Perasan tak saya semakin rajin up status di FB page? ;);) Saya memang mengharap dapat reconnect balik dengan geng-geng apatah lagi otai-otai susun atur. Rasa macam ada satu kimia antara kita gituh. Sebab tu, dengan alasan - ada juga yang tiada blog dan facebook, maka saya siap buat instagram. Hehe. Sudilah kiranya follow untuk mereka yang tiada blog/fb. Doakan saya reti nak handle 'rumah' tu pula ya. Kemain banyak rumahnya pun! -.-"
Rumah blog : https://susunatursioca.blogspot.my/
Rumah FB page : https://www.facebook.com/susunatursioca/
Rumah IG : https://www.instagram.com/susunatursioca/
Lepas tu, nak ucapkan TERIMA KASIH juga kepada semua yang join giveaway. Nanti saya terjah satu-satu ya - mengikut tahap masa yang saya ada. ;)
So, perkongsian hari ni ialah tentang macamana nak rajin berkemas?
Macamana nak maintain itu rajin?
Bahasa tinggi dia - macamana nak istiqamah?
1. JARINGAN NEURON PADA OTAK
Sebenarnya untuk istiqamah, ada kaitan dengan proses yang berlaku dalam otak kita.
Otak kita ni ada banyak bahagian. Dan dalam setiap bahagian tu ada berbilion sel. Sel-sel otak ni kita panggil neuron. Bila kita buat sesuatu contohnya berjalan, makan, tidur dan sebagainya - neuron kita akan membentuk jaringan bagi setiap perbuatan tersebut.
Contohnya berjalan, ada jaringan neuron berjalan.
Berlari, ada jaringan neuron berlari.
Berkemas, ada jaringan neuron berkemas.
Dan sebagainya.
Semakin kukuh jaringan neuron tersebut, maka semakin mudah untuk kita melakukan sesuatu perkara tu. Sebab tu bayi lahir-lahir belum terus berjalan. Neuron masa tu belum terbentuk. Makin besar, makin pandai sebab jaringan neuron mula membentuk dan kukuh.
Itulah juga yang kita banyak tengok orang iklan minumlah gini-gini - untuk memastikan sel-sel otak anda berhubung. Hah, inilah dia cerita neuronnya.
Sesuatu perkara tu akan jadi mudah - sekiranya kita dah tebiasa buat setiap hari sebab rangkaian neuron dalam otak kita telah kukuh.
Sel-sel otak telah berhubunglah maknanya.
2. BAGAIMANA UNTUK BERMULA?
Nak mula tu memanglah susah. Nak istiqamah lagi susah. Tapi lama-lama, dia akan jadi mudah. Sentiasa beritahu otak kita - nak buat gini gini - setiap hari.
Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya selama sebulan. Ada yang panggil Teori 21 hari. Berapa lama nak buat sampai jadi biasa tu, bergantung individu. Ada yang cepat, ada yang lama. Tapi biasanya 30 hari lah puratanya {supaya jaringan neuron tadi kukuh}.
Sekiranya kita berjaya menghabiskan madrasah Ramadan, sepatutnya kita juga akan berjaya mencorakkan habit-habit baru yang baik pada diri kita - contohnya bangun awal pagi untuk bertahajud atau bersahur.
3. KEPENTINGAN HABIT TRACKER
Bab istiqamah ni dinamakan juga sebagai 'Habit Tracker' dalam Bullet Journal orang putih. Diorang akan track sesuatu habit tu selama 30 hari - sampailah benda tu jadi kebiasaan pada diorang.
Tengok tu, dimulakan dengan wake up by 5.30 am.
Floss pun ada? One of a good habit kan, macam bersugi. 👍
15 min clean. Ringkas tapi cukup bermakna.
Laundry pun adooo...
Mutabaah tu asal perkataan Arab tabaa yang bermaksud mengawasi/track. Dia lebih kepada nak fokus track amal ibadah dalam ni.
Kalau nak tambah urusan harian lain macam berkemas, boleh guna Bullet Journal {sebab tu penting ada Bullet Journal juga}. Takmau beli hat kami jual pun takpa, janji dapatkan seketul BJ untuk anda sendiri ok. Atau tulis je atas kertas kosong lagi senang.
Analogi nak istiqamah ni macam naik anak tangga N.U.R.I.
Nak buat sesuatu tu kena naik anak tangga NIAT dulu.
Lepas tu, anak tangga USAHAkan untuk buat.
Lepas tu, anak tangga RUTINkan setiap hari.
Akhir sekali, anak tangga IKHLAS.
Dah sampai atas tu nanti senang dahlah. Nak naik tu yang payah - nak lawan graviti nak panjat tangga. Perlukan daya yang besar. Lagi tinggi tangga, lagi besar daya diperlukan.
Daya tu macam MUJAHADAHlah.
Saya bagi contoh - nak buat 15 min cleaning.
Mula-mula kena NIATkan la nak kemas 15 min setiap hari.
Kemudian USAHAkan untuk buat.
Setelah itu, jadikan RUTIN pula selama 30 hari.
Last sekali IKHLASkan hati supaya tak rasa terbeban masa berkemas tu. ;)
Setiap proses tulah yang perlukan mujahadah.
5. TAKE IT EASY!
Sebagaimana payahnya kita melawan graviti untuk mendaki anak tangga, sebegitu jugalah analogi kepayahan proses mujahadah tadi tu.
Cara untuk mudahkan sikit proses tu adalah dengan - take a small step at one time.
TAKE IT EASY kata orang kampung saya. ;p
Mulakan dengan yang kecil-kecil dulu. Jangan terus ok, hari ni nak kemas satu rumah setangga. Esok pun macam tu. Lusa pun semangat, sampailah seterusnya. Biar rumah cing cing berkilau katanya.
Ini bukan tak boleh.
Tapi, takut nanti semangat tinggal semangat je sebab akhirnya nanti akan jadi letih dan demotivated. Paling sadis bila langsung tak buat lagi dah lepas tu. huhu
Sekian sahajalah bebelan tips dari hakak ya. Ni untuk telinga yang paling dekat pada tangan yang menaip ni. hehe 🙊😆
Semoga boleh TERUS rajin lepas ni ok! :)
9 comments:
wow :)
Nice share
gREAT!! tIPS yang sangat berguna
wowww..terbaek la... lambat lagi kite nak capai camtu..ekeke
Bagusnya...
Sempat fill up semua ni.? Wow..
Terbaik... Sy suka
nurin: menyempatkan diri..hehe
terima kasih untuk perkongsian ni.
dah mula tetapi selalu sangkut tengah jalan ... hehehe
Post a Comment