Thursday, December 31, 2015

19 Malaysia Planner 2016 - Lebih Efektif, Lebih Gaya dan Lebih Pilihan..!!

**STICKY POST**

Assalamualaikum wbt kepada semua followers dan readers,

(maafkan tajuk yang berbau kepoyoan di situ...kekok pula rasa nak mengayat huhu)

Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang masih terus setia follow blog dan page SusunAturSioca.

Kedua, saya nak minta maaf sangat-sangat kepada semua pembaca sebab dah lama tak berkongsi cerita susunatur kat sini. Ramai sangat yang tanya "kenapa...kenapa....dan kenapa...". Tak tahu saya nak spesifikkan sebabnya tapi urusan studylah antara faktor utama saya tak dapat nak update blog sekarang ni. Sebab tu, bila ada yang bertanya, saya akan terus minta tolong diorang do'akan agar urusan study saya ni dipermudahkan dan cepat-cepat selesai.

Walau macamanapun, projek susunatur rumah masih juga berjalan sebab tu salah satu terapi diri walaupun taklah rancak sangat. Cuma masa perlu diatur untuk kongsikan di sini. InsyaAllah, akan dikongsikan juga dengan semua satu hari nanti. Last perkongsian susunatur hari tu berbentuk soalan dilema tu kan...ingat tak, yang saya tanya pasal sinki berapa bowl yang efektif tu? Saya dah buat keputusan untuk guna sinki satu bowl dan dah siap ubahsuai pun sinki tu. Berkesan ke tak ke, yang tu nanti saya cerita ya, insyaAllah.

Ketiga, saya sempatkan diri untuk update juga hari ni memandangkan tak berapa lama lagi tahun 2016 akan menjelma, dan dah ramai mula hubungi saya bertanyakan tentang Home Binder 2016 (kali ni kita panggil Planner 2016 je, harap-harap lebih mudah orang nak faham). Ada yang tak sempat grab tahun 2015 punya, jadi awal-awal dah message suruh inform kalau keluarkan yang tahun 2016 punya. Walaupun masa untuk design tak berapa nak ada, tapi saya usahakan juga sebab kalau sorang dua je bertanya saya boleh tolak lagi, tapi kalau dah ramai sangat, saya rasa saya perlu buat juga. Dan dah jadi trademark blog ni juga untuk keluarkan homemade planner supaya dapat sama-sama usaha untuk urus masa dengan baik.

Tapi, mohon maaf sangat-sangat, front page saya gunakan tahun lepas punya je sebab yang tu memang tak dan nak fikir baru dah.

Dan yang menariknya kali ni, saya dah perbaiki kelemahan yang ada pada sistem yang lepas di mana kali ni, saya tak gunakan 'Daily Planner' lagi sebab banyak feedback kata prefer blank pages. Kadang-kadang ada hari-hari dalam daily planner kita tu kosong tak berisi sampai rasa membazir ruang pula. Jadi, kali ni saya tukar kepada sistem 'Free Planner' yang hanya ada garisan-garisan bebas untuk catatan yang lebih efektif.

Dan beberapa penambahan ciri yang lebih menarik dan efektif seperti kalendar siap dengan cuti Malaysia, bill payment, home organizing, ruang ideas dan meal planner.

Ramai juga yang minta saiz planner yang lebih kecil, pun saya telah tukar kepada saiz A5, iaitu separuh A4. Harapnya lebih mudah dibawa ke mana-manalah lepas ni ya.

Selain itu, ada 7 pakej (updated) disediakan untuk pembelian Planner 2016 iaitu:

Pakej 1 - RM 25
SOFTCOPY BASIC (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)

Pakej 2 - RM 45
SOFTCOPY FULL SET (.pdf only)

1. Front Page
2. Calendar 2016 with Malaysia holidays
3. Monthly Planner
4. Free Planner (lined pages)
5. Payment Planner
6. Ideas Planner (blank pages)
7. Home Organizing Planner
8. Meal Planner

Pakej 3 - RM 55 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. No binder

Pakej 4 - RM 90 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITHOUT BINDER (.pdf + printed inserts)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. No binder

Pakej 5 - RM 125 (incl. postage)
HARDCOPY BASIC WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 1
2. With binder

Pakej 6 - RM 160 (incl. postage)
HARDCOPY FULL SET WITH BINDER (.pdf + printed inserts + binder)

1. Inserts seperti Pakej 2
2. With binder

Pakej 7 - RM 100 (incl. postage)
BINDER ONLY

1. No inserts

PERHATIAN

**Inserts bermaksud bahagian dalam planner.

**Semua harga hardcopy telah termasuk kos untuk ink printer, kertas, melubangkan kertas dan postage {Pakej 3 dan Pakej 4 kertas tidak dilubangkan kerana jarak lubang berbeza bagi penggunaan binder yang berbeza}.

**Saya sangat berharap para pembeli membuat pembelian melalui emel sebab kalau melalui whatsapp atau sms sahaja akan menyukarkan saya untuk keep on track senarai pembeli. Mohon maaf atas kesulitan, harap sudi follow cara pembelian di bawah ya. :*)

CARA PEMBELIAN:

E-melkan maklumat berikut kepada [susunatursioca@gmail.com]:

1. Nama untuk Front Page.
2. Bank pilihan untuk pembayaran (CIMB/Maybank/Bank Islam).
3. Pakej berapa.
4. Alamat e-mel yang aktif.
5. Alamat rumah untuk pengeposan (Pakej 3-7).

Berikut adalah preview inserts.

Gambar binder akan diupload kemudian insyaAllah.


Sekian pengumuman daripada saya. Sape-sape yang nak beli ikut je kaedah yang saya dah nyatakan di atas ya. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Sekali lagi, mohon do'akan urusan study saya dipermudahkan ya...tak sabar nak kongsi-kongsi kat blog ni dan baca perkongsian dari anda semua. ;')

 photo footer.png

19 comments:

nayfatimahrasyid said...

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ;)
DAN KEMBALI SEMULA BERSIARAN SEPERTI BIASA ..

Linda said...

Good luck dear, semoga dipermudahkan segala urusan: )

TeacherAzimah said...

akak nak tempah! esok akak tenung btl2 nak pakej yg mana ok. bestnya dah ada saiz A5!. btw planner 2015 ni sgt2 berguna dgn akak tau. very liked it. blh tak request something utk bhgn dlm tu? for example taknak meal planner (sbb x masak) ganti dgn lejar kira2 akaun utk business. blh ke?

Fizah said...

tq sis atas do'anya..ameen

Fizah said...

tq sis atas do'anya..ameen

Fizah said...

tq so much kak..insyaAllah boleh no prob...ubah2 sket blh..^^

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Sy membuat kerja2 ubah suai umah dan pejabat..membuat landskap ..porch keta,palaster siling ,pasang tile,plumbing,kerja kayu,wiring,memasang lantai vinyl dan wall paper dan bnyk lg..sila hubungi sy (amir) 0192945175 atau whatsapp 01129110298. Terbuka untuk area bangi ,kajang,cheras,phucongserdang,dan nilai.kuality dan harga terbaik adalah keutamaan sy

ch@ said...

dia mula dah. mulala mataku hendak pening ni. haha...
minta idea ko sket la mek.
smg semua urusan ko dipermudahkan.

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Fizah said...

hehe hohoi lama tak bertegur sapa! doakan urusan study daku...

yangbaik said...

Hi, YB baru singgah blog ini dan dah follow juga. Blog yang menarik dan menarik sangat2.

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Kak fizah...saya rindu akak..huhu... Rindu sungguh nak baca entri2 akak. Moga dipermudahkan urusan akak. Planner tu sesuai untuk lelaki jgk tak? Hehe

Fizah said...

sueee...akk pun rindu awak jugak...dan akk pun rindu nak berblog juga...huwaa harap blh cpt hbs ini phd..bikin pusing kehidupan guwe jadinya...huhu

ameen doakan urusan study akk berjalan lancar ya..

planner tu sesuai utk both gender dear...lain daripada lelaki atau perempuan tu yg payah sket...hehe

Elly Matin said...

Lama saya menanti entry dr akak

mawar said...

uuhh woww..!! cantik menarik tertariikkk..
rasa nk rembat je seketul, tapi baru dpt diary free ni ha :P
tahniah dah submit draf. moga semua berjalan lancar, insyaAllah
doakan urusan study makcik berjalan sukses jugak ye!

Fizah said...

sohabattttt.....blm smpt jenuk rifqi!!!!

ameen..smg bibu sukses till the end ya..!! ;D

Unknown said...

Assallamualaikum wbt, sy doakan agar semua perancangan berjalan lancar dan berjaya... insyallah.. cantik2 sis nye artwork ni... mmg kreatif... jemput singgah blog sy sis.. ada berkongsi tips untuk kesihatan... kita usaha yang terbaik untuk badan kita... dan berserah pada Allah... insyallah... >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...