva. Memang tak boleh nak cerita macam mana kita laluinya sampai tamat.Sekali lagi tahniah.
tahniah fizah.. bergenang air mata baca post ni.. smga kami juga dapat sampai garisan penamat perjuangan PhD ni, doakan kami :) rindu nak baca post2 fizah.. hee.. i am your silent reader
-ayu
tahniah dik. proud of u.
terima kasih sis Linda :)
betul tu...tq mamaleesya :)
tq atas doanya sis..smg anak sedara sis juga dpt tempuh sehingga berjaya insyaAllah
tq tq..alhamdulillah lega da selesai kan :)
tq dear..:) wondering ayu yg mana ni..{wasap i bebila sng k}
tq kak...:):)
Tahniah, Dr. Fizah :)
tahniah! tahniah! tahniahhh!
semoga terus berjaya
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Berderau darah dan meremang bulu roma baca.
Tahniah. Syukur Alhamdulillah.
Semoga ilmu diperolehi memberi manfaat dunia dan akhirat buat yang memerlukan. PHD bukanlah perjalanan yang bukan saja penuh onak dan duri, tapi ia adalah perjalanan yang semakin mendekatkan kita pada ilmu dan kuasaNya.
Eh macam kak ayu pulak yang ambik PhD nya hehhehe. over tau akak ni. Tahniah sekali lagi Fizah.
Same goes to me... memang dah banyak kali rasa nak give up... tapi sebab ada sokongan moral dari en suami dan push factor, sy masih teruskan.., sy belum habis lagi, skrang tengah stage utk buat 3rd draft... hopefully dapatlah submit tesis phd sy tahun ni... tahniah ya dr fizah
da komen tadi, hilang plak! ehehe. tahniah sahabat!! moga kejayaan diteruskan.. doakan makcik menyusul huhu
tahniah Fizah!! semoga terus sukses dan murah rezeki. amin
tq kak ida :)
tq tq :)
tq my dear kak ayu :) lama tak borak ngn kak ayu..
sy doakan kejayaan mengiringimu :)
makcikkk...;) tq tq..insyaAllah ko menyusul pasni...pasti dgn kjayaan yg lbh baik dariku..:)
tq kak sarah...nti sesenang nk borak ngn kak s...byk bnda nk ditanya dan dibualkn cuma masa dan tempat mengehadkan...raya nti kot insyaAllah
tahniah fiza!! akhirnya... patut sgt lama tak muncul update baru. anyway, semoga terus suksess & bole rajin2 update susunatur lepas2 ni ya.. =)
tq tq..insyaAllah ;)
Alhamdulillah.. Tahniah Dr.. moga terus berjaya dunia & akhirat.. InsyaAllah
tq alhamdulilah :)
Tahniah :)
tq :)
Fizah!!!!!!!...eh dr.fizah!!!! Akak rindu kamu!!!!
Tahniah utk kejayaan besar itu!Tahniah jugak utk kelahiran baby baru nanti!!!moh kita kembali berkarya...kongsikan kisah susunatur kita yg makin menyepi....blog rumah comel pon dah hampir 2 tahun menyepi....eh..moh kita fizah...bangkit...haha....
kak jajaaaaa!!!! haha...rindunyaaaaaa nk baca cerita susunatur kak jaja....jom jom...jom kita bangkit!!!! ;D;D
fizah. aida nak kata TAHNIAH.
memang x mudah nak blajo, moreover phD tu, bila ada anak.
diri kena tabah. kena bertahan!
doa kan aida. sebab sept ni or feb thn depan in shaa Allah sambung masters.
hahaha masters jer pon... amik coursework. tak kose nak amik research...
tq sis aida...insyaAllah dipermudahkan urusan masters...:)))
Subhanallah..tahniah tahniah
Well done Dr 😊
Tahniah Dr Fizah!!!! so proud of you! :)
Tahniah...sy adalah silent reader blog awak.Adik sy jg sedang berjuang utk PHd nya dgn cabaran mama beranak 5,sy tau jerih payahnya.
salam... saya rasa,, sy kaun adam yg nak tnya pasal PHD ni.. sy nk tau cmner nak start buat PHD yer.. proses.. PHD ni boleh buat dalam bahasa melayu tak.. sbb sy krg xreti BI..zulkaa9@yahoo.com
sy teruja Puan dpt menyiapkan tugasan tu..
utk makluman sy ni org xpandai.. dpt spm lambat,diploma lambt,degree lamb,master lambat. tempoh buat semua tu makan masa perjalanan agak jauh dalam 15 tahun semunya..
tp tuhan maha kaya..kalo diizinkan ingin buat PHD..
Tahniah.. hebat tu buat phd.husband saya buat jgk tp dh stop sebab focus pada biz dulu
wslm wbt...tahniah sentiasa bersemangat dan yakin maju ke depan. impian bermula dengan langkah pertama. walaupun nmpk susah pada awalnya tp bila dpt rentak insyaAllah mudah. proses phd mcm study lain juga, apply uni mana,dgn supervisor mana dan proses dptkan bantuan kewangan utk support elaun dan yuran...ukm blh buat dlm BM tp kebykn research kita mmg buat in english sbb byk rujuk paper dan buku luar yg berbahasa inggeris..cuma tesis dan viva blh BM (ukm shj, uni lain BI)..sy doakan dipermudahkan urusan
saya pon sedang tunggu tarikh viva seronok baca post Dr
semoga berjaya dalam vivanya sdr ilyas abdullah
Post a Comment