Tuesday, December 27, 2011

0 Organizing Makes Me Smile :)

Memulun sebuah proposal. Semak meja.

Setiap kali nak daftar pengajian baru, habis satu rumah bersepah dengan kertas. Nak fotostat Ijazah lah, IC lah, transkrip lah...dan segala benda. Kali ni, kena buat dua salinan pulak untuk SEMUA benda bagi permohonan PhD. Lenguh tangan dan pinggang menulis. Ades.

Terasa macam perlukan suatu sistem organisasi untuk kerja yang lebih cermat, kemas dan tidak menyakitkan mata melihat. Bila anak dah dua, kerja jadi berganda-ganda. Kita dah isi borang ni, dia kacau borang tu. Kita nak print file yang ini, dia pijak-pijak kertas yang itu. Ibu fengsan. +___+

Harap-harapnya tahun 2012 yang akan tiba dapat dilalui dengan lebih baik. Untuk itu, saya dah study banyak cara nak organize our life much better supaya menjadikan kita orang yang lebih efektif dan lebih berguna. Lebih tersusun. Siap ada satu buku Household Notebook (organizing junkie semua panggil buku ni dengan nama itu), which is untuk saya actually bukan hanya tentang household, tapi juga untuk study/works too.

Entah kenapa, bila baca tentang organizing ni, kebanyakan source datang dari Barat (mungkin juga kerana saya tak reti bahasa lain selain English dan Malay). Dan kebanyakan mereka ni surirumah atau so-called Stay At Home Mom (SAHM). Banyak yang homeschooling their own kids. Sounds interesting kan? Saya siap macam berharap, wajibkan sahaja semua lelaki bekerja, dan wajibkan semua wanita bergelar ibu duduk rumah, didik anak masing-masing dan sediakan kelas-kelas pengajian bagaimana mendidik anak supaya cemerlang akhlaknya. Hmm...how I wish.

Menarik juga kalau ada masa untuk blogging tentang Household Notebook ni. Boleh sharing-sharing. Tapi, bila tu? Ha, itu yang kita tak tahu. :D

Till then, sila siapkan proposal segera. Dan mula design, design and design!

Untuk anda semua, layan gambar dulu yang boleh berdarah hidung beta tengok sebab teratur dan kemasnya. He he.

Idea susun permainan mengikut warna

Agak-agak laci dapur kita sebegini punya camtek tak? Huwaaa lap hidung sikit!

Last but not least, idea organize laundry area. Klik gambar untuk link asal.

Organize membahagiakan. Salurkan ia ke arah menjadikan kita insan yang lebih berkualiti kepada Agama. Till then!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...