Rancangan awal nak beli binder (cover planner) dari Indonesia tapi selepas ditambah tolak kosnya agak tinggi juga, jadi saya beralih kepada pengeluar lain. Untuk saya sendiri saya dah beli yang berwarna merah jambu lembut. Stok datang dalam sekotak yang dah disiap-siap campur warna binder, jadi agak susah nak pilih warna kegemaran sendiri...huhu.
Saya memang suka merah jambu tapi saya sebenarnya nak cuba buat kelainan dengan pilihan warna yang lain tapi stok amat terhad dan tinggal satu ni je merah jambu jadi nak taknak kena ambil juga. Bila sampai ke rumah, saya suka sangat-sangat dengan warna ni sebab lembut dan tidak garang. Ada pilihan warna yang lain seperti biru dan coklat pastel yang juga sangat tenang hati melihatnya.
Saya meraikan para pembeli Planner 2016 dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mantan pembeli Home Binder 2014 dan Home Binder 2015 yang comel-comel semuanya.
Ramai juga return customer yang nak beli Planner 2016, anda...comel kuasa dua..!! ;)
Planner kali ini adalah daripada material faux leather, berbeza dengan konsep binder tahun 2015 yang menggunakan ring coil. Pemilihan dibuat kerana inginkan penjimatan masa berganda dan seterusnya memberikan rupa yang lebih eksklusif kepada planner. Guna ring coil tu tetap kegemaran saya sebab lebih murah tapi kerjanya jauh lebih banyak dan renyah serta memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Ciri Planner 2016 hardcopy version - bersaiz A5, terdiri daripada dua slot untuk letak pen, enam slot untuk kad, satu slot untuk kertas atau penanda (bahagian hadapan) dan dua slot melintang dan menegak untuk kertas atau penanda (bahagian belakang).
Tanpa membuang masa, marilah kita tengok Planner 2016 versi saya.
Ini bahagian dalam planner, dimulai dengan muka surat hadapan yang look familiar kan? ...tiru tahun lepas punya daa...
Suka sangat dengan jahitan planner ni...kemas..!! Paling seronok dia pakai enam ring yang kita boleh buka dan refill kertas bila-bila masa pun kita nak. Itulah satu kelebihan paling UTAMA jika dibandingkan dengan planner tahun lepas.
Lebih menawan hati bila ada butang ni untuk tutup planner...sudah tentu planner kita akan kelihatan lebih kemas dan rapi kan?
Muka surat berikutnya ada kalendar tahun 2016 siap bertanda senarai cuti negara Malaysia (amboi negara Malaysia gituuu)...bukan apa, sebab kadangkala orang suka beli planner dari negara luar jadi cuti tu tak sama dengan cuti kita...tak berapa nak seronok la gitu kan...{added value kononnya tu, huhu ^^}
Cuti umum saya letakkan perkataan (National) kat hujung, cuti ikut negeri saya biarkan kosong jadi senang kawan-kawan nak refer ni cuti umum atau cuti ikut negeri.
Seterusnya, kita ada bahagian utama planner iaitu Monthly Planner...
...yang juga saya tandakan bulatan merah untuk cuti. Selain tu, ada kotak dengan border warna warni yang memenuhi ruang kosong bahagian ni, yang boleh dibuat catatan tambahan atau ruang untuk kata-kata motivasi/inspirasi.
Selepas tu, kita ada mukasurat bebas catatan ni...yang menggantikan Daily Planner tahun lepas. Ramai prefer macam ni katanya, jadi saya yang menurut perintah...ai ai captain!
Paling BEST best B.E.S.T..!!
Kita ada bahagian untuk Bill Payment kali ni...!!
♥♥
Dan bahagian Home Organizing - yang ni optional. Kalau anda takmau boleh pilih inserts Pakej 1, kalau suka boleh pilih inserts Pakej 2. Saya suka, jadi saya pilih inserts Pakej 2...^*
Bahagian Home Organizing ni yang bestnya adalah saya dah susunkan siap-siap perkara-perkara penting dalam menyusunatur rumah...antaranya kita akan tuliskan ruang rumah yang kita nak susunatur dalam kotak hijau belah kanan atas tu, kemudian ada lajur untuk senarai barang nak dibeli, lajur harga, lajur tarikh bila susunatur nak dilancarkan dan lajur nama kedai nak dibeli barangnya tu.
Kemudian, kita ada bahagian untuk idea-idea spontan. Penting juga ni!
Haa...lagi satu bahagian optional yang BEST..!! Iaitu Meal Planning...♥
Kalau nak, boleh pilih inserts Pakej 2 ya...hampir separuh juga planner ni dipenuhi dengan bahagian ni. Harapnya dapat siapkan makanan yang sedap-sedap untuk keluarga asbab planner ni...♥
insyaAllah
Ada EMPAT sesi makan dalam satu hari...amboiiiii...;p
Dan akhirnya muka surat belakang...best kan planner ni...ada slot tambahan lagi kat belakang ni, yang anak panah tu pun slot juga tu ♥♥
♥Bahagian hadapan planner...♥
Bahagian belakang planner...maaf warna kejap nampak macam pic kejap nampak macam merah jambu...dia merah jambu lembut sebenarnya...{pakai kamera telefon je, macam tulah...hukhuk}
Aduhai meltinggg... ♥♥♥
Zoom in kualiti leather yang digunakan...cover hardness = hard copybook...lembut je bila sentuh material dia ni...susah nak cerita, kena beli satu ni buat rasa ;D
Sedang elok je 100 mukasurat planner ni...kalau inserts Pakej 1 = 50 mukasurat...inserts Pakej 2 = 100 mukasurat...jangan lebih sangat nanti tebal sangat dan berat...susah nak bawak ke hulu ke hilir...
Sekian cerita planner saya...:)
Planner ni perencana je...ada orang memang jenis tak boleh ingat semua dalam kepala, memang kena tulis supaya tak lupa. Saya antara orang yang macam tulah...makin tua ni lagilah makin mudah lupa...agaknya betul kata orang, bila banyak bersalin ni banyak urat yang putus...urat mengingat yang putus agaknya tu...haha apa kaitan
But i ever heard someone says if you fail to plan, you plan to fail. Bunyinya seperti kita memang digalakkan untuk tulis dan rancang apa yang kita nak dalam kehidupan kita - dunia dan akhirat. Even nak 'suasana' macamana nanti kat Padang Mahsyar pun kita disuruh rancang daripada sekarang...
Sebab tu, pakar motivasi menggalakkan kita tulis apa yang kita nak kat helaian kertas dan cuba tengok dalam masa 10 tahun, insyaAllah kita akan berjaya capai apa yang kita tulis tu.
Kita merancang, Allah merancang dan sebaik-baik Perancang adalah Allah...jadi jika rancangan kita gagal bukan bermakna kita perlu bersedih tapi sebaliknya gembira sebab Allah masih pedulikan kita dan masih ada ujian kegagalan untuk kita supaya kita tetap merintih dan meminta pada Dia, dan seterusnya berusaha dengan lebih baik untuk berjaya. Jadi, marilah kita berusaha bersama-sama untuk buat yang terbaik dalam kehidupan kita.
Ops terpanjang pula ceramah ustazah hari ni. Cerita planner je pun...-.-''
;)
♥♥♥
Sampai jumpa lagi ya insyaAllah...nak sambung tulis tesis...{terima kasih kepada yang sudi mendo'akan kelancaran urusan belajar saya, sebab terasa mudah sedikit lepas up entri hari tu...alhamdulillah...do'akan lagi tau sampai saya siap ^^,}
Jom berplanner...
14 comments:
cantiknya
cantikk... mcm mna nk beli?
cantik..
cover kulit tu kalau beli satu je mahal tak? mane nak cari ek? saya pun kaki planner gakk.. tapi jabatan bekalkan or buat sendiri yang cincai punya.. tak secantik itu..huhu
boleh beli Pakej 7 sis :)
http://susunatursioca.blogspot.my/2015/09/malaysia-planner-2016-lebih-efektif.html
CARA PEMBELIAN:
E-melkan maklumat berikut kepada [susunatursioca@gmail.com]:
1. Nama untuk Front Page.
2. Bank pilihan untuk pembayaran (CIMB/Maybank/Bank Islam).
3. Pakej berapa.
4. Alamat e-mel yang aktif.
5. Alamat rumah untuk pengeposan (Pakej 3-7).
more info here sis http://susunatursioca.blogspot.my/2015/09/malaysia-planner-2016-lebih-efektif.html
jom-jom..!!
bestnya
Nice choice!! I pun suka pink.
terbaik la ciptaan planner ni :)
Terbaik !
Assalammualaikum fizah..ingat tak sy pernah beli planner 2015 dr fizah? Kali ni nak beli lg hehe.. blh tak wassap sy sis? Susah lat nak email2. Sy nak sebijik mcm fizah punya dlm entry ni tp cover nak warna merah. Itu aje yg berubah. Nak segera sis..wassap sy ya?
waalaikumussalam wbt sis..sy igt lg sis..:)
blh wasap sy 0132068411 sbb sy kat luar skrg...tak bwk data contacts buyer dulu...hp pulak da reset hr tu..^^''
pm
Post a Comment