Showing posts with label Bilik Anak. Show all posts
Showing posts with label Bilik Anak. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

42 Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 2}

Assalamualaikum wbt,

Hari ni entri sempoi sebab dah nak habis bulan Oktober kan...jadi cerita 'bilik anak' pun dah nak hampir sampai ke penghujungnya. 

Lepas ni insyaaAlah sampai turn encik dapur - si jantung rumah! ;D


Ini katil yang saya jadikan tempat bersiap baby saya. Biasa omputehs kan ada katil untuk siapkan newborn tu kan...ala, yang Ikea pun ada jual tu...tapi amboi harga dia, bukan main mahal...ratus-ratus tu memang tak tercapai akalla eden nak memboli...eheh kita pakai katil terus, lagi puas hati! hahaa...;D

Ni susunatur baju dalam laci panjang almari bercermin. Atas untuk baby Zuhair, senang nak buka dan amek...bawah untuk baju anak-anak sama pattern.

Apa ada atas meja solek ni?

kejap-almari-kejap-meja solek...belasahhh janji korang paham kan?? ;)

Ada satu raga comel untuk letakkan lampin pakai buang...senang capai je...


Ada pasu bunga kecik dan frame putih sebagai sedikit suntikan deko...-kununnya-


Guna wrapping paper je untuk hiasan...

Tak letak apa-apa selain mereka bertiga ni...supaya senang nak maintain...

Entri sempoi kan? Boleh kan...??? :):)

Fungsi bilik ni {setakat ni}: 

1. Tempat simpanan baju bajan dan keperluan anak-anak.
2. Tempat bersiap diorang.
3. Tempat melepak baca buku sekali sekala {ada meja dan kerusi comel}.
4. Bilik lebih untuk tidur kalau tetamu ramai...biasanya yang bujang-bujang boleh tidur sini, yang dah kahwin tidur kat bilik tetamu.

Setiap bilik memang saya akan tentukan fungsi ruang supaya mudah nak kemas dan maintain. Benda ni penting supaya tak cacamerba bilik dengan fungsi berubah-ubah. Banyak fungsi tak apa, tapi stick to them. Jangan tukar-tukar. Sekejap buat bilik tidur, sekejap buat bilik mainan, sekejap buat bilik makan...nanti habis bersepah setiap kali, jenuh mak-mak nak ngemas...;p

Ada yang masih nak kongsi-kongsi cerita? Ke SINI kita...jom!

 photo footer.png

60 {Sticky Post} Cabaran Bulan Oktober :: Bilik Anak

Assalamualaikum wbt,

Yuhuuu...tanpa banyak membuang masa, kita teruskan cabaran bulanan kita ya...di mana kali ni kita ketengahkan 'Bilik Anak' sebagai prospek perbincangan...:)

Saya mohon maaf sangat kalau ada yang tak dapat join kali ni sebab nak pilih dapur yang semua orang boleh join, dapur saya masih dalam usaha baikpulih sistem. Banyak cerita tak dapat nak dikongsikan pulak nanti...Jadi, saya terpaksa pilih bilik yang dah selesai dulu. Takpe ya...harap bersabar menunggu turn dapur atau ruang kerja...:)


Tapi, sebelum tu ada beberapa kawan saya tanya, macamana saya uruskan masa seharian nak cope dengan study, kemas rumah, memasak, basuh baju, aktiviti dengan anak, blogging dan sebagainya lagi. Mungkin dengan tercetusnya blog susunatur ni, ramai yang ingat kehidupan saya sempurna --

Jadi, dengan rasa bertanggungjawabnya, saya nak perbetulkan persepsi masyarakat terhadap saya...;p

Sebenarnya, saya sama je macam semua orang jugak...datang waktu serabut...serabut jugak...turun naik kehidupan yang normal.

Tapi, mungkin bezanya saya membiasakan diri dengan jadual, maka waktu-waktu tertentu yang saya kemalasan, saya cuba sedaya upaya stick pada jadual. Kalau tak ada jadual, boleh je menjalani kehidupan seperti biasa, tapi bila dah malas kita jadi macam lost, taktahu nak buat apa, mula dari mana...apakah penghujung dan kesudahan kemalasan itu semua. Kalau ada jadual, kita tahu 'we need to do this, we must finish this...and so on'.

Gituuu...

Saya pernah cerita bab planner saya tapi banyak perubahan pada planner tu sebab masa tu pertama kali buat secara bersistematik. Tapi, bila dipraktikkan banyak rupanya yang perlu saya perbaiki...itu semua nanti saya akan kongsikan perlahan-lahan dalam entri-entri akan datang dengan anda semua. Perkongsian ini sekadar untuk membantu 'orang-orang macam saya'. Yang jenis boleh on-the-go je, mungkin takde hal pun takde sistem-sistem segala ni ;}

Planner 2014 pun dah siap. Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Kita imani itu. Dan dalam masa yang sama, kita usahakan agar kehidupan kita ni ada makna. Bukan hanya 'follow the flow'.

Namanya perancangan. Berjaya tak berjaya, tak boleh dijangka. Tapi bila dah tetapkan target, kita akan USAHA. Dan insyaaAllah usaha itulah yang Allah akan nilai.

Ops, terpanjang pulak muqaddimah hari ni...tak berkaitan bilik anak pulak tu...bukan apa, ada kawan SMS dan ada yang e-mail tanya hal ni, saja saya nak amek kesempatan jawab sikit...nanti cabaran ruang belajar saya akan up perincian planner 2014 saya...insyaaAllah...;)

Jadi, seperti biasa, sesiapa yang nak join cabaran bulanan kali ni, boleh up cerita anda di inlink tools di hujung entri ni. Boleh up cerita-cerita lama tapi kalau boleh berikan sedikit nafas baru dan boleh hantar banyak entri.

Walaupun nama cabaran kita 'bilik anak' tapi apa-apa yang berkaitan anak anda boleh je dimasukkan. Contohnya:

- persiapan bento anak
- resipi makanan anak homemade {sendiri buat punya}
- ruang mainan anak
- ruang aktiviti anak
- homeschooling aktiviti
- susunatur perabot di bilik anak

Saya suka kumpulkan idea berkaitan anak-anak ni sebab nak buat sendiri tak berapa mahir. Alang-alang dah up cerita 'bilik anak' sekalikan dengan semua yang berkaitan anaklah...

Kali ni, fokus perbincangan kita masih tentang susunatur tapi kita suntikkan sedikit unsur warna warni kehidupan atau bahasa mudahnya 'bersepah' kerana daya kreativiti yang tinggi anak-anak ni pasti normal di kalangan kita semua tetapi bagaimana kita hadapi ruang imaginasi mereka tanpa mengehadkannya hanya kerana nak rumah kekal kemas itulah yang nak kita kongsikan.

Itulah antara cabaran kita sebagai ibubapa untuk kreatif menyeimbangkan antara rumah yang masih boleh kelihatan kemas dan anak tetap bebas bereksplorasi. Gituuu...

Dan seperti Cabaran September jugak, kalau ada sponsor baru kita umumkan pemenang ok ;)

Nota: Di bahagian nama, tuliskan tajuk entri atau apa-apa tajuk yang bersesuaian dengan kandungan entri ya, bukan nama anda...macehhh semua :)

Senarai peserta ---> KLIK SINI

Perkongsian daripada tuan tanah:

1. DIY Bekas Storan Bulky Items Almari Anak
2. Susunatur Keperluan Anak Dalam Bekas DIY
3. Susunatur Tuala Kecil, Selimut Bayi & Napkin
4. Sudut Membaca Di Bilik Anak Kecil
5. Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 1}
6. Susunatur Dalam Laci Anak Perempuan
7. Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 2}

 photo footer.png

Wednesday, October 30, 2013

15 Susunatur Dalam Laci Anak Perempuan

Assalamualaikum wbt,

Agak-agak kalau selongkar laci anak-anak kecik apa yang kita jumpa?

Eheh, anak saya kecik lagi...paling sulung pun baru 4 tahun. Kedua baru 2 tahun. Ketiga baru nak masuk 1 tahun. Jadi, emaklah yang mengemaskan laci anak.

Saya lahir tahun '84, kut ada yang tertanya-tanya...eh tetiba nak mention fulak kannn...;p

Kalau korang tengok ada berapa laci semua tu? 4 laci panjang, 2 laci kecik kan? 

Laci yang panjang tu, sorang satu laci untuk letak baju berlipat diorang. Lebih satu tu saya letakkan baju diorang yang sepesen patternnya...

Laci kecik pulak, satu saya letak stokin, topi dan pakaian mini yang sewaktu dengannya. Lagi satu saya letak pelbagai keperluan harian yang saya akan cerita hari ni...

Laci belah kiri dipilih sebagai tempat meletakkan keperluan persiapan harian...sebab sebelah almari ni ada katil. Bila siapkan Zuhair yang berumur 10 bulan tu, memang dak comel tu takmo duduk diam sokmo. Jadi, semua perlu dekat dengan tangan untuk mudah dicapai.

Bekas PERTAMA.
Menempatkan pelbagai beg kecil milik anak perempuan saya. Jarang guna pun...tapi tak buang la sebab ada jugak dipakai sekali sekala.


Letak paling belakang sebab bukan daily used items...

Bekas KEDUA.
Menempatkan minyak sapu yang penting. Biasa lepas mandi saya urut-urut badan anak. Ikut mood kadang pakai telon, kadang yuyi, kadang vicks. Dermoplex tu untuk ruam lampin. Yang lain-lain disimpan di almari solek saya.


Bekas KETIGA.
Ni kotak penting ni. Saya buh teether yang sangat-sangat diperlukan untuk lekakan Zuhair masa nak siapkan dia. Kalau tak, asek nak toleh ke kiri ke kanan masa nak bersiap...;)
Ada juga tumpang gelang-gelang kakak. 


Kotak KEEMPAT.
Ni serabut sikit. Ada je penutup bawah dia tu untuk tutup keserabutan tu semua tapi susah pulak tiap kali nak amek getah rambut kena bukak penutup. Jadi saya biar terbuka je. Ni kira rumah untuk koleksi getah dan sepit ikat rambut.

Perasan sesuatu yang seperti tersesat di situ?
Eheh, tu pun barang penting tu - penyepit comel. Saya gunakan penyepit comel ni untuk sepit tuala kecik kat baju anak masa diorang selsema.


Dan kotak terakhir, kotak KELIMA.
Rumah sikat dan cermin mata hitam. Siap cermin mata hitam segala...hihi

Masukkan dalam laci dan siap!

Itulah serba sedikit cara saya susun segala keperluan kecil macam ni dalam laci ni. 

Saya cuba susun barang-barang sejenis di satu bekas yang SAMA untuk mendapatkan sistem yang kemas, tersusun dan efektif. Saya elakkan main campak je semua dalam laci. Nanti bila nak digunakan, saya tahu saya akan banyak membazir masa hanya untuk mencari! 

Kalau ada bekas yang lebih seragam lebih bagus, macam saya ni cacamerba warnanya tapi tak apalah, saiz dia ok pulak saya tengok setakat ni...hihi :) Yang saya DIY kotak KELIMA tu je. Macam biasa, kotak Apollo - saya balut-balut, yang lain semua sedia ada dibeli semenjak belum berkahwin duluuu lagi...

Ada tips lain nak dikongsikan oleh otai-otai dan peminat susunatur sekalian? Camne korang pastikan laci di rumah sentiasa kemas dan tersusun?


 photo footer.png

Monday, October 28, 2013

48 Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 1}

Assalamualaikum wbt,

Sementara menunggu result simulation yang lamaaa ni, saya nak kongsikan susunatur almari baju anak-anak saya. Ada dua almari sebenarnya, tapi almari yang ada cermin macam gambar kat bawah tu kita cerita nanti.

Hari ni kita cerita almari yang besar tu je. Almari ni ada tiga bahagian.

1. Ruang baju yang digantung.
2. Dua bahagian untuk lebih tempat storan.
3. Dua laci.

Pemandangan dari pintu...

Bilik ni kami memang siap cat sebelum masuk, sebab ada buat wiring jadi memang kena touch up. Alang-alang touch up, cat je terus. Ada dua warna, dark pink dan light pink. Anak pertama dan kedua girl jadi ini kira bilik dioranglah...tu yang pink semua...

Saya pilih roller blind untuk kebanyakan bilik di rumah saya ni termasuk bilik ni. SATU sebab nampak kemas, KEDUA sebab kena dengan tema minimalis, KETIGA senang nak maintain - tak perlu basuh dan KEEMPAT sebab MURAH!!!

Karpet pulak, bukan karpet sebenarnya tu...tu tikar evamatik. Rumah saya memang tak ada langsung apa-apa unsur karpet sebab suami acuum acuum kalau berkarpet...

Almari ni pakai solid kayu, agak berat nak alih ke sana sini...tapi takpe, berkualiti di situ...

Bila pintu dibuka...

Sebelum dan selepas penambahbaikan bekas letak keperluan anak...

Bahagian baju yang digantung...


Ingat lagi LABEL ni? 
Yeah, saya masih menggunakannya dan ianya SANGAT membantu!

Ini pulak bahagian kedua yang menempatkan koleksi tuala...


Dan bahagian terakhir iaitu laci. 
Laci bawah untuk Kakak Adni, laci atas untuk Kakak Alya. Laci Zuhair kat almari lagi satu.

Camne pulak korang susunatur baju anak-anak korang? Ada almari khas? Atau kongsi ngan almari mak ayah? 

Ada yang nak tokok tambah cerita? Hehe, JOM kita!

 photo footer.png

Friday, October 25, 2013

22 Sudut Membaca Di Bilik Anak Kecil

Assalamualaikum wbt,

Weehoo...entri santai di bening Jumaat yang indahhh...:)

Dalam bilik anak saya ni, memang saya sengaja letakkan kerusi dan meja kecil untuk diorang sekali sekala bersantai baca buku kat sini. Adalah sense of belonging diorang sikit kat bilik ni...

Meja merah tu beli kat Tesco {tak silap saya dalam RM 17 sebijik} dan kerusi hijau dan kuning tu dari Ikea {RM17 jugak rasanya...tak ingat pulak}
  
Ada waktu hujung-hujung minggu, diorang spent masa diorang kat sini...

Kakak-kakak membaca buku...

Si kecik tu tengah buat apa tu...haaaa...

Gotchaaa!! 
My little hero, Ahmad Zuhair...seluar-entah-ke-mana ;p


Banyak lagi sebenarnya boleh dibuat dengan sudut ni tapi since my girls belum menetap sepenuhnya di bilik ni, jadi ada baiknya saya biar ruang ni begini saja dulu. 

Kalau ikut hati memang nak cari wall deco art, gantung rak buku, pasang lampu membaca yang cute, cat stripes dan cemacam lagi...tapi semua tu kita masuk dalam never-ending-to-do-list dulu laa yerp? Emak banyak lagi tugasan nak ngadap...ngehngeh ;)

Ok tu je nak cerita...santai je kan? ;)

Selamat berhujung minggu! 

p/s Kalau ada sesape nak kemas bilik anak-anak, boleh kongsikan di SINI nanti yek! ;););)

 photo footer.png

Tuesday, October 22, 2013

16 Susunatur Tuala Kecil, Selimut Bayi & Napkin

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak korang nak cari tuala lap hingus bila anak-anak dilanda selesema...tapi tak jumpa-jumpa?

Saya pernah mengalaminya dan saya tak berapa suka keadaan begitu. Saya rasa sangat sayangkan masa yang terbazir untuk mencari tuala-tuala kecil tu semua tatkala ia AMAT diperlukan pada sekian-sekian waktu yang urgent.

Atau mungkin juga saya malas nak digging out all the baju bajan sehingga bersepah semua hanya semata nak cari benda yang kecil comel begitu.

Ni rupa bentuk bekas yang saya beli dari Ikea - - - lamaaa duluuu

Saiz dia sedang elok je untuk letakkan koleksi tuala kecil anak-anak saya tu. Dan paling best ada partition. Tapi, saya galakkan DIY je kalau korang nak buat sebab mahalla harga benda ni RM30. Tak berbaloi pulak rasa tapi dah terbeli, guna jela...

Kata gi Ikea kan? Semedang TERbelinyaaa....entah apa Ikea dah jampi.,, {HAHA salahkan Ikea}

Ada tiga jenis bahan yang saya muatkan dalam bekas ni.

Selimut bayi - tuala saiz sederhana - tuala saiz kecil.

Tuala saiz sederhana tu untuk tekap anak-anak demam...tuala kecil untuk lap mukus hidung diorang...

Selimut bayi ada 5 helai...murah rezeki Ahmad Zuhair, 3 daripadanya orang hadiahkan untuk dia masa lahir hari tu...:):)

Kemas, tersusun dan efektif! 
Saya S.U.K.A...!

Buh kat mana? Tu...kat anak panah tu...

Sebelahnya saya letakkan napkin...masih dalam kategori yang sama...kategori tuala-tuala. Kadang guna napkin ni untuk lap badan budak-budak ni...terutama kalau ke pantai ke...aaa napkin ni banyak sangat fungsi...belum boleh masuk kotak barang terpakai lagi...

Acane cara korang susunatur kategori tuala-tuala ni semua pulak? 

Jom kongsi dengan saya, JOM!

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...