Assalamualaikum wbt,
Wussss...baru terhegeh-hegeh nak up last part ni. Terkejar-kejar sangat dah ni...semput.
Seperti yang anda semua sedia maklum, kita berada di zon cabaran bulanan iaitu bulan September yang mengetengahkan 'bilik utama' sebagai prospek perbincangan sesama kita.
Sudah banyak bahagian yang telah kita kongsikan bersama untuk rujukan masing-masing dalam mencapai piawaian kekemasan rumah yang digemari semua serta mudah untuk dipraktikkan bagi mengurangkan kekerapan kadar persepahan...{bahasa nak tinggi sangat ni phew!~ ;p}
Jomlah, kita bincangkan topik last but not least iaitu susunatur almari bahagian his hari ni, ok.
Biasanya bahagian his tak complicated sangat macam bahagian hers. Tapi, saya tetap menggunakan segenap ruang yang ada agar tak ada kerugian ruang bagi almari sebesar 8x8 kaki ni.
Jom lihat apa yang saya lakukan kepada bahagian his ni.
Paling atas saya letakkan kotak pakaian newborn seperti booties mittens, topi, barut dan yang seangkatan dengannya.
Kotak tu saya hiaskan sikit dengan kertas pembalut yang cantik {mesti korang dah kenal sangat dengan corak ni ;p}. Sebelah kotak newborn ada koleksi beg saya. Dalam beg hijau yang besar tu ada jaket dan sweater lama.
Di bahagian tengah pulak baju-baju harian encik suami. Saya susun ikut kategori: paling kanan kemeja lengan pendek diikuti kemeja lengan panjang, baju Melayu, baju batik, t-shirt berkolar, t-shirt tak berkolar, seluar baju Melayu, kot/blazer, sweater dan jubah.
Dan perasan tak kat bahagian ni ada satu kotak comel yang saya ceritakan sebelum ni? Itulah dia ruang storan pakaian mini bahagian his. Just nice je dia duk situ...sebelah comforter dan skala penimbang.
Dan bahagian paling bawah ada laci serta beberapa lagi bakul sebagai ruang storan yang efektif!
Laci pertama.
Laci kedua.
Saya gunakan divider from IKEA untuk tujuan kekemasan supaya barang tak bercampur aduk.
#Tips lipat seluar lelaki.
1. Baringkan seluar dalam keadaan nak iron. Nak iron nanti senang, dah ada line.
2. Lipatkan hujung bawah ke hujung atas supaya terlipat dua.
3. Lipat sekali lagi hujung bawah ke atas supaya terlipat empat.
4. Terbalikkan keadaan nombor 3 supaya masa nak lipat lagi sekali lepas ni, tak nampak poket tu semua.
5. Lipatkan kiri ke kanan.
6. Keadaan apabila didirikan, kemas dan sesuai untuk diletakkan ke dalam bakul bersama the gang!
Bakul untuk seluar + kain.
Cannot help, terlalu suka lipat macam ni. Seluar tu saya prefer lipat sebab tak cukup ruang untuk gantung.
Bakul seluar sukan. Sebelah tu ada beg sukan, senang suami saya nak letak tuala ke apa ke kalau nak gi bersukan.
Bekas untuk pakaian jarang dipakai. Baju kurung saya la sebenarnya. Menumpang di bahagian his. Tu yang jadi lapang-selapangnya almari bahagian hers.
Atas baju kurung tu, dalam bekas yang sama saya letakkan koleksi t-shirt kami yang jarang dipakai, topi dan songkok encik suami.
Amacam y'all? Penuh tak almari bahagian his ni? Semua saya letak kat bahagian ni selagi boleh. Gunakan to the max kekdahnya...
Sudi kongsi dengan saya susunatur almari bahagian his korang pulak?


















































