Monday, March 4, 2013

4 Airwell Spaces - Part 1

Salam semua . . . Pernah tak sesapa kat sini tengok rumah yang ada disediakan satu kawasan/ruang dalam rumah yang ruang itu tak berbumbung? Maknanya, dalam rumah kita ada ruang boleh tengok lepas ke langit. Biasanya, rumah macam saya ni yang jenis kluster dan tak ada tanah belakang akan ada ruang macam ni. Atau sekarang memang trend developer buat ruang macam ni kut taktahulah.

Apapun, ruang ni memang boleh dibuat macam-macam fungsi. Ada yang biar je bumbung atas tu terbuka untuk anak-anak main air hujan, sambil mak ayah boleh pantau sebab dalam rumah je pun. Atau kut mak ayahnya pun nak join sekaki, maklum kecik-kecik dulu kalau main air hujan kat luar kena marah... Hehe.

Kena pasang grilllah kat pintu sliding dan tingkap area ni kalau taknak tutup bumbung. Ada juga yang buat tempat sidai baju. Kalau taknak baju basah kena hujan bolehlah tutup dengan bumbung lutsinar, kiranya cahaya masuk tapi hujan tak masuk air.

Boleh juga buat bilik solat, atau mini library, atau satu lagi bilik tidur tambahan atau paling koman pun jadi bilik stor.

Kalau nak menarik sikit buat landskap pun cantik jugak. Letak air terjun mini, hias-hias dengan pokok-pokok hijau dengan kerusi kopi untuk dua orang, malam-malam duduklah situ dengan hubby sambil bercinta ;)) Sambil dengar bunyi air mengalir . . .Bestnyaaa . . .

Macam-macam kan boleh buat dengan area ni, even kalau ada fulus lebih boleh tambah bilik attic kat atas  ni sebab ruangnya tinggi. Sampai makcik pun naik pening nak pilih fungsi mana untuk ruang ni. Kalau uols, uols buat apa?


Ini keadaan ruang ni sebelum diperlakukan apa-apa ke atasnya . . . eee sepahnya . . .


Sebelum decide nak buat apa, baik kita kemas sikit. Takle sakit mata ambe nengoknya . . . Macam-macam barang yang tiada 'rumah sendiri' disumbat ke dalam ni. Kalau uols, barang-barang macam ni uols nak letak mana . . .? Tengok tu, stroller pun sini tempatnya . . .


After decide what to do with this area (quite lama jugak laa nak decide, sebab kalau ikutkan hati semua pun nak buat, fulus je takdok huhu), mulalah operasi clearing this area . . . cuba teka mana saya sorok semua barang ala-ala stor yang ada kat sini tadi? jeng...jeng...jeng... ce teka ce teka

Dan, cuba teka juga apakah fungsi ruang ini yang kami pilih. Nak tahu jawapannya, cuba lihat teaser di bawah dan nantikan entri berikutnya . . . kikiki


Siap teaser segala kekdahnya!.. 

4 comments:

  1. hampir nak tepat tu take...jawapan di part nanti inshaAllah...kikiki

    ReplyDelete
  2. Ni buat rasa nk geget ni.. Tang teaser tu rasa cm nak koyak je.. Heee.. makcik berdebau tgk hasilnya..

    ReplyDelete
  3. ade ade jumpa rumah yg takde bumbung kat tgh2. Rumah yg i pegi tu dia buat tanam rumput carpet dan hias dengan batu2 sungai..nicee

    ReplyDelete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...