Rasa makin dah memberat perut ni. Semalam mengalami Braxton Hicks yang agak mengelirukan. Ingatkan semalam dah nak bersalin. Sekejap-sekejap perut mengeras. Lepas Isyak terus baring tidur, tak larat buka mata pun. Bila dah relaxkan body, baru kurang Braxton Hicks tu. Buat cuak ambe je... Husband dah tanya-tanya..."hari ni ke..? hari ni ke..?" Hohoh, macam first baby je cuaknya memasing. Saya sampai menangis sebab takut sangat. Terbayang masa Alya dulu sakit diinduce pun tak hilang lagi... :')
Mohon do'a dari kalian-kalian kesayangan ambe, cuak teramat sangat ni... Doakan ambe berjaya menge'push' dengan baik ya. Dan seboleh mungkin taknak induce. Doakan saya...doakan tau...Doakan ibu dan anak dua-dua sihat selamat...terima kasih kesayangan sekalians... :')
Sebelum melalui proses berpantang, saya uruskan segala hal berkaitan bil dan buat organizer Economy Planner untuk tahun 2013. Senang buat awal-awal, nanti tak kalut sangat. Buat ni masa 2-3 minggu lepas, sekarang dah tak daya. Nak study pun boleh dapat satu dua muka je sehari. Lepas tu, tak boleh fokus dah...
Segala macam bil *sigh* |
Ini organizer untuk tahun 2012...berserabut dan tak comel kaler dia. Juz black and white dengan font TNR sajok. |
Hah, ini Organizer 2013, lebih anggun dan bergaya dengan variasi kaler dan font. Hihik |
Kolum yang ada variable X, Y dan Z tu adalah amaun untuk tiga perkara asas yang kami gunakan iaitu:
1. Payment (biasanya bayar online je),
2. Saving & Emergency dan
3. Expenses (dibuat dalam bentuk sampul, mengikut approach seorang kawan, MamaLynd).
Setakat ni sangat best pakai sistem sampul sebab boleh pantau contohnya; perbelanjaan dapur atau duit minyak kereta dah nak exceed limit atau tak.
Kat kolum kedua tu perincikan perkara-perkara yang nak bayar dan sebagainya macam untuk Payment boleh letak bil utilities, internet, kereta, rumah etc. Untuk sampul, depends pada memasing contoh boleh buat Sampul Belanja Dapur, Sampul Minyak Kereta etc etc. Saving tu biasanya takde apa pecahan, tapi boleh je nak bahagikan contohnya untuk Pendidikan Anak-anak, Percutian, Deko/Reno rumah, Pergi Haji etc etc. Kolum yang ada x, y, dan z huruf kecil sebelah dia ialah amaun untuk perincian tu semua.
Dah siap semua, print dan masuk dalam Folder. Nak bayar-membayar nanti, log masuk je semua data. *Rasa dah macam akauntan pulak. (p/s sharelah korang punya sistem bayaran jugak, mana tahu ada yang ambe boleh perbaiki)
Ok, sekarang boleh rehat dulu sebelum kembali berjuang. Harap tahun hadapan dapat hasilkan lebih banyak Technical Paper yang mantap, in shaa Allah...do'akan ambe ya semua :')
Salam Jumaat semua!
Harap dapat terus membantu mereka di Gaza, dan diri sendiri di Malaysia in term of Imaan & Maruah.
2 comments:
Taksuka tipu2 braxton hix. Bleh mnimbulkn huru hara. Waaaa... Bab planner aku ak mmg gagal klu handwriting. Mmg sume bt computer. Sistem sampul mmg bt kita sedar diri. Anyway.. Slmt bjuang.
tq mamalynd,,doakan :')
Post a Comment