Tuesday, October 22, 2013

16 Susunatur Tuala Kecil, Selimut Bayi & Napkin

Assalamualaikum wbt,

Pernah tak korang nak cari tuala lap hingus bila anak-anak dilanda selesema...tapi tak jumpa-jumpa?

Saya pernah mengalaminya dan saya tak berapa suka keadaan begitu. Saya rasa sangat sayangkan masa yang terbazir untuk mencari tuala-tuala kecil tu semua tatkala ia AMAT diperlukan pada sekian-sekian waktu yang urgent.

Atau mungkin juga saya malas nak digging out all the baju bajan sehingga bersepah semua hanya semata nak cari benda yang kecil comel begitu.

Ni rupa bentuk bekas yang saya beli dari Ikea - - - lamaaa duluuu

Saiz dia sedang elok je untuk letakkan koleksi tuala kecil anak-anak saya tu. Dan paling best ada partition. Tapi, saya galakkan DIY je kalau korang nak buat sebab mahalla harga benda ni RM30. Tak berbaloi pulak rasa tapi dah terbeli, guna jela...

Kata gi Ikea kan? Semedang TERbelinyaaa....entah apa Ikea dah jampi.,, {HAHA salahkan Ikea}

Ada tiga jenis bahan yang saya muatkan dalam bekas ni.

Selimut bayi - tuala saiz sederhana - tuala saiz kecil.

Tuala saiz sederhana tu untuk tekap anak-anak demam...tuala kecil untuk lap mukus hidung diorang...

Selimut bayi ada 5 helai...murah rezeki Ahmad Zuhair, 3 daripadanya orang hadiahkan untuk dia masa lahir hari tu...:):)

Kemas, tersusun dan efektif! 
Saya S.U.K.A...!

Buh kat mana? Tu...kat anak panah tu...

Sebelahnya saya letakkan napkin...masih dalam kategori yang sama...kategori tuala-tuala. Kadang guna napkin ni untuk lap badan budak-budak ni...terutama kalau ke pantai ke...aaa napkin ni banyak sangat fungsi...belum boleh masuk kotak barang terpakai lagi...

Acane cara korang susunatur kategori tuala-tuala ni semua pulak? 

Jom kongsi dengan saya, JOM!

 photo footer.png

16 comments:

  1. kemasnya susun....sedap mata memandang.. :)

    ReplyDelete
  2. susun bertingkat2 jek...tak de bekas khas. janji bukak almari terus boleh nampak & capai...

    ReplyDelete
  3. Ohhh sgt kemas..ana blom sempat lagi susun2 comey gitu.still lagi lipat letak dlm laci mcm biase jer.setiap kali ambik mesti sepah semula huhuuu.

    ReplyDelete
  4. dd main susun je dalam almari kecik lisa..anak baru sorang sikitla barangnye kan..taktau sok2 anak dah ramai..huhu..

    ReplyDelete
  5. Kemasnya...suka tgk.i xde ank lg.si tuala i n suami susun je dln rak plastik

    ReplyDelete
  6. Akk main sumbat ajer tuala..huhuhu.sungguh tak practical..lepas ni dah dpat idea mcm mana nak buat

    ReplyDelete
  7. Bagus sangat idea ni... akak la org yang selalu digging dalam timbunan baju cari towel kenit ni.. hihi.. lagi satu masaelah.. hari ni lipat letak kat tuala anak-anak.. esok lipat letak kat tuala mak bapak..lusa lipat masuk bakul baby.. last-last merata ada tuala kecik ni.. hahaha...

    ReplyDelete
  8. bagus idea aka.su pun letak tuala kecik dorang satu kotak khas.klu tak jenuhhhhhhhhh nak cari ...

    ReplyDelete
  9. ehh ikea ada kotak gini?? eiii kena gak g ikea nanti..hahaha skrg sume smpn dlm almari ikea gak..so far x susah la nk cari towel kekecik sbb dlm laci dh susun leklok..cuma bekas ni...urgh sgt efficient! thx sis! ^_^

    ReplyDelete
  10. uhhh mahal jugak.tapi yg fizah buat diy nampak lagi cantik

    ReplyDelete
  11. salam...nak tanye...ada entry DIY utk kotak pink tu tak....pakai kotak kertas ke kotak kayu ye? semangat nak kemas barang anak ni :) cantik susunan.....terima kasih sbb sudi share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, sy guna kotak je..ada tutorial kat sini http://susunatursioca.blogspot.my/2013/10/diy-bekas-storan-bulky-items-almari-anak.html

      harap membantu :)

      Delete

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...