Monday, November 6, 2017

5 Tempat Tos Pinggan Yang Efektif

Assalamualaikum wbt,

Bersua lagi kita dalam cerita bersiri my kitchen cabinet! :)


Last time saya kongsikan perihal dishwasher yang tak mampu untuk basuh dan tos pinggan secara efektif kan {sebab tak ngam dengan sistem saya - bukan sebab DW tu yang tak bagus ya}. 

So, dengan sedih hatinya saya pun let-go dishwasher tu... ;((

Bila dah let-go dishwasher, jadilah kosong balik kat situ. 

Saya pun alihkan kabinet laci yang baru tambah {yang belah kiri tu} ke tempat dishwasher dan jadilah macam kat bawah ni...


...di mana tempat laci lama tu saya buatkan tempat tos pinggan yang baru. 

Itulah HERO kita dalam cerita ni. ;)

Punya lama nak jawab sinki berapa bowl yang efektif...rupanya sebab inilah... 

Setelah beberapa kali perah otak dan pembetulan demi pembetulan dilalui, maka jawapan kepada sinki berapa bowl yang efektif adalah...

v
v
v
v

...sinki SATU BOWL dengan syarat mesti ada satu sistem tos pinggan yang juga efektif serta tersembunyi! 

So, kabinet tos pinggan atas tu kalau kita buka akan nampaklah seperti di bawah.


Ada dua rak besi atas bawah - yang sangat mencukupi untuk tos segala pinggan-mangkuk-periuk-belanga. Rak besi tu boleh slide {tak beli pun, ambil je dari tall unit consumables item saya}. 

Bahagian belakang kabinet tak berapa nak cunlah, sebab asal dia untuk letak laci kan. Takdelah buat cantik-cantik. Ni dah jadikan tempat tos pinggan malas pula nak baiki rupa dia tu. Lagipun saya ok je bab-bab kosmetik macam ni, janji tak kacau sistem.

Ada dua tingkat rak yang saya gunakan. Tingkat atas untuk pinggan-mangkuk-cawan-sudu yang kecil-kecil. 

Tingkat bawah untuk periuk-kuali dan lain-lain yang besar-besar.



Rak besi dalam tu untuk toskan pinggan-mangkuk-cawan-sudu yang kecil-kecil. Letakkan juga dulang tadah air bawah tu.


Ni keadaan tos pinggan bahagian atas. 

Sudu garfu saya letak dalam bekas Ikea warna merah belah kiri tu. Tak letak dalam laci dah macam saya pernah share kat ENTRI NI sebab dah re-organize lain laci tu.


Ni keadaan tos pinggan bahagian bawah. 

Saya letak alas tadah air juga bawah tu yang saya DIY sendiri je pakai corrugated paper {saya pernah guna corrugated paper DI SINI}

Saya DIY sebab bila cari kat kedai tak jumpa saiz yang saya nak {2' x 2'}. So, buat sendirilah jelah senang.

Dulang air ni special, boleh tarik keluar basuh. Air akan bertakung dalam ni dan tak akan rosakkan kabinet. Yang penting seal elok-elok masa DIY tu.



Guna rak besi sliding macam ni memudahkan untuk tos pinggan. Tarik dan letak je pinggan yang dah basuh. Bawah tu saya letakkan karpet supaya tak basah lantai. Pastikan pengudaraan juga baik ya. Boleh gunakan pintu yang berlubang supaya tak lembab dalam kabinet tu dan besi pun tak karat. 

Karat sikit-sikit tu biasalah...

So inilah view lepas membasuh...

Sentiasa kemas macam ni ke table top?

Mestilah tak selalu kemasnya pun...ada waktu sepah juga... 
Tapi sepah tu senang nak maintainlah.

Paling penting...yang selambak tos pinggan tu...macam biskut...

now you see...

now you don't... 

^____^

Terjawab sudah persoalan sinki yang efektif tu kan. Sinki satu bowl memang MAMPU menjadi sangat efektif! Dengan syarat - tempat tos pinggan juga mesti efektif. 

Mereka adik beradik - lain mak lain bapak. ;p


Dan tercapailah juga kedua-dua misi saya nak pakai sinki satu bowl iaitu:

1. Ruang bekerja menjadi lebih luas.

2. Table top sentiasa kemas. 

Tutup je tempat tos pinggan tu - nampak macam showroom semula dah dapurnya. ;)

Itulah yang saya katakan tentang pentingnya ada KABINET TOS PINGGAN. 

Macam saya ni bukan buat baru pun, cuma modify je apa yang ada. Tempat laci yang lama tu saya suruh Ah Keong {yang pasang laci hari tu} pasangkan pintu dan letakkan rak besi. Dah siap dah tempat tos pinggannya. 

Kos alih laci dan tambah pintu ni ialah RM600 {ingatkan free? hehehe}

❤❤❤

Sedikit tips kepada yang nak buat kabinet tos pinggan macam ni:

1. Letakkan kabinet tos pinggan ni di bahagian kanan anda. Jangan buat betul-betul di bawah sinki ya, nanti susah nak masukkan pinggan dah kita berdiri kat situ.

2. Sediakan alas takung air yang senang dibasuh {low maintenance}.

3. Gunakan pintu berlubang supaya ada pengudaraan yang baik.

4. Gunakan rak besi jenis sliding tahan karat.

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat!

#remehtemehtapiselesai
#punyalamanaksetel

Cerita 1 {KC awal}
Cerita 2 {baiki table top retak}
Cerita 3 {tambah kabinet laci}
Cerita 4 {sinki yang efektif}
Cerita 5 {dishwasher}
Cerita 6 {tempat tos pinggan} --- hari ni!
Cerita 7 {tempat gantung kain lap}

 photo footer.png

5 comments:

Terima kasih di atas semua komen-komen yang diberikan. Kehadiran anda semua di sini sangat-sangat saya hargai. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas dan meraikan setiap kunjungan anda, dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...