Agak-agak kalau selongkar laci anak-anak kecik apa yang kita jumpa?
Eheh, anak saya kecik lagi...paling sulung pun baru 4 tahun. Kedua baru 2 tahun. Ketiga baru nak masuk 1 tahun. Jadi, emaklah yang mengemaskan laci anak.
Saya lahir tahun '84, kut ada yang tertanya-tanya...eh tetiba nak mention fulak kannn...;p
Kalau korang tengok ada berapa laci semua tu? 4 laci panjang, 2 laci kecik kan?
Laci yang panjang tu, sorang satu laci untuk letak baju berlipat diorang. Lebih satu tu saya letakkan baju diorang yang sepesen patternnya...
Laci kecik pulak, satu saya letak stokin, topi dan pakaian mini yang sewaktu dengannya. Lagi satu saya letak pelbagai keperluan harian yang saya akan cerita hari ni...
Laci belah kiri dipilih sebagai tempat meletakkan keperluan persiapan harian...sebab sebelah almari ni ada katil. Bila siapkan Zuhair yang berumur 10 bulan tu, memang dak comel tu takmo duduk diam sokmo. Jadi, semua perlu dekat dengan tangan untuk mudah dicapai.
Bekas PERTAMA.
Menempatkan pelbagai beg kecil milik anak perempuan saya. Jarang guna pun...tapi tak buang la sebab ada jugak dipakai sekali sekala.
Letak paling belakang sebab bukan daily used items...
Bekas KEDUA.
Menempatkan minyak sapu yang penting. Biasa lepas mandi saya urut-urut badan anak. Ikut mood kadang pakai telon, kadang yuyi, kadang vicks. Dermoplex tu untuk ruam lampin. Yang lain-lain disimpan di almari solek saya.
Bekas KETIGA.
Ni kotak penting ni. Saya buh teether yang sangat-sangat diperlukan untuk lekakan Zuhair masa nak siapkan dia. Kalau tak, asek nak toleh ke kiri ke kanan masa nak bersiap...;)
Ada juga tumpang gelang-gelang kakak.
Kotak KEEMPAT.
Ni serabut sikit. Ada je penutup bawah dia tu untuk tutup keserabutan tu semua tapi susah pulak tiap kali nak amek getah rambut kena bukak penutup. Jadi saya biar terbuka je. Ni kira rumah untuk koleksi getah dan sepit ikat rambut.
Perasan sesuatu yang seperti tersesat di situ?
Eheh, tu pun barang penting tu - penyepit comel. Saya gunakan penyepit comel ni untuk sepit tuala kecik kat baju anak masa diorang selsema.
Dan kotak terakhir, kotak KELIMA.
Rumah sikat dan cermin mata hitam. Siap cermin mata hitam segala...hihi
Masukkan dalam laci dan siap!
Itulah serba sedikit cara saya susun segala keperluan kecil macam ni dalam laci ni.
Saya cuba susun barang-barang sejenis di satu bekas yang SAMA untuk mendapatkan sistem yang kemas, tersusun dan efektif. Saya elakkan main campak je semua dalam laci. Nanti bila nak digunakan, saya tahu saya akan banyak membazir masa hanya untuk mencari!
Kalau ada bekas yang lebih seragam lebih bagus, macam saya ni cacamerba warnanya tapi tak apalah, saiz dia ok pulak saya tengok setakat ni...hihi :) Yang saya DIY kotak KELIMA tu je. Macam biasa, kotak Apollo - saya balut-balut, yang lain semua sedia ada dibeli semenjak belum berkahwin duluuu lagi...
Ada tips lain nak dikongsikan oleh otai-otai dan peminat susunatur sekalian? Camne korang pastikan laci di rumah sentiasa kemas dan tersusun?
15 comments:
Sy pun kadang susun elok cmni...tp sekejap la sngt hai....anak dara sorang tu...dgn adiknya...x bole tgk bende susun elok2....penat dibuatnya...!
Cantik nya set perabot. Berapa hengget tu?
tula, tguu anak sy besar sikit..harapnya dpt mewarisi gene organizing emak...ekeke
lbh kurang rm1k ++
berkenan betul dgn set perabot bilik anak fizah ni hehehe... tambah pulak dengan kekemasan yg ada sesuai sgt2.
ok lah tu fizah.. tersusun yang penting senang nak cari.. :)
wahh..1k ye kak set perabot tu...su jatuh hati lah..kn buat tabung la cam ni..hihiih..
laci su pun buat sistem mcm tu
Cantiknya bilik.
Aku dh tayang almari tinggi aku hr tu, smua kasi bubuh. Alat solek anak2 sama level ngn mak pak pasal xleh bubuh kat bwh, confirm hanya dpt botol kosong je nanti.
Aku simple je mek. Tak rajin sgt nk ngemas sbb anak2 24, 48 jam dgn aku.
anak2 kalau dah biasa tgk emaknya menyusun cam ni nanti dia ikut kot...kalau bukan sekarang lambat laun kot. melentur buluh biar dari rebung. yg dah jadi buluh ni yg terkial2 nak atur segala...fengsan nak praktik
eh thn 84 muda lg tu sis! hoho shantek almari tuuuu...! asben i ckp tggu ank bertambah br bli almari br tuk anak...k fine! -.-'
cantik dan sejuk jer pandang perabot anak dara..rajin maknyer susun atur barang2 anaknya..
Kemas n cantuk..:-)
cantik sgt set perabot anak tu. kt bilik anak dah siap built in wardrobe masa beli dulu. so saya cuma sediakan katil je...
Cantikkkk.kat mana.beli perabot tu.
kat kedai perabot area melaka ni je dear..:)
Post a Comment