Showing posts with label Laci. Show all posts
Showing posts with label Laci. Show all posts

Friday, September 19, 2014

41 Susunatur Laci Sudu dan Garfu {Cutlery}

Assalamualaikum wbt,

Ada kawan-kawan emel tanya macamana saya susun sudu garfu, so kita off topic cabaran kejap ya...

Saya sebenarnya lebih suka asingkan laci untuk sudu garfu dengan peralatan memasak. Senang nak ambil guna bila asingkan camni.

Peralatan memasak saya susunkan di laci yang berhampiran dengan ruang bekerja {preparation & cooking area}. Di situ saya gunakan divider buat sendiri untuk membahagikan ruang antara peralatan. Perkara begini penting supaya setiap peralatan ada 'rumah' masing-masing dan tak bercampur aduk selepas digunakan. 

Sudu dan garfu pula di laci lagi satu, terletak di non-consumable area. Pembahagian area kitchen cabinet dah pernah saya kongsikan di SINI.

Tapi bila sebut pasal laci, tempat beginilah yang pallliiiinggg selalu perlu dire-organize. Selalu bersepah..! 

Antara faktor bersepah biasanya bila ada barang lain yang menumpang dalam laci tanpa disediakan 'rumah' untuknya. Kira aci-sumbat je la ni. Sudahnya padatlah laci tu dengan segala macam benda...

Ni cakap bukan sembrono tapi berdasarkan pengalaman...hehehee -___-"

Tengok tuuu.....macam-macam adooo.....

Macam biasa, saya keluarkan SEMUA benda dalam tu, lap dan basuh alas dan container yang ada...kemudian saya tambah alas baru untuk berikan sedikit keceriaan di laci ni.

Alas ni saya beli di Mr DIY. Material dia macam getah plastik...sangat sesuai untuk tugasan meng'grip'. Polka-dot pulak tu, lagilah iheart sangat-sangat! ;))

Kemudian masukkan balik container {from IKEA} yang berfungsi mengasingkan 'rumah-rumah' peralatan cutlery dalam laci ni.

Masukkan peralatan ke 'rumah' masing-masing.

Ada rumah untuk garfu dan beberapa peralatan makanan anak-anak.

Saya ada asingkan satu bahagian lain yang agak tinggi untuk pinggan-mangkuk-cawan anak-anak, tapi di sini saya selitkan sikit peralatan tu untuk mudahkan diorang ambil sendiri.

Sudu dan garfu kecil, toothpicks dan syringes.

Selesa mata tengok...

Selamat berjiran ya semua, jangan gaduh-gaduh...heheh ;p

Cuma perlu letakkan alas baru, susunatur semula dan hasilnya senyum-sampai-telinga! ;D

Tapi cabaran nak maintain ruang ni ialah bila nak kena asingkan sudu garfu tu semua setiap kali lepas membasuh. Kalau kena time nak cepat, memang saya longgok je semua dulu dalam 'rumah' sudu. Bila lapang, baru susun balik. 

Tapi, dengan sistem container yang ada ni, keadaan melonggok tu jauh lebih elok pemandangannya berbanding kalau takde container langsung. 

Bab sumbat-menyumbat tadi boleh diatasi dengan segera meletakkan semula barang yang ditumpangkan ke 'rumah' mereka sendiri. 


Ada sesiapa nak kongsikan idea susunatur sudu garfu korang pulak? 

Mungkin ada yang suka letakkan atas table top dalam bekas silinder?

Atau lebih suka letak kat tempat gantung sudu yang boleh diri tu? 

Berapa banyak sudu garfu yang korang ada? 

Mungkin ada yang suka kumpul koleksi barangan macam ni...

Jomlah kongsikan dengan kita-kita semua...kita-kita ajeeee....;D

 photo footer.png

Wednesday, June 18, 2014

49 Ruang Bekerja Di Dapur - Bhgn 2 & 3

Assalamualaikum wbt,

Rentetan perkongsian di entri sebelum ini tentang susunatur di bawah sinki, hari ini saya nak sambung ke bahagian berikutnya iaitu bahagian laci dan bahagian table top/sink area.

Laci yang saya maksudkan tu terletak bersebelahan je dengan ruang bawah sinki tu. 

Pada asalnya, saya mintak kontraktor pasangkan mengikut saiz paling besar di bawah, sederhana besar di tengah dan paling kecil di atas. Tapi, dia datang dengan laci yang sama ketiga-tiga saiz macam ni. Redha jelah. Huhu.

Tapi, saya ok je sebenarnya laci macam ni. Sesuai pula dengan susunatur yang saya gunakan sekarang. Pandai-pandai adjustlah ya bila ada masalah macam ni. Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. Bila ada perancangan kita yang tak kesampaian, maka berlapang dadalah kerana dunia memang bukan tempat untuk gembira sentiasa. Dunia tempat ujian. {wah ayattt...} ;D

Laci pertama {paling bawah}.

Laci ni saya letakkan peralatan memproses makanan iaitu blender dengan batu lesung.

Saya ada dua blender. Satu untuk blend cili, kunyit, atau bahan masakan yang sewaktu dengannya. Obvious sangat, blender yang belah kanan itulah yang dimaksudkan ;p Satu lagi yang belah kiri tu untuk blend jus buah, smoothies, bahan puding karamel dan yang sewaktu dengannya. Blender yang kecil tu untuk blend kerisik dan sebagainya yang kering. 

Seperti biasa, saya mengekalkan konsep seringkas mungkin untuk setiap laci. Kalau banyak sangat barang, akan cenderung menjadi tidak efektif.

Laci kedua.

Di sini pula saya menempatkan peralatan persediaan memasak seperti penapis untuk tapis bahan mentah, santan, menguli itu ini dan sebagainyalah yang berkaitan. Di sini, berlaku ketidakseragaman warna, yang ada cita-cita di hati saya untuk menyeragamkannya. Tapi, belum berjumpa lagi dengan bekas yang menepati citarasa. So, pakai je dulu yang ni.

Laci ketiga. 

Yang ni saya letak peralatan memasak seperti sudip, senduk, pisau, dan sebagainya. Saya pernah kongsikan cara saya buat divider tu di SINI. Masih berfungsi dengan elok. *stillheart* :)

Sekarang kita tengok bahagian terakhir iaitu bahagian sinki.


Untuk bahagian sinki, ada empat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa nak design kitchen cabinet. 

Pertama, jenis sinki yang dimahukan. Ada banyak jenis sinki sekarang ni dan ada banyak bentuk sinki. Ada yang tiga mangkuk, ada yang dua mangkuk, ada yang sama besar kedua-dua mangkuk, ada yang mempunyai kedalaman yang mencukupi untuk operasi merendam periuk belanga, ada yang secukup rasa je kedalamannya dan pelbagai lagi. Pilihlah ikut keselesaan bekerja masing-masing.

Kedua, jenis tap air yang dimahukan. Sekiranya kita memerlukan satu tap untuk disambungkan kepada water filter, ada baiknya kita memilih untuk memasang tap dengan dua kepala. Jika tidak, yang satu kepala sahaja pun dah boleh. Malah sekarang ada yang moden boleh gerak kiri kanan, meliuk-liuk segala.

Ketiga, cara pemasangan sinki. Ada dua cara pemasangan iaitu top-mounted atau under-mounted. Saya lebih suka under-mounted sebab nampak lebih kemas dan mengurangkan air terpercik semasa membasuh pinggan.

Keempat, cara pemasangan tap air. Pun ada dua cara yang biasa digunakan iaitu dipasang di dinding atau dipasang di sinki. Untuk memudahkan operasi maintenance, saya mencadangkan pasang pada sinki terus lebih memudahkan urusan kemudian hari berbanding pasang pada dinding.

...sekian kuliah hari ini. ;p

Dulu saya pakai sinki tiga mangkuk top-mounted tapi tak efektif dan tak kemas untuk saya. Tu yang saya tukar kepada dua mangkuk je dan buat dia under-mounted. Sebelah sinki yang bahagian kecil tu saya letakkan basket untuk tapiskan pinggan mangkuk yang dah basuh sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam 'rumah' mereka.

Benda comel ni penapis bahan buangan/sisa makanan. Saya beli kat Mr DIY.

Selain digunakan untuk membasuh dan merendam pinggan mangkuk kotor, bahagian sinki yang besar ni juga saya gunakan sebagai meja preparation memasak seperti kerja-kerja memotong bawang, sayur dan sebagainya.

Chopping board ni saya beli di Giant, lebih kurang RM25 kut macam tu harganya. Tak ingat pulak exact harga. Walaupun agak mahal, tapi ianya berbaloi dan sangat praktikal untuk saya gunakan sebab boleh disangkutkan pada sinki seperti di atas ni.

Di atas table top pula...

Cuma ada tiga sekawan garam, gula dan kunyit. Dengan menggunakan para dari Ikea, saya dapat menggunakan ruang bawah tu untuk letakkan dua cawan bertutup; satu untuk minyak bersih dan satu lagi untuk minyak menggoreng. Idea cawan ni saya tiru Yana...:)

Selain tu ada juga water filter Magic, jam dan pasu bunga hiasan. Jam tu penting sebab nak tengok masa memasak kan. Dah kukus kek berapa lama ke sekian sekian ke... ;)

Pemandangan keseluruhan ruang bekerja dan storannya.

Sikit je barang-barang kan. Ni kalau kenduri ni mau kena 'bahan' dengan orang tua-tua ni. Apasal tu takde ni takde. Macam mak saya kan, suka beli barang yang saya rasa memang takkan digunakan pun untuk masak harian. Tapi, mak saya beli jugak sebab pada fikirannya kalau ada kenduri kendara, senang...huhu. Macam dulang besar-besar, kuali besar-besar, periuk belanga yang saiznya ya ampunnn...saya pulak yang pening fikir mana nak letak semua tu...?? Haha...

Pemikiran orang tua kan...memang melangkaui zaman orang generasi-y macam saya. Dalam fikiran saya, kalau nak kenduri nanti barulah beli, takpun sekarang kan zaman catering, cateringkan aje...hahaha dasar sangattt...;D

So, macamana pula ruang bekerja korang di dapur? Marilah berkongsi...! =)

 photo footer.png

Wednesday, February 26, 2014

30 Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja

Assalamualaikum wbt,

Koleksi alatulis saya terlalu banyak. Dari zaman sekolah punya pun ada yang masih saya simpan, seperti kotak alat geometri. Yang ada jangka lukis untuk buat bulatan tu dan banyak lagi yang sewaktu dengannya. 

Tak masuk koleksi pen, pensil, pensil tekan pelbagai saiz mata, liquid paper, pemadam, pengasah dan banyakkkk lagi...

Saya mengalami fasa 'kebuntuan' yang melampau sangat tentang cara nak susun semua perkakas alatulis ni. Serabut sangat...nak cari benda kecik-kecik kadang tak jumpa. Habis selongkar dah...tup-tup kat paling bawah dia duduk ditindih-tindih barang lain yang besar-besar.

Saya cuba search cara yang ada di internet tapi tak banyak yang dapat membantu. Kebanyakannya menggunakan laci yang sedia ada kat meja untuk susun alatulis mereka. 

Dan meja saya, yang sedihnya tak ada laci tersebut. Hanya ada rak yang terbuka, takkan nak lambakkan macam tu je...

Jadi kenalah fikir caranya.

Fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir....

Sehinggalah dapat satu idea...!

Guna laci yang sedia ada dijual di kedai-kedai alatulis atau pasaraya besar!

Sebelum nak beli tu, saya dah siap-siap ambil ukuran semua, tinggi, lebar dan kedalaman untuk tengok bekas laci yang mana paling ngam dengan rak yang saya ada.

Akhirnya, jumpalah rak warna hijau macam kat bawah ni {yang ada anak panah tu}. 

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Saiz dia ngam sangat-sangat dan boleh muat tiga ketul yang memang sangat cukup untuk koleksi alatulis saya. Warna hijau pulak just perfect dengan warna dinding.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bekas hijau ni ada dua bahagian laci dan atas sekali tu kena buka penutup ke atas untuk ambil barang kat dalam dia. Harga seketul ~RM15, saya beli di pasaraya Mydin. 

Masukkan semua alatulis ikut sistem 'like with like items' dan kemudian labelkan sementara.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bahagian paling bawah dari kiri ada koleksi clips, sticky notes dan gadgets. 

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bahagian tengah pula menempatkan koleksi pen, pencil dan highlighter.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Paling atas yang kena angkat penutup tu ada puncher & stapler, calculator dan misc.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Kali ni, buat label yang proper sikit sebab cara yang sementara tu tak praktikal langsung. Print je kat atas kertas foto, gunting dan tampal double tape nipis di belakangnya.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Bersihkan label lama dan bersedia menampalkan label baru.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Ada tulisan 'MAX' kat bekas yang asal...agak serabut saya tengok dan takde kelebihan apapun tulisan MAX tu. Jadi, saya siap-siap ukur saiz label yang saya nak supaya dapat tutup tulisan tu.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Fuhhhh...barulah efektif macam ni. 
Tulisan tu memang saya buat warna hijau, supaya nampak macam satu set dengan warna bekas tu.

Bekas Alatulis Untuk Yang Tiada Laci Meja
Senang nak guna, senang nak ambil, senang nak maintain...=)

Projek simple di pertengahan minggu yang serba sibuk. Ada projek kecil-kecilan ruang SOHO anda yang nak dikongsikan? Camne korang simpan semua koleksi alatulis korang? Cuba kongsikan =)

 photo footer.png

Thursday, December 19, 2013

37 Susunatur Laci Peralatan Memasak

Assalamualaikum wbt,

Yelllooo semuaaa....bertemu lagi kita di siaran cabaran bulanan dengan prospek perbincangan part 2 iaitu dapur.

Kali ni, saya nak kongsi keserabutan saya mencari idea camne nak susunatur cooking utensils saya yang berlambak tu.

Nak tengok ke? Hee...ready semua...

v


v


v


v


v


v


Haa...tuuu diaaa...penim kepala ambe nengok +___+

Kononnya beli bekas warna hijau tu untuk organize peralatan memasak ni semua...tapi it ends up with this failure. 

Saya rasa sistem guna bekas sedia ada di pasaran tak sesuai sebab bekas tu semua tak suit dengan alatan memasak yang saya gunakan. Maksudnya, ada peralatan memasak yang panjang ada yang lebar ada yang pendek ada yang kecik dan sebagainya. Dan untuk mencari bekas sedia ada dijual yang suit dengan semua jenis dan saiz peralatan memasak adalah sesuatu yang agak mustahil dicapai.

Maka, saya pun memulakan operasi memerah otak!

Fikir punya fikir...berjaman bertahan dengan keserabutan laci di atas...sampai ke sudah tak jumpa solution!

Grrrrrr....

Sampailah suami saya ter'pling' idea yang bernas...iaitu gunakan kertas keras untuk buat divider sendiri! Mula-mula nak pakai kayu pallete tapi kayu tu tebal dan akan makan ruang...lebih baik guna kertas keras, nipis je...

Pada mulanya, agak susah saya nak percaya adakah ianya berkesan tapi since saya pun takde idea yang lebih baik maka saya proceed je dengan idea suami. Lagipun kertas tu bukan mahal pun..tak sampai seploh ringgit pun.

Nama kertas tu corrugated paper ke camtulah...cari je kat kedai buku...biasanya mesti ada punya.

So, langkah penting sebelum melaksanakan idea suami ialah sisih segala peralatan memasak yang dikategorikan sebagai asal-ada-je-gunanya-tidak-pun...

Langkah penting tu...;)

Dan tinggalkan apa yang betul-betul digunakan sahaja...Ni kalau tak ada sistem divider ni memang konfem berterabur balik semua ni...

Jadi, dividelah semua perlatan tu tadi dengan corrugated paper yang dah disebut awal-awal tadi...

Gunting-gunting, potong-potong, tampal-tampal...untuk dimasukkan ke dalam laci.


v


v


v


v


v


v


Turn out with this BEAUTY-FULL view!

Kemas...

...tersusun

...dan efektif TERCAPAI!!!

agagagagaaa....tak sangka hubs punya idea berkesan sangat!

*wink*wink*

:)

Sebelum dan selepas...^___^

Corrugated paper ni nama je paper tapi material dia macam plastik gitu...tak kembang kalau kena air dan kekerasannya sesuai untuk tugasnya sebagai divider...tak lembik dan tak jatuh-jatuh. 

So, kawan-kawan...jom kongsi camne pulak cara korang susunatur peralatan memasak korang. Ada laci khas? Atau prefer open-space concept, mudah dicapai? Digantung di dinding atau dimasukkan ke dalam bekas dan letak atas table top?

Jom kongsi, JOM!

 photo footer.png

Thursday, October 31, 2013

42 Susunatur Keseluruhan Almari Baju Anak {Bhgn 2}

Assalamualaikum wbt,

Hari ni entri sempoi sebab dah nak habis bulan Oktober kan...jadi cerita 'bilik anak' pun dah nak hampir sampai ke penghujungnya. 

Lepas ni insyaaAlah sampai turn encik dapur - si jantung rumah! ;D


Ini katil yang saya jadikan tempat bersiap baby saya. Biasa omputehs kan ada katil untuk siapkan newborn tu kan...ala, yang Ikea pun ada jual tu...tapi amboi harga dia, bukan main mahal...ratus-ratus tu memang tak tercapai akalla eden nak memboli...eheh kita pakai katil terus, lagi puas hati! hahaa...;D

Ni susunatur baju dalam laci panjang almari bercermin. Atas untuk baby Zuhair, senang nak buka dan amek...bawah untuk baju anak-anak sama pattern.

Apa ada atas meja solek ni?

kejap-almari-kejap-meja solek...belasahhh janji korang paham kan?? ;)

Ada satu raga comel untuk letakkan lampin pakai buang...senang capai je...


Ada pasu bunga kecik dan frame putih sebagai sedikit suntikan deko...-kununnya-


Guna wrapping paper je untuk hiasan...

Tak letak apa-apa selain mereka bertiga ni...supaya senang nak maintain...

Entri sempoi kan? Boleh kan...??? :):)

Fungsi bilik ni {setakat ni}: 

1. Tempat simpanan baju bajan dan keperluan anak-anak.
2. Tempat bersiap diorang.
3. Tempat melepak baca buku sekali sekala {ada meja dan kerusi comel}.
4. Bilik lebih untuk tidur kalau tetamu ramai...biasanya yang bujang-bujang boleh tidur sini, yang dah kahwin tidur kat bilik tetamu.

Setiap bilik memang saya akan tentukan fungsi ruang supaya mudah nak kemas dan maintain. Benda ni penting supaya tak cacamerba bilik dengan fungsi berubah-ubah. Banyak fungsi tak apa, tapi stick to them. Jangan tukar-tukar. Sekejap buat bilik tidur, sekejap buat bilik mainan, sekejap buat bilik makan...nanti habis bersepah setiap kali, jenuh mak-mak nak ngemas...;p

Ada yang masih nak kongsi-kongsi cerita? Ke SINI kita...jom!

 photo footer.png
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...