Monday, August 5, 2013

19 Susunatur Sampul Raya Dalam Handbag

Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya...sebenarnya...sebelum ni terfikir nak kongsi pasal susunatur sampul duit raya dalam handbag. Tapi, rasa macam tak sempat nak update kat blog. Korang tau kan ahkak tengah mengemas rumah.

Hari tu kan saya cakap airwell ngan dapur belum sentuh. La ni, airwell setel tapi dapur pulak masih in progress. Menurut hemat ambe, memang tak dan siap kemas (*baca spring cleaning) menjelang raya ni. Hihi...

Tapi takpe...kuih raya tetappp ada...Jadi, datang jelah raya kepada semua-semua ye...Hee ;p

Tahun ni kita pakai bekas kuih baru punya...!

Maceh MamaLynd...Alhamdulillah! =)

Ok, berbalik kepada topik, dalam pada sibuk tu, dapat notification e-mail pasal komen Sufi kat bawah ni...


Terus rasa macam...ok, kena kongsi jugak ni. Kang macam cerita tak habis pulak kan. Jadi, dipendekkan cerita...kita layan gambar okeh...;)

Ini untuk bahagian 'Paling Utama'. Klik SINI untuk recall.

Paling kanan untuk orang yang kita serumah dengannya di pagi raya. Means, pagi-pagi tu pergi dapatkan ibu ayah adik beradik dan bagi terus duit raya.

Yang tengah untuk orang yang kita pergi rumahnya dan bagi. Kira jalan raya dah ni, bukan duk rumah lagi.

Paling kiri pun sama dengan yang tengah cuma kategori sepupu. Tengah tadi kategori anak buah.

Tang ni, subjetif untuk masing-masing ok. Ni cerita tentang apa yang saya buat.

Saya gunakan klip dan getah untuk asingkan sampul-sampul ni - supaya tak bercampur.

Beralih kepada bahagian 'Utama' dan 'Lain-lain'. 

Sebelum-sebelum ni, saya siap-siap isi sampul 'Utama' tapi sebab kadang tu, tak jumpa pulak orang yang dalam kategori 'Utama' tu (yelah, ikut raya mana kan) jadi, macam leceh jugak saya nak asing-asingkan duit yang diperuntukkan tapi tak jumpa orangnya ni. 

Maka tahun ni, ideanya adalah jangan isi dulu. Pergi beraya dulu dan sebelum turun kereta baru isi ataupun cilok masa dalam rumah orang tu nanti baru operasi masuk duit dalam sampul bermula.

Bahagian 'Utama' ni ikut masing-masing, macam saya, saya letakkan untuk orang-orang yang rapat ngan ummi saya, makcik-makcik sedara dan yang sewaktu dengannya.

Bahagian 'Lain-lain' pun sama, jumpa orangnya baru isi.

Kategorikan sampul-sampul tu...

...dan susun bagi elok.

Amek getah dan ikat longgar...tujuan ikat supaya nampak kemas.

Kemudian templat yang kita dah isi hari tu, kita lipat dan buh sekali dengan sampul ni. Untuk rujukan kalau terlupa apa-apa...

Ni beg yang saya gunakan kali ni.

Keadaan dalam beg sebelum bubuh sampul.

Dalam beg ni ada wallet peribadi, wallet expenses dan kamera. Handset boleh bubuh tepi beg yang ada poket tu. Nanti beg ni tinggal nak sumbat dalam handbag je.


Keadaan dalam beg selepas bubuh sampul. Ok je...tak bulky sangat pun. Just nice, bak kata omputeh.




Sampul extra kita buh kat rumah sendiri, kalau ada orang datang rumah kita, guna sampul extra ni.

Duit anak pulak kita letak dalam partition handbag je ye kawan-kawan...Kan handbag ada partition kan, amek satu partition khas untuk letak duit raya anak-anak. Kalau beg takde partition, khaskan satu beg kecik untuk tujuan ini. Bagi saya, benda ni penting sebab taknak duit raya anak tu bercampur dengan duit yang nak bagi orang dan duit-duit lain.

Hah, taip secara laju-laju ni. Pehe ke dok? ;)

Alang-alang dah update blog (lepas ni kan coti lama...) maka sekaliarung pihak SusunAturSioca nak mengucapkan kepada anda semua "taqabballahu minna wa minkum - semoga Allah terima amalan saya dan anda semua - minal aideen wal faizeen - dari golongan yang kembali dan menang"

Selamat bercuti dan jumpa lagi!

 photo footer.png

19 comments:

Nanie said...

allahurabbi. ini tips mmg best kak.. nak guna la, kalau tak bersepahla angpau dalam beg tgn. kena guna beg organizer la ni.

keep it up.

salam ukhuwah dr nanie.

MamaRizqin said...

Suka dengan entry sampul raya ni...sangat memberi idea terutama yg letak klip tu...

Saya biasa tulis nama kat sampul duit tu..tulis kecil2 aje...senang nak bg bila dah ada nama..tak payah nak jenguk2 lagi isi kat dlm sampul tu...

Selamat Hari Raya yer Fizah...hati2 balik kampung.

Tengkubutang said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.. heee..

hai.. salam kenal,
follower no.166
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Fizah said...

salam nanie..;)

Fizah said...

tq dear..selamat balik kg gaks..=)

Fizah said...

selamat hr raya..tq! =)

Asma said...

Eid Mubarak fizah :)

Diana said...

Selamat hari Raya fizah...
berkesempatan datang la rumah...batu caves je...

semoga Syawal ini..memberi kebahagian untuk fizah seisi keluarga...

=)

Fizah said...

eid mubarak juga kak! hati2 blk kg... =)

Fizah said...

tenkiu atas doanya diana..smoga diana juga begitu...batu caves ek? tu area hotspot tu kan? jammed manjang...hee..ada rezeki kita jumpa yek =)

nurin khairi said...

Salam.. Kebetulan pulak baru je start letak duit raya. Saya guna plastik sampul duit raya tu utk partition kan ikut value. Tp kalau byk lg nk isi, tak muat..so lepas baca tadi, pegi ambik getah.

As for duit anak yg bakal dpt nnt hehe, sbb ada sorg je anak, kebetulan baru beli wristlet so boleh dump semua dalam tu. Bila dah ada more than one nnt kne fikir cara lain plak

Fizah said...

haah kan nurin..tambah anak, kena tambah mcm2 idea...hehe...=)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Pehe kak fizah..pehe..hehehe..
Sori terlewat say thanks. Timekasih byk ats perkongsian. Alhamdulillah, idea guna bag organizer tu sgt membantu. Saya ada tiga categori duit raya je. So ikat getah selit kat poket bag organizer...senang. Xde bercampur2...duit anak2 yg letak dlm partition handbag tu pun saya ikut...thanks alot...alhamdulillah raya tahun ni hati tak kalut malut bila ke rumah org. Biasanya sibuk nak cek sampul, belek2...betul ke yg ni..kang tertuka plk dgn anak punya...yada yada yada...
Hahaha...sayang susunatur sioca manyak2..

Fizah said...

haha..baru blk beraya ke su? ;D

H.A said...

assalamualaikum...wahhh.. good idea..sgt berguna... ni dh raya ke 8 pon masih lagi kene bagi duits rayaa..hehehe

Fizah said...

waalaikumussalam wbt dear..tenkiu..haa better late than never gittewww...;)

fazianbatrisyia said...

amboii...tersusunnya. jelous sy dibuatnya. Nak wit ghaye....Tinggal kat Taman Desa Idaman ke?....mcm tahu tempat tu...

Fizah said...

ihiks..tau ek? jom aa dtg umah..nk mai roger2 dolu okez =D

IntaNBerliaN said...

wah, kemasnya.. seronok je tgk.. thanks share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...