Saturday, January 7, 2012

10 Part 1 Household Notebook Revealed

I'm not sure about this, tapi memang di Barat sana, komuniti organizing (again, mood blog still about organizing) sangat besar. Ramaiii... Kalau buka satu blog memang akan link dan link ke blog-blog lain. Ramai betul peminat organizing kat sana. Saya rasa kat Malaysia pun ramai cuma kita tak blog about it. Sedih pulak rasa. Sebab kan seronok kalau kita boleh kongsi-kongsi, mana tau ada perkara yang kita kongsikan boleh membantu dan sangat membantu ibu-ibu di luar sana yang perlukan sistem seperti ini kat rumah. Dan mungkin juga boleh membantu ibu-ibu yang sedang melanjutkan pelajaran yang dalam masa yang sama masih perlu menguruskan rumah tangga. Atau even yang bujang pun masih perlukan kesusunan dalam kebanyakan urusan kan.

Saya kalau baca blog diorang kan, perkara yang paling perlu dilakukan adalah 'merasa cukup dengan apa yang ada'. It's like seriously, rumah diorang macam sangat perfecto kot...bukan setakat diorang sanggup berhenti kerja (sesetengahnya) untuk menjaga anak dan mengurus rumah, tapi boleh buat bisnes lagi tentang organizing. Oh la la! Dan, ada sestengah blog yang buat 'Home Tour' rumah diorang, dan amazingly, every single part in the house is very neat, clean, designer design, and if I can say, seperti Baiti Jannati impian semua.

Tentang organizing, how I wish ada blogger-blogger di luar sana yang berminat untuk share kaedah-kaedah terbaik atau dirasakan baik untuk dikongsikan sebagai panduan sesama kita di bumi Malaysia ni.

Selain kepentingan organizing, on the top of that, saya membuat kesimpulan sendiri, perlunya ada sebuah buku 'Household Notebook' yang memberikan gambaran besar (big picture) of all about our life. Kalau anda google perkataan tu, dan cuba cari Image, bolehlah baca banyak panduan untuk membangunkan sebuah 'Household Notebook'. This so-called 'Household Notebook' boleh sahaja merangkumi seluruh kehidupan anda, bermula dari perancangan pengajian, family planning, kewangan keluarga, To-Do List, Wishlist, dan banyak lagi.

Tahu berapa mukasurat saya punya HN? Dekat 100 mukasurat. I took about 2 weeks to finish it. Huhu. Fyi, sebelum ni bukan saya tak ada HN ni, tapi it's like not a proper documentation yang menyebabkan organzing looks like a disaster pulak. Hu hu. What I mean is, contohnya economy planner, saya letakkan dalam satu buku note kecil, To-Do List dalam satu diary tahunan, Study Gantt Chart di satu buku lain pulak, dan end up dengan bersepah-sepah jadi semuanya. Niat tu ada, cuma cara tak berapa nak tepat. Hehe.

So, here I reveal my new 2012 Household Notebook untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian, mana tahu ada yang boleh dijadikan rujukan untuk kehidupan yang lebih baik. Aiwah!

1. Bekas alat tulis | The contents | Divider merah

Fail yang digunakan sempoi dan murah je, jenis 2-ring binder. Dimulakan dengan satu bekas alat tulis. Sebenarnya, untuk bekas ni saya dah cuba cari banyak tempat, tak jumpa yang boleh diletakkan dalam ring file (saya tengok kat Barat sana ada je, tapi tak jumpa pulak kat Malaysia ni). So, saya beli bekas ni, dan punchkan. Nampak selekeh tapi bolehlah daripada tak ada. Kertas merah tu divider for each part in the HN. Ada 7 part including

1. PhD Planner,
2. Home Planner,
3. Checklist Tarbiyah,
4. Economy Planner,
5. Rujukan,
6. Info & Contact Penting dan last sekali
7. Projek.

Kali ni, saya reveal PhD Planner je, kalau sambutan menggalakkan (oh ayat), saya reveal yang lain, kalau tak saya simpan. Ngeehee.

2. Rutin harian

Ini Rutin Harian yang asas. Apa pentingnya benda ni? Sebenarnya, boleh je kalau tak ada benda ni, cuma untuk organizing junkie, bila ada dia rasa seronok. Hmm seronok je ke? Oh, tentulah tidak. Ia sebenarnya sangat membantu saya dalam 'menyedarkan' diri bahawa di ofis saya perlu berkerja dan bukan blogging atau blogwalking atau facebooking atau TKOing dan lain-lain -ing.

Tapi, FB tu kadangkala ada pengecualian SEBAB (ha, kena capslock lagi) nak buzz rakan sekerja kalau ada hal-hal penting berkenaan kerja atau berkenaan makan ",). Maklumlah, sekarang fenomena FB, senang nak buzz guna FB berbanding YM.

Selain itu, anak-anak pun jadi lebih berjadual dan berdisiplin sebab untuk mereka pun ada waktu-waktu yang diperuntukkan untuk mandi, makan, beraktiviti dan sebagainya. Tapi, kalau hantar anak ke taska, boleh minta cikgu dia bagi laporan harian atau mingguan atau bulanan.

Sebagai Muslim, lebih mudah nak organize sesebuah planner sebab kita ada break di setiap waktu solat. Itu kira macam natural timeline.

Perlu untuk saya tekankan di sini, saya pun baru buat Planner ni, jadi saya tak kata hasilnya baik atau bagus, cuma saya berkongsi cara yang saya rasakan baik untuk menjadikan kehidupan nampak lebih teratur, tahu mana perkara nak didulukan mana yang dikemudiankan. I try to improve myself to be a better Muslim, and it's seriously still FAR away to achieve that. Ini hanyalah sebuah permulaan.

3. Kalendar

Kita ke mukasurat berikutnya (dah macam present paperwork la pulak). Ada sebuah kalendar di sebelah kiri dalam bentuk modular iaitu monthly view dan sebelah kanan dalam bentuk bersambung, masih monthly view tapi ada ruang untuk membuat catatan.

Kalendar belah kiri, kalau anda perasan ada bulat-bulat dan higlighting. Yang bulat tu, adalah puasa sunat yang dianjurkan (iaitu kita disunatkan berpuasa 3 hari dalam setiap bulan Islam, dan bila ditukar ke bulan Masehi, jadilah seperti yang saya bulatkan). Boleh google ya tentang puasa-puasa sunat yang dianjurkan dalam Islam. Ada juga yang saya bulat dan pangkah menunjukkan hari haram berpuasa. Yang bulat banyak tu, itulah bulan Ramadan.

Untuk highlighting pula, menunjukkan cuti-cuti am di Malaysia. Selain itu, saya turut highlight cuti-cuti Negeri Selangor, Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jadi, kalau nak buat kerja-kerja melibatkan ofis kerajaan bolehlah tahu kalau mereka bercuti.

Kalendar sebelah kanan tu pula untuk catatan berkenaan pengajian PhD. Pengalaman sudah sebagai pelajar Master dengan mod pengajian penyelidikan sepenuh masa, sangat membantu dalam menyediakan planner ini. Kalau dulu, main redah je semua, sebab tahu null about research, ditambah perit sebab tahu null about Reflectarray Antenna. Sekarang, tahu lebih sikit dari null, jadi saya bentangkan kerja yang perlu dilakukan dalam bentuk yearly view, agar tak terjadi extend tahun, kecuali terjadi hal-hal lain yang tak dapat dielakkan. Bukan berpunca daripada masalah peperangan dalam diri lagi. Hehe.

Dalam tu juga saya akan catatkan perkara-perkara yang biasa dan perlu pelajar mod penyelidikan (by research) buat, antaranya tulis paper, run software, study paper orang lain, study buku dan lain-lain. Documentation untuk semua kerja ini juga penting. Kalau tak, nanti di hujung-hujung tahun pengajian, mulalah mengagah nak cari balik mana nota yang dibuat masa study paper sekian-sekian awal-awal dulu.

So, pastikan ada sebuah buku untuk study dan tulis paper, run software, misc folder dan lain-lain yang dirasakan penting. Biarlah nampak banyak folder tapi isi kurang takpe, sebab as time goes by, dokumen dalam tu akan bertambah sehingga kita habis beajar dan mungkin perlu tambah fail lain pulak lagi. Di hujung bawah setiap bulan ada bahagian untuk tulis 'bulan ini wajib siapkan apa'. Ruangnya sedikit tapi amat cukup untuk diistiqamahkan terutamanya dalam mencetus momentum menulis paper. *Saranan ini personally untuk diri sendiri kerana saya rasa sangat membantu kerja-kerja saya, dan saya catatkan di sini sebagai perkongsian untuk anda yang disayangi.

4. PhD work list

Ini pula Senarai Kerja PhD yang terdiri daripada To-Do, To-Study, To-Emel, To-Go, Misc Work, To Ask, To-Foloup, My Internet Info dan Computer Folder Name. Bergantunglah pada keselesaan masing-masing nak divide macamana tapi mengikut pengalaman saya yang dulu, memang serabut diary planner saya, sampai taktahu mana satu paling penting kena buat. Cacamarba.

Kalau ada partition begini, boleh tengok mana yang paling penting. Dari segi penamaan, masih boleh diperbaiki lagi. Sebabnya macam To-Do, tu sebenarnya khas untuk Do jurnal or Do conference paper. Misc Work macam nak apply biasiswa ke. My internet Info adalah senarai username atau password kalau kita ada join mana-mana forum berkaitan study kita. Computer Folder Name pula untuk senarai nama folder dalam komputer. Ini juga cara documentation yang penting. Penting untuk mudah dirujuk kembali. Kalau tak, puas nak cari mana paper sekian, kat folder yang mana satu...and the worse case adalah download paper yang sebenarnya memang dah ada dalam komputer. Saya akan fikirkan macamana cara nak bagi file dalam bentuk .pdf tentang Computer Folder Name ni.

5. Gantt Chart

Ok, ini pula Gantt Chart saya dalam bentuk yang mudah dilihat mengikut weekly view. Carta begini penting untuk tahu atau checklist, kita dah selesaikan atau tidak kerja itu. Perasan tak ada tapak tangan tu? Itu untuk mengingatkan saya backup segala kerja 3 bulan sekali sebab pernah terjadi laptop blackout masa buat Master dulu. Nasib ada Encik Hubby yang tolong copy data-data penting dari hardisk yang nazak tu.

6. Gantt Chart Original & Misc

Last but not least, Gantt Chart yang biasa untuk sekadar panduan, dan sebelah kanan Jadual Kelas Suami saya sebab beliau pun sambung belajar. Dan mengetahui jadualnya adalah penting since it will reflects to my timetable works too.

Ok, sekian dulu untuk bahagian ini. Harapnya saya mampu merealisasikan apa yang ditulis, dirancang dan yang dikongsikan dengan anda kepada sebuah KENYATAAN. InsyaAllah!

10 comments:

Fatima Saiful said...

oh sgt panjang entry kamu!!tp mmg sangat jeles ngn planning kamu..ayuh take beli buku organizer mcm fizah..hahahah

mawar said...

perrghhhhhhhhhh

amie said...

perggggggggggghhh versi saya.tahniah fizah.ini bagi saya idea jugak...

Kasehku said...

Beb.. Ku da terkena jangkitan organising ni. Nanti ko kasi link y biasa ko tengok eak. Heee

Kasehku said...

Uit.. Ko bg aku idea planner. Kerja - Family Documentation - House Hold - Kids Planner. Sila teruskan ke category lain spt financial, household dll. Ada permintaan ni.

Fizah said...

geng semua, saya memang on progress to write MORE about organizing. it really helps my life much better, plus to be better muslim. Saya akan proceed reveal notebook sy, jgn risau, cuma skrg i really have a big project to finished. later i will share lots and lots about org. misalnya, how to organize your toolbox, your kitchen, bla bla...hehe. semangat ahkak! lynd, i know ur feeling. i will do it dear..:)

Fizah said...

lynd: kamu punya blog kena viruskah? cer cek tgk

mawar said...

makcik, cepatlah sambung. sgt membantu di sini ^___^

Fizah said...

makcik mawar, kamu buat jugalah. baru beta rasa ada rakan seperjuangan..:))

diapemilikhatiku said...

boleh zoom in ape yang kene ada dalam gantt chart tu?..blur lah saya nak buat gantt chart...help me please...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...