Showing posts with label Luar Garaj/Laman. Show all posts
Showing posts with label Luar Garaj/Laman. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

31 Pemasangan Tiles Garaj

Assalamualaikum wbt,

Antara sebab nak pasang tiles ni {perlu nyatakan sebab supaya senang nak justify keperluan atau kehendak}, ialah kalau tak pasang tiles, simen depan ni macam retak-retak. Risau juga kalau pecah nanti bahaya kat anak-anak waktu outdoor activities. Tambahan pula kalau ada anak kecik yang suka menjalar atas lantai, bila pasang tiles elok sikitlah rupa baju tu berbanding menjalar atas simen.

Hari tu lama jugak pemasangan tiles ni. Ada lebih kurang 2 minggu kot. Sepatutnya dapat siap lebih awal tapi encik kontraktor banyak job tempat lain. Jadi lambatlah sikit siapnya...

Tiles ni kami beli sendiri sebab nak jimat sikit kos, cari yang gred rendah je...kat Seremban. Dua kali trip jugak berulang nak gi amek. Harap-harap berbaloilahhh...hehe. 

Saya dah design susunatur tiles jadi kita tengok je gambar ni dan kira berapa keping nak beli. Satu keping 2ftx1ft cuma RM3 je...

Keadaan depan rumah semasa proses pemasangan.

Mula-mula encik kontraktor ratakan dulu simen yang ada dengan lapisan simen yang kasar. Rasanya supaya tiles yang nak dipasang tu nanti mudah grip berbanding simen yang sedia ada ni agak licin.

Air tu semua diorang beli sendiri, iols buatkan air teh je...;p

Makan masa juga proses ni...tapi puas hati tengok dia buat. Kemas dan teliti!

Kadang-kadang ada kawan dia datang tolong...

Longkang ni kitorang tutup. Sebab pertama tak berapa rajin nak basuh lumut-lumut dalam tu nanti. Kedua sebab nak hadirkan ilusi ruang garaj yang lebih luas. ;}

Bila dah tutup longkang, kena fikir saluran-saluran air yang perlu dialir keluar.

Bulatan kiri tu saluran air hujan, bulatan kanan tu saluran air air-cond. Longkang ni nanti diorang akan tutup dengan lapisan simen.

Bila lapisan simen kasar tu dah kering, proses pemasangan tiles pun dimulakan. Encik ni mulakan dari tengah. Sangat bagus cara ni supaya kalau gambar yang kita dah design tadi tak center {kadang-kadang kita tak ukur exactly panjang garaj} maka takdelah kemudian nanti nampak pelik hasilnya...

NOTA: Tahukah anda orang yang ada OCD ni sukakan keadaan yang simetri? Kalau tak, dia boleh menggeletar satu badan nak betulkan balik ketidaksimetrian tu. Ini serius. ;)

Saya dah siap print-out satu salinan design susunatur tiles untuk memudahkan kerja encik ni. Kertas tu memang dia selalu rujuk, seperti kat dalam bulatan hitam tu. Yang dalam bulatan putih tu wiring yang dibuat untuk pemasangan autogate kemudian nanti.

Pum pam pum pam...siap! 

Final touch-up ialah sental kesan simen yang tertinggal tu guna asid, sebelum boleh digunakan.

Bila dah tutup longkang dan pasang tiles, memang terasa lapang garaj ni. Sesuai nak buat outdoor activity dengan kiddos.

Tanah saya tinggalkan sikit je kat tepi. Banyak-banyak nanti tak pandai jaga. -____-

Saya memang berpuas hati dengan hasil kerjanya. Sangat kemas, walaupun agak lama tapi takpelah asalkan hasilnya seperti yang diharapkan. Nama syarikat kontraktor tu H.r Maulana Sdn Bhd, Melaka. Sama dengan yang pasang awning.

Sape kat sini nak kongsi cerita laman atau garaj lagi, jom kita ke SINI...!! :)

 photo footer.png

Tuesday, September 23, 2014

28 Pemasangan Autogate - Keperluan Atau Kehendak?

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa peserta cabaran bulanan kita yang dah kongsikan cerita pemasangan autogate ni. Kebanyakan kawan-kawan kita mempunyai reason yang sama - iaitu pasang autogate untuk keselamatan.

Zaman sekarang kan, anythings can happen. Jadi, lebih baik mencegah dari merawat...gituuu...

Kawasan rumah saya ni agak tinggi dan berangin. Selalu juga bila nak keluar masuk kereta, risau pagar tu berdentum kena kereta. Kalau calar sikit takpe, kalau calar banyak atau kemek mau menangis juga tengoknya...

Pernah sekali tu dah siap-siap buka pagar semua, masuk kereta, tekan minyak, nak parking dalam garaj...sekali wussssss....tu diaaa angin mai...baik punya follow belakang kereta...sikit lagi nak 'kiss'...hehe...tapi alhamdulillah masa tu sempat park kat dalam. Berderau je darah tengok pagar tu follow sekali. Nak tekan minyak sangat takut 'kiss' pintu rumah pulak...;P

Sekali sekala boleh la terlepas, kalau selalu ada juga possibilities nak terkena tu...nak turun pegang pagar bukan senang, nak kelek baby lagi...tak berapa rajin nak turun pun iya jugak...haha

Selalunya kesian kat encik suami la. Kalau kena time hujan, nanti memanjang achoo achoo je kerjanya...bukan boleh kena hujan sangat, terus rasa nak demam...manja sangat tuuu...;p

Pemasangan Autogate
Masih kekalkan pagar yang sama, cuma tambah mesin autogate je di kiri kanan pagar.

Pemasangan Autogate
Sisi satu lagi. Tu dinding tembok belum touch-up lagi...cat untuk luar ni kemain mahal, jadi biarkan dulu diorang camni. ;p

Kos pasang autogate {tak termasuk wiring} sekitar RM1500 macam tu. Kalau tambah wiring dalam RM500-600 ikut panjang mana kena tarik wiring tu. Kalau nak tukar pagar, kena tambah sejumlah duit lagi, ikut design pagar nak yang macamana. Tempoh pemasangan biasanya sehari je. Kalau tukar pagar tak pasti pula, kena tunggu pagar siap dulu lah kot?

Tapi, dalam banyak-banyak reason, memang reason keselamatanlah yang paling utama masa nak pasang autogate ni. Semoga Allah peliharakan kita semua. 

Ada autogate ke takde autogate ke, yang penting sentiasa berdoa moga Allah jagakan keluarga kita semua daripada perkara-perkara yang tak diingini. Kena betulkan selalu niat, dalam segala hal pun...bukan autogate tu yang penyebab tak berlakunya, tapi Allah yang jaga... 

Kalau pasang sistem hebat macamanapun, Allah tak izin, tak jadi juga kan. Jadi, kena selalu remind diri sendiri supaya tawakkal 100% kepada Allah, setiap masa. Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya asingkan sikit untuk pasang autogate...sekadar mengisi keperluan, bukan kehendak. InsyaaAllah :)

 photo footer.png

Wednesday, September 17, 2014

49 Pasang Awning Tepi Rumah

Assalamualaikum wbt,

Rumah saya menghadap matahari petang, dan kepanasan suhunya tu menyebabkan dinding rumah mudah nampak kusam dan lapuk. Cat pun macam nak terkopek-kopek dah. Kalau dari dalam rumah, kita pegang dinding boleh rasa bahangnya menunjukkan betapa panasnya sinaran mentari tu. Kadang-kadang waktu tengahari kalau duduk kat ruang tamu tu memang terasa betul bahangnyaaa...berpeluh-peluh...

Fikir punya fikir, kitorang terpaksa decide untuk pasang awning. Cari yang basic je sebab nak memenuhi keperluan, bukan kehendak ;). Pertama, untuk kurangkan sikit suhu dalam rumah {and it works, alhamdulillah!}. Kedua, nak protect dinding luar daripada cepat rosak.

Pasang Awning Tepi Rumah
Kerja-kerja pemasangan pun dimulakan.

Pasang Awning Tepi Rumah
Tak tahulah apa fungsi tong besar ni...power supply kot?

Pasang Awning Tepi Rumah
Peralatan yang dibawa. Bos diorang ni foreigner {Bangladesh/India kot}, tapi dah build company kat sini. Kagum dengan semangat bekerja diorang ni!

Pasang Awning Tepi Rumah
Potong-potong, pasang-pasang...

Pasang Awning Tepi Rumah
Ukur-ukur...

Pasang Awning Tepi Rumah
Mula memanjat...

Pasang Awning Tepi Rumah
...untuk pasang tiang-tiang sokongan.

Pasang Awning Tepi Rumah
Laman tepi rumah yang gersang...nanti kita try tanam rumput. Tengok boleh pergi ke tak boleh pergi...;p

Pasang Awning Tepi Rumah
Paling suka tengok dia cat ni. Sebab jadi cantik warna besi sokongan awning tu. Rasanya dia cat untuk protect besi tu daripada berkarat.

Pasang Awning Tepi Rumah
Dah sudah cat, jemur sampai kering.

Pasang Awning Tepi Rumah
Pemilihan awning yang biasa je...sebab ni yang paling cun within budget dan tahan lasak...

Pasang Awning Tepi Rumah
Kerangka sokongan dah siap.

Pasang Awning Tepi Rumah
Sangat penting. Pemasangan laluan air hujan. Kalau tak, kesian kat jiran air mencurah-curah kena rumah dia kalau hujan.

Pasang Awning Tepi Rumah
Pasang kepingan awning pulak...

Pasang Awning Tepi Rumah
Separuh siap...

Pasang Awning Tepi Rumah
Mula redup...

Pasang Awning Tepi Rumah
Korek tanah untuk laluan saluran air hujan...

Pasang Awning Tepi Rumah
Ni masa dah siap, sekali hujan petang esok tu, tengok air hujan dalam saluran tu melimpah-limpah. Cuak sekejapan! Takut roboh je saluran tu....-.-''

Pasang Awning Tepi Rumah
Panggil balik kontraktor datang, tukarkan penyangkut yang ada tu...asalnya plastik, tukar kepada besi. Baru OK! No added fees...{gambar AFTER nanti compile dalam entri berikutnya ok}

Bila dah pasang awning ni, memang terasa kurang panas dalam rumah, redup dan cozy je. Kalau hujan pulak, tak teruk sangat tempiasnya macam sebelum ni, dinding luar rumah pun tak cepat rosak kena panas-hujan-panas-hujan. 

Ada sesapa nak kongsi cerita pemasangan awning jugak? Jom share untuk kebaikan bersama kat SINI...!! :)

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...